Monday, July 28, 2008

MUQABALAH

Isu muzakarah/muqabalah sudah masuk 4 bulan dibincangkan. Cuma dihangatkan sungguh2 beberapa minggu ini sahaja. Media Umno BN guna sungguh2 isu ini untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat. Karpal Singh yang berpengalaman dalam dunia politik pun tak reti ' political diversion' yang dimainkan oleh Pak Lah and the Gang rupanya. Letak jawatan aje lah. Jangan rosakkan hubungan baik antara DAP, PKR dan PAS.

Yang lebih mengecewakan ialah apabila ahli dan penyokong PAS sendiri yang menyemarakkan api perpecahan itu. Minggu lepas ada seorang imam telefon aku tanya macamana dengan isu muzakarah? Orang kita banyak bercakap di kedai kopi dan surau-surau katanya. Aku yang baru sahaja dengar ucapan Ustaz Nazaruddin Mat Isa dalam perasmian Muktamar Pemuda Negeri dapatlah gambaran sebenar isu itu. Kata Ustaz Nasa, Sebenarnya Majlis Syura Ulama' sudah lama buat keputusan sebelum berlaku pertemuan pertama lagi, bahawa Presiden , Timbalan Presiden dan Setiausaha PAS Pusat untuk buat eksplorasi dakwah bertujuan menyelamatkan umat di Malaysia. Antara usaha itu ialah bertemu dengan pemimpin Umno. Ustaz Nasa menambah lagi bahawa tujuan ketika pertemuan pertama itu ialah untuk mengelakkan gangguan dari Umno BN dalam menubuhkan kerajaan negeri Selangor. Tambahnya lagi tidak timbul sama sekali isu masuk Umno atau BN.

Sikap ahli

Dalam Pas ada Majlis Syura Ulama'. Badan ini menentukan dasar dan sikap Pas dalam menangani isu2 besar seperti ini. Maka pimpinan tidak boleh buat tindakan yang berkait dengan Parti secara bersendirian. Ini bermakna keputusan bertemu itu dibuat dengan keputusan Majlis Syura. Melainkan kalau pertemuan itu atas dasar pribadi atau pertemuan yang tidak dirancang atau secara kebetulan. Itu tidak diambil kira. Lalu apa hak ahli dan penyokong menghalang pertemuan yang dibenarkan oleh Majlis Syura? Kita ambil mudah dari sudut autoriti nya, maka kita akan mudah juga untuk menerima keputusan itu walaupun ia bercanggah dengan akal kita yang menilai politik semasa. Allah berfirman yang maksudnya, " Maka tanyalah pakar(ulama) kalau kamu tidak mengetahui." Janganlah kita mengkritik sembrono tanpa panduan qur'an dan sunnah yang mulia. Kita tidak sama dengan ulama2 yang ada dalam majlis syura dari sudut ilmunya, amalannya, kecerdikannya.

Haji Hadi sendiri mengakui solat istikharah 3 kali untuk dapatkan petunjuk sama ada muzakarah terus atau tidak. Siapalah kita yg ntah solat istikharah atau tidak. Ntah bismillah atau tidak bila jari menari di papan kekunci komputer.

Wallahu a'lam.

Sunday, July 27, 2008

PAK LAH JUMPA 'POLITICAL DIVERSION' BARU

Sekarang orang sibuk memperkatakan isu muzakarah, muqabalah. Wartawan lebih 'prefer' untuk kejar pimpinan pembangkang sehari dua ini untuk dapatkan komen pasal isu ini. Hari ini, Karpal Singh mula 'menyerang' PAS kembali. Dalam masa yang sama, wartawan petik kata-kata Nik Aziz yang mencadangkan agar bubar sahaja Umno dan Pas. Buat sahaja parti baru yang memberi manfaat untuk semua kaum tak kira melayu cina, india dan lain-lain atas nama Islam.

Isu ini menyebabkan masyarakat lupa kepada Al tantuya, Musa Hasan dan Abdul Gani Patail, Petrol, dan segala macam kebobrokan dalam BN dan kerajaan. Itulah peranan media kepada kerajaan memerintah. Ia membantu menyelamatkan keadaan yang sudah parah. Umno yang bagaikan orang lemas paras hidung, tiba-tiba dihulurkan boya oleh media untuk selamatkannya.

Dalam keadaan 'mood' rakyat tengah baik untuk perubahan angin politik tanahair, tiba-tiba diselamatkan akibat sedikit kesilapan di pihak pembangkang. PKR dan DAP salahkan PAS kerana membuat keputusan sendiri tanpa memaklumkan kepada mereka tentang pertemuan dengan Umno selepas kemenangan PRU 12 baru-baru ini. Peristiwa itu berlaku dalam keadaan Selangor masih lagi belum membentuk kerajaan, dan Pas mengambil langkah proaktif untuk menghalang Umno mengganggu gugat penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat. Sebenarnya Pakatan Rakyat tertubuh hasil dari kemenangan PRU yang tidak dijangka. Tiada PR sebelum keputusan PRU12. Banyak perkara penting berkait dengan dasar belum dibincangkan ketika itu. PKR pula mengambil langkah bertemu dengan MP-MP BN dari Sabah dan Sarawak untuk lompat parti. Usaha ini pun sebenarnya tidak merujuk kepada Pas! Jadi apa bezanya pertemuan dengan Umno bertujuan untuk bincang 'survival' Islam berbanding pertemuan PKR(Anwar Ibrahim) dengan Pemimpin Parti Komponen BN di Sabah Sarawak untuk lompat Parti?

Ahli dan penyokong Pas mula menyalahkan pimpinan Pas yang terlibat pertemuan itu. Pertemuan yang asalnya memang mahu dirahsiakan dari umum sudah jadi isu besar politik tanahair, dan Presiden terpaksa memberi penjelasan untuk memahamkan orangramai keadaan sebenar. Ini berlaku tidak lain tidak bukan kerana sakit hatinya individu dalam PKR yang tak setuju dengan tindakan itu hanya kerana sentimen Anwar Ibrahim dianiaya oleh Pemimpin Umno.

Ucapan Pimpinan tertinggi Pas yang membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama' yang membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha bertemu dengan Umno adalah sangat tidak wajar dalam keadaan genting sekarang ini. Pihak media yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa menunggu peluang untuk melaga-lagakan pemimpin Pas Pusat terus bertindak menyiarkan pandangan yang bercanggah dari Husam Musa.

Rakyat perlu diberi kesedaran tentang mainan 'polical diversion' yang dipergunakan Umno BN sekarang ini untuk mempertahankan status quo mereka dalam kerajaan. Karpal Singh dan individu lain dalam PR seharusnya lebih cerdik dalam menjaga keharmonian rumahtangga yang baru sahaja dibina beberapa bulan yang lalu. Takkan nak jadi macam artis juga yang bercerai selepas baru sahaja beberapa bulan kahwin.

tranungdaily: muqobalah ke, mu koho baloh....




Tuesday, July 22, 2008

MAD SAID, DERIS & MERCEDES



Nampaknya Isu mercedes jadi meleret-leret sehingga dibincangkan di Kabinet dan mesyuarat exco hari ini. Ramai orang ingat Mad Said tersilap langkah. Dalam komen aku sebelum ini pun, aku kata Kerajaan negeri beli mercedes tidak kena masa.

Tapi ada juga yang berpendapat bahawa Mad Said sengaja 'release' isu ini untuk memburuk-burukkan seterunya Syeikh Idris kerana tempahan dibuat di zaman Syeikh Hadhari itu, bukannya Mad Said.

Rupanya Syeikh Hadhari pun tak tahan pakai Perdana V6 juga...

Pagi ni sempat buka tranungkite, ada yang mendedahkan kos penyelenggaraan perdana v6 kerajaan Terengganu berjumlah RM175,229.97. Penghantar artikel cadangkan BPR siasat bagaimana jumlahnya boleh mencecah sebegitu banyak! Aku tak hairan dengan jumlah tu. Pasal pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan perkeranian biasa buat kerja-kerja 'pakatan' penyelewengan kos sebenar perbelanjaan yang membabitkan kerajaan. Tujuannya untuk dapatkan untungnya. Sebab itu kereta kerajaan kalau dah biasa dengan servis satu-satu tempat , ia tidak akan pergi tempat lain kerana mudah ber'kira bicara' dengan tauke untuk keluarkan resit kos penyelenggaraan melebihi sepatutnya. Lepas tu, jumlah baki kos sebenar akan masuk poket yang berkenaan sama ada drebar, pembantu tadbir mahupun pegawai yang tandatangan perbelanjaan itu sendiri. Siapa yang makan lada, dia terasa pedas.

Jadi, kakitangan awam yang terlibat tu....sendiri mahu ingat lah. Ini zaman BPR siasat semua ikan sama ada jerung, tenggiri, aya, kembung, selayang mahupun bilis. Sabit kesalahan? Biasanya bilis aje yang kena....Paling tinggi pun tenggiri...(pegawai la tu).

Monday, July 21, 2008

MERCEDES @ PERDANA V6 ?


Pagi ini aku dengar IKIM dalam perjalanan ke pejabat, bincang pasal Mercedes untuk exco kerajaan negeri Terengganu. Tak sangka isu 14 buah mercedes yang baru dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu jadi isu nasional. Kata juruhebah, isu itu akan dibawa ke kabinet. Maklumlah , dalam suasana orang gerammm dan protes kenaikan harga minyak, tiba-tiba kerajaan negeri 'hadiahkan' mercedes sebagai ganti Perdana V6 yang baru beberapa tahun pakai.

Ada yang pro dan ada yang kontra. Yang setuju dengan pembelian itu berkata biarlah kerajaan nak pakai mercedes sebab dah lama tunggu royalti baru dapat. Ada juga mengaitkan dengan zaman nabi yang pakai kuda terbaik. betulkah kalau kita 'qiyas'kan begitu? Ini kena tanya mufti dan ulama'-ulama'.

Akhbar sinar harian semalam merekodkan jawapan SUK Dato' Mokhtar Nong yang berkata bahawa peruntukan sebanyak 3.43 juta yang digunakan buka dari hasil royalti yang dikembalikan. Kalau begitu, lagi lah tak patut sebab dalam keadaan kerajaan negeri tidak cukup duit pun boleh lulus juga? Antara alasan lain, beliau mendakwa kos penyelenggaraan Perdana v6 sangat tinggi dengan mengambil contoh Perdana yang digunakan exco yang bernama Toh Chin Yaw, terpaksa dibaiki 2 kali dengan kos sebanyak RM 50K. Aku rasa macam kes terpencil aje. Kalau betul lah penggunaan Perdana V6 telan kos banyak, bagilah semua contoh perdana yang bermasalah. Biar nampak bahawa memang tak patut kerajaan guna V6. Kalau setakat sebuah dua, maka rasanya itu bukan alasan yang cerdik.

Perdana V6 ini setahu aku exco pakai di awal zaman rejim Syeikh Idris Al Hadhari al Besuti. Waktu tu, tak kurang juga orang memuji kerana berjimatnya kerajaan kerana pakai Perdana V6. Ha, sekarang ni baru tahu bahawa tak ekonomik pakai Perdana v6. Sepatutnya mercedes dibeli waktu zaman Syeikh Idris, bukannya sekarang. Aku setuju bila Dato' Mokhtar kata kos tinggi pakai Perdana v6. Tapi yang tak betul ialah dibelinya waktu sekarang. 'Setting' masa tak kena, menyebabkan rakyat melenting. Mana tidaknya, harga sebuah mercedes E200 Kompressor mencecah RM240K, sedangkan Perdana V6 baru RM 101,485.05. Rakyat pula ada yang tukar daripada mercedes, jadi proton. ada daripada kereta , jadi motor.

Nampaknya Mad Said dah tunjuk perangainya yang sebenar=suka bermewah. Apa salahnya, kalau kerajaan beli kenderaan yang setanding dengan mercedes, tapi lebih murah. Mungkin Toyota Camry kot. Ataupun MPV. boleh muat barang sumbangan untuk rakyat. Lagi mesra rakyat. Ajak orang kampung tumpang sekali pun boleh...
Yang sebetulnya, aku lebih setuju kalau pakai aje Perdana V6 tu sehingga ekonomi pulih.

Thursday, July 17, 2008

CERITA HINDUSTAN FREE 24 JAM


Kisah Anwar Ibrahim difitnah dengan tuduhan liwat merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal. Konspirasi politik yang berlaku dalam negara mutakhir persis yang berlaku tahun 1998 pada batang tubuh yang sama, cuma usianya berbeza. Anwar tidak lagi sekuat dahulu jika dilihat fizikalnya, tapi mungkin lebih kuat mental dan rohaninya kerana sudah mempunyai pengalaman diperlakukan sedemikian rupa bahkan lebih teruk. Adakah cerita hindustan yang kita sedang saksikan hari-hari ini akan berterusan tanpa henti walaupun tiketnya tidak dikenakan? Adakah episod mendatang yang lebih suspen dan mengerikan ? Ada konspirasi lainkah akan dipertontonkan kepada penonton yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat baik kecil besar, kaya miskin, India Cina Melayu dan lain-lain?

Dulu watak penjahat utama ialah Tun Mahathir dan Heronya Anwar. Sekarang pula, heronya masih sama, tapi Penjahatnya bertukar ganti kepada Pak Lah dan Najib? Soalnya sekarang, cerita belum lagi tamat, ini baru masuk 'musim kedua' dan kita tidak tahu pengarah mahu buat berapa 'season' lagi, sedangkan Heronya semakin tua dan hayat politik penjahat mungkin akan berakhir tak lama lagi.

Antara pelakon pembantu ...... utama ialah Datuk Bakri Zinin, Ketua Bahagian Jenayah PDRM. Dulu pelakon pembantu penjahat ialah Datuk Rahim Noor. Sekarang wataknya di'mati'kan. Entah berehat di mana agaknya si peninju hebat tu. Dalam banyak-banyak pelakon pembantu penjahat, inilah kali pertama Pengarah cerita memilih pelakon yang segak dan 'handsome'. Kalau beliau berjaya dalam lakonannya, maka beliau akan dianugerahkan dengan peranan yang lebih tinggi iaitu PIG, Police Inspector General(Ketua Polis Negara la tu). Itulah yang berlaku kepada pelakon pembantu kepada pelakon pembantu penjahat terdahulu, Datuk Seri Musa Hasan. Memandangkan Datuk Bakri ditugaskan untuk mengendalikan kes Hero, iaitu Leiwat, maka Datuk Musa Hasan tidak lama lagi akan hilang watak yang beliau pegang sekarang. Itulah hasrat pengarah apabila membiarkan Datuk Seri Musa Hasan disiasat oleh BPR.

Kalau cerita ini menjadi, maka Datuk Bakri Zinin akan menjadi Ketua Polis Negara yang paling 'handsome' dalam sejarah Malaysia.

Tuesday, July 15, 2008

DEBAT JADI, HUJAH SHABERY TAK JADI


Lepas solat Isyak, aku ke rumah salah seorang penduduk kampung yang meminta buat solat hajat ibunya yang sakit tenat. Semalam aku ada mesyuarat. Tapi aku sms akan pergi lewat sebab ada jemputan solat hajat itu. Selepas solat hajat, tetamu menikmati juadah, tuan rumah pula 'on' tv, buka Debat Anwar vs Shabery. Ahli jama'ah surau yg sudah berkira2 mahu keluar awal, tidak jadi turun dari rumah sebab nak menghadap tv. Nasib baiklah ibunya yang uzur sudah ke KL untuk berubat. Kalau tidak, rasa canggung juga menghadap tv selepas solat hajat minta kesihatan untuk yang sakit.

SERANGAN PERIBADI

Debat sudah setengah jam berlalu, tapi kami masih sempat menikmati bakinya dengan penuh khusyuk. Aku kira debat kali ini dikendalikan dengan 'agak' baik oleh Datuk Johan Jaafar yang terkenal dengan 'bias'nya mengendalikan debat sebelum ini. Tapi yang dangkalnya ialah hujjah Shabery yang asyik menghentam peribadi Anwar. Aku bukanlah pencinta anwar. bahkan banyak perkara yang aku tak setuju dengan Anwar. Tapi hujah yang diutarakan Shabery semalam cukup membuat aku rasa menyampah sesampah sampahnya. Sepatutnya Shabery patut di'tongsampah'kan oleh Pak Lah selepas kejadian semalam.

Cuba ngkorang bayangkan apa kaitan perjuangan Anwar pada tahun 1974 dahulu dengan perbincangan semalam yang bertajuk, "Hari ini tukar kerajaan, esok turun harga minyak". Anwar bertindak tidak melayan serangan peribadi yang bertubi2 oleh Shabery kerana aku kira Anwar mahu menggunakan masa yang terhad untuk benar2 membongkar keadaan sebenar isu minyak naik. Kalau Anwar mahu, beliau boleh menyerang balik Shabery tetapi beliau tidak melakukannya kerana ia akan menampakkan kebodohan Anwar. Aku teringat waktu belajar politik di pondok dahulu, kata tok guru, menyerang peribadi adalah ajaran Yahudi laknatullah! Apatah lagi dibuat di hadapan beribu penonton!

ANTARA BELA KERAJAAN DAN BELA RAKYAT

Yang ketara dalam hujah kedua2 pendebat ialah; Anwar konsisten dengan hujahnya untuk menurunkan harga minyak bagi kesejahteraan rakyat. Maknanya Anwar ingin membela rakyat. Manakala Shabery pula konsisten dalam hujahnya membela tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.Maknanya Shabery ingin membela kepentingan kerajaan. Biar rakyat yang berkorban dan terkorban. Soal inflasi diulang2. Diambil contoh Venezuela yang rendah harga minyaknya hingga ke tahap 10sen seliter (kata Shabery yg baru balik dari Venezuela...isy,isy,), tetap tinggi inflasinya. Begitu juga dengan negara2 pengeluar minyak yang lain. Nampaknya Shabery bermain dengan istilah inflasi untuk mengabui mata rakyat sedangkan hakikatnya, kadar inflasi yang tinggi sebenarnya tidak menggambarkan kos hidup rakyat yang sebenar.

RAKYAT CUKUP MAKAN

Shabery mendakwa walaupun minyak dinaikkan, rakyat Malaysia cukup makan. Aku rasa kalau si miskin yang tak cukup makan tengok tv semalam, mesti dia maki cukup2 si Shabery. Tapi kalau si miskin yang beriman, sudah tentu mengucap panjang dan beristighfar dengan dakwaan itu. Mujurlah kebanyakan si miskin yang tak cukup makan tak ada tv di rumah....Aku harian juga si Shabery ni tak sedar ke tv3 duk asyik tayang program BERSAMAMU. Bukan golongan yang tak cukup makan ke tu? episod makan siput babi, nasi berlaukkan garam, makan ubi kayu, itu semua ditayangkan sebelum kenaikkan minyak. Bagaimana agaknya sekarang? Rasanya makin ramai lah yang bertukar selera dari ikan tenggiri kepada ikan tongkol. Dari ikan tongkol kepada ikan kembung. Dari ikan kembing kepada ikan selayang. Dari ikan selayang kepada ikan bilis. Dari ikan bilis kepada telur. Dari telur kepada tak ada telur...dan seterusnya, seterusnya, seterusnya....

PENGGULUNGAN

Aku sudah jangkakan tujuan SHABERY tayangkan debat ini untuk menunjukkan bahawa kerajaan telus dan terbuka. Beliau gulungkan debat dengan berhujjah bahawa debat tersebut sebagai tanda kerajaan terbuka dan tidak dapat dinikmati keterbukaan itu di zaman Anwar jadi TPM. Sekali lagi beliau serang peribadi. Kali ini di saat Anwar tidak mampu lagi menjawab kerana program berakhir dengan penggulungannya. Bijak, bijak....

Kesimpulan aku ialah debat semalam jelas menunjukkan bahawa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tidak lain tidak bukan hanya untuk melindungi kepentingan kerajaan dan syarikat kerajaan, jauh sekali untuk buat kebajikan untuk rakyat. Shabery mengakuinya. Inilah dunia yang dikongkong dengan idea kapitalisme. Manakala Pakatan Rakyat yang diwakili oleh suara Anwar inginkan kebajikan yang maksimum untuk rakyat.

Fikir-fikirkanlah....

Monday, July 14, 2008

DEBAT DSAI VS SHABERY CHIK TERUS

KUALA LUMPUR 15 Julai – Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu harga minyak akan tetap diadakan seperti yang dijadualkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di rumahnya di Segambut pada pukul 9.40 pagi ini mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun debat tersebut kata beliau, dipendekkan daripada satu setengah jam kepada 50 minit.

``Lokasi dan lain-lain perkara tentang debat adalah seperti dijadualkan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pagi ini. – Utusan.

.....................................................


Aku macam tak percaya debat terus. Apa sebenarnya muslihat Shabery Chik? Kalau Pak Lah tak izin ,takkan boleh lepas siaran ni. Ni mesti ada apa2. Atau memang Shabery nak tunjuk ketelusan dan kebebasan media yang sebenar? Atau juga perancangan Shabery Chik dan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Umno BN melalui media perdana? Mungkin juga lepas debat ni, Shabery Chik nak keluar Umno. Bukankah ada khabar angin mengatakan ada MP dari Terengganu yang akan keluar parti? Tengku Putera sudah nafikan. Shabery dalam satu kenyataan media mengatakan bahawa nasibnya akan diserahkan kepada bosnya Pak Lah sekiranya beliau tidak dapat yakinkan rakyat melalui debat malam ni. Begitu sekali pertaruhannya. Nampaknya Shabery memang nekad kali ini.

Mungkin juga Shabery dan Musa Hasan buat perancangan lain untuk gagalkan debat agar nampak bukan Shabery yang dayus, tetapi akibat penyokong DSAI yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kekecohan.

Kalau kita kaji tajuknya pula, "Hari ini tukar kerajaan, esok turun harga minyak." Seolah-olah Shabery nak perangkap Anwar dengan hujah bahawa mustahil boleh turunkan harga minyak serta merta keesokan hari selepas PR memerintah. Mesti ada prosedur tertentu yang kena ikut untuk turunkan minyak. Pejabat pun belum masuk lagi, bagaimana nak buat arahan turunkan minyak. Lantik Perdana Menteri secara rasmi pun belum lagi, bagaimana nak turunkan harga minyak. Agaknya itu lah yang berlegar di benak Shabery kot.

Apa2 pun, kita pakat tengok malam ni apa yang bakal berlaku.

IKLAN PANAS!!!


Saturday, July 12, 2008

JANDA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Petikan SinarHarian
.................................................

Terdesak hendak bersalin

DUNGUN - Tembelang seorang janda yang kini sedang sarat mengandung, dipercayai anak luar nikah terbongkar apabila dia dicekup bersama pasangannya di sebuah rumah dalam operasi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Dungun, awal pagi kelmarin.

Janda terbabit yang merupakan ibu kepada lima anak hasil perkongsian dengan dua suaminya sebelum ini dikatakan telah bersekedudukan dengan teman lelakinya sejak hampir dua tahun lalu.

Wanita berkenaan yang berasal dari Jerangau, Dungun ketika ditemui Sinar Harian selepas operasi itu berkata, desakan hidup memaksa dirinya tinggal sebumbung dengan teman lelakinya apatah lagi ketika ini dia sedang mengandung sembilan bulan dipercayai hasil hubungan tidak sah dengan kekasihnya itu.

“Saya kini tinggal menyewa di Paka dan makan minum, sewa rumah serta perbelanjaan lain semuanya ditanggung teman lelaki saya.

“Keadaan saya makin tersepit kerana ingin melahirkan anak dalam tempoh terdekat ini dan jika tidak bersama dengannya, siapa yang akan membiayai segala perbelanjaan itu nanti,” katanya yang turut mengaku tinggal sebumbung dengan teman lelakinya yang bekerja di kawasan petroleum dekat Paka, di sini, hampir dua tahun lalu.

Menurutnya, akibat kecelaruan hidup, empat daripada anaknya yang masih bersekolah terpaksa diserahkan kepada ibu bapanya yang kini menetap di Jerangau manakala seorang lagi dijaga oleh sepupunya..

“Saya tidak boleh membawa anak tinggal bersama kerana keadaan di sini tidak mengizinkan lagipun biarlah mereka tinggal bersama ibu bapa saya kerana keselamatan dan masa depan mereka lebih terjamin,” ujarnya yang pernah ditahan polis sebelum ini kerana terllibat dengan kes penyalahgunaan dadah.

Ibu tunggal yang ditahan bersama lelaki berusia 27 tahun berasal dari Larkin, Johor itu juga memberitahu bahawa dia kini bakal menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak kerana kes perceraian dengan suami terdahulu masih belum selesai.

Sementara itu, seorang lagi rakannya yang berusia 22 tahun ketika ditanya berkata, ketika serbuan dilakukan, dia sedang tidur bersama teman lelakinya di bilik bersebelahan.

“Kami tidak menyangka pada kali ini dicekup anggota Jabatan Agama, pada mulanya kami jangka semuanya selamat,” kata gadis berusia 22 tahun itu.

Difahamkan, suspek kedua yang berasal dari Kampung Cacar Baru, Paka ini juga pernah ditahan kerana kesalahan sama sebanyak dua kali sebelum ini dan kesnya masih dalam proses perbicaraan sebelum dia dicekup untuk kali ketiga.

Dia bersama pasangannya juga dikatakan pernah ditahan dalam satu serbuan oleh polis narkotik Dungun kerana disyaki memiliki dadah jenis pil kuda.

Dalam satu serbuan di sebuah rumah oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Dungun, awal pagi kelmarin, dua pasangan ditahan kerana didapati berkhalwat di sebuah rumah berdekatan Taman Hadhari, Paka.

Keempat-empat mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

BERBALOIKAH LAWATAN KHAIRY?

Khinzir Jantan masuk kampung! Khinzir masuk kampung! Sekumpulan pemuda berbual-bual di kedai kopi di tepi parit Kampung Seberang Baruh.

Kampung Seberang Baruh tidak pernah dikunjungi Pak-pak menteri. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno Pusat. Tapi kali ini ia menjadi bualan di kalangan orang umno cawangan tersebut. Ia adalah benar. KJ datang ke Seberang Baruh!


Ia berlaku Jumaat lalu. Kampung Seberang Baruh dikejutkan dengan kehadiran KJ(bukan Khinzir Jantan), Ahli Parlimen Rembau pada jam 3 petang di Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Baruh. Program yang dihadiri oleh sejumlah 80 penduduk kampung itu turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, saudara Sabri Alwi dan saudara Nasir Ketua Pemuda Umno dun Wakaf Mempelam. Program yang diberinama Cakna Pemuda itu kelihatan tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh kaum wanita serta kanak-kanak yang diumpan dengan sejumlah wang. Seorang kanak-kanak perempuan yang hadir di majlis itu memberitahu bahawa beliau diberi RM50 untuk meramaikan program tersebut.

Persoalan yang timbul ialah kenapa Seberang Baruh dipilih sebagai tempat lawatan? Kampung tersebut terletak dalam dewan undangan negeri Wakaf Mempelam yang terkenal sebagai kubu kuat Pas sejak beberapa penggal. Dun yang tidak pernah kalah dalam Pilihanraya Umum ini dimenangi oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2193 undi. Adakah kerana Ketua Pemuda Wakaf Mempelam mempunyai hubungan akrab dengan Sabri Alwi ? Pilihanraya Umum yang lalu menyaksikan kepincangan berlaku dalam kepimpinan pemuda umno di Seberang Baruh. Ketua Pemudanya tidak dihormati oleh petugas-petugas pemuda parti sehinggakan pemuda mengambil keputusan bertindak sendiri dalam gerakerja pilihanraya. Ada insiden perselisihan dengan pemuda Pas berlaku akibat dari tindakan sendirian beberapa kerat pemuda Umno yang diupah RM 300 oleh seseorang yang tidak didedahkan namanya untuk timbulkan kekecohan di hadapan Markaz Besar Pas dengan membina pintu gerbang di situ.

Dalam ucapan Khairy, beliau menyentuh isu Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mempersoalkan kenapa Anwar berdolak dalih untuk bersumpah (mubahalah) apabila dicadangkan oleh Mufti Perlis, dan dicabar oleh Pemuda Terengganu. Sebelum ini, Pak Lah sendiri apabila ditanya oleh wartawan berkenaan isu Akuan Bersumpah Raja Petra Kamarudin terhadap penglibatan Rosmah isteri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Al tantuya Shaaribuu, beliau enggan memberi apa-apa komen kerana ia boleh dianggap ‘subjudice’, dan boleh dianggap menghina mahkamah. Sepatutnya Khairy sebagai menantu beliau harus peka dengan ucapan-ucapan atau kenyataan media yang dibuat bapa mertuanya. Ucapan Khairy yang menyentuh isu liwat Anwar merupakan satu bentuk ‘contempt of court’ juga. Tetapi disebabkan beliau adalah ‘seseorang’, maka polis tidak berani bertindak.

Hebat sangatkah Seberang Baruh sehingga dikunjungi menantu Perdana Menteri? Mungkin gambar Khairy bersama pemimpin Umno cawangan akan di’frame’kan dan diabadikan di dinding rumah-rumah dan Bangunan Serbaguna tersebut. Mereka akan berbangga dengan kehadiran seorang pemimpina pemuda berpangkat Naib Ketua Pemuda Umno Pusat itu yang juga Menantu kepada Perdana Menteri Malaysia.

Penulis rasa kalau setakat mahu menyelesaikan kemelut di Seberang Baruh, padanlah setakat Ketua Pemuda Bahagian sahaj yang turun. Atau mungkin juga Ketua Pemuda Bahagian sudah tidak yakin dengan dirinya sendiri sejak digelar penderhaka raja kerana memboikot Datuk Ahmad Said dari dilantik jadi Menteri Besar Terengganu? Lawatan ke Kampung Seberang Baruh akan jadi berbaloi sekiranya Pilihanraya sudah hampir dan lawatan itu mampu menumbangkan Adun Pas MAWE (Mohd Abdul Wahid Endut). Kalau benar begitu, maka Seberang Baruh boleh dikategorikan sebagai hati dun Wakaf Mempelam.


Friday, July 11, 2008

Khutbah Jumaat 11 Julai Membela Siapa?

Hari ini, saya solat Jumaat di Masjid Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu. Ia sebuah masjid di bawah penyeliaan Jabatan Agama Negeri. Jadi khutbah yang dibaca adalah khutbah yang standard yang dibaca di semua masjid di seluruh Terengganu. Khutbah juga mengundang polemik apabila istilah ekstremis agama disebutkan sebagai berlaku di kalangan para sahabat ra bila membicarakan mengenai fitnah ke atas Sayidina Othman yang membawa kepada pembunuhan beliau.


Khatib membacakan khutbah berkaitan kegiatan fitnah yang berleluasa melalui sms, internet dan laman web. Khatib memetik ayat-ayat daripada surah an-Hujurat tentang berhati-hati menerima perkhabaran daripada orang yang fasik, menghuraikan ayat dalam surah an-Nur berkenaan hadith ifk (kisah fitnah orang munafiqin terhadap Aisyah ra) yang mendatangkan gundah gulana kepada baginda Rasullah SAW dan Aisyah akibat khabar angin yang disebarkan oleh golongan munafikin dan menghuraikan perbezaan antara perbuatan fitnah dan perbuatan mengumpat.

Agaknya kepada siapa khutbah ini dimaksudkan? Adakah ia berkaitan dakwaan liwat Saiful Bukhari kepada Datuk Seri Anwar? Atau apakah ia berkaitan dakwaan Raja Petra kepada Najib, Rosmah dan beberpa orang lagi berkenaan isu Altantuya, kapal selam dan bom C4.

Jika ia fasal Anwar, ini kali pertama khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan kerajaan berkaitan membela Anwar dan berusaha memulihkan kredibiliti beliau.

Agak pelik, kerana ramai penganalisis politik dan bloggers merasakan bahawa perancangan menuduh Anwar melakukan liwat didalangi oleh Najib dan UMNO/BN. Pakatan jahat mengenai isu liwat adalah untuk cubaan merentap kredibiliti dan maruah Anwar supaya Pakatan Rakyat turut menjadi lemah, malu dan terhina. Memang pelik, jika pihak yang menyediakan khutbah pada hari ini berusaha membela Anwar dan mahu khabar-khabar angin dan fitnah ke atas beliau ditamatkan serta-merta demi kesejahteraan rakyat dan negara berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunah.

Sebaliknya, jika ia berkaitan dengan Najib, saya fikir sukar untuk berdalil dengan ayat-ayat dalam surah an-Nur. Ayat-ayat dalam surah al-Hujurat lebih sesuai kerana konteksnya yang lebih luas. Ayat-ayat dalam surah an-Nur banyak secara khusus membicarakan mengenai hukuman kepada jenayah-jenayah hudud dalam konteks menjaga kemuliaan keturunan dan maruah, melalui instituisi keluarga dan masyarakat. Surah al-Hujurat lebih berkaitan sebagai nasihat dan panduan secara umum kepada ummat Islam dalam bermuamalah dengan pelbagai pihak, dengan orang fasik, orang melampaui batas, orang yang bangga diri terhadap kelompok masing-masing dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6, yang bermaksud “"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Ini adalah panduan orang beriman dalam menentukan sesuatu perkhabaran. Jika ia daripada orang fasik, kita kena betul-betul pastikan benar atau tidak benar sesuatu berita yang dibawa. Apalagi kalau berita yang dibawa boleh menghancurkan maruah seseorang yang beriman atau mengancam negara. Siapa pula orang yang fasik? Secara mudahnya ialah orang Islam tetapi tidak takut untuk melakukan larangan Allah secara terang-terangan dan berulang-ulang.

Dalam surah an-Nur, ada juga orang fasik yang ditetapkan oleh al-Quran secara putus, bukan hanya berdasarkan kepada sifat-sifat umum. Iaitu orang yang menuduh seseorang melakukan zina tanpa membawa bukti yang terdiri daripada 4 orang saksi. Dalam ayat 4 surah an-Nur Allah berfirman bermaksud “…Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

Orang yang pernah menuduh Anwar pada tahun 1998 dan menuduhnya pula melakukannya lagi pada tahun 2008 dengan tidak membawa 4 saksi kejadian yang adil, dikira fasik. Jadi setiap perkhabaran daripada mereka wajar diterima secara penuh berhati-hati. Jika mereka tidak takut dengan perintah Allah yang termasuk dalam jenayah hudud, tentulah mereka tidak takut untuk terus melakukan penipuan dan pelbagai jenayah lain.

Khabar angin mengenai Najib dan Rosmah pula bersifat tuduhan jenayah Qisas dan jenayah bersubahat melakukan pembunuhan. Jenayah membunuh perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berwajib, dengan mencari orang yang bertanggungjawab, tanpa dihadkan oleh penafian orang yang dituduh dan khabar-khabar angin tentang siapa yang melakukan pembunuhan itu. Semakin cepat kes itu diselesaikan secara adil dan saksama semakin baik untuk mengelakkan khabar angin yang tidak baik disebarkan oleh pelbagai pihak.

Tetapi dalam pertuduhan jenayah seperti zina dan menuduh orang lain berzina dihadkan kepada pengakuan orang yang melakukan sendiri dan bukti 4 orang saksi yang adil, jika tiada maka tidak ada kes. Liwat adalah seperti zina. Orang yang menyebarkan khabar angin, dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebat.

Tentulah khatib tidak membacakan ayat 4 daripada surah an-Nur tersebut di dalam khutbah.

Namun khatib turut membacakan ayat 11 daripada surah an-Nur yang memberikan komentar tentang pertuduhan terhadap Sayyidatina Aisyah r.a. “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).”

Jika difikirkan semula, siapakah yang dibela oleh khutbah tersebut? Adakah ia dirancangkan sebegitu? Saya fikir panel penulis khutbah sudah mula meragui keberkesannya dalam mempengaruhi pendapat awam tentang kes Anwar dan Najib.

Tuesday, July 8, 2008

SURAT UNTUK PAK LAH

kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa...suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak...

sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu..
lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!!

sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor...

sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn..
anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...

rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey..

bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 'ok la tuuuu'

sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit...tokih2 pun ado la hasil'eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...
walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona' eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..
sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok

sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)
sey akan buek minyak masak sendiri
itu antaro caro sey ngubah caro hidup..
ade banyak laie caro
semuo kerano UMNO dan bn...

dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado..
bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang. ..dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang. ..PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu...


nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti...
insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah.. tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak..
jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah.. .
sey totap nyokong pak lah..

akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.

Friday, July 4, 2008

MINYAK NAIK LAGI PERTENGAHAN JULAI???

Ada angin bertiup bahawa minyak akan naik Ogos ini. Semalam aku sembang dengan seorang tokey stesen minyak. Katanya, minyak dijangka naik tengah bulan Julai ni. Kalau lah betul maklumat beliau, Rakyat kena lebih bersedia untuk hadapinya.

APA NAK JADI MALAYSIA.

DEMO KE KONSERT???

Perhimpunan membantah kenaikan harga minyak anjuran protes tukar tempat lagi. Sebelum ini, Jawatankuasa Protes mengumumkan bahawa lokasi perhimpunan ialah di KLCC. Kemudian ditukar ke Padang Timur, depan Amcorp Mall Petaling Jaya. Baru semalam, tukar ke Stadium MPPJ Kelana Jaya pula. Seorang kawan 'call' aku bagitau Jawatankuasa Geramm umumkan pertukaran tempat program dalam TV. Aku pun tertanya-tanya, program ini anjuran Protes yang dipengerusikan oleh Dr Hatta Ramli atau Geramm yang dipimpin oleh Shamsul Iskandar MOhd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR? Adakah berlaku pergeseran di kalangan pimpinan antara parti berkenaan lokasi program. Aku rasa masalah sebenar ialah ketidakberkesanan Dr Hatta dalam memimpin jawatankuasa. Sebelum ini, apabila berlaku pertambahan acara dalam program iaitu melibatkan Konsert dari Amy Search,Kumpulan Punk-punk rock dan reggae (underground) dan lain-lain, Dr Hatta ketika ditanya oleh pemuda, beliau mendakwa bahawa tidak tahu menahu tentang konsert itu.

Sudah lah tarikh pun TIGA kali bertukar, tempat pun TIGA kali bertukar. Macamana nak capai satu juta apabila program buat di Stadium? Aku bukan tak tahu motif bertukar tempat itu sebenarnya untuk keselamatan peserta dan juga survival Pakatan Rakyat itu sendiri kerana ada kebarangkalian berlaku kekecohan besar berdasarkan kepada persiapan polis dan juga tentera. Tapi takkan lah pimpinan pendek akal sangat sampai tak boleh nak buat keputusan yang lebih awal.

Sekarang ini sudah ramai penyokong dan ahli parti yang merungut masalah hari bekerja(di Pantai Timur), tiada demo seperti BERSIH, tiada sebaran tentatif program, tiada agihan baju merah ke negeri-negeri seperti BERSIH, dan seribu satu macam ketidakpuashatian. Lagi teruk, aku dapat maklumat , pimpinan tertinggi parti komponan pakatan rakyat sendiri pun ramai yang malas nak pergi. Kalau lah begitu keadaannya, orang jauh di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis ni, tak pergi pun tak apa sebab tak berbaloi.

LEBIH BAIK BATAL AJE DEMO PROTES. Macam mana nak tukar kerajaan kalau macam ni. Jangankan tukar kerajaan, desak kerajaan turunkan harga minyak pun tak bersungguh.

DEMO LO NI TOK SRUPO MULO........................

Wednesday, July 2, 2008

1500 AHLI PEKIDA KELUAR PERSATUAN

Berita SinarHarian hari ini mengejutkan apabila 1500 anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyyah Malaysia (PEKIDA) dilaporkan isytihar keluar dari pertubuhan itu kerana tidak puas hati dengan kepimpinan di peringkat Pusat yang didakwa mempunyai kepentingan peribadi. Umum mengetahui bahawa PEKIDA dinaungi oleh Pak Lah.

Bila aku baca berita, ingatkan pengisytiharan keluar Umno ramai-ramai sebab memang munasabah denga musim sekarang ni. Tapi bila diteliti, rupa-rupanya puak-puak 3 line (PEKIDA) yang terkenal dengan beraninya memukul orang.

Teringat aku suatu masa, ada seorang sahabat aku yang ada kawan dari PEKIDA Terengganu. Dia diajak sertai Pekida kerana kelebihannya belajar silat dan juga tahu ilmu agama sedikit sebanyak. Walaubagaimanapun, dia tolak pelawaan itu kerana tidak yakin dengan perjuangan Pekida yang agenda tersiratnya adalah untuk mengimbangi kuasa kongsi gelap Cina.

Pernah juga aku dengar cerita bahawa puak Pekida ni kalau buat cegah maksiat, diorang pakai tibai pasangan khalwat atau pasangan zina sampai separuh mati. Mereka sudah tidak peduli lagi larangan orang ramai supaya berhenti. Sebenarnya orang ramai pun tak berapa sanggup nak tahan mereka dri bertindak sebegitu.

Berbalik kepada ketidakpuashatian mereka terhadap pimpinan mereka, aku rasa ada kaitan tentang suasana politik tanahair hari ini. Barangkali mereka sudah sedar bahawa penaung mereka orang yang hanya mementingkan kuasa politik dan ekonom kroni semata-mata.

Baguslah kalau begitu, marilah kita pakat-pakat tukar aje kerajaan sekarang kepada Pakatan Rakyat.

ADA LIWAT DI TERENGGANU

Dalam keadaan rakyat dihidangkan dengan isu Liwat Anwar vs Saiful, di Terengganu pula ada kes dua orang anggota polis berpangkat lans kopral buat repot mengaku cuba diliwat oleh OCPD nya, dalam dua kejadian berasingan.

Ngkorang baca sendiri la.. Tak larat aku nak terjemah, buang masa.

Cops: OCPD in sodomy bid

KUALA TERENGGANU: Two police lance corporals have lodged reports alleging that their chief, an OCPD of a rural district in Terengganu, attempted to sodomise them, on two separate occasions.

In the first report made on Thursday, the 22-year-old cop claimed that he was sleeping at the OCPD’s house in mid-May when someone grabbed him from the back.

In his report, the cop alleged that the OCPD embraced and kissed him at about 3am.

The lance corporal also alleged that the senior officer dragged his “boxer” shorts down and attempted to sodomise him.

The subordinate claimed that he fled and hid in one of the rooms before deciding to lodge the police report.

The second report against the OCPD was made at 5.15pm on the same day by another 21-year-old cop who claimed that his chief had ordered him to accompany the OCPD to a bedroom on the second floor of a rest house here, early in March.

The policeman claimed the OCPD also tried to molest and sodomise him.

Both the reports were lodged at the Kelantan police headquarters in Kota Baru.

Senior police officials confirmed that the reports were lodged, adding that the two lance corporals had been transferred out of the district to facilitate investigations.

Sumber: The Star

'PERANG' BAKAL MELETUS DI HULU TERENGGANU

Angin makin bertiup kencang dari Hulu Terengganu. Orang Deris akan bertembung dengan orang Mad Said dalam perebutan Ketua Bahagian September nanti.Rosol Wahid akan mencabar Tengku Putera untuk jadi Ketua Bahagian bagi meneruskan karier politiknya. Kalau tidak, masa depan politiknya akan kabur dan seterusnya gelap terus!!! Tengku Putera pula memang nak gilap balik kedudukannya setelah digugurkan daripada jwatan Timbalan Menteri Kewangan pada 2006 lalu. Nampaknya Umno Terengganu akan gawat dan terus gawat sehinggalah Umno dan Barisan Nasional tidak lagi memerintah Malaysia.

Ada yang kata Rosol tidak akan bertanding lagi PRU akan datang dan muka baru akan ganti beliau. Memang munasabah kalau Rosol tidak bertanding lagi kerana beliau masih lagi dianggap penderhaka raja.

Apa-apa pun, kita tunggu apa akan jadi Spetember nanti. Bahkan bukan sahaja Hulu Terengganu tapi termasuk lah Jerteh!!!

tranungdaily: rasa-rasanya Mad Said berani gugur Deris tak?
Related Posts with Thumbnails