Wednesday, March 24, 2010

Sunday, March 21, 2010

PEMIMPIN DAPAT BALAK, RAKYAT DAPAT HABUK






albaqir: PEMIMPIN DAPAT BALAK, RAKYAT DAPAT HABUK: Menteri Besar Terengganu, DATO’ AHMAD SAID agihkan 1,000 ekar Kawasan Balak setiap seorang kepada Dato’ Rosli Mat Hassan, Dato’ Abdul Rahman Bakar dan YM Tengku Putera Tengku Awang. Untuk jaga hati Istana, DAS berikan kpd Tengku ADIK (YAM Syed Ahmad Saifudin Syed Muhammad) 500 ekar. DAS mula gawat krn ‘tayar spare’ bertaraf Menteri itu sedang ready disiapkan oleh Pusat utk ganti ‘tayar sekarang’
Sun Mar 21, 2010 7:11 pm

Penulis merasa agak terkejut dengan pendedahan berani albaqir di sini (shoutbox), salah seorang member Tranungkite.net yang online petang ini(21 Mac 2010). Biasanya kalau orang politik tak berani mendedahkan isu-isu yang membabitkan istana. Alasan mereka, "takut terpijak wayar..". Ini sikap 'double standard' yang berlaku dalam dunia politik tanahair,. Dalam senarai
pemimpin dapat balak yang ditulis oleh albaqir, terpampang nama Geng Ahmad Said iaitu Dato' Rosli Mat Hassan, Dato' Abdul Rahman Bakar, dan YM Tengku Putera Tengku Awang. Yang lebih menariknya, beliau menyenaraikan nama YAM Syed Ahmad Saifudin Syed Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tengku Adik yang mendapat 500 ekar balak. Sejauh mana kebenarannya, tanyalah sendiri kepada yang mendedahkannya. Ini merupakan 'kebijaksanaan politik ' Ahmad Said apabila membina 'talian hayat' yang kukuh dengan Istana untuk memastikan beliau terus menjadi MB.

Yang lebih bijaknya, Dato' Ahmad Said beri 1000 ekar balak kepada 3 orang ahli politik kroninya tapi hanya 500 ekar kepada Tengku Adik. Barangkali Tengku Adik tidak mengetahui keluasan yang diberikan kepada orang lain, lalu merasa sangat bertuah kerana dapat 500 ekar.

Bukan orang politik dan Istana sahaja yang dapat habuan. Pegawai kerajaan apa kurangnya. Lihat si Mokhtar Nong bekas SUK Terengganu. Bukankah beliau dianugerahkan dengan balak bernilai RM6 JUTA?Bukan setakat itu, beliau juga mendapat gratuiti perkhidmatan sebanyak RM800K. Semuanya didedahkan di sini.

Nampaknya Ahmad Said terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk kekalkan kedudukannya sebagai MB. Apa lagi yang masih menjadi rahsia, kita pun tak tahu. Mungkin akan didedahkan lagi pada masa akan datang.

Apa yang rakyat dapat? Kurma dan air zam zam di bulan Ramadhan sudah cukup menjadi pengubat hati dan bukti betapa baiknya Ahmad Said dengan slogan, " Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran."

Monday, March 1, 2010

PILIHANRAYA UMUM KE 13 LEBIH AWAL?

Penulis dapat maklumat bahawa PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu seawal-awalnya Mac 2011. Ini berdasarkan kepada 'iddah' PRU 13 selama 3 tahun penuh. PRU 12 yang lalu berlaku pada Mac 2008. Penulis diberitahu oleh rakan2 dalam PAS bahawa PAS Pusat mula buat countdown yang akan berakhir pada 11 September 2011.

PERSEMPADAN SEMULA

Kalau nak pakai teori PRU 13 akan diadakan sebaik sahaja selepas persempadan semula diluluskan, maka kena ambil kira tempoh 8 tahun yang ditetapkan. Seingat penulis, tahun terakhir persempadan semula ialah pada 2003. Ini bermakna memang munasabah PRU13 dijangka pada tahun 2011.

Adapun tempoh maksimum bagi kerajaan buat PRU13 ialah tahun 2013. Kerajaan akan menjadi tidak sah sekiranya PRU tidak dibuat selepas 2013.

Jadi, untuk lebih 'ihtiyat', maka adalah lebih baik disasarkan ia berlaku Mac 2011. Kempen daftar pengundi dan keahlian parti-parti pakatan rakyat harus digiatkan untuk ke arah itu. Serangan-serangan mesti diatur dan dilancarkan. Papan Skor sepatutnya sudah dinaikkan. Elakkan kita menari mengikut gendang musuh. Fokuskan kerja. Jauhi percanggahan dan perbezaan yang meluaskan jurang antara parti pakatan. Lupakan sengketa. Jauhi menyerang sesama sendiri. Tumpukan muncung pistol dan senapang ke arah musuh yang Satu(Malaysia) iaitu UMNO Barisan Nasional.
Related Posts with Thumbnails