Tuesday, September 23, 2008

POLITIK DI BULAN RAMADHAN

Aku sudah lama tak menekan keypad laptop ni. Namun aku punya masa untuk meneliti isu2 semasa yang bermain saban hari khususnya di Malaysia ini.
Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, seharusnya kita rebut untuk dapat ganjaran pahala berlipatkaliganda dengan buat amalan2 sunat yang pelbagai. Dari membaca l Qur'an, sedekah, zikir, solat sunat, hinggalah aktiviti2 kemasyarakatan. Tapi yang berlaku dalam dunia politik ialah sama sahaja baik di bulan lain mahupun dalam Ramadhan. Betapa banyak pembohongan demi pembohongan dibuat, kemudian didedahkan. Bayangkan kalau dihimpun pembohongan2 itu, betapa banyak dosa kita sudah lakukan. Bukan setakat orang yang buat pembohongan/fitnah sahaja yang berdosa, bahkan orang yang mendengar, membaca berita fitnah dan mempercayainya pun satu dosa juga. Dosa bulan puasa ni berkali ganda besar tau. Macam kalau buat baik, berkali ganda dapat pahala...

Dalam bulan puasa ni, bukan sahaja bohong betul kena tinggal, bahkan bohong sunat, harus pun digalakkan tinggal.

Jom kita habiskan baki2 hari terakhir Ramadhan 1429 ni dengan lebih banyak amalan dibuat. Tinggal sekejap Pak Syeikh Anwar, Pak Lah dan lain2 isu politik. Tapi yang memang kerja dia berpolitik, maka teruskan berpolitik dengan meninggalkan tipuhelah politik yang HARUS sekalipun. sama ada buat kenyataan sejujurnya, ataupun tak payah buat kenyataan langsung lagi baik. Kata Nabi yang maksudnya, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, Katakanlah yang baik2, atau DIAM sahaja. "

WASSALAAAAM...

Thursday, September 18, 2008

MANA ROYALTI MINYAK ?

Mampat (Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu ) muncul lagi. Kali ini dengan cerita menghadap YDPA Sultan Mizan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 16 September lalu. Punyalah hebat mampat. Dahlah diterima mengadap, 16 september pula tu. Di saat rakyat Malaysia menantikan saat pertukaran kerajaan, YDPA menerima menghadap geng mampat.

Apa ceritanya kali ini? Menurut SInarHarian, mereka berempat yang terdiri dari Penasihat(Husin Ismail), Pengerusi(Fauzi Abu Samah), Timbalan (Tengku Ahmad Tengku Husin) dan Exconya (Salmi Ibrahim).

Semalam diorang buat kenyataan akhbar berkenaan tujuan menghadap YDPA, iaitu untuk menyerahkan Resolusi Kovensyen Royalti Petroleum beberapa bulan yang lepas. Pada hari konvensyen di mana dihadiri juga oleh Tun Salleh Abbas(bekas hakim negara), TanSri Tengku Razaleigh Hamzah(Bekas Pengerusi Petronas), dan beberapa ahli akademik, Perdana Menteri PaK Lah membuat pengumuman pengembalian wang royalti kepada kerajaan Terengganu. Hasrat Mampat untuk menyerahkan resolusi konvensyen ditangguhkan akibat pengumuman PM tersebut.

Tetapi kali ini mampat muncul lagi kerana ada ura2 mengatakan royalti minyak tidak akan dapat sebagaimana dijanjikan pada september ini. Hari ini sudah 18 september. Kata nak bagi awal september. Pak Lah memang tak boleh dipercayai. Samalah macam berita hari ini. Kata nak buat peralihan kuasa pada 2010. tup, tup, nak percepatkan pula. dah la tu, siap tukar kementerian dengan najib lagi. Dia ambil Pertahanan, najib ambil kewangan. Kononnya nak 'test' prestasi najib sebelum peralihan dibuat. banyak cantik muka ngko .........

Dengar kabornya wang royalti sebenarnya sudah habis licin dikikis. siap negatif lagi! Patutlah tak dapat. Padan muka ngko Mad Said. Dalam mukasurat yang sama, Ahmad Said buat kenyataan, "ORANG LAIN JANGAN NAK TUNJUK HERO". Banyak la ngko punya hero. Sebab ngko tak pandai jadi hero la, mampat muncul jadi hero rakyat Terengganu. Harapkan ngko, hampeh! Bak kata pepatah, "Harapkan pagar, pagar dah nak runtuh.."

Tuesday, September 16, 2008

ANWAR AKAN BERTEMU PAK LAH

Hari ni aku sengaja tunggu PC DSAI untuk isytiharkan siapa yang akan lompat dan bila akan bertukar kerajaan walaupun aku sendiri tak yakin nama2 mp akan didedahkan, dan juga tak yakin kerajaan akan bertukar hari ini.

Ternyata selepas lebih dari setengah jam disoal wartawan, DSAI tidak berani mendedahkan nama2 MP yang bakal lompat atas alasan agar BN tidak ambil tindakan awal terhadap mereka untuk menggagalkan usaha tukar kerajaan. Jangankan nama MP, bilangan MP pun beliau tak berani isytihar. Cuma jawabnya "cukup untuk menubuhkan kerajaan baru".

Kata DSAI, surat telah dihantar semalam kepada Pak Lah untuk buat pertemuan bagi membincangkan peralihan kerajaan dalam keadaan aman, dan tiada huru hara. Setiap wakil dari Parti komponen Pakatan Rakyat dilantik untuk bertemu dengan Pak Lah. Aku semakin nampak betulnya pandangan Cikgu Pa dalam hal ini. Dari sudut teknikalnya, hampir mustahil hari ini kerajaan bertukar kerana kabinet tidak bersidang. Bermakna tiada undi tidak percaya boleh berlaku hari ini.

Pak Lah sekarang semakin tersepit. Tiada sokongan dari pemimpin Umno dan BN. Najib sentiasa 'play safe'. Muhyiddin telah buat kenyataan yang tak disangka Pak Lah iaitu minta Pak Lah pertimbangkan untuk percepatkan pelan peralihan kuasa. Najib hanya jawab serahkan kepada akar umbi(nak minta pak lah letak jawatan segera la tu). Rakyat semakin marah kerana ISA digunakan untuk menangkap orang politik seperti Teresa Kok. Zaid Ibrahim sudah letak jawatan kerana tidak bersetuju ISA digunakan terhadap rakyat yang bukan pengganas mengancam keselamatan negara. Syed Hamid Albar pula punyalah tak cerdik buat alasan nak jaga keselamatan nyawa wartawan sin chew jit poh apabila polis menahan beliau di bawah ISA. Tak masuk akal langsung. Koh Tsu Koon mengatakan bahawa beliau hubungi Pak Lah untuk merayu agar wartawan tersebut dibebaskan segera. Pada aku, ia lebih dari 'merayu'. Mungkin juga Gerakan mengugut untuk keluar BN kalau Pak Lah masih berdegil.

Tapi adakah tindakan menggunakan ISA itu tindakan Pak Lah? Aku rasa Pak Lah disabotaj dalam keadaan beliau mengumumkan hendak melaksanakan reformasi undang2 dalam negara. Bagaimana mungkin seorang PM yang sedang memulihkan imejnya mahu merosakkan rancangan pemulihan imejnya dengan menggunakan ISA? Kesilapan dan kelemahan Pak Lah ialah beliau tidak mampu nak menguasai tindakan kementerian yang sebegitu penting(KDN) untuk memulihkan populariti BN. Jadi, tindakan menggunakan ISA mungkin tindakan Syed Hamid Albar tanpa restu Pak Lah, ataupun ianya konspirasi antara Najib dan Syed Hamid sendiri.

Sunday, September 14, 2008

BILA UMNO KRITIK UMNO

Isu terbaru penahanan 3 individu yang dianggap 'mengancam keselamatan negara' di bawah IkutSukaAku sangat2 mengkelamkabutkan politik Malaysia. Akta yang sudah lapuk itu diguna lagi untuk mempertahankan status quo kerajaan yang ada sebenarnya memakan diri. Sekarang ini bukan sahaja ahli politik pembangkang yang menolak penggunaannya, bahkan menteri dalam Kerajaan Be End pun mula bersuara. Bahkan parti-parti komponen pun kritik tindakan kerajaan menggunakan ISA. Orang lain yang diharapkan ditahan ISA, orang lain yang kena. Ahmad Ismail yang menghasut orang ramai, bebas ke sana sini. Tiba-tiba si wartawan Sin Chew Jit Poh yang kena. Walaupun 18 jam, nama akta yang digunakan tetap ISA juga. Apa nasib Teresa Koh dan Raja Petra di dalam sana? Agaknya Pak Lah dah hilang kawalan terhadap suasana politik. Tak tahu apa nak buat, lepas tu dengar nasihat ntah dari siapa. Mungkin dari tingkat 4 Putrajaya kot. Lalu terpijak wayar kemarahan rakyat lagi. Ong Ka Ting pun bising pasal ISA. Zaid Ibrahim pun bising dan sanggup jumpa Pak Lah untuk bincang isu ISA. Kalau Pak Lah nak pecat dia pun tak kisah. Aku cadangkan semua Menteri pakat letak jawatan ramai2 secara mengejut. Baru padan muka Pak Lah dan Najib. Muhyiddin pun apa tunggu lagi? Impian Malaysia Baru hampir jadi kenyataan.

Kita rakyat Malaysia akan jadi mangsa percaturan politik ini. Hari ni minyak dunia turun lagi kepada 99.64 se tong. Bila lah Pak Lah akan turunkan harga minyak.

Wednesday, September 10, 2008

SENJATA BARU PAK LAH

JALAN KE PUTRAJAYA

Jalan untuk Anwar ke Putrajaya semakin jelas. Tetapi sejelas-jelas jalan itu, ia tidaklah semudah yang disangkakan umum. Tarikh keramat 16 September dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia baik lawan mahupun kawan. Bagi rejim Pak Lah, mana mungkin hanya mengambil sikap lihat dan tunggu sahaja seperti sikap yang diambil oleh ramai pemimpin Pas. Sudah tentu Pak Lah and the gang merancang sesuatu untuk menghalang AnWAR ke Putrajaya sebagai PM.

Isu Liwat sudah tidak menjadi. 'Indicator' kepercayaan rakyat terhadap isu liwat telah ditunjukkan di Pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos baru-baru ini. Dalam dunia politik ala machiavelli, kena banyak sediakan rancangan alternatif. Kalau plan A tidak menjadi, teruskan dengan plan b, kalau plan B tidak menjadi, pindah ke plan C. Itu lah dunia politik kotor yang memisahkan agama dengan kehidupan dunia.

Isu hangat sekarang ini antaranya ialah kenyataan Ahmad Ismail, Ketua Umno Bukit Bendera. Ini menyebabkan Koh Tsu Koon melenting dan meminta beliau meminta maaf. Bahkan seluruh Cina Pulau Pinang pun mahu beliau meminta maaf. Tapi kedegilan beliau menyebabkan drama ini semakin popular di kaca tv. Semua mahu tahu apa seterusnya tindakan Pak Lah dan Umno terhadap Ahmad Ismail. Kenyataan beliau yang tidak mahu berganjak dari mempertahankan ucapan ketika kempen pilihanraya P 44 Permatang Pauh tempoh hari kononnya bertujuan untuk menyedarkan Melayu tentang hakikat Cina adalah penumpang di bumi Malaysia nampaknya boleh mengundang sejarah 13 Mei agar berulang. Cina semakin berani menyatakan ketidakpuashatian terhadap tindaktanduk pemimpin Melayu. Tapi persoalannya kenapa sekarang baru timbul sehangat ini? Bukankah Pulau Pinang diperintah Cina Koh Tsu Koon semenjak sekian lama? Adakah Melayu dilayan dengan begitu istimewa di Pulau Pinang sehingga tiada rungutan sebelum yang mampu mencetuskan kelam kabut politik. Adakah Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP sekarang ini terlalu mendiskriminasi bangsa Melayu lebih teruk dari zaman Gerakan ?

Ucapan beliau sebenarnya nak membayangkan bahawa AnWAR tidak akan membela Melayu lagi. Pakatan Rakyat tidak akan mampu membela Melayu di bawah kerajaan yang mengamalkan kesamarataan hak di kalangan bangsa.

SENJATA BARU PAK LAH

Di sebalik isu ini, mungkin Pak Lah sedang melaksanakan plan B nya untuk menyekat kemaraan AnWAR ke Putrajaya sebagai PM seterusnya menggantikan beliau. Isu ini mungkin akan menjadi lebih hangat, dan cukup untuk menjadi alasan bagi Pak Lah isytiharkan 'State of emergency' -darurat. Petunjuk ke arah darurat sedikit demi sedikit terserlah. Berita semalam menayangkan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang bimbangkan konflik kaum akan berlaku. Mana pernah kenyataan Pegawai tertinggi tentera diraja Malaysia keluar tv berkaitan isu politik negara? Ini sudah pelik bin ajaib. Mungkin akan ada peristiwa pembunuhan selepas ini untuk menguatkan alasan itu. Siapa tahu? Patutkah kita ambil sikap 'tunggu dan lihat' sahaja? Agaknya itulah yang terbaik setakat ini...
Related Posts with Thumbnails