Sunday, February 22, 2009

APA KHABAR TERENGGANU?

Ni artikel yang di'email'kan oleh seorang sahabat lama;
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Rata-rata rakyat Malaysia yang cakna politik bercakap isu Perak, Kedah, dan terbaru Selangor. Kalau di Perak, orang bercakap isu Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan isu MBnya(entah bila akan selesai), di Kedah dengan isu Pilihanraya Kecil di Bukit Selambau nya, manakala terbaru isu Ellizabeth Wong dan Pilihanraya Kecil Bukit Lanjan(bukan Bukit TeLANJANg). Orang Tranung pun tidak ketinggalan dalam mengikuti isu ini.

Aku yang biasa intai-intai isu apa nak 'highlight' di Tranung pun terheret sama dengan kancah politik PR di Perak, Kedah dan Selangor. Walaubagaimanapun, insyaAllah 'slow-slow' la kita bongkar isu di Terengganu. Aku teringin sangat nak tengok muka Datuk Bandar Mat Razali Kassim yang suruh kakitangannya pangkah BN dalam pilihanraya kecil KT tempoh hari. Sebenarnya, aku ada sikit-skit cerita orang dalam. Sebenarnya ahmad said memang arahkan buat survey berapa orang kakitangan kerajaan negeri yang mengundi di Parlimen KT. Kempen Pangkoh BN bukan sahaja dibuat di Majlis Bandaraya KT, bahkan di Wisman Darul Iman. Kalau di MBKT , Datuk Bandar yang jadi Balaci umNO BN, di Wisma Darul Iman pula, Datuk Mazlan Ngah, Pegawai Kewangan Negeri. SUK arahkan 2 kali staf Wisma Darul Iman berhimpun di Dewan untuk 'brainwash' kakitangan agar undi BN. Aku rasa nak muntah bila dengar crita ni. Bayangkan pegawai kerajaan yang sepatutnya bersikap BERKECUALI, tiba2 kempen terang2 suruh pangkah BN sedangkan Datuk Mazlan selaku Pegawai Kewangan Negeri, tunjuk contoh berkecuali kerana beliau merupakan salah seorang anggota Lembaga Tatatertib Negeri. Begitu juga dengan Datuk Bandar yang menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Kakitangan Majlis Bandaraya. Waktu Datuk Mokhtar Nong(setiausaha Kerajaan Negeri)berucap kali pertama setelah beliau dilantik menggantikan Datuk Muhatar(bekas suk), beliau pun mengaku Umno sejak belajar lagi. Ini semua menandakan bahawa pegawai2 tinggi kerajaan negeri Terengganu tidak mengikut peraturan yang digariskan dalam 'General Order' atau Perintah Am Kerajaan yang menjadi 'bible' kepada setiap kakitangan awamdi Malaysia. NonPartisan yang diucapkan oleh pegawai2 tinggi negeri Terengganu rupa-rupanya membawa erti " MESTI SOKONG DAN JADI BALACI UMNO SECARA TERANG-TERANGAN!" .

Aku tunggu juga kot2 ada orang yang nak repot polis pasal Datuk Mazlan ni. Tapi sorang pun takda. Hampeh! Penakut nak mampus kakitangan awam ni.

Kalau semua Pegawai Tadbir Negeri macam ni, hancus lah negeri Terengganu. Malangnya nasib mu Mad Said Kerah Keng. Ada Setiausaha Sulit Kanan, hok dok paka gawa. Patutla ramai kakitangan x suka. Pertukaran pegawai hanya berdasarkan "accesibility"(line politik la tu..).Tidak berdasarkan seniority dan Merit. Sapa yg pandai bodek dan tunjuk "umno" lebih, maka dia lah senang naik pangkat. hok nampak hawa-hawa "hijau" ssikit, kena sekung di mana2, turun pangkat, statik dan macam-macam lagi. Ni la kerajaan anok beranok. Punyalah hebat dan "rajin" nya wan ahamad SU Sulit Kanan ni, ceramah pas pun dia turun sendiri kot2 ada kakitangan wisma yang pergi.

Nanti ada sambungan, tunggu email seterusnya...

Tuesday, February 17, 2009

RAHSIA DI SEBALIK PERTABALAN SULTAN PERAK

Dalam kemelut politik yang melanda Perak hari ini, sekali lagi Istana diheret sama dalam isu menentukan Menteri Besar. Tahun lepas, Istana Terengganu menunjukkan 'belangnya' kepada Idris Jusoh dan pengikut-pengikutnya apabila Sultan Terengganu memutuskan untuk menerima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Rakyat Terengganu dilihat bersama Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kali ini, apabila Tuanku Sultan Azlan Shah memutuskan untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada YB Dr Zambry Abdul Kadir, kajian pungutan suara menunjukkan rakyat berpihak kepada YAB Ir Nizar Jamaluddin dan tidak kepada Istana. Sultan Azlan sudah tentu tahu perkembangan ini. Tapi mungkin Baginda mempunyai cukup alasan untuk bertindak sedemikian.

Walaubagaimanapun, penulis tidak bercadang untuk ulas lanjut kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Perak kerana ada satu artikel menarik berkaitan adat istiadat di Istana Perak yang dipanggil Adat Pertabalan Jin!

Sila baca artikel di bawah:

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.

Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan....)


Setelah membacanya, apa komen anda dan adakah ia mengubah persepsi anda terhadap kesultanan Perak khususnya bagi yang beragama Islam? Lebih-lebih lagi ia melibatkan Sahibus Samahah Mufti Perak yang ditugaskan membaca doa selamat sebagai penutup majlis Istiadat Tabal Jin ini. Apa agaknya hukum membaca doa selamat untuk majlis yang dipenuhi dengan adat istiadat yang diragui dari sudut syarak akan keharusannya? ANTARA AMALAN YANG MENGUNDANG KONTROVERSI HUKUM:
1.Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam(kena tanya Datuk Harusani apa hukum berdamping dengan Jin)
2.dan dibelakang nya Pawang DiRaja(macam cerita nujum pak belalang je) menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning(Jin memang suka warna kuning) dan diikuti olih Sida-Sida(ada lagi ke sida zaman sekarang?)
3.Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'(orang tawaf keliing kaabah di Mekah, dia keliling balai panca persada)
4.Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda.(Tolong bagitau apa tujuannya tepung tawar tu. Bukanke itu amalan Hindu?)
5. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek.(Astaghfirullah...mengucap...Ini jelas syirik.Umur seseorang hanya Allah yang tahu. Bukan dengan panjang pendek tahan dengar lagu!!!)
6.Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. (Kenapa mesti Jin yang merestui pertabalan Sultan sedangkan manusia sebaik-baik kejadian?)

Monday, February 16, 2009

SERANGAN MORAL DAN POLITIK MALAYSIA

Ellizabeth Wong baru sahaja meletak jawatan sebagai exco dan Adun akibat isu penyebaran gambar bogelnya oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Beliau yang menjadi exco Kerajaan Selangor, setelah memenangi kerusi dun Bukit Lanjan. Nampaknya satu lagi Bukit akan jadi mangsa percaturan politik tanahair. Sebelum ini, sudah dua bukit diisytiharkan kosong ekoran kematian Adun Bukit Gantang, dan perletakan jawatan Adun Bukit Selambau. Isu Bukit Selambau dan Bukit Lanjan berkait dengan isu moral. Penulis merasakan banyak lagi adun yang bakal meletakkan jawatan selepas ini akibat kerakusan nafsu Umno Barisan Nasional yang berikrar mahu merampas kembali negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Serangan peribadi yang melibatkan isu moral merupakan ajaran Yahudi dalam berpolitik. Itulah yang digunakan Yahudi untuk menjatuhkan sesiapa yang mereka kehendaki. Bill Clinton jatuh akibat si Yahudi Monica Lewinski. Pernah Ayatollah Khomeini dituduh terlibat dengan skandal seks bertujuan untuk menjatuhkannya tapi tidak berjaya. Sebelum ini, sudah ada pemimpin pembangkang tanahair yang dikaitkan dengan skandal demi untuk mencapai cita-cita politik ala machaivelli ini. Mat Sabu pernah dikaitkan dengan kes tangkap basah tetapi gagal disabitkan kesalahan itu. selepas itu, tiada lagi pimpinan Pas yang dikaitkan. Mungkin mereka sentiasa cuba mencari salah itu tetapi masih gagal. Yang biasa dijumpai ialah pada batang tubuh ahli politik DAP dan PKR.

Keadaan sekarang tidak akan terhenti dengan 3 bukit ini sahaja. Umno dan BN akan sentiasa mencari-cari peluang untuk kaitkan salahlaku rasuah, penyelewengan atau seks yang membabitkan adun atau ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang sedia ada. Kalau tidak ada salahlaku baru, mereka akan korek sejarah lama peribadi setiap adun mahupun exco untuk buat serangan lagi, dan lagi, dan lagi...

Cuma yang menarik ialah semua yang berlaku membabitkan adun PKR dan DAP. Setakat ini, tiada adun PAS yang berjaya di'skandal'kan atau dijatuhkan. Pernah mereka cuba rosakkan nama Dr Halimah Ali dengan isu tangkap khalwat tetapi tidak berjaya kerana perkara itu fitnah terang-terangan. Itulah kekuatan yang ada pada pemimpin-pemimpin Pas. Pas tidak akan memilih orang yang bankrap Akhlak sebagai pemimpin sama ada untuk rakyat mahu pun parti. Pas sedaya upaya mendidik pemimpin dan ahlinya menjadi manusia berakhlak dan tahan godaan. Rasuah seks yang dikaitkan dengan ahli Majlis Daerah Perak Tengah(yang juga anggota PKR), sehinggakan tertuduh menganggap habuan seks itu sebagai sedekah menampakkan ketiadaan dayatahan melawan godaan.

Seingat penulis, paling teruk pun, isu peribadi yang memang benar-benar berlaku kepada pemimpin Pas ialah isu kahwin dua. Itupun mahu digunakan oleh Umno BN untuk menjatuhkan Pas. Penulis harap ahli-ahli politik pakatan pembangkang yang sentiasa terdedah kepada bahaya skandal sebegini, ikutlah apa yang diajar oleh Islam, iaitu kahwin. Yang belum kahwin seperti Ellizabeth patut kahwin. Yang gatal mata tengok perempuan lain walaupun dah ada bini, kahwin satu lagi. selesai cerita. Yang bukan Islam, rasa gatal nak simpan perempuan, masuklah Islam. boleh kahwin sampai empat.

p/s: Harap-harap calon Bukit LANJAN yang baru tidak dikaitkan dengan berteLANJANg lagi. Takut2 ada orang ingat kena badi Ellizabeth.

Sunday, February 15, 2009

KRISIS PERAK: RAKYAT VS SULTAN

BANGI – Following the collapse of the Pakatan Rakyat government in Perak, survey reveals that 74% of Perak voters feel that the state assembly should be dissolved to pave way for elections.

The survey also found that 76% of voters felt that “the people, through elections” should decide on forming government.

A further 62% of respondents felt that the role of the palace in this case “does not reflect the will of the people of Perak”.
.......................................................

Berita di atas penulis petik dari Laman Web Merdeka Centre. Bunyinya dalam Bahasa Melayu lebih kurang begini:

"Ekoran kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kajian mendedahkan bahawa 74% pengundi Perak merasakan bahawa Dewan Undangan Negeri patut dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya.

Kajian itu juga mendapati 76% pengundi merasakan bahawa rakyat berhak membuat keputusan untuk membentuk kerajaan melalui pilihanraya.

62& responden berpendapat peranan istana dalam isu ini tidak mencerminkan kehendak rakyat Perak. "

..................................

Apa yang berlaku di Perak amat memeranjatkan pengamat politik tanahair. Memang ada yang membandingkan isu Perak dengan Terengganu yang membabitkan perlantikan Ahmad Said sebagai MB. Bezanya, keputusan Sultan Terengganu menggambarkan kehendak majoriti rakyat Terengganu. Adapun keputusan Sultan Perak, tidak mencerminkan kehendak rakyat. Rakyat naik berang, sehinggakan YAB Nizar dituduh 'menderhaka'oleh Umno. Padahal yang sebenarnya berlaku ialah proses komunikasi mengikut protokol dan bahasa istana apabila Nizar memohon membincangkan isu itu dengan menggunakan istilah 'MOHON MENDERHAKA'. Kalau bahasa rakyat, kita panggil 'TIDAK BERSETUJU'. Adakah tindakan tidak bersetuju itu boleh dianggap menderhaka? Besarkah dosa Nizar di mata agama apabila mohon derhaka dari Sultan Azlan Shah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara itu?. Ukuran politik Umno BN ialah menyanggah keputusan Sultan dianggap menderhaka secara totok(total) sedangkan Islam mengajar kita berkata benar di hadapan sultan yang zalim. Penulis tidak mahu menyentuh isu peruntukan undang-undang negeri Perak mahupun Perlembagaan sebab kedua-dua belah pihak memang ada hujah masing-masing sebagaimana yang diperuntukkan.

Sultan pula harus ingat zaman kini bukan lagi seperti kesultanan dahulu kala yang boleh memerintahkan mana-mana rakyat yang 'menderhaka' untuk ditangkap yang dihukum pancung! Bahkan silap2 haribulan, Sultan boleh dihadapkan ke Mahkamah Khas sekiranya berlaku perkara-perkara tertentu. Imuniti Raja-raja telah dihakis ketika Tun Mahathir memerintah lagi. Pindaan terhadap Perlembagaan dibuat sehingga membolehkan seorang raja dihadapkan ke mahkamah khas sekiranya baginda melakukan jenayah atau kesalahan-kesalahan tertentu. Perlembagan Persekutuan sendiri pun mencatatkan bahawa Sultan hendaklah menunjukkan sikap 'TIDAK BERPIHAK'.

Apa yang berlaku sekarang ialah rakyat menunjukkan kemarahan kerana sultan seolah-olah menunjukkan sikap berpihak kepada Umno Barisan Nasional. Rakyat mungkin boleh menerima sekiranya Sultan bertindak membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihanraya. Itu baru tindakan seorang Raja berperlembagaan! Biar rakyat buat keputusan dalam negara demokrasi berparlimen ini sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional berada di hati mereka.

Persoalannya, adakah rakyat mahu memilih mereka lagi? Ini yang menyebabkan Najib bertindak untuk menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan cara begitu, dan tidak melalui pilihanraya. Beliau sudah menghidu kekalahan teruk yang bakal dihadapi sekiranya dun dibubar, dan pilihanraya kecil seluruh Perak dijalankan.

Memang benar ada rasionalnya Sultan bertindak sedemikian. Isu pemberian tanah kepada Cina dengan tempoh maksimum 999 tahun(selagi ada bulan bintang?)sangat-sangat membimbangkan pihak istana yang menjadi benteng dan lambang ketuanan Melayu. Bayangkan tanah mana lagi yang akan dilupuskan(meminjam istilah Kanun Tanah Negara yang bermaksud= diluluskan )kepada kaum Cina Perak selepas ini. Tuduhan UMNO BN yang mendakwa Nizar hanyalah boneka mungkin juga ada sedikit sebanyak kebenarannya. Kita lihat dewan undangan negeri yag terdiri daripada 16 kerusi DAP sudah cukup menggambarkan bahawa memang keputusan dalam banyak isu boleh dipengaruhi oleh exco-exco DAP. Mereka boleh 'pre council' terlebih dahulu untuk menentukan keputusan apa yang akan dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ada juga yang mengaitkan pemberian tanah tersebut melibatkan satu kawasan penduduk yang didiami oleh bekas-bekas Cina Komunis Malaya!

Mungkin Pas terpaksa mengkaji semula untung rugi perjuangan Islam apabila memberi restu pembentukan kerajaan negeri Perak dengan dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, YAB Ir Nizar Jamaluddin.
Related Posts with Thumbnails