Siapa sebenarnya beliau?
Dr Asri dilahirkan pada 1.1.1971 di Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau sudah mendirikan rumah tangga. Sebelum ini bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis mulai 1 November 2006 (secara pinjaman).
Pendidikan
- Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang
- Kolej Islam Klang
- B.A (hons) Jurusan Bahasa Arab dan Syariah, Amman, Universiti Jordan
- M.A - Sarjana Pengajian Islam , Universiti Sains Malaysia. Tajuk tesis beliau ialah Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
- Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) . Tajuk tesis beliau ialah Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh...
Anugerah
- Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
- Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 2006.
Kertas kerja
- 2004
- Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
- ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
- Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
- Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
- Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIAM (2004).
- Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
- Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
- Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
- Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
- Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
- Konsep Bid'ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti Pulau Pinang (2004).
- Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
- Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
- Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).
- 2005
- Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
- Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam Liberal, DBP & Karangkraf. (2005).
- Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
- Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
- Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
- Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul al Quran JAKIM, Kuala Kubu, Selangor. (2005)
- Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
- Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
- Menangani Isu Bid'ah Melalui Pendekatan al Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
- Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).
- 2006
- Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
- Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
- Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006)
- Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
- Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
- Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
- Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).
- 2007
- Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Mungkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007).
Penerbitan
- Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
- Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
- Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
- Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
- Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
- Bid'ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
- Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
- Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
- Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadhari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
- Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
- Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
- Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
- Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
- Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Bab Dalam Buku
- Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah: Serangan Terhadap Isu Aurat Wanita, Jahabersa, Johor (2005).
- Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah: Membantah Azab Kubur Menyanggah Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Jahabersa, Johor (2005).
- Hafiz Firdaus, Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa: Himpunan Risalah Berkenaan Puasa Dan Isu-Isu Berkaitannya: Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut al-Sunnah, Jahabersa, Johor (2005).
Journal
- Jurnal Usuluddin UM (Bil: 13/2001) Kaedah Pengambilan Riwayat Sejarah al-Sahabah: Satu Kajian Terhadap Tarikh al-Tabari.
- Jurnal Kemanusiaan PPIK, USM (2005) Salah Tanggapan Terhadap Aliran Pemikiran Al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi‘i.
Prosiding
- ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, Universiti Isfahan, Iran (2004).
- Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. (الاجتهاد في معرفة سبب ورود الحديث: أسبابه وأدواته) Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004).
- Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan. Persatuan Kebajikan al-Nidaa’, Malaysia (2004).
- Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith, Seminar Usul Fiqh, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
- Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004)
- Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan 2006).
Perlantikan
- USM Penyelaras Sekreteriat Falsafah Dan Sains Islam (SEFSI) 1/3/2004-10/3/05
- Dewan Bahasa Dan Pustaka Penyunting Buku : Al-Ibanah ‘An Usul al-Diyanah 24/2/04
- Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) Penilai Artikel Jurnal Ilmiah Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah Tajuk: Al-Quran: Saja’ am Fasilah 22/7/04
- Jabatan Mufti Negeri Perlis : Ahli Jawatankuasa Sunnah Perlis 28/8/04-
- Universiti Malaya Pemeriksa Tesis M.A. Tajuk: Ibn Jawzi Dan Sumbangannya Kepada Pengajian Hadith: Tumpuan Kepada Kitab Al-Mawdu’at 22/11/04
- Pertubuhan Kebajikan al-Nida Malaysia - Ahli Majlis Perunding 17/12/04-
- Universiti Teknologi Malaysia - Penilai Monograf Pendidikan. Tajuk: Perkembangan Institusi Pengajian Pondok Di Nusantara-Pengaruhnya Ke Negeri Kedah 14/3/05
- Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) Penilai Artikel Jurnal Ilmiah Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah Tajuk: Al-Tadwin al-Mubakkir li al-Sunnah: Dirasah fi al-Hujjiyyah wa al-Manahij 28/3/05
- Institut Pengajian Islam, Perlis Penilai Kurikulum Bagi Subjek:
- Pengantar Pemikiran Islam
- Tasawwuf
- Institut Keluarga Islam
- Firaq Dalam Islam 5/5/05
- Darussalam International Publishing & Distribution Penilai Buku: “Buku Bantuan Belajar Tajwid”. 14/11/2005
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -Penilai Jurnal at-Tajdid (Refereed Arabic Biannual) 19/12/05
- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Ahli Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis 1/1/ 2007- 31/12/2008
Antara yang lantang mengkritik D. Asri ialah Dr. Badrul Amin, bekas pensyarah UIA, sekarang ini menjadi Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat. Beliau pernah melabelkan Dr Asri sebagai ' Bapak Setan'. Tuduhan itu dianggap melampau oleh pengikut-pengikut Dr Asri dan sesetengah masyarakat.
Rata-rata pembangkang apabila menyentuh tentang Dr. Asri, mereka merujuk kepada aliran dokongan Dr. Asri iaitu Salafi. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam mengulas isu salafi, mengatakan bahawa ada individu yang sibuk membahaskan isu furu' atau masalah cabang dalam agama. Mereka membahaskan isu talkin, berdoa jama'ie selepas solat fardhu, tahlil, doa qunut, dan seumpamanya. Mereka membid'ahkan dan kadang-kadang menyesatkan orang islam yang mengamalkan amalan yang dianggap bid'ah oleh mereka. Walau bagaimanapun, Tuan Guru juga mengiktiraf bahawa memang ada satu golongan yang dinamakan Salafi Wahabi dan mereka ini termasuk dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah pendapat-pendapat agama di kalangan salafi terutamanya masalah berpegang kepada zahir ayat mutasyabihat, dan tidak menta'wilnya, boleh diterima kerana berasal dari pendapat ulama' terdahulu seperti Imam Ahmad bin Hanbal tetapi Tuan Guru tidak bersetuju uslub mereka yang terlalu melampau menekankan perkara-perkara cabang walaupun dalam masalah aqidah, sehinggakan meninggalkan isu mencegah kemunkaran yang ijma' ulama' seperti meninggalkan hukum Allah, menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal.
No comments:
Post a Comment