Thursday, May 29, 2008

ISLAM HAD HARI DIHARAMKAN?

Seronok bila baca berita kisah ISLAM HAD HARI DIHARAMKAN DI SELANGOR. Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang aktiviti atau program yang dikaitkan dengan label Islam Hadhari. Apabila ditanya kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri menyatakan hasrat untuk mengikuti jejak langkah Selangor.

Namun begitu, Mufti Perak yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Islam Hadhari yang dicetuskan Pak Lah, mahu kerajaan selangor kaji dulu sebelum bertindak mengharamkannya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Kalau merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis pula, beliau meminta agar kerajaan menghentikan konsep Islam Hadhari kerana ia mengelirukan Umat Islam. Macam mana ni? Boleh dikira Khilaf ulama' juga ke? Satu setuju, satu tak setuju. Aku yang tak berapa pandai pun tahu bahawa setiap urusan yang tiada asalnya dari agama, maka ia tertolak. Kata nabi sallallahu alaihi wasallam yang maksudnya, "Barangsiapa yang merekacipta/mengada-adakan dalam urusan kami ini(agama) apa-apa yang bukan darinya(agama), maka ia adalah tertolak." Kata Ulama', hadis ini merujuk kepada apa-apa perkara baru dalam urusan agama yang tidak ada sandaran dalil sama ada dari Qur'an mahu pun Sunnah, maka ia adalah BID'AH yang sesat!!! Islam Hadhari ni suatu konsep yang tak pernah pun disebut oleh ulama'-ulama' terdahulu, sama ada salaf mahupun khalaf. Dan ia pula merupakan istilah agama. Maka aku cukup yakin ia adalah BID'AH ISTILAHI. Maknanya istilah islam hadhari itu sendiri merupakan bid'ah yang sesat. Bukan prinsip-prinsip di dalamnya.

Cadangan aku: Lebih baik DYMM YDPA Sultan Mizan panggil mesyuarat raja-raja yang turut dihadiri juga oleh mufti-mufti agar bincang dan buat keputusan berkenaan istilah ini. Itupun kalau Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tak mahu mengkaji baik buruknya istilah Islam Hadhari yang diagong-agongkan puak amno ni. Kalau Majlis Jawatankuasa Fatwa ada maruah, maka dipersilakan keluarkan kenyataan keputusan mesyuarat majlis agar rakyat tidak terkeliru dan berbalah soal istilah itu.

EZAM DENGAN AZAM NYA

Ezam Mohd Nor dah confirm masuk amno. Pengerusi GERAK dah masuk Amno!! Bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan masuk Amno semula!!! Bekas Ketua Angkatan Muda PKR masuk AMno!! Mimpi ke aku? itu lah kenyataannya. Bukan setakat itu sahaja. Ada beberapa orang figure dalam PKR yang cuba dipengaruhi oleh Ezam untuk menyertai Amno. Antaranya CheGu Bard (Badrul Hisham) yang lawan Khairy di Parlimen Rembau dalam PRU12 baru-baru ni. Yang beria-ia bagi bantal kat Pak Lah. Tapi sama ada mereka turut serta ezam belum dapat pengesahan lagi. Khabarnya Che Gu Bard dijanjikan dengan jawatan tinggi dalam Amno. Mudah-mudahan Che Gu Bard tidak terpengaruh.

Yang sebenarnya Ezam tu hanya dipergunakan@diperkudakan oleh Khairy yang mahu jadi PM pada usia 40. Ada khabar juga bahawa Ezam bersedia untuk tanding kerusi Ketua Pemuda Amno. Memang sah ngko diperkudakan oleh KJ. Khairy dah tahu ramai ahli Amno tak suka dia. Lalu untuk menguasai amno, kena pakai prioksi dulu. Ezam mempunyai karismanya tersendiri, seperti gurunya DSAI. Kalau dia mampu menyelamatkan Pak Lah dan kuncu-kuncunya dari jatuh, maka dia mungkin boleh naik jadi orang nombor dua dalam kerajaan dan amno. Tapi akan dijatuhkan macam gurunya juga. Kalau betullah tujuan Pak Lah bawa masuk Ezam kali ini. Itupun hasil idea menantu berotak geliga si KJ. Sejarah akan berulang.

Ezam masih berAZAM untuk memerangi rasuah dalam negara tetapi dengan cara yang berbeza dari Pakatan Rakyat iaitu dengan membersihnya dari dalam. Ternyata dia tidak belajar dari kesilapan gurunya itu. Sebenarnya ada asas untuk meragui Ezam sebab beliau keluar PKR pun disebabkan ada krisis dalaman yang juga melibatkan salahurus dana parti. Orang macam Lokman Adam (Setiausaha Kerja) siang malam ke sana ke mari dengan elaun bulanan RM2500 jadi tension dengan gaya hidup bosnya Ezam yang boleh bermewah dengan harta PKR tapi beliau hanya dapat RM2500 sebulan!! Setakat ini tiada siapa lagi yang mendedahkan banyak mana Ezam dapat, apa tawaran yang Pak Lah buat. Apabila media siar kenyataan Pak Lah yang menyebut tiada jawatan dan keistimewaan buat Ezam, maka percayalah itu lah cara orang politik ala Machiavelli apabila mahu menyembunyikan tindakan jahatnya.

DERIS LETAK JAWATAN, PAK LAH BILA LAGI?

Akhbar semalam merakamkan kenyataan Deris al Hadhari yang bertegas tidak mahu meletakkan jawatan beliau selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Tiba-tiba aje hari ini, letak jawatan. Bukan dia sahaja, Rosol tak dak wahyu pun ikut serta. Yang lain-lain tu tak nak ikut lagi. Sayang periuk nasi. Bagus Rosol Wahid sebab kotakan janjimu. Tapi dulu kata 22 adun akan letaka jawatan kalau Mad Said jadi MB. Macamana ni? Yang lain tu penakut, pengecut, cap ayam belake...

Sumber ambe bagitau lepas Deris buat kenyataan tidak mahu lepaskan jawatannya, Pak Lah desak beliau letak jawatan demi kebaikan parti. Ye la tu.......Patutlah kenyataan Deris dlm sinarharian hari ni lembut sangat. Patriotik bunyinya. Kononnya demi perpaduan parti amno. kononnya tak mau tengok amno berpecah.

Amno Teranung akan mesyuarat esok(30 Mei 2008) untuk lantik Mad Said jadi Pengerusi baru. Bukan setakat itu sahaja, Wan Hisham pun kemungkinan besar akan gugur dari jawatan Bendahari. Sapa pulak lepas ni jadi Bendahari? Kata kawan amno aku, siapa lagi kalau tidak Roslan Awang Chik. Bagus lah tu. Lepas ni giliran Roslan Awang Chik Melayu tulen pulok yang akan dapat projek tu, projek ni. Kalau tak pun, bagi pada proksi-proksi dia. Tapi rasanya roslan ni tak lah seteruk Wan Hisham Monsoon Cup.

Macam aku kata dalam artikel sebelum ni, lepas SUKMA nanti Mad Said akan buat banyak perubahan. Mungkin ada pegawai kanan kerajaan yang akan dipecat, ditukarkan dan disejukbekukan. Jadi, begitu juga dengan nasib orang politik. Kita tunggu apa info lepas mesyuarat amno esok.

Tunggu....

Sunday, May 25, 2008

ULANGTAHUN ROBOHNYA MASJID BUJAL

Hari ni 26 Mei 2008, merupakan ulangtahun perobohan Masjid Bujal oleh Kerajaan Barisan Nasional kira-kira 4 tahun lalu.

Sempena memperingatinya, aku persembahkan video ini.

DAGING ITU LAH

Pada sepotong daging itulah
Terletak jantan-nya
Tentang sepotong daging itulah
Yang dicanang siang dan malam
Terasa dia jantanâ benar
Bila kuat sepotong daging itulah
Dengan sepotong daging itulah
Dibawanya bertarung
Pada perempuan (atau betina?)

Betina yang menjaja
Sekeping daging itulah
Yang bangga bila mendedah
Ketul ketul daging itulah.

Bilakan tersedar
Nanti dipanggang api jahannam
Dihiris kemudian disiat
Daging daging itulah!

Apa ada pada daging?

KALAU 30 AHLI PARLIMEN MASUK PR

Kalau 30 ahli parlimen BN masuk PR,
Sudah tentu Umno BN jadi pembangkang.

Kalau 30 ahli parlimen BN masuk PR,
Sudah Tentu Anwar jadi PM.

Kalau 30 ahli Parlimen BN masuk PR,
Sudah tentu minyak turun harga.

Kalau minyak turun harga,
sudah tentu barang juga turun harga.

Kalau barang turun harga,
sudah tentu rakyat hidup bahagia.

Kalau rakyat sudah bahagia,
sudah tentu negara aman, makmur dan sentosa.

Kalau negara aman makmur dan sentosa,
sudah tentu kerana pemimpinnya yang bijaksana.

Kalau pemimpinnya bijaksana,
sudah tentu harta rakyat tidak dirampasnya.
sudah tentu keadilan ditegakkannya.
sudah tentu rasuah tidak berleluasa.
sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu.....

MAHATHIR KELUAR, EZAM MASUK...


Ni apa ke hal pulak ni? Mahathir keluar, Ezam pulak masuk Umno. Dulu bukan main hentam Umno. Berapa agaknya Ezam dapat dengan masuk Umno? Siapa tahu tolong bagitau. Ezam bukan sembarangan orang. dia pernah jadi Ketua Angkatan Muda KeAdilan. Tapi keluar PKR. Kalau nak kira, lebi kurang Ibrahim Ali juga Ezam ni. Mula2 Umno, kemudian KeAdilan, kemudian masuk Umno balik. Ni katak yang nak mati tengah jalan. Orang ramai duk bincang muslihat apa Mahathir keluar Umno. Sepatutnya orang bincang muslihat apa Ezam masuk Umno di saat rakyat jelata tak suka Umno BN. Mahathir tak apa lah sebab yang paling besar aku rasa ialah nak habis umur. Tapi aku tak tau lah bila abis umur nya sebab itu kerja Tuhan. Barangkali dah dekat sangat kot. Tengok Presiden Umno yang dulu-dulu pun ada jugak yang mati di luar Umno seperti Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar.

Ezam masuk ni barangkali guna teori gurunya Anwar Ibrahim. Kalau nak betulkan Umno, betulkanlah dari dalam. Lepas dia kena kick off, baru sedar ijtihadnya tak betul. Tapi kenapa Ezam tak ambil iktibar atas ijtihad tak betul Anwar Ibrahim tu? Nampaknya engkau memang nak sesuatu dalam Umno. Apa yang sesuatu tu? Kita tunggu dan lihat aje...

Dalam politik ala macheavelli , tujuan menghalalkan cara. Agaknya Ezam baca 'The Prince' juga kot. Itu yang dapat ilham masuk Umno tu. Lepas ni kalau ceramah, mesti bergegar-gegar hentam PKR dan Pas. Dia akan bongkar rahsia dan keburukan2 dalam PKR.

Pesan aku, nak berpolitik, biarlah berprinsip. Nak berprinsip, biarlah yang bawa bahagia dunia akhirat...

Monday, May 19, 2008

APA MUSLIHAT MAHATHIR KELUAR UMNO?

Dunia Politik Malaysia dikejutkan dengan berita sensasi Mahathir isytihar keluar Umno. Ada ura-ura Tengku Razaleigh juga akan keluar tetapi beliau telah jawab bahawa tidak berminat keluar kerana mahu bertanding kerusi Presiden lawan Pak Lah.

Mahathir keluar Umno tidak bemakna beliau akan masuk Pas, PKR, lebih-lebih lagi DAP. Penganalisis politik membuat pelbagai andaian terhadap tindakan ahli Umno yang memegang nombor ahli 001 itu.

Ada yang berpendapat bahawa ini merupakan strategi Mahathir untuk sabotaj Ku Li agar tidak ada bahagian Umno yang aka mengundinya kelak. Ada juga mengatakan Mahathir berpakat dengan Pak Lah untuk menyekat Ku Li. Berita yang menyusul selepas Mahathir letak jawatan antaranya ialah 300 ahli Umno Cawangan di Parlimen Merbok juga isytihar keluar parti dan bersama-sama bekas presiden itu. Yang lagi menarik ialah 200 cawangan Umno lagi akan isytihar keluar parti.

Mahathir berharap anaknya Mukhriz juga isytihar keluar tetapi setakat ini Mukhriz belum memberi kata putus dan berkata bahawa beliau masih berfikir lagi. Barangkali tindakan Mahathir itu tidak dibincangkan dengan Mukhriz, dan barangkali ia merupakan suatu strategi agar rakyat tidak menyedari perancangan mereka, seolah-olah ia berlaku kerana tindakan sendiri dan bukannya konspirasi.

Penulis Mohd Sayuti Omar pula memberi gambaran bahawa tindakan Sanusi Junid keluar juga bertujuan untuk bersama-sama dengan Pas. Beliau sempat menyebut kepada Sayuti, "kini saya sudah tidak ada masalah lagi kalau nak bercakap dengan Pas,".

Mahathir sendiri memberi gambaran bahawa tindakan beliau keluar hanya kerana tidak percaya kepada Pak Lah dan menyatakan kemungkinan menyertai semula Umno setelah Pak Lah diganti. Siapa yang menjadi pilihan hati Mahathir? Beliau tidak menyebut secara jelas tetapi tidak kisah asalkan bukan Pak Lah.

Husam Musa pula mengarahkan jentera pilihanraya di semua peringkat bersiap sedia untuk hadapi Pilihanraya Umum yang mungkin akan berlaku dalam masa terdekat ini akibat kemelut terhebat dalam kepimpinan Umno itu. Kalau betullah Pilihanraya akan diadakan, bagaimana pula peranan Agong? Adakah DYMM As Sultan akan memperkenankan untuk bubar parlimen?

Ada juga berpendapat bahawa tujuan Mahathir adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu video Lingam. Ini kerana beliau merupakan salah seorang yang akan didakwa berhubung kes tersebut.

Ada juga yang meramalkan Mahathir akan tubuh parti baru untuk selamatkan melayu. Ini tidak mungkin berlaku kerana Mahathirlah orang yang tubuh semula Umno selepas dimansuhkan oleh Mahkamah suatu ketika dulu. Kalau beliau mahu tubuh parti baru, sudah tentu beliau tubuh lama dahulu. Sudah tentu juga namanya tidak Umno lagi. Mahathir yang kononnya sayang Melayu, takkan ingin melihat Melayu berpecah lagi dengan adanya parti baru. Parti Semangat 46 pimpinan Ku Li dahulu merupakan hujah bahawa Mahathir tidak setuju adanya parti lain berjuang untuk melayu. Kalau tidak, masakan Mahathir menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Umno apabila orang lain memimpin Umno.

Apa pun, macam-macam boleh terjadi dalam politik. Kadang-kadang perkara yang tidak pernah terfikir pun boleh berlaku. Bak kata pepatah, "There is no such permanent friends and there is no such permanent enemies in politics." Jadi, Mahathir mungkin berpakat dengan sesiapa sahaja termasuklah dengan Pakatan Rakyat. Nik Aziz apabila ditanya isu ini, beliau berkata, "Saya lah antara orang yang paling bahagia..". Apabila ditanya apa komen sekiranya Mahathir sertai Pas, beliau berkata Mahathir amat dialu-alukan sekiranya beliau berminat tetapi menegaskan tidak akan menawarkannya kepada Mahathir. Mustahil bekas pemimpin tertinggi negara itu tidak menyertai mana-mana parti politik.

Najib pula membayangkan beliau bersedia untuk bertemu dengan Mahathir. Manakala Tun Musa Hitam berkata bahawa Mahathir bagaikan duri dalam daging yang sudah dikeluarkan. Ada Ahli Akademik melihat peristiwa ini sebagai suatu petanda yang tidak baik kepada kestabilan politik tanahair kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia. Mungkin akan ada pelabur-pelabur luar negara yang tarik balik pelaburan kerana tidak mahu tanggung risiko.

Sunday, May 18, 2008

SYUKURI LAH NIKMAT REZEKI PETROLEUM

Dua hari lepas aku ziarah seorang pemuda yang hilang kaki kanannya kerana kemalangan. Beliau amat ramah. Aku kagum dengan orang sepertinya kerana tidak sedikit pun terpancar kesedihan di wajahnya. Itu lah sifat redha yang patut ada pada setiap insan yang beriman. Macam-macam tajuk dibualkan. Dari keadaan dirinya, hinggalah kepada candat sotong (maklumlah in ikan musim candat). Beliau menceitakan pengalaman candat sotongnya. Aku sempat tanya dia asal kampung sekarang ni ke. Katanya asalnya di tempat lain, ini kampung neneknya. Tanah pusaka difaraidhkan adik beradik. Jadi, dia pun dapat jugalah rezeki tapak untuk buat rumah iaitu tapak asal rumah neneknya. Aku tertarik apabila beliau berseloroh, katanya orang sihat dan tidak cacat belum tentu boleh buat rumah lagi, tapi dirinya telah siap sebuah rumah walaupun kaki cacat. Ini kerana katanya KWSP membenarkan orang cacat sepertinya mengeluarkan semua wang caruman sedangkan orang sempurna fizikal tidak dibenarkan keluarkan wang KWSP melainkan tiba masanya iaitu usia pencen. Itu lah rezeki Tuhan namanya, fikir dibenakku.

Aku cuba tukar topik. Kali ni tentang buah duku pula. Kampungnya terkenal dengan kawasan banyak kebun duku. Aku tanya menjadikah duku tahun ni? Katanya sudah beberapa tahun duku tidak menjadi. Dulu duku cukup banyak. Orang kampung mampu buat duit banyak hasil duku. Lalu beliau menambah, sebab duku tak menjadi katanya kerana Allah tarik nikmat itu daripada penduduk kampung. Katanya ramai yang lupakan Tuhan. Bila dah berduit, jadi takabur, sombong, menunjuk-nunjuk. Dapat duit hasil duku, dilempar-lempar duit kertas yang diikat kemas di hadapan orang ramai. Nak diberitahu bahawa 'banyaknya duit aku...'. Akibatnya Tuhan tarik balik nikmat rezeki hasil duku.

Aku pun teringat bahawa Allah amat murka orang yang takabur, sombong diri. Kata ustazku, takabur itu pakaian Tuhan, bukan makhluk. Allah haramkan hambaNya pakai pakaian TakaburNya. Banyak contoh-contoh atas dunia bahawa orang takabur ni, Allah bayar 'cash'. Bila dikaitkan dengan kish duku tadi, memang munasabah lah Allah tarik nikmat itu. Hikmahnya supaya manusia sedar bahawa yang memberi rezeki bukannya diri sendiri, walaupun zahirnya kita yang berusaha mendapatkan sesuatu.

Aku rasa begitu juga dengan isu royalti petronas. Royalti Terengganu yang mencecah 7.3 bilion setakat ini, juga merupakan rezeki dari Allah. Lalu kalau kita tidak mensyukuri nikmat pemberianNya, tidak mustahil Allah tarik balik nikmat itu. Antara tanda mensyukuri nikmatNya ialah kita tunaikan kewajipan membayar zakat. Kata ulama', petroleum ni termasuk dalam harta rikaz. Harta rikaz memang ada bahagian yang diwajibkan zakat. Zakat ini lah yang akan digunakan untuk membela nasib umat Islam yang termasuk dalam asnaf yang lapan. Kata Prof. Ungku Aziz suatu ketika dulu, kalau petronas bayar zakat, maka seluruh anak rakyat Malaysia mampu menikmati pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke peringkat Phd!

Jadi, seharusnya pemimpin-pemimpin hendaklah menginsafi hakikat kurniaan Allah itu sebagai ujian untuk menentukan siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur. Maka, Pak Lah yang masih berdegil untuk kekalkan royalti dalam bentuk dana khas, cukup-cukup lah. Bagi balik royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu untuk diberi manfaatnya kepada rakyat Terengganu seluruhnya.

Saturday, May 17, 2008


Inilah cara yang betul bila kita bersalam dengan pemimpin negara. Cium jangan tak cium...Apa agaknya yang terlintas dalam benak Najib bila rakyat cium tangan macam tu?Agaknya dia rasa sehebat Tok Guru juga kot.

APA YANG LAINNYA DALAM DUN TERENGGANU KALI INI?

Sidang Dun Terengganu tahun ini mencatatkan sejarah baru. Aku sempat berbual agak panjang dengan staf Wisma Darul Iman. Belum sempat aku bertanyakan isu dewan, dia sudah buka mulut. Katanya, sepanjang lima penggal dalam dewan, tidak pernah terjadi sebagaimana tahun ini. Semua adun BN yang di'cop' penderhaka tidak berani bersuara terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Walaupun soalan-soalan 'maut' pembangkang ditolak, pembangkang diberi peluang seluas-luasnya oleh tuan speaker untuk berbahas dalam sidang kali ini. Tambahnya lagi, speaker siap tanya lagi sama ada perlu masa tambahan atau tidak. Pendek kata, pembangkang senang dapat peluang bercakap, bahkan tidak ada gangguan daripada Adun BN sebagaimana sesi-sesi dun yang lepas.

Kenapa ya jadi begitu? Bak kata orang Terengganu, 'dok ketek skit abuk'. Barangkali takut kalau bersuara, nanti di'cop' oleh mana-mana pihak. Umum sudah tahu mereka 22 adun BN sudah digelar sebagai penderhaka raja. Jadi, kalau bersuara menyokong titah diraja, orang kata menyampah, mengada-ngada. Kalau puji Mad Said, takut nanti Deris pula yang blacklist nama. Kalau puji prestasi kerajaan Deris dulu, Mad Said pula yang cop muka mereka sebagai penyokong kuat Deris.

Antara yang luarbiasa lagi, Mad Said sanggup bekerjasama dengan Pas untuk selamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu walaupun dia sendiri kata bahawa dia mungkin tak lama jadi MB. Kata satu sumber, Mad Said mengakui bahawa isu royalti yang ditimbulkannya dalam akhbar baru-baru ini adalah permintaan Sultan sendiri. Maklumlah, dia dah jadi MB pilihan Sultan lah katakan. Kenalah junjung titah perintah tuanku dengan sebaiknya walaupun dituduh menderhaka Datuk Seri Presiden Umno Be End. Dengar kata Mad Said pernah bertemu Adun Wakaf Mempelam waktu tengah krisis pelantikan hari tu. Nak minta tolong apa agaknya?'Desperate' sangat kot. Mad Said yang dulunya terkenal dengan maki hamunnya, sangat-sangat beri muka kepada Pas sekarang ini kerana dia sedar bahawa Sultan sendiri tahu yang mana kaca, dan yang mana permata(Pas la tu...). Ada angin bertiup, katanya banyak permintaan Pas akan ditunaikan oleh Mad Said. Antaranya, mana-mana tanah yang dirampas semula walaupun telahpun bayar premium, akan dipulangkan semula kepada pemiliknya. Mana-mana Tok Imam dan bilal yang dipecat, termasuklah jurunikah, akan diberikan jawatan mereka semula.

Bagus la kalau begitu wahai Mad Said. Jangan tunggu lama-lama. Lepas SUKMA, terus selesaikan semua ni. Inilah peluang dia nak baiki imej gedebe dia. Barangkali orang akan puji Mad Said sebagai MB Umno yang bertimbang rasa dan adil.

Ada staf nampak Mad Said dikunjungi semua adun Pas selepas habis dewan bersidang, di pejabat MBnya. Siap tempah makan tengahari lagi. Apa agaknya yang dibincangkan? Apa agaknya perancangan selepas ini?Kalau Deris Hadhari baca ni, mesti dia risau. Mesti pasang perisik. Jangan bimbang Mad Said..Kalau tak nak rancangan bocor ke telinga Deris, pecat aja mana-mana yang nampak pro Deris Hadhari tu. Jangan bagi can...

Wednesday, May 14, 2008

Pertukaran Besar-Besaran Lepas SUKMA2008

Sebelum ini, aku pernah dedahkan Mad Said pecat Ikram Penyelidik Kanan MB Deris 24 jam notis. Bukan setakat itu sahaja, Sajulia bini nombor 2 dia pun kena juga. Di zaman kegemilangan Deris al Hadhari, ada 3 mastermind, atau pemikir penting dalam pemerintahan dan percaturan politik Terengganu. Idea2 yang hebat pun daripada 3 orang ini iaitu Dr Azmi Omar TDI (bekas pensyarah KUSZA yang pernah berkhalwat dengan pelajarnya, akhirnya jadi bini dia), Dr Ramzi Zubir dan Ikram. Ikram dah 'out'. Dr Ramzi dah kalah bertanding di Rhu Rendang. Tinggal Dr Azmi yang masih berada di pejabatnya bersebelahan dengan Tabung Haji K.Trg.

Mad Said dijangka akan pecat Dr Azmi dan tukar semua Pegawai Kanan Tadbir Negeri yang dikaitkan dengan Deris al Hadhari. Antaranya SUK Mokhtar Nong dan Timbalan SUK Wan Nawawi. Memang Mad Said pernah berucap depan pegawai2 tadbir bahawa dia tak akan tukar pegawai2 tadbir ini. Tapi kita sama-sama tengok sama ada Mad Said tahan atau tidak dengan pegawai2 balaci Deris. Pentadbiran akan jadi lebih sukar sekiranya Mad Said tidak selesaikan pegawai2 tadbir yang bermasalah. Mana2 pegawai tadbir yang sebulu dengannya pula ditempatkan di lokasi2 selamat. Jahani yang pernah di'jeruk'kan di Jabatan Bekalan Air di zaman Deris, sekarang ditempatkan di tingkat 8 Wisma Darul Iman (Jantung Kakitangan Awam Negeri), tapak Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (KPSU) Bahagian Kewangan. Jahani terkenal sebagai seorang pegawai yang banyak membawa idea2 baru di tempat kerja, sebenarnya tidak disenangi oleh orang2 umno termasuklah JKK di Kemaman, tempat beliau pernah bertugas kerana di'cop' penyokong kuat Pas. Balaci2 Umno tingkat 8 mula marah2 dalam diam kerana Jahani. Mereka hairan kenapa Mad Said bawa masuk Jahani ke lokasi strategi dalam pentadbiran negeri? Menurut sumber, Mad Said lah orang politik yang bertanggungjawab menyerapkan Jahani sebagai Pegawai Tadbir Negeri.

Antara yang dipercayai Mad Said lagi ialah Wan ahMAD Wan Muda .Dia sebelum ini KPSU sudah dilantik jadi SU sulit Kanan MB. Wah...Naik tocang jawabnya. Wan Ahamad inilah Bapak Konspirasi dalam mengawal penempatan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Terengganu. Dia boleh cipta cerita2 yang tak ada jadi ada untuk memburuk2kan pegawai tadbir negeri. Ni orang yang amalkan falsafah Machiavelli-"The End Justifies the Mean", Tujuan menghalalkan cara. Membodek cukup kuat. Mad Said kena berhati2 dengan dia. Semua kakitangan dah tau peranannya cukup besar untuk merosakkan kerjaya kakitangan negeri. Kepala otak cukup cerdik tetapi digunakan untuk selamat diri sendiri dan hancurkan hidup orang. Prinsipnya konon2 pegawai yang betul2 'non partisan'. 'Serve for the government of the day'. Dengar2 kata, sejak duduk di tingkat 16 ni, kuasanya melebihi SU Politik MB. Kalau macam ni la gaya pegawai tadbir, baik berhenti kerja, bertanding politik. Pilihanraya lalu tak nak bertanding. Ataupun Deris tak berkenan kot. Tahun 1999 dulu dengar kata masuk 'shortlist' tapi tak lekat. Dia ni TALAM DUA, TIGA MUKA. Zaman Pas memerintah pun, dia buat baik pada pemimpin pas. Dia tipu tingkat 16 dengan ilmu Perintah Am dia, orang politik boleh percaya. Dia menyebabkan kegagalan kerajaan Pas melantik kakitangan di beberapa unit seperti Unit Pembangunan Insan dan Urusetia Penerangan Negeri sebagai kakitangan kontrak, kontrak mahupun sementara. Yang digunapakai ialah istilah 'ad hoc' dengan alasan tiada waran perjawatan yang cukup. Ini semua usaha2 untuk menjatuhkan Pas. Tiba2, zaman Umno ni, boleh pula kerajaan lantik kakitangan unit komunikasi negeri secara sementara dan ada yang diserapkan tetap. Tidak timbul lagi istilah 'Ad hoc'.

Bakal SUK yang disebut2 ialah Abdul Razak Ismail, sekarang ini jadi Pengarah Tanah dan Galian. Beliau tidak begitu menonjol sejak zaman Deris lagi kerana mengambil sikap berkecuali. Dulu beliau mempunyai hubungan agak baik dengan pemimpin politik pas di zaman pemerintahannya. Beliau sempat menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu. Khabar2 angin ini menyebabkan Dato' Mazlan Ngah, Pegawai Kewangan Negeri tidak senang duduk. Begitu juga dengan Wan Nawawi yang berangan nak jadi SUK. Mereka antara orang yang berpotensi jadi SUK tetapi memandangkan Wan Nawawi di'cop' pro Deris, maka tak ada 'can' la jawabnya.

Saat pertukaran pegawai tadbir negeri merupakan detik berdebar bagi mereka kerana ada yang bencikan pertukaran kerana menyusahkan hidup mereka terpaksa bersusah payah menguruskan pertukaran anak2 yang masih bersekolah dan isteri bekerja, terpaksa berjauhan dengan isteri. Kalau isteri seorang guru, terpaksa urus pertukaran isteri sekali. Ia juga merupakan saat berdebar kerana posisi yang bakal diletakkan nanti akan memberi gambaran prestasi seseorang pegawai itu di mata Tingkat 15(SUK) dan tingkat 16(MB).

Harap Mad Said fikir masak2 sebelum tukar orang. Tapi kalau aku jadi Mad Said pun, aku tukar cepat2. he, he....

SU POLITIK BERI AMARAN KEPADA PEMBODEK UMNO


Setiausaha Politik MB Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mula memberi amaran kepada mana-mana pembodek dalam Umno Barisan Nasional. Dalam laporan berita SinarHarian Edisi Terengganu semalam, Nizam berkata bahawa kaki bodek tidak sepatutnya berada dalam Umno kerana kehadiran mereka sekadar merosakkan psrti yang banyak berjasa memayungi rakyat khususnya orang melayu. "Mereka (kaki bodek) tidak boleh terus berada dalam pasrti dan kita lihat golongan ini juga tidak ikhlas berjuang untuk rakyat kerana di belakang cakap lain, di depan kita lain pula cakapnya."Ujarnya kepada SinarHarian.

Nampaknya Ahmad Said memang memilih SU Politik yang tepat. SU Politik(SETPOL) yang memenuhi citarasanya. Di saat pemimpin2 Umno lain memihak kepada Idris Jusoh sewaktu krisis dengan istana Terengganu, Wan Nizam tetap teguh menyokong ketua bahagiannya. Memang munasabah lah sebab dia pun Ketua Pemuda Bahagian Kemaman. Aku pernah juga jumpa dengan Wan Nizam ni. Memang dia seorang yang sangat senang didekati. Rakyat boleh dianggapnya sebagai kawan. Guna bahasa 'aku' 'mung'(engkau) sahaja dengan pegawai2 kerajaan. Bergurau pun mudah. Namun begitu, beliau juga tidak disenangi oleh pembangkang. Perangainya pun tak kurang macam bosnya 'Mad' Said. Banyak skandal juga. Hari tu riuh satu Kemaman kisah dia dikejar bola api sehingga masuk 'paper'. Kata orang Kemaman, ada orang dendam sebab dia ada buat aniaya kat orang. Apa bentuk aniaya? Wallahu a'lam. Aku tak berani la nak cerita lebih2. Takut2 jadi fitnah pula. Tapi yang bola api tu memang dia sendiri mengakui.

Balik kisah pembodek tadi, aku rasa Nizam tujukan kepada semua penyokong Deris 'time' Mad Said berjuang sorang2 nak jadi MB. Memang betul la itu kehendak Sultan. Naik nama Mad Said sebab tak ada orang lain yang sanggup nak lawan Deris. Yang lain tu semuanya pengecut dan pembodek. Takut juga tak boleh cari makan kalau Deris murka. Sultan murka tak apa sebab Sultan tak ada kuasa politik pada sangkaan mereka. Sultan ni simbol saja. Itu yang Rosul berani lawan tu. Mungkin sekarang ni, terbalik kot pula jadinya. Yang dulu sokong Deris, sekarang kena puji Mad Said pula lah. Tapi aku yakin tak kurang yang terus di belakang Deris sebab Deris kesayangan Pak Lah. Projek masuk ikut dia, bukannya Mad Said. Katanya, Deris akan mengetuai Agro Bank. Dan orang tahu Dana Khas disalurkan melalui bank itu. Jadi, pembodek2 dalam Umno masih beri taat setia pada Deris la barangkali.

Monday, May 12, 2008

SEPINTAS LALU 13 MEI 08


Elaun Bulanan Penasihat2
  1. Penasihat Petronas: RM15,000-00 sebulan (tak termasuk kemudahan yang disediakan saperti kos kakitangan, pejabat, logistic dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya);

  2. Penasihat Agama Islam: RM27,163 sebulan (dan RM18,643-25 untuk gaji/ elaun kakitangan);

  3. Penasihat Wanita: RM33,727-20 sebulan (tak termasuk gaji/elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA).

Nama Baru Barisan Nasional

Khairy Jamaluddin yang terkenal dengan istilah-istilah baru yang diberikan kepada pihak pembangkang, memperkenalkan PKR sebagai Projek Khinzir Raksasa. Sebelum ini beliau yang juga ahli parlimen Rembau menggelarkan beruk jalanan kepada rakyat yang hadir di perhimpunan 100ribu Bersih. Yang Berhormat Mahfuz Omar pula membidas gelaran yang diberikan oleh KJ itu dengan BABI NEGARA bagi BN. Parlimen jadi riuh rendah kerana itu.

Tokoh Wahabi Di'ISA'kan?

Kerajaan bertindak menangkap, menggari, menahan beberapa orang tokoh Salafi Wahabi di hadapan orang ramai. Ketika ditanya oleh YB Zulkifli Nordin, ini jawapan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi] menjawab: Tuan Yang di-Pertua (TYDP) di antara nama-nama mereka yang telah dikenal pasti sebagai golongan Wahabi mengikut siasatan JAKIM terdiri daripada beberapa orang pendakwah antaranya Dr. Abdullah Yassin, Ustaz Hussein Yee, Safuan Badri, Kiraman Abdul Muin dan beberapa orang yang lain. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat kebangsaan atas apaapa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-raja.

Kata Zulkifli, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah memutuskan dan mewartakan bahawa golongan pendokong fahaman wahabiyah sebagai sesat tetapi kenapa mereka dilayan sebegitu rupa? Sehingga dikenaka ISA?

Penulis bukanlah pendokong fahaman itu, tapi biarlah kita bersikap adil sdan saksama terhadap rakyat. Mereka bukan komunis. Kekerasan mereka dalam me'maksa'kan pendapat mereka diterima bukanlah alasan untuk ISA kan mereka.


Sunday, May 11, 2008

KERJA PEMBANGKANG MAKIN SENANG

TAHUN BERSEJARAH

2008 merupakan tahun yang sangat-sangat bersejarah. Tahun di mana BN kalah paling teruk dalam sejarah politik pilihanraya tanahair. Tahun di mana BN terlepas 5 negeri berbanding 1999 hanya 2 negeri. Tahun di mana Pakatan Rakyat menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Tahun di mana berlaku pergeseran ketara antara Parti Politik Pemerintah dengan Institusi DiRaja. Tahun di mana 2 negeri beribut Menteri Besar secara terang-terangan sehingga membelakangkan Istana. Tahun di mana Pemimpin Barisan Nasional Terengganu dianggap PENDERHAKA RAJA!! Tahun di mana rakyat Terengganu terpaksa hidup tanpa berMENTERI BESAR selama beberapa tempoh.

SIDANG PARLIMEN

Sidang dewan rakyat yang dijangkakan hangat memang benar-benar terhangat lantaran perbahasan dan pertikaman lidah antara ahli-ahli parlimen di kalangan pembangkang dan kerajaan. Bahkan yang lebih menarik, kelihatan ahli parlimen parti pemerintah sendiri meluahkan rasa tidak puashati terhadap kepimpinan Pak Lah secara terang-terangan. Ini berlaku apabila Datuk Anifah yang pernah ditawarkan jawatan Timbalan Menteri tetapi ditolaknya. Dalam ucapannya, beliau dengan beraninya mengkritik kerajaan kerana menganaktirikan Sabah dari sudut pembangunan. Datuk Zahid Hamidi pula bertanyakan komen beliau berkenaan dengan isu lompat parti. Isu itu dibahaskan berlarutan sehinggakan perumpamaan Banglo(BN) dan Teres(Pakatan Rakyat) dibuat oleh Zahid Hamidi. Dengan penuh berkias, Datuk Anifah menjawab bahawa buat apa ada Banglo kalau kemewahannya tidak dinikmati oleh semua orang. Lebih baik pindah ke rumah teres. Kalau dibesarkan banglo itu sekalipun, katanya, tidak ada maknanya apabila sesetengah orang terpaksa tidur di tepi tandas!

Penulis terperasan perbahasan menarik ketika itu berlaku antara mp kerajaan dengan mp kerajaan. Tidak seperti selalunya. Tiada pula pemimpin pembangkang seperti Azizah, Saifudin, Azmin, Nasarudin Mat Isa, Salahudin, dan lain-lain yang bangkit mencelah. Nampak sangat pembangkang berada dalam situasi yang selesa dalam menghadapi isu lompat parti. Yang sibuk ialah parti kerajaan kerana takut hilang kerajaan kalau ramai lompat parti. Inilah akibatnya apabila rakyat dan rakan seperjuangan parti tidak yakin lagi dengan kepimpinan yang ada. Najib mesti tengah berangan duduk di kerusi PM sekarang.

LOMPAT PARTI

Datuk Anifah Aman
hairan kenapa ahli parlimen sindir orang Sabah dalam isu lompat parti sedangkan ramai yang telah lompat parti dalam PRU12 yang lalu sehinggakan 5 negeri jatuh ke tangan Pembangkang. Lompat melompat ni kerja katak. Ahli politik sedia maklum katak dalam politik biasa dirujuk kepada Ibrahim Ali Pasir Mas. Dalam ucapan Ibrahim Ali membahaskan ucapan Agong, beliau mencadangkan agar PM diganti oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang jadi PM. Rasionalnya kata Ibrahim, agar orang-orang yang bersih seperti Tok Guru berdoa mudah-mudahan negara selamat. Nampaknya 'katak' pun dapat hidayah sokong ulama'. "MANALAH TAU DOA DAN BERKAT ORANG-ORANG SEPERTI TOK GURU YANG BERSIH YANG DAH LAMA BERJUANG DIMAKBULKAN ALLAH TA'ALA."
Rasanya yang berhormat-yang berhormat dari BN tak perlu tunggu lama lagi. Jangan tunggu jadi katak yang mati dilanggar lori, tiada nilai di sisi masyarakat sebab tak sempat melompat untuk selamatkan diri...


Tuesday, May 6, 2008

SUFIAH VERSI TERENGGANU

Ni berita Metro 2 Mei lepas. Aku dah lama tak baca Metro sebab boikot kes siar gambar Nabi Muhammad dihina tahun lepas. Kebetulan terbaca di blog rakan. Aku rasa terpanggil untuk siarkan biar ramai tahu dan sedar bahawa gejala pelacuran remaja sebenarnya serius.

...........................................................


KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia bukan daripada keluarga kaya.

DERIH JUSOH NAK JADI KETUA PEMBANGKANG!


Tadi ada orang ajak kenduri sambut ke'tidakmenang'an Pas dalam PRU12 baru2 ni. Ada cerita baru ekoran majlis angkat sumpah semalam. Kata seorang kenalan, Lepas habis majlis, macam biasa, sesi bergambar diadakan. Kemudian di kerusi masing-masing sudah di'tag'kan dengan nama. di kerusi hujung sekali sebelah kiri, disediakan untuk Ustaz Harun Taib, Ketua Pembangkang DUN Terengganu. Tiba2 si Derih muka tak malu, datang lalu sebut, "ni kerusi Ketua Pembangkang", lalu dia terus duduk di kerusi tersebut. Terpulang lah kepada pembaca nak tafsir macamana perangai Derih muka dok malu tu. Ke nak jadi Ketua Pembangkang. Ustaz Harun buat tak kisah aje, terus ke belakang ambil tempat lain.

Aku ingatkan Derih tak mari dah sidang dewan. Mari juga dia. Esok jangan lupa sama2 kita tengok siaran langsung sidang dewan undangan negeri Terengganu. Siapa nak ikut? Aku rasa nak masuk Wisma Darul Iman tengok 'live'.

Monday, May 5, 2008

Ku Tera Sah Jadi Speaker, Sidang Dun Terhangat

Kmaring 5 Mei, Upacaran Angkat Sumpah ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dato' Tengku Putera memang sah dah jadi Speaker Dun Terengganu. Tiada lagi spekulasi. Memang perancangan licik Ku Tera menjadi. Aku ingat lagi kawan aku bagitau bahawa memang Ku Tera dah buat 'MOU' dengan Ahmad Said, katanya Ahmad Said hanya boleh jadi MB sepenggal sahaja. Katanya Ku Tera merupakan antara 'mastemind ' dalam komplot konspirasi jatuhkan Derih Jusoh. Memang keputusan PRU12 baru-baru tak sebagaimana yang dia rancang, iaitu Derih tak jatuh. Tetapi dengan takdir Allah, Derih tak jadi MB, apa lagi suka benor la Ku Tera. Agaknya buat sujud syukur kot. Sekarang ni dengan kuasa Speaker DUN yang ada pada dia, aku rasa dia akan biarkan Derih 'dibelasah' cukup-cukup oleh Pembangkang. Sidang DUN yang bermula esok akan jadi yang 'TERHANGAT DI PASARAN' dengan beberapa sebab. Pertamanya, sebab soalan-soalan pembangkang ditolak mentah-mentah. Keduanya, sebab Derih tidak lagi jadi MB, dan speaker akan biarkan pembangkang dedah sededah-dedahnya penyelewengan-penyelewengan zaman Derih. Ketiganya, sebab pembangkang sekarang ada 8 orang termasuk Dr. Syed Azman yang lantang dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

KARPAL SINGH KURANG AJAR

Ada kawan hantar artikel ni ke aku. Menarik juga ulasannya.
.................................................

Nampak gayanya, Ahli DAP semakin berani menunjukkan taringnya terhadap
Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan mencabar titah Sultan Perak
dimana sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk
pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Tanpa rasa bersalah dengan
bangganya Karpal Singh dan ADUN Perak Ngeh Koo Ham mengeluarkan
kenyataan sedemikian rupa. Amboi hai, kurang ajar betul diaorang ni.
Dia tak sedar yang kenyataan dia ni boleh menaikkan kemarahan orang
Melayu khususnya di Perak. Lepas tu nanti dia salahkan orang lain yang
mengeluarkan kenyataan dimana darah beliau adalah halal untuk dibunuh.
Sedarlah Karpal, anda dulu yang suka mengeluarkan kenyataan yang
menyakitkan hati orang Melayu tapi anda tidak pernah memikirkan kesan
kenyataan anda selama ini.

Siapakah Karpal Singh ni yang sibuk nak mencampuri urusan negeri lain.
Anda adalah ahli Parlimen Bukit Jelutong dimana negeri yang sepatutnya
anda ambil tahu adalah Pulau Pinang. Sepatutnya Karpal ni dilucutkan
sahaja kerakyatannya kerana cuba mempertikaikan kuasa sultan. Inilah
dia rupa sebenarnya ahli DAP yang anti Melayu selama ini. Kalau Sultan
pun dia boleh `smash' semacam je ini kan kalau orang Melayu biasa.
Wahai orang Melayu, dimanakah letaknya maruah anda di bumi bertuah
ini. Cuba anda bayangkan kalau Karpal Singh atau Ngeh Koo Ham ini
menjadi Menteri, lagilah berlagak mereka berdua.

Saya betul-betul marah dengan tindakan bodoh Karpal Singh dan Ngeh Koo
Ham ni. Siapa dia Karpal yang sibuk untuk masuk campur perlantikan
Pengarah JAIP ni. Dia orang islamkah? Bak kata Nik Aziz, Karpal tidak
faham konsep Negara Islam dan harus mendalami mengenai agama ISLAM
tetapi cuba menentang arus dengan keputusan Sultan. Sebagai bangsa
Melayu, sedarlah kita bahawa DAP ini terang-terang cuba campur tangan
berkenaan hal ehwal Islam di negara kita ini. Janganlah cuba menjadi
hero dalam sesuatu perkara yang anda tidak tahu…Fikir-fikirkanl ah…..

Sunday, May 4, 2008

SEPINTAS LALU

NIZAR DAH MINTA MAAF

Nizar MB Perak diberitakan dah minta maaf dari Sultan Perak kerana isu mengarahkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry. Bagus la tu. Baru nampak gentleman. Ia patut jadi contoh kepada semua ahli politik baik pemimpin kerajaan mahupun pembangkang. Aku rasa sebenarnya Istana bukan nak campur tangan dalam politik pun. Mereka cuma nak tau apa keputusan yang Kerajaan negeri buat. Itu saja. Tapi bila dah jadi gini, maka Istana terpaksa 'menunjukajar' MB Perak apa dan bagaimana bertindak bila ada kaitan dengan kuasa istana. Biasa la tu, kat Terengganu pun gitu juga. Kalau ada pertukaran Pegawai Tadbir Negeri, Setiausaha hendaklah memaklumkan pejabat Setiausaha Sulit Sultan.


HISHAMUDDIN PUN DAH MINTA MAAF

Cakap pasal minta maaf, Hishamuddin Tun Hussein pun dah minta maaf isu Keris Warisan yang dijulang2 dalam perhimpunan agong umno tahun lalu. Kata pemimpin Cina, ini ada unsur perkauman. Rupa-rupanya Cina takut juga dengan Keris Melayu. Tu belum Pemimpin Pas yang angkat. Tapi pemimpin Pas 'sure' tak angkat punya sebab kalau angkat keris tandanya dah masuk UmNO! Kena junjung Qur'an ke, Bulan Purnama ke...

SOTONG

Cakap pasal bulan purnama, kawan2 ajak pergi candak sotong pertengahan Jamadil awal ni. Kata salah seorangnya, kan waktu tu bulan cerah, orang tak memancing pasal takde ikan. Balas seorang lagi, cerah la senang nampak... Lantak ngkorang la. asal bahagia, pergi aja la. Dulu ada orang yang 'famous'kan Hishamuddin dengan gelaran sotong. Katanya sebab beliau tak tegas dalam banyak isu. Sekarang terpaksa minta maaf dengan kaum Cina pulak sebab isu keris, apa lagi sotong kembali daaa....

BERITA MENARIK HARI INI

Sementara tunggu siap servis kereta pagi ni, aku sempat baca sinar harian. Antara berita menarik hari ni seperti berikut:

1.Hari Ketawa Sedunia.
Lebih 1000 anggota daripada 35 Kelab Ketawa di India berkumpul menyambut Perayaan Hari Ketawa Sedunia.
Komen: Tak tau pulak aku ada Kelab Ketawa. Apa nak heran, macam-macam kelab dan persatuan dah ada sekarang. Kelab Gay, Kelab Homoseks, Persatuan Tandas Sedunia. Yang lebih teruk baru-baru ni ada orang di Australia nak tubuh Yayasan untuk golongan sumbang mahram! Yang kahwin dengan Lembu pun ada....

Orang dalam dunia ni apabila dah bosan dengan perkara biasa, mereka akan cari jalan untuk menghibur dan memuaskan hati dengan perkara-perkara yang baru dan pelik-pelik. Tapi yang positifnya, kata kajian perubatan, ketawa merupakan salah satu penawar penyakit terutamanya kemurungan dan seumpamanya. Bak kata orang putih, "Laughter is the best medicine". Tak gitu?

Agaknya boleh buka cawangan di Malaysia ke?

2.Ayah kurung anak selama 24 tahun untuk memuaskan nafsu seksnya.
Kisah ini berlaku di Austria di mana seorang lelaki mengurung anaknya selepas beliau membawa pulang anaknya yang lari dari rumah ketika usia 17 tahun kerana dirogol. Lelaki itu mengurung anaknya dan tidak pernah dikeluarkan sehinggakan tiada yang mengetahui perbuatan terkutuk itu. Hasil daripada sumbang mahram itu, anaknya melahirkan 7 orang anak.

Komen:Apa nak jadi dunia akhir zaman. Bukan sahaja zina berleluasa, sumbang mahram makin menjadi-jadi dan ada yang tidak sedikit pun malu melakukan perbuatan terkutuk pun.

3.Nenek bersuami dua di Terengganu.
Kes ini diadukan oleh suami wanita yang berusia 47 tahun itu. Suaminya yang berusia 63 tahun berkata sebelum ini wanita itu pernah memohon cerai taklik tetapi masih belum diputuskan oleh mahkamah syariah. Lalu wanita tersebut ke Selatan Thai bagi menyelesaikan masalahnya bagi membolehkan ia kahwin lain.

Komen:Dunia oh dunia...Maklumlah dah akhir zaman. Macam-macam ada. Wanita menyamar lelaki nak kawin sama-sama wanita pun ada, yang dah kawin mengaku belum kawin pun ada...
Yan nenek tu pun tak sabar-sabar, tunggulah mahkamah tempatan buat keputusan dulu. Isy, isy, isy...................................

Saturday, May 3, 2008

ULAMA' DAN UMARA'

Gambar ni disiarkan dalam Harakah terbaru, diambil pada hari Perasmian Sidang Dewan Rakyat suku pertama 2008. Raut wajah Tuanku Mizan menceritakan segalanya.

SIKAP PEMBANGKANG TERHADAP DR. ASRI

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, seorang ulama' muda yang tak asing lagi di Malaysia ini kerana kelantangannya menyuarakan pandangan beliau secara terbuka di dada-dada akhbar dan saluran media lain.

Siapa sebenarnya beliau?

Dr Asri dilahirkan pada 1.1.1971 di Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau sudah mendirikan rumah tangga. Sebelum ini bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis mulai 1 November 2006 (secara pinjaman).

Pendidikan

Anugerah

  • Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 2006.

Kertas kerja

  • 2004
  1. Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
  2. ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
  3. Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
  4. Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
  5. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIAM (2004).
  6. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
  7. Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
  8. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
  9. Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
  10. Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
  11. Konsep Bid'ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti Pulau Pinang (2004).
  12. Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
  13. Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
  14. Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).
  • 2005
  1. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
  2. Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam Liberal, DBP & Karangkraf. (2005).
  3. Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
  4. Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
  5. Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
  6. Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul al Quran JAKIM, Kuala Kubu, Selangor. (2005)
  7. Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
  8. Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
  9. Menangani Isu Bid'ah Melalui Pendekatan al Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
  10. Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).
  • 2006
  1. Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
  2. Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
  3. Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006)
  4. Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
  5. Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
  6. Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
  7. Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).
  • 2007
  1. Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Mungkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007).

Penerbitan

  1. Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
  2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
  3. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  4. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  5. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  6. Bid'ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
  7. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
  8. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
  9. Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadhari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
  10. Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
  11. Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
  12. Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
  13. Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
  14. Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).


Bab Dalam Buku

  1. Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah: Serangan Terhadap Isu Aurat Wanita, Jahabersa, Johor (2005).
  2. Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah: Membantah Azab Kubur Menyanggah Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Jahabersa, Johor (2005).
  3. Hafiz Firdaus, Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa: Himpunan Risalah Berkenaan Puasa Dan Isu-Isu Berkaitannya: Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut al-Sunnah, Jahabersa, Johor (2005).

Journal

  1. Jurnal Usuluddin UM (Bil: 13/2001) Kaedah Pengambilan Riwayat Sejarah al-Sahabah: Satu Kajian Terhadap Tarikh al-Tabari.
  2. Jurnal Kemanusiaan PPIK, USM (2005) Salah Tanggapan Terhadap Aliran Pemikiran Al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi‘i.

Prosiding

  1. ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, Universiti Isfahan, Iran (2004).
  2. Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. (الاجتهاد في معرفة سبب ورود الحديث: أسبابه وأدواته) Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004).
  3. Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan. Persatuan Kebajikan al-Nidaa’, Malaysia (2004).
  4. Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith, Seminar Usul Fiqh, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
  5. Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004)
  6. Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan 2006).

Perlantikan

  1. USM Penyelaras Sekreteriat Falsafah Dan Sains Islam (SEFSI) 1/3/2004-10/3/05
  2. Dewan Bahasa Dan Pustaka Penyunting Buku : Al-Ibanah ‘An Usul al-Diyanah 24/2/04
  3. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) Penilai Artikel Jurnal Ilmiah Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah Tajuk: Al-Quran: Saja’ am Fasilah 22/7/04
  4. Jabatan Mufti Negeri Perlis : Ahli Jawatankuasa Sunnah Perlis 28/8/04-
  5. Universiti Malaya Pemeriksa Tesis M.A. Tajuk: Ibn Jawzi Dan Sumbangannya Kepada Pengajian Hadith: Tumpuan Kepada Kitab Al-Mawdu’at 22/11/04
  6. Pertubuhan Kebajikan al-Nida Malaysia - Ahli Majlis Perunding 17/12/04-
  7. Universiti Teknologi Malaysia - Penilai Monograf Pendidikan. Tajuk: Perkembangan Institusi Pengajian Pondok Di Nusantara-Pengaruhnya Ke Negeri Kedah 14/3/05
  8. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) Penilai Artikel Jurnal Ilmiah Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah Tajuk: Al-Tadwin al-Mubakkir li al-Sunnah: Dirasah fi al-Hujjiyyah wa al-Manahij 28/3/05
  9. Institut Pengajian Islam, Perlis Penilai Kurikulum Bagi Subjek:
  10. Pengantar Pemikiran Islam
  11. Tasawwuf
  12. Institut Keluarga Islam
  13. Firaq Dalam Islam 5/5/05
  14. Darussalam International Publishing & Distribution Penilai Buku: “Buku Bantuan Belajar Tajwid”. 14/11/2005
  15. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -Penilai Jurnal at-Tajdid (Refereed Arabic Biannual) 19/12/05
  16. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Ahli Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis 1/1/ 2007- 31/12/2008
Sikap Pemimpin Pembangkang Terhadap beliau

Antara yang lantang mengkritik D. Asri ialah Dr. Badrul Amin, bekas pensyarah UIA, sekarang ini menjadi Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat. Beliau pernah melabelkan Dr Asri sebagai ' Bapak Setan'. Tuduhan itu dianggap melampau oleh pengikut-pengikut Dr Asri dan sesetengah masyarakat.

Rata-rata pembangkang apabila menyentuh tentang Dr. Asri, mereka merujuk kepada aliran dokongan Dr. Asri iaitu Salafi. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam mengulas isu salafi, mengatakan bahawa ada individu yang sibuk membahaskan isu furu' atau masalah cabang dalam agama. Mereka membahaskan isu talkin, berdoa jama'ie selepas solat fardhu, tahlil, doa qunut, dan seumpamanya. Mereka membid'ahkan dan kadang-kadang menyesatkan orang islam yang mengamalkan amalan yang dianggap bid'ah oleh mereka. Walau bagaimanapun, Tuan Guru juga mengiktiraf bahawa memang ada satu golongan yang dinamakan Salafi Wahabi dan mereka ini termasuk dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah pendapat-pendapat agama di kalangan salafi terutamanya masalah berpegang kepada zahir ayat mutasyabihat, dan tidak menta'wilnya, boleh diterima kerana berasal dari pendapat ulama' terdahulu seperti Imam Ahmad bin Hanbal tetapi Tuan Guru tidak bersetuju uslub mereka yang terlalu melampau menekankan perkara-perkara cabang walaupun dalam masalah aqidah, sehinggakan meninggalkan isu mencegah kemunkaran yang ijma' ulama' seperti meninggalkan hukum Allah, menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal.

KEPALA AIR DI SEKAYU


Berita Sinar Harian edisi Terengganu hari ini memaparkan tragedi mati lema akibat 'Kepala Air' di Sekayu Kuala Berang. 3 mati lemas dan 7 cedera akibat dilanda Tsunami Kecil itu. Orang-orang kampung biasanya gelarkan sebagai Kepala Air(waterhead?). Apa dia kepala air ye? Kalau tanya orang kampung, mereka akan jawab, ianya merupakan air banyak yang datang tiba-tiba kekadang disebabkan oleh hujan lebat di hulu. Dalam kes yang berlaku semalam di Air Terjun Sekayu, memang ada hujan tapi tidak pasti lebat atau tidak sebab di Kuala Terengganu hanya mendung dan hujan rintik-rintik saja.

Tragedi sebegitu tidak diduga. Waktu mula-mula rakan bagitau orang mati lemas di Sekayu, ingatkan sebab mereka mandi di kawasan air terjun tinggi yang kedalamannya dan sejarahnya memang biasa ada korban. Tapi ini tidak. Ia datang tiba-tiba dan dalam beberapa saat sahaja. salah seorang mangsa dijumpai 2 km dari tempat kejadian manakala seorang lagi sehingga 4 km!!! Memang mengejutkan!

Apa-apa pun, harap-harap kepada pengunjung air terjun sekayu, berhati-hati lah waktu bersuka ria di sana kerana MALANG TIDAK BERBAU.

Friday, May 2, 2008

SIAPA DAPAT PROJEK PUSAT LATIHAN PULAPOL TERCANGGIH?




Aku tersenyum sorang diri apabila terbaca berita SinarHarian yang melaporkan bahawa sebuah Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pertama di Pantai Timur yang membabitkan kos kira-kira RM500 juta dengan melibatkan keluasan hampir 135 ekar akan dibina di Rantau Abang, di sini, tidak lama lagi.

Menurut berita itu, projek berkenaan adalah termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) dan kerja pembinaannya pula dijangka akan dilaksanakan secepat mungkin.
“Kerajaan telah meluluskan pembinaannya, peruntukan pun sudah disalurkan, kontraktor juga telah dilantik.

Agaknya siapa kontraktor yang dilantik tu? Menurut satu sumber, nama pemaju tu Denrish, milik usahawan dari Kuala Lumpur, Bosnya Datuk Peter. Elok la tu. Dulu Patrick, sekarang Peter pulak. Bila nak bagi kat bumiputera melayu Terengganu? Kalau Roslan Awang Chik dah tahu, mesti dia marah ni.

KEMELUT MB DAN ISTANA PERAK


'Mainstream media ' tengah galak main isu pertentangan kehendak antara Istana dan pentadbiran negeri Perak. Utusan Malaysia hari ini memaparkan Arahan Istana Perak agar pertukaran Datuk Jamry ditarikbalik. Nampaknya Umno Barisan Nasional sangat bijak main peranan untuk laga2kan istana dengan Pakatan Rakyat agar jadi satu polemik dan seterusnya melemahkan kerajaan negeri Perak yang dipimpin pembangkang sejak Mac lalu.

Aku tak hairan ini berlaku kerana mereka belajar dari peristiwa kemelut jawatan MB di Terengganu. Mereka merasakan bahawa pembangkang amat berjaya dalam melagakan istana dengan Idris Jusoh and the gang walaupun hakikatnya ia terjadi berpunca dari Idris dan Pak Lah sendiri yang tidak mahu kalah terhadap kemahuan Istana Terengganu.

Justeru, aku rasa Dato' Seri Nizar Jamaluddin mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Terengganu kerana Sultan Perak pun antara raja2 melayu yang bijak dan mengambil tahu perjalanan politik negara. Bahkan pemangku raja pun (Raja Nazrin) nampaknya sangat-sangat berhati-hati dalam membuat keputusan bagi pihak istana.
Pakatan Rakyat tidak boleh ambil enteng masalah ini dan seharusnya mencari jalan penyelesaian dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan raja-raja melayu khususnya di Perak untuk menangani masalah sebegini.

Nampaknya akhir2 ini istana sangat berminat untuk terlibat dalam politik tanahair walaupun secara tidak langsung sahaja (tidak terang-terangan) kerana mereka tahu bahawa raja2 melayu hanya sebagai simbol agama Islam dan adat istiadat melayu sahaja. Apa yang berlaku di Terengganu dan Perak merupakan contoh yang baik untuk menggambarkan bahawa institusi diraja masih mempunyai kuasa2 tertentu yang mempengaruhi pentadbiran kerajaan negeri. Di Kelantan umpamanya, orang2 politik dan pegawai tadbir negeri sudah maklum bahawa penyerapan dan pertukaran pegawai tadbir negeri yang menjadi asas pentadbiran negeri sangat berkait rapat dengan istana Kelantan.

Berbalik kepada isu Perak, sebenarnya ia berpunca dari masalah Jawatankuasa masjid yang belum selesai. Aku pun faham dalam keadaan sekarang, MB mungkin ditekan oleh individu2 dalam parti yang inginkan perubahan jawatankuasa masjid disegerakan. Dalam waktu yang sama juga, sudah tentu jawatankuasa lama(rata2nya umno) nak pertahankan jawatan. Ini yang menjadi kemelut sebenar! MB Perak sewajarnya merujuk kepada apa yang pernah berlaku di Terengganu di mana Jawatankuasa Masjid dikekalkan sehinggalah berlakunya pemilihan baru Jawatankuasa Masjid, maka ketika itulah rakyat setempat bertindak memilih ahli qaryah yang benar2 berhak memimpin jawatankuasa masjid masing2. Kalau ahli umno terpilih, redha saja lah. Kalau ahli pas atau Keadilan terpilih , alhamdulillah.

Tak gitu? Apa apa aja lah...

BERAS NAIK HARGA


Beberapa hari lepas aku ke supemarket untuk beli keperluan dapur, termasuklah BERAS. Aku ambil satu pek beras 10 kg. Harganya 23.90. Pagi tadi terdengar berita radio mengatakan bahawa beras akan naik harga lagi sekitar 30 sen sekilo. Bayangkan 10kilo jadi RM3. Maknanya kalau beras yang harga RM23.90, akan naik jadi RM 26.90!!! Mak aie, mahalnya. Kenapa jadi begini?

Kita kan banyak jelapang padi. Kedah negeri jelapang padi terbesar di Malaysia. Kelantan pun tak kurang hebatnya orang tanam padi. Ada pendapat kata ini disebabkan oleh monopoli oleh Bernas(Perbadanan Beras Nasional Berhad). Walaupun Kedah negeri pengeluar utama beras negara, rakyatnya tetap terpaksa beli beras dengan harga yang mahal sekarang. Bayangkan hampir kesemua jenis beras naik mendadak sekitar 15 hingga 40 peratus.

Pada tahun 2008 ini kenaikan harga beras begitu mendadak dan ia dikatakan berkaitan dengan kenaikan global harga beras.

Umpamanya di Kedah harga beras gred super seberat lima kilogram sekarang dijual dengan harga RM13.50 berbanding sebelum ini RM8 dan beras gred super seberat 10 kilogram sekarang dijual dengan harga RM27 berbanding RM16 sahaja sebelum ini.

Kalau betul kerajaan kawal harga beras, aku minta kerajaan tolong tetapkan harga syilng. Nanti peniaga akan naikkan harga sesuka hati. Mahu tak boleh makan beras lepas ni. Agaknya rakyat kena bertukar kepada ubi yang masih murah harganya kot. Balik ke zaman Jepun la jawabnya...

DATUK JAMRY SURY DAPAT JAWATAN KEMBALI

Petikan The Star Online

.....................................................


IPOH: Sultan of Perak Sultan Azlan Shah has ordered Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to reinstate Datuk Jamry Sury as Perak Religious Department director effective immediately as royal consent was not given for his 24-hour sacking on Tuesday.

The palace is expected to issue a statement later Friday.

.............................................................

Apa cerita ni? Aku harap kerajaan Perak tidak buat keputusan terburu-buru lagi. Kerajaan belum lagi setahun jagung, dah ada kontroversi dengan istana. Hari tu, bukan main susah nak lantik Menteri Besar di kalangan orang Pas. Sekarang ni pulak, pecat Datuk Jamry, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak 24 jam. Takkan lah 24 jam kot. Kerajaan ada peraturan. Kakitangan awam mesti diuruskan melalui peruntukan undang-undang. Kan ada Perintah Am mengawal semua tindak tanduk kakitangan awam. Gunakanlah... mana ada orang pecat kakitangan awam 24 jam. Ini jarang berlaku. Kalau jawatan politik boleh lah..

Ataupun ada cerita lain ni? Tentu ada cerita...takkan sorang pun tak tahu apa yang sebenarnya terjadi? Kalau dipecat serta merta hanya kerana tidak mahu ditukarkan, maka teramatlah tidak wajar. Bagi Datuk Jamry pula, TERAMATLAH tidak wajar juga kalau dia tidak mahu ditukarkan kerana tukar pegawai dari satu tempat ke satu tempat adalah perkara yang amat biasa. Pecat 24 jam itu yang tidak biasa!!

Kalau benar ia berlaku, maka isu ini akan dimainkan dengan baik oleh Umno Barisan Nasional, sebagaimana Umno Barisan Nasional Terengganu main isu Dato' Che' Mat Jusoh 'Senapang' apabila beliau didesak berhenti oleh kerajaan Pas ketika itu. Itu didesak berhenti, ini di Perak dipecat 24 jam!!

PERKARA SEBENAR

Yang sebenarnya Datuk Jamry diarahkan BERTUKAR, bukannya DIPECAT!! Istilah SACKING yang digunakan The Star mengundang maksud PECAT bukan TUKAR. Jadi , hati-hatilah sikit The Star oi... takut nanti kena saman baru tahu. Walaupun Media ada peruntukan untuk bayar semua tu, fikir2kanlah kebaikan untuk rakyat. Jangan pakai keluar artikel tanpa proof reading walau online sekalipun. BAHAYA untuk kesihatan Rakyat Malaysia tau.


ISU ROYALTI CUBA DITUTUP

ARAHAN JPM

Malam kelmarin aku sembang dengan seorang cikgu. Katanya ada arahan bertulis dari Jabatan Perdana Menteri mengarahkan semua 'mainstream media' agar tidak mainkan isu Royalti Minyak Petronas kepada Kerajaan Terengganu. Teringat pula aku sidang dewan rakyat yang baru berlangsung dua hari. Hari pertama perbahasan sudah panas!!Sehinggakan siaran langsung yang dijanjikan satu jam hanya disiarkan selama 40 minit. Itupun sudah macam cacing kepanasan. Salahuddin Ayub membawa usul membincangkan isu Royalti Terengganu sebab ia berkait dengan hak rakyat tetapi Yang Di Pertua Dewan tolak mentah-mentah usul itu. Kemudian mulalah Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheat, maaf silap eja, pembetulan, Shabery Chik mendakwa Ahli Parlimen di kalangan pembangkang macam budak-budak. Katanya tujuan siaran langsung adalah untuk membincangkan masalah rakyat. Tiba-tiba ahli parlimen pembangkang menggunakan peluang itu untuk bertegang leher dengan kerajaan dengan membangkitkan soal peraturan mesyuarat yang remeh temeh. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya berkenaan isu royalti. Memang sudah dijangkakan tujuannya hanya nak menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan memang sentiasa beri peluang kepada pembangkang tetapi mereka sia-siakannya.

Aku perasan juga memang berita harian, utusan malaysia, metro, tidak main isu royalti. Hanya Sinar Harian sahaja rasanya yang banyak keluarkan berita sama ada kenyataan pimpinan parti pembangkang, ngo, rakyat mahupun Menteri Besar sendiri. Tahniah Sinar Harian kerana berani menyuarakan pandangan rakyat.

UMNO TERENGGANU AKAN BUAT SEMINAR ROYALTI

Kawan aku juga bagitau bahawa Umno Terengganu akan buat Seminar Royalti, dan dengar khabar tujuh cawangan(atau bahagian?) bersedia untuk demonstrasi kalau poyalti tidak dikembalikan kepada kerajaan Terengganu. Betul ke ni? Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi.

Related Posts with Thumbnails