Tuesday, February 21, 2012

JATI Dah Ada Logo!







Rupa2nya logo jati ni recycle daripada logo Lucius (logo setan!). Kelakor la Dato' Hasan Ali. Nak cepat punya kerja, tak sempat bincang dan buat sedikit penyelidikan barangkali. Maka terbitlah logo yang disangkanya menarik, rupa2nya timbul kontroversi baru.

Dulu apabila PKR ditubuhkan atas nama ADIL, logonya dikecam kerana ada unsur illuminati. Lihat di bawah ni:


Dikatakan logonya berupa mata satu=mata Dajjal!!! Begitulah dunia politik Malaysia. Musuh politik akan diserang dari segenap sudut. Dari dasarnya, pelaksanaannya, hatta peribadinya.

Apapun, Hasan Ali kalau betul-betul nak perjuangkan Islam, Melayu dan Raja, jangan pula sibuk duk hentam dasar dan peribadi pemimpin Pas. Umno tidak pula dihentamnya dalam ceramah roadshow JATI. Nampak sangat diperalatkan oleh UMNO..

Hantam sajelah Labuuuu...

Wednesday, February 1, 2012

Yayasan Terengganu Aniaya Pelajar Trefound

Semalam, salah seorang pelajar Syarikat Trefound, salah sebuah cucu syarikat Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Yayasan Terengganu beritahu bahawa mereka dianiaya kerana elaun bulanan untuk kursus di Trefound yang mereka ikuti, masih belum dibayar lagi. Bahkan laptop yang dijanjikan juga tidak diagihkan. Oleh kerana sudah lama menunggu, hampir satu tahun, maka mereka bertindak 'menyerbu' pejabat Yayasan Terengganu untuk meminta penjelasan dan mendesak janji ditunaikan.

Baru sahaja beberapa jam tadi penulis dimaklumkan pelajar-pelajar terbabit telah selesai buat Sidang Media.

Dari perbualan pelajar-pelajar tersebut, mereka tidak akan biarkan Yayasan Terengganu lepas tangan begitu sahaja. Mereka mungkin akan ambil tindakan seterusnya, bergantung kepada perkembangan semasa.

p/s: Agaknya kalau ada bendera gambar Mad Said, mungkin ada yang mahu jadi Adam Adli. kita tunggu....
Related Posts with Thumbnails