Monday, June 30, 2008

KERAJAAN UMNO BN ROBOH KEDAI

Aku malas nak ulas. Ngkorang tengok dan buat ulasan sendiri aje la...

DEMO JADI KONSERT?


Demo PROTES pada 6 Julai ini dijangka akan jadi Konsert nyanyian. Pagi ini ada sms berbunyi, " BOIKOT DEMO PROTES. " Semalam pula, aku terima sms, sila lawati blog "Ust Nasarudin Tontowi".

Belum pun aku 'surf' blog ust nasarudin pagi ni, tiba2 masuk sms baru suruh boikot demo Protes. Apa dah jadi? Orang Pas boikot program yang orang Pas 'lead'. Takkan sesama mereka tak bincang?

Setelah aku teliti isi kandungan isu dalam blog ustaz Nasarudin, barulah aku faham... Rupa-rupanya demonstrasi yang dijangka akan dihadiri 1 juta rakyat Malaysia ni, akan dihidangkan dengan konsert hiburan, nyanyian!!! Aik, apa dah jadi? Baru je selesai isu Mas Idayu dan Ella di Selangor, timbul isu baru pula. Kalau macam ni, macam Pakatan Rakyat mahu bina kerajaan pusat yang stabil?

Ngkorang tengok sendirilah poster promosinya. Aku sendiri pun tak berapa kenal dengan kumpulan muzik yang akan persembahkan lagu-lagu 'protes' mereka malam itu. Tapi lepas cari dalam internet, oooo...patutlah ustaz Nasa tontowi marah sangat. Dengan rambut yang panjang, lagu reggae, terpengaruh dengan bob marley, sudah tentu Ustaz Nasa dan rakan-rakan seperjuangan dalam Pas tak sanggup angguk kepala di Padang Timur depan Amcorp Mall. Agaknya macam mana respon ustaz Nasa kalau kumpulan nasyid semata-mata yang menghiburkan orang ramai hari tu? Dalam tulisannya, aku kira pembaca jelas bahawa Ustaz Nasa menegaskan bahawa orang ramai yang datang nanti mahu berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak naik, bukannya mahu berkonsert, walaupun tidak dinafikan ia mungkin mampu menjadi daya tarikan kepada orang muda yang memang saban hari dihidangkan dengan hiburan lagu-lagu di corong-corong radio.

Aku rasa Ustaz Nasa patut seimbangkan antara idealisme perjuangannya dengan realiti masyarakat yang ada. Mana-mana perkara yang boleh ditolakansurkan di zaman terlalu 'terbuka' ini, selagimana tidak melanggar prinsip asas atau usul, selagimana perkara itu ada khilaf ulama' muktabar, maka 'go on' ajalah. Aku sebenarnya tengah dengar lagu Republic of Brickfields. Rupa-rupanya lagu-lagunya ada juga menyentuh isu-isu masyarakat. Cuma penampilan mereka itu yang tak munasabah dengan pemuda-pemuda Pas. Rambut mereka panjang seakan-akan puak-puak death metal, black metal. Rupa-rupanya bukan pun....

Kumpulan Carburetor Dung pula merupakan kumpulan Punk Rock yang lahir tahun 1991. Kalau kita tengok sejarah punk rock, maka kita akan faham bahawa kelahiran mereka berpunca dari kezaliman pemerintah terhadap rakyat. Ini jelas kerana lirik-lirik lagu mereka adalah anti kerajaan dan politik zalim. Satu lagi kumpulan punk rock yang akan buat persembahan ialah DUM DUM TAK & THE PIPS.

Kalau kita cari titik persamaan, maka aku simpulkan bahawa mereka bencikan kerajaan kerana kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan. Kalau dengan DAP yang ulama' Umno kata Kafir Harbi itupun Pas boleh bertahalluf siyasi, maka apa salahnya atas dasar persamaan menentang kerajaan yang zalim, mereka berganding bahu untuk menggembleng tenaga rakyat untuk berhimpun dengan cara itu? Bukannya sepanjang program kita berkonsert. Ada ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagaimana tertera di Poster. Kalau harapkan Pas, mampukah pemudanya tarik beratus ribu muda mudi yang sebelum ini tidak kenal soal sepak terajang politik tanahair untuk hadir demo 1 juta itu?

Kalau tanya aku sekali lagi, maka aku kata lebih baik kerah muda mudi pergi konsert Protes daripada pergi Konsert Artis wanita yang dedahkan aurat di Karnival Terengganu Pantai Batu Buruk, ataupun Konsert Mas Idayu @ Ella(kalaulah betul-betul jadi tempoh hari).

Sunday, June 29, 2008

Kenapa Mengikut Kassim Ahmad?

Kassim Ahmad boleh dijumpai di, www.kassimahmad.blogspot.com/ Buku Hadith re evaluation boleh didapati di http://www.quran.org/library/articles/ahmad0.htm. Ada beberapa web yang menyebarkan pandangan Kassim, menyokong, dan membincangkan pendapat beliau. Banyak dalam bahasa Inggeris. Antaranya www.bakrimusa.com/

Buku baru Kassim Ahmad "MENCARI JALAN PULANG: DARI SOSIALIS KEPADA ISLAM" diwarwarkan sebagai masterpiece seorang genius, tokoh akademik dan ahli falsafah tersohor.

Kassim memang sudah terkenal sebagai tokoh yang menolak hadith. Fatwa demi fatwa telah dikeluarkan berkenaan bukunya Hadith: Satu Penilaian Semula. Ada juga buku dan laman web yang menjawab kecelaruan fikiran beliau. Tapi beliau tidak berhenti. Tidak bertaubat. Bahkan terus dihanyutkan dalam kesesatan dengan merasa beliaulah yang berada pada jalan yang lurus. Ramai sekali penyokong beliau, jika kita tidak menyebutkannya sebagai murid beliau. Antara buah tangan beliau ialah penubuhan Jemaah Al-Quran Malaysia dan Sisters in Islam.

Persoalannya ialah kenapa ramai golongan profesional cenderung untuk mengikut fahaman beliau. Antara sebabnya;

Pertama, kerana beliau adalah seorang ahli falsafah yang diwarwarkan sebagai golongan yang mencari kebenaran. Golongan pencari kebenaran mutlak tidak mahu terikat dengan sebarang halangan-halangan tradisi. Dalam kes ini tidak mahu terikat dengan kaedah usul feqh, usul tafsir, usul hadith, bahasa Arab dan pelbagai cabang ilmu persediaan (ilmu alat) untuk membolehkan seseorang itu menceduk permata-permata indah daripada al-Quran secara langsung (Direct). Fahamannya membolehkan golongan ini membuat hukum dan kesimpulan daripada al-Quran daripada aqal dan logik mereka semata-mata tanpa sebarang penelitian halus secara 'tradisi'. Tapisan mereka dibuat berdasarkan logik, matematik, sejarah, pandangan tokoh-tokoh falsafah pilihan mereka dan pengalaman hidup mereka sendiri. Jadi ia adalah jalan pintas untuk memberikan pandangan dalam semua isu sejagat berasaskan al-Quran menurut pandangan mereka.

Kedua, fahaman ini hanya mementingkan aspek logik, pemikiran dan kesediaan untuk berbahas. Ia adalah makanan aqal semata-mata. Al-Quran itu sama ada mengenai sejarah ataupun prinsip universal. Adat dan hukum di dalamnya ditakwilkan kepada prinsip sejarah dan prinsip kaedah universal. Sejarah ialah sejarah bangsa Arab dan universal itu bermaksud bersesuaian dengan suasana semasa yang sentiasa berubah-ubah. Jadi daripada aspek amalan dan praktikal, fahaman ini tidak ada mementingkan tradisi tertentu seperti solat, zakat, haji, pakaian dan hukum-hukum fiqh berasaskan hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Ia hanya mementingkan benar atau salah mengikut prinsip fahaman mereka. Jadi tidak ada sebarang tanggungjawab untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan hati dan perasaan. Amalan-amalan wajib dan sunat tidak menambahkan iman, bahkan ia hanya adat dan tradisi. Jadi tak perlu beramal.

Ketiga, fahaman ini merasakan bahawa para ulama' Islam dalam semua bidang tafsir, hadith, fiqh dan lain-lain tidak menggunakan aqal dan logik dalam kaedah ilmiyyah mereka. Ini tidak boleh diterima sama sekali oleh fahaman ini. Ia langsung tidak boleh diterima oleh manusia zaman moden. Mereka juga malu mereka dikaitkan dengan agama yang tidak menggunakan logik dalam memberikan pandangan tentang kehidupan dan prinsip universal.

Keempat, mereka telah menyuarakan banyak pandangan dalam bidang mereka seperti sejarah, falsafah, bahasa, budaya, psikologi dan lain-lain, tetapi tidak boleh memberi pandangan muktamad tentang al-Quran dan agama Islam secara terperinci, kecuali telah menguasai ilmu-ilmu alat dan perbahasan ulama' silam dan kontemporari. Ini tidak adil. Pandangan mereka diterima secara muktamad dalam pelbagai bidang tapi pandangan mereka mengenai agama Islam, agama mereka sendiri perlu ditapis dan diperhalusi oleh pelbagai kaedah yang akhirnya mereka sifatkan sebagai 'tradisi'.

Kelima, mereka sangat hairan dengan kedudukan ulama' hadith yang sangat tinggi kedudukan mereka dalam keilmuan Islam 'tradisi'. Pada pandangan mereka, ulama' hadith hanya sebagai pencerita seperti pencerita kisah sejarah. Pandangan dan cerita mereka kadang-kadang ada tokok tambah, kadang-kadang diselang selikan dengan pandangan peribadai ulama' tersebut dan persekitaran hidupnya. Walaupun kebanyakan mereka mementingkan aspek sejarah dan falsafah sejarah, mereka gagal menghayati bahawa usaha-usaha ulama' hadith adalah untuk menjamin kesahihan sumber berita, agar susur galur berita dibawa adalah tidak dapat diragui (mutawatir) atau mempunyai keesahan yang tinggi (aahad). Seringkali hadith yang diklasifikasikan sebagai Aahad dianggap sebagai palsu pada fahaman mereka. Kehalusan dan keteletian ulama' hadith dalam menerima dan merekodkan hadith juga dianggap sebagai 'tradisi' yang lapuk dan tidak perlu. Mereka menolak hadith kerana sumbernya (ulama' hadith) mereka ragui. Jika mereka terima hadith pun ia hanyalah sebagai rekod sejarah dan diterima jika ia sesuai dengan prinsip 'universal'. Walaupun begitu, kata-kata dan pandangan ahli falsafah daripada zaman kuno sehinggalah zaman kontemporari, Islam dan bukan Islam adalah hujjah yang kuat dalam membentuk pandangan mereka.

Dengan itu, kita dapati golongan ini merasakan bahawa mereka berada pada kelas tersendiri yang lebih tinggi daripada ummat Islam dan ulama' Islam yang lain kerana mereka menggunakan kurniaan aqal yang diberi oleh Allah secara lebih efektif, intensif dan boleh diterima ramai golongan intelektual bukan Islam. Mereka menganggap mereka berada dikemuncak keilmuan kerana boleh menganalisis prinsip al-Quran dengan pelbagai pandangan ahli alsafah barat dan timur.

Begitulah tahap kesesatan mereka. Sesat tetapi merasakan mereka berada di kemuncak keilmuan dan anugerah.

Persoalan adakah mereka mempunyai perasaan harap dan takut kepada Allah, tidak ada disebutkan dalam tulisan mereka. Apa pandangan mereka tentang perkara-perkara ghaib seperti azab kubur, akhirat, syafaat, titian sirat tidak disebut juga dalam tulisan mereka. Bagaimanakah agaknya mereka hendak memahami perkara-perkara tersebut tanpa penjelasan ulama' hadith. Adakah mereka mempunyai perasaan kasih kepada Allah, sukar ditafsirkan. Adakah mereka kasihkan kepada Rasulullah? Ya, tetapi hanya sebagai manusia genius pada zamannya. Bukan sebagai nabi akhir zaman yang membawa syariat yang sesuai untuk setiap tempat dan masa. Persoalan yang mereka bincangkan sebenarnya kehidupan manusia di dunia mengikut prinsip universal yang kononnya diambil daripada al-Quran mengikut tafsiran mereka.

Hakikatnya mereka hanyalah golongan yang arif tentang 'prinsip universal' mengikut kacamata mereka semata-mata yang dinisbahkan kepada al-Quran. Walhal pandangan mereka sama sahaja dengan manusia yang lain, boleh dibincangkan, diterima dan ditolak. Apa yang nampak sesuai pada hari ini, mungkin tidak sesuai untuk hari esok. Mereka adalah begitu naif tentang mengenal dan beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kiamat dan kepada qada' dan qadar.

Walaupun mereka menolak hadith secara besar-besaran dan menganggap ulama'-ulama' hadith sebagai tidak adil dan tidak wajar dipercayai perkhabaran mereka bahkan sehingga menolak sebahagian besar hukum-hukum Islam, mereka tetap mahu dipanggil dan diiktiraf sebagai orang Islam, bernikah kahwin dan dikebumikan sebagai orang Islam. Bila ditanya bagaimana kamu hendak solat jika tidak berpegang kepada hadith? Mereka menjawab solat sudah ada dalam syariat nabi-nabi yang lain, tidak perlu kepada hadith untuk menerangkan al-Quran. Soalan kita pula, siapa pula yang menaqalkan bentuk solat ummat nabi sebelum nabi Muhammad SAW sehingga kamu percayai perkhabaran mereka itu?

Mereka tidak faham banyak berzikir seperti subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar akan mendekatkan seseorang dengan keredhaan Allah. Membaca al-Quran dalam bahasa arab sekalipun tidak faham atau tergagap-gagap akan menerima pahala daripada Allah. Mereka tidak memahami hikmat disyariatkan sekalian ibadat untuk manusia. Mereka hanya mahu mengenyangkan akal pemikiran mereka sehingga melupakan keperluan roh, jasad dan batas pemikiran mereka.

Lebih daripada itu, mereka tidak dapat memahami bahawa syariat Nabi Muhammad SAW adalah syariat yang terbaik untuk manusia akhir zaman. Syariat ini ada perkara-perkara tetap tidak boleh diubah dan ada perkara yang boleh berubah. Peranan aqal dalam menentukan perlaksanaan syariat adalah begitu besar dan luas, ia boleh dilihat daripada perkembangan dan perbahasan fiqh yang sangat luas. Walaupun aqal itu adalah kurniaan Allah yang sangat besar kepada manusia, aqal manusia antara satu sama lain adalah sangat relatif. Lalu Allah mengutuskan rasul dan diberikan kepadanya al-Quran, agar manusia dapat melaksanakan syariat dengan aqal yang diberikan kepada mereka menurut panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap cabang kehidupan.


Akhirnya, tidak ada guna kita diiktiraf diseluruh dunia sebagai genius, ahli falsafah tersohor, budayawan dan cendikiawan tetapi menolak dan terus menolak untuk menerima panduan daripada Allah dan RasulNya SAW. Jika begitu, hakikatnya kita tidak menerima hidayah, dan orang yang tidak menerima hidayah adalah orang-orang yang disesatkan oleh syaithan yang direjam.







Saturday, June 28, 2008

KASSIM AHMAD KEMBALI!!!

Beberapa hari lepas, aku ke kedai buku. Biasanya aku akan ke bahagian 'AGAMA'. Tetapi kali ni Tuhan takdirkan aku berhenti di bahagian lain, yang memuatkan buku-buku motivasi dan autobiografi penulis.

Aku tertarik dengan satu buku baru, tajuknya "MENCARI JALAN PULANG: DARI SOSIALIS KEPADA ISLAM", karangan Kasim Ahmad yang pernah kontroversi dengan bukunya yang bertajuk "HADIS:SATU PENILAIAN SEMULA". Aku terpanggil untuk membelek helaian demi helaian, bagi mencari sesuatu yang memang aku jangkakan.

Di mukasurat 54, Kasim Ahmad menulis,

"Pada prinsipnya, ajaran Qur'an mempunyai 2 dimensi : dimensi sejarah dan dimensi universal. Nabi Muhammad melaksanakan ajaran-ajaran ini dalam sebuah masyarakat konkrit Arab dalam abad ketujuh dengan sifat-sifat sebuah masyarakat suku dengan adat resam budaya yang khusus. Jadi, sebahagian dari peraturan yang disebut dalam Qur'an (hukum potong tangan bagi pencuri, hukum sebat bagi penzina dan lain-lain yang sepertinya) mengendalikan keadaan masyarakat Arab ketika itu. Peraturan-peraturan ini tidak seharusnya dianggap mutlak dan tetap dan tidak boleh diubah-ubah, kerana tiap-tiap peraturan ini, Tuhan menetapkan prinsip-prinsipnya seperti persamaan antara lelaki dan wanita, persamaan antara manusia, dan hukuman adil dan ihsan bagi penjenayah. Dengan menggabungkan perspektif sejarah dan universal, barulah kita boleh memahami ajaran Qur'an dengan tepat. "

Tulisan beliau ini mengundang kontroversi kerana membawa maksud penolakan terhadap sesuainya hukum Allah yang telah termaktub dalam Al Qur'an. Semua ulama' sepakat bahawa ayat-ayat muhkamat seperti hukum potong tangan bagi pencuri dan sebat bagi penzina merupakan hukum yang qat'ie (tetap) dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Bahkan sesiapa yang mempertikaikannya akan membawa kepada hukum murtad!!!, wal iazubillah. Apabila beliau menyebut
Peraturan-peraturan ini tidak seharusnya dianggap mutlak dan tetap dan tidak boleh diubah-ubah, maka secara mafhum mukhalafah nya, ia membawa makna peraturan atau hukum dalam Qur'an itu boleh diubah-ubah!!! Cari lah di mana-mana kitab muktabar, maka kita akan jumpa kesepakatan atau ijmak ulama' bahawa hukum hudud dan qisas merupakan hukum yang tidak boleh dipinda-pinda lagi kerana ia sebagai lambang manifestasi Maha Adil Allah dan Maha Mengetahui serta Maha Bijaksana Allah subhanahu wa ta'ala. Apabila orang seperti Kasim Ahmad ini mempertikaikan relevensi peraturan-peraturan itu, maka ia solah-olah mendakwa lebih mengetahui dan lebih bijaksana daripada Allah azza wajalla!!!.

Tulisan-tulisan beliau sentiasa mengundang kontroversi kerana ia berkait dengan aqidah umat Islam. Buku beliau Hadis : Satu Penilaian Semula yang diwartakan HARAM oleh kerajaan memang sudah tidak boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh tanahair melainkan kedai buku tersebut memang sengaja menyembunyikannya daqri pihak berkuasa. Sepatutnya kerajaan bukan sahaja bertindak terhadap bukunya sahaja, bahkan atas batang tubuhnya juga. Orang seperti ini sepatutnya disumbat dalam ISA kerana memberi ancaman besar kepada aqidah umat Islam di Malaysia. Tetapi realitinya tidak begitu, bahkan beliau bebas menulis di mana-mana termasuk dalam Akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Buku MENCARI JALAN PULANG ini merupakan buku terbaru beliau yang dicetak pada Februari 2008. Ini bermakna kemungkinan besar pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam belum lagi menyedari kewujudannya di pasaran buku. Yang menarik juga ialah kata pengantarnya ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang masih aktif menulis dan bersuara di mana-mana.

Aku bimbang jikalau buku ini tidak diHARAMkan dan diambil tindakan perampasan oleh pihak berwajib, maka ramai lagilah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan SESAT lagi MENYESATKAN orang lain lantaran kefahaman mereka terhadap Islam yang sebenar tidak betul. Mereka akan condong kepada pemikiran ANTI HADIS Kasim Ahmad yang kononnya berpegang kepada ajaran Al Qur'an sebenar tetapi hakikatnya KAFIR kerana menolak HADIS secara total!!!

Lebih memeningkan kalau dijenguk pada mukasurat 137, Kasim Ahmad mendakwa;

"Mengikut Qur'an juga, manusia akan menhukum dirinya sendiri. Konsep hukuman Tuhan itu hanya satu metafora bagi undang-undang alamiah atau undang-undang ilahiah.Syurga dan Neraka ialah keadaan, bukan tempat, dan keadaan ini terdapat dalam kehidupan manusia kini di dunia ini. Dunia akhirat ialah dunia yang datang kemudian yang merupakan hasil usaha manusia kini."

Apa hak dan kelayakan Kasim Ahmad dari sudut kesarjanaan Ilmu Islam untuk mengkhayalkan dan menyimpulkan bahawa hukuman Tuhan itu hanya metafora(simbolik), bukannya benar-benar akan berlaku di Alam Akhirat kelak? Beliau mengangkat dirinya seolah-olah seorang Mujtahid Mutlak dalam bidang Aqidah padahal pandangan itu sudah dikira terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kesepakatan ulama' . Kita umat Islam wajib percaya bahawa Syurga Neraka adalah benar-benar wujud bahkan sudah tersedia ada sekarang ini tetapi sudah tentu bukan di dunia fana' ini!!! Beliau juga menolak pendapat bahawa Syurga Neraka merupakan tempat balasan. Beliau percaya bahawa Syurga Neraka merupakan keadaan semata-mata.

Justeru, aku minta pihak berwajib ambil tindakan segera bagi menyekat buku perosak aqidah itu dari merebak ke serata bumi Malaysia. Tak lupa juga TANGKAP KASIM AHMAD dan SUMBAT DI ISA bagi membuktikan kerajaan prihatin terhadap aqidah umat Islam.

CIKGU PA JADI BLOGGER


Pagi ni, aku cari tajuk baru untuk hasilkan tulisan baru. Dalam2 duk cri, rakan sepejabat tunjukkan blog baru dunia politik di alam cyber. Tajuk blog tu padapendapatsaya.blogspot.com. Bila aku teliti, aku sangsi betul ke dia ni dah berblogging. Aku selidik lagi, rupa2nya siasahdaily pun sudah promote blog milik PESURUHJAYA PAS TERENGGANU iaitu Dato' Mustafa Ali.

Pada awalnya aku ingat ini merupakan blog palsu yg disandarkan atas nama Cikgu Pa(panggilan Dato' Mustafa Ali di kalangan ahli Pas), untuk memalsukan juga kenyataan-kenyataan politik beliau di alam cyber. Tapi selepas baca berita siasahdaily, aku yakin ia memang milik Cikgu Pa. Cuma yang aku musykil ialah Cikgu Pa memang terkenal dengan tidak arif cara penggunaan alat penyampai maklumat moden ini. Bukan setakat internet, bahkan penggunaan 'handphone' pun banyak fungsi yang beliau tidak tahu. Aku masih ingat kengkawan aku yang dedahkan bahawa Cikgu Pa tidak tahu nak bersms. Tapi aku pernah ditunjukkan oleh seorang sahabat, sms dari Cikgu Pa ketika jemput kenduri kahwin untuk anak perempuannya baru-baru ini. Ini menafikan dakwaan Cikgu Pa tidak tahu penggunaan alat telekomunikasi canggih zaman kini.

Blog baru Cikgu Pa sudah pasti akan jadi sasaran aku untuk memahami sikap politik beliau dalam menangani banyak isu semasa baik tempatan mahupun nasional.

SELAMAT BER'BLOG' BUAT CIKGU PA...

Tuesday, June 24, 2008

IMBUHAN OLIMPIK

Aku gerammmm betul la dengan kerajaan ni. Dalam keadaan rakyat marah kenaikan petrol, dia boleh lagi 'offer' insentif melangit biru kepada atlet-atlet yang bakal bertarung di Sukan Olimpik. Ngkorang lihat lah angka di bawah yang aku jumpa dalam tranungkite:

Kenaikan Imbuhan Olimpik

Individu
Emas: RM1 Juta (USD160,000)
Perak: RM300,000 (USD80,000)
Gangsa: RM100,000 (USD40,000)

Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang

Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu

Bayaran pencen

Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000

Siap ada pencen lagi tu. Tapi aku heran lah pasal apa diorang tak takut kerajaan Be End jatuh dengan buat semua perkara tak masuk akal ni? Ni mesti diorang dah ada kajian sikap rakyat Malaysia. Barangkali rata-rata rakyat Malaysia ni bengap sangat sampai tak kisah kalau anak tak dapat makan dengan sempurna. Tak apa lah kalau daripada naik kereta, tukar kepada naik motor ke tempat kerja. Yang naik motor, tukar kepada naik basikal.

Kita ada peluang ubah kerajaan, taknak diubahnya. Agaknya yang ahli umno tu semuanya dapat diskaun/subsidi minyak kot. ataupun apabila pergi stesen minyak, mereka tunjukkan kad JKKK @ ahli umno untuk isi minyak kurang dari RM2.70 seliter.

UMNO BN DULU , KINI DAN SELAMANYA BANGANG!!!!

Seloka Rakyat - versi Utara.

Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini......
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki

Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat......
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita......
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya

Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....

Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali

Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah

Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput kerbau pendek dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat

Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...


Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

*surat ni dijana oleh komputer cap kambing gurun, tiada tanda tangan diperlukan.

Sunday, June 22, 2008

Siasatan ke atas Teck Lee bukan ugutan

Ini Dia TaJuk akhbar UtUsAn MeLoYa hArI Ni. kALaU Nak IkUtKaN ilmu politik AkU yAnG cEtEk Ni, itu MeMbAwA MaKsUdNyA SeBaLiKnYa.

Tulisan aku pun dah pening sebab politik Malaysia yang sebijik macam filem hindustan.

Apa kata Ahmad Said (bukan MB tRG NI, HEHE..) bila buat kenyataan media?

"BPR tidak menerima arahan daripada mana-mana. Saya sendiri yang yang memberi arahan supaya siasatan dijalankan.

"Siasatan ke atas Teck Lee hanya kebetulan, kita juga akan ambil tindakan sekiranya nama orang lain disebut di mahkamah,"

Ha, itu maksudnya memang sah dia dapat arahan Pak Lah. Kebetulan apanya kalau waktu ni baru nak siasat? Itulah namanya UGUTAN POLITIK!!! Kes tu dah lama. Bukan 'redhanded' baru semalam....

Begitu politik Malaysia. Skrip yang sama akan digunakan selagi mana mereka berkuasa. Mereka tidak kira pimpinan pembangkang tahu bahawa itu sandiwara. Yang penting, mereka ada media, mereka boleh tipu rakyat terbanyak. Inilah yang dipanggil dalam peribahasa Terengganu sebagai 'TIPU ATAS DARAT KERING!!!!

TAK ADA UNDI TAK PERCAYA ?

Hari ni Undi Tak Percaya akan dikemukakan. Kata speaker dewan, yong teck lee tak hantar notis. Jadi, tak timbul isu usul tak percaya kepada PM dalam Dewan Parlimen hari ini.

ada usul ke, tak da usul ke, yang pasti orang dah tak suka Pak Lah.

Kita tunggu dan lihat.

Saturday, June 21, 2008

APA RANCANGAN BN?

Kuasa pemerintahan BN sekarang seolah-olah 'TELUR DI HUJUNG TANDUK'. Anwar Ibrahim menggambarkan kerajaan pusat akan bertukar tangan menjelang SEPTEMBER 2008 ini. Usaha-usaha untuk memujuk ahli parlimen dari BN lompat ke PR semakin rancak. Dikatakan hampir setiap hari pimpinan-pimpinan PR bermesyuarat untuk kemaskini bilangan dan cara untuk memastikan pertukaran kerajaan pusat bertukar tangan.

Namun begitu, kita mesti ingat bahawa BN tidak akan berdiam diri. Mereka juga sudah pasti ada perancangan tersendiri untuk mempertahankan kerajaan yang sudah sekian lama dipertahankan. Kepentingan-kepentingan yang mereka ada dalam kerajaan menyebabkan mereka tidak akan mudah menyerahkan kuasa begitu sahaja. Lalu apakah rancangan mereka untuk mengekalkan STATUS QUO yang ada?

Penganalisis politik meramalkan pelbagai kaedah yang mungkin BN rancangkan. Yang sudah diketahui oleh umum sekarang ialah usaha Pak Lah dan pimpinan BN untuk memujuk anggota yang disyaki akan melompat agar terus bersama BN. Isu terbaru ialah Parti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee yang mengisytiharkan akan kemukakan UNDI TAK PERCAYA terhadap Perdana Menteri sempena Sidang Parlimen esok(23 Jun 2008). Dijangkakan 2 orang lagi ahli parlimen dari BN (termasuk seorang dari UMNO!!) akan menyertai UNDI TAK PERCAYA yang akan dikemukakan esok hari. Ini amat membimbangkan BN khususnya Pak Lah yang merasakan ajal politiknya semakin mendekati. Pak Lah dalam usaha merayu Datuk Yong Teck Lee, telah menawarkan jawatan senator dan satu jawatan berkait ekonomi di rantau Asean, tetapi malangnya ditolak mentah-mentah oleh Yong.

Justeru, bagaimana cara lain untuk BN terus kekal sebagai pemerintah? Antara kebarangkalian lain ialah:

1.BUBAR PARLIMEN DAN ADAKAN PILIHANRAYA UMUM KE 13.

Cara ini mungkin berlaku tetapi Pak Lah terpaksa berhadapan dengan YDPA iaitu Sultan Mizan yang memang tak suka padanya kerana cari pasal ketika pelantikan Menteri Besar Terengganu. Untk bubarkan parlimen, Pak Lah terpaksa mengadap YDPA untuk dapatkan tandatangan. Tapi kalau bubar parlimen , maknanya kena buat pilihanraya umum semula. Bolehkah PRU dibuat dalam keadaan tidak cukup 4 tahun? Tentu ada peruntukan dalam perlembagaan persekutuan. Yang ni aku tak dapat nak komen sebab bukan bidang aku sehinggalah aku semak 'federal constitution'.

2.ISYTIHAR DARURAT

Ini juga mungkin berlaku. Dalam sejarah politik Malaysia, Kerajaan pernah isytiharkan darurat pada tahun 1969 atas alasan pergeseran antara kaum ketika itu apabila Cina menguasai kota utama di Malaysia selepas Pilihanraya. Kerajaan berjaya mengawal keadaan dengan isytihar darurat itu. Ada juga pendapat mengatakan Kerajaan akan cari sebab untuk isytihar darurat dan sebab terdekat ialah perhimpunan 'HARAM' membantah kenaikan harga minyak di KLCC pada 6 julai ni. Mungkin Pak Lah akan rancangkan sesuatu yang besar pada hari tersebut. Mungkin akan berlaku kekecohan hingga menyebabkan kematian. Mungkin juga SB akan menyamar sebagai peserta PROTES yang membawa senjata api lalu menembak salah seorang anggota keselamatan atau FRU. Kebarangkalian itu mungkin akan berlaku, dan kerajaan akan buat alasan untuk isytihar darurat kerana rusuhan besar telah berlaku. Jadi, kepada sesiapa yang hendak pergi tu, hati-hati lah. lebih baik tak bawa anak kecil, orang tua uzur, wanita-wanita mengandung dan seumpamanya, Jangan pula kebarangkalian ini menyebabkan kalian lemah semangat untuk pergi.

3.PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?

Pilihan ini agak baik untuk Melayu Islam. Ada suara-suara entah dari mana mengatakan memang ada pertemuan antara pimpinan Pas dan Umno. Tapi apabila ditanya kepada pimpinan, Mereka menafikannya. Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan Pusat telah buat kenyataan bahawa tiada pemimpin Pas yang bertemu Pemimpin Umno untuk tujuan itu. Kita tidak nafian bahawa bertemu secara spontan atau tidak rasmi atau secara peribadi, bukan atas nama parti itu mungkin berlaku. Lalu, sudah tentu ada juga perbincangan secara tidak rasmi untuk menyelesaikan kemelut politik tanahair ini. Pas pernah lalui detik diperdayakan oleh Umno BN dalam sejarah politik tanahair. Sudah tentu Pas tidak mahu 'DIPATUK OLEH ULAR DARI LUBANG YANG SAMA SEBANYAK 2 KALI.' Tapi kalau melihat kepada komposisi ahli parlimen berdasarkan kaum, maka boleh disimpulkan bahawa kerajaan campuran yang menggabungkan antara PKR(Cina, India dan Melayu), DAP(Majoriti Cina), dan Pas(majoriti Melayu) merupakan suatu kerajaan yang tidak stabil. Kerajaan bagaimana yang hendak dibentuk? Apa halatujunya? Pas sudah tentu tetap dengan penubuhan sebuah Negara Islam walaupun sudah agak berlembut dengan rakan2 PR nya dengan istilah NEGARA BERKEBAJIKAN. DAP sudah tentu mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia juga. Lihat kemelut yang berlaku di Perak.

Apa akan jadi kalau Ahli parlimen Cina lebih ramai daripada Melayu? Kalau mereka ingin mengemukakan satu-satu pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan keistimewaan orang Melayu. Bagaimana Pas mahu mengatasinya?

Apakah kalau Pas bergabung dengan Umno boleh menyelesaikan masalah komposisi kuasa politik yang tidak stabil itu?

fikir-fikirkan.

Wednesday, June 18, 2008

Tuesday, June 17, 2008

GAJI MENTERI

Jangan Terkejut Gaji Menteri Wahai Rakyat Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendahara an Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00- tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00- tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00- tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel,duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00-tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00-tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00- tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

SIAPA MP TERENGGANU AKAN KELUAR PARTI?

Di saat seluruh negara masih diriuhkan isu minyak naik, pergolakan politik Umno BN di Terengganu ditenggelamkan . Mad Said yang baru sahaja dilantik secara rasminya sebagai Pengerusi Umno Terengganu masih tidak senang duduk kerana banyak isu-isu dalaman parti yang mesti segera diselesaikan. Antaranya, isu 2 MP BN yang disebut2 akan meninggalkan parti untuk menyertai pakatan rakyat.

Rakan sekerja aku tanya siapa agaknya 2 orang tu? Jawabnya tanpa menunggu komen ku, mesti orang yang asalnya Abim atau penyokong kuat reformasi dulu kala. Aku pun teringat kisah Rosul Wahid yang ketika belum jadi orang politik, beliau bertugas sebagai guru di Hulu Terengganu. Waktu tu tengah hangat reformasi. Beliau salah seorang yang sangat kuat menyokong gerakan reformasi. Tetapi apabila dipinang oleh Umno Terengganu, beliau lupa prinsip yang beliau sanjung, iaitu keadilan. Tapi Rosul hanya Ahli Dewan Undangan Negeri, bukannya Parlimen. Ada juga yang kata Dato' Razali Ismail antara yang berpotensi keluar kerana beliau juga orang yang menyokong Anwar suatu ketika dulu.

Monday, June 16, 2008

EZAM DI TERENGGANU 19 JUN


Apa? Ezam nak mari Tranung? Apa reaksi rakyat Terengganu yang cakna politik apabila dapat tahu Ezam akan datang berceramah di Terengganu. Tentu ramai ahli dan penyokong pembangkang yang mengutuknya. Tak kurang juga yang menyatakan kesediaan nak dengar dengan sendiri apa yang akan diperjelaskan oleh Ezam kenapa dia masuk Umno BN yang sebelum ini beliau hentam dengan sekeras-kerasnya. Siapa-siapa yang ingin sangat nak tahu, pergilah ke Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Terengganu bersebelahan dengan Pejabat SATU di ibu kotaraya.

Tapi kenapa hanya di Dewan tertutup dan kecil itu kalau berbandingkan dengan stadium? Bukankah Umno BN boleh minta stadium nasirudin shah. Kalau buat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, tapak berlangsungnya SUKMA, kan lagi bagus. Adakah Umno BN tidak yakin dengan kehadiran pendengar nanti? Mungkin juga pihak penganjur gunakan alasan Dewan Tunku Abdul Rahman ada nilai sentimental sebab namanya sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, yang juga Presiden Umno pertama. Apa yang orang Umno harapkan dari Ezam kalau mereka pergi dengar ceramah itu? Mungkin mereka mengharapkan Ezam akan mendedahkan keburukan demi keburukan antara pemimpin pembangkang terutamanya Syeikh Anwar Ibrahim. Mungkin juga mereka ingin dengar apa rancangan Ezam untuk memulihkan suasana politik tanahair.

Jom kita silau2 apa yang akan berlaku...

Sunday, June 15, 2008

HIDUP SEMAKIN SUSAH

Semasa dalam perjalanan ke pejabat, aku teringin sangat nak makan nasi dagang. Sudah lama rasanya tak menjamah nasi dagang. Lepas pesan, aku mula intai harga baru. Tertulis di satu sudut, NASI DAGANG RM3.00. Oo...dah naik 50 sen. dulu 2.50; hatiku berbicara. minuman pula aku minta Radix kosong. harganya lepas aku bayar, 1.50.maknanya radix belum naik lagi. ada tempat dah naikkan 20 sen, jadi 1.70 sen. Kalau di Kemaman, waktu aku bertugas di sana tahun 2004-2005, Radix rata2 berharga RM2. Sekarang agaknya dah jadi 2.50 kot.

Dulu kalau bawa RM 3, aku dah boleh makan pagi. Tapi sekarang rasanya paling kurang kena ada RM5 dalam poket, baru sedap sikit. Itulah antara kesan kenaikan harga minyak.

Kalau dulu kos bulanan minyak kereta aku sekitar RM250 hingga RM300, sekarang sudah jadi RM500!! Bayangkan orang macam aku yang ada 3 orang anak 1 bini (surirumah), pendapatan bulanan sekitar RM 1500 sebulan. Mana nak bayar sewa rumah=RM250; air api telefon RM200; minyak kereta RM500, ansuran kereta RM600 dan barang dapur RM300. Jumlah semua RM1850. Maknanya setiap bulan, aku defisit RM 350!!!Mana aku nak cekup duit sebanyak tu? Itupun, RM1500 tu sudah ambil kira kerja luar setiap malam. Pak Lah, Pak Lah....Ngko tak pernah fikir ke semua ni? Itu lah padahnya kalau kita pilih pemimpin yang tak pernah rasa susah.

Aku ada kenalan di kalangan orang yang susah dan senang, kaya dan miskin. Beza antara mereka ialah yang miskin lebih memahami kita daripada yang kaya. Terutamanya yang pernah miskin dan sekarang hidup agak senang. Mereka mudah menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan berbanding yang kaya tak pernah miskin, mereka susah sikit nak memahami keperitan hidup si miskin, walaupun kenalan rapat. pertolongan mereka tidak sama dengan pertolongan yang pernah miskin kerana yang pernah miskin membantu dengan penghayatan hati. Inilah yang dikatakan empati, bukannya simpati.

KONVENSYEN BEKAS-BEKAS


Banyak bahan untuk aku bicarakan hasil dari menyertai konvensyen anjuran Mampat semalam. Salah satu info menarik yang disebut oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ialah beliau akan bertanding melawan Pak Lah dalam Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Dalam pembentangan kertas kerja beliau(walaupun tidak disediakan kertas kerja), beliau sempat berseloroh bahawa konvensyen hari itu dihadiri oleh 'bekas-bekas' pemegang jawatan. Ada bekas exco kanan kerajaan negeri Terengganu seperti Dato' Hj Mustafa Ali. Ada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas. Beliau sendiri sebagai Bekas Pengerusi Petronas. Tapi katanya lagi, yang hadir ni bekas-bekas yang berguna...

Sepanjang aku berada dalam majlis tersebut, terperasan juga ada 'bekas'-bekas' yang lain. Antaranya, 'moderator' forum sebelah petang adalah Tuan Haji Suhaimi Husin, merupakan bekas CEO Epic Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Aku juga ternampak kelibat Encik Suhaimi Embong, bekas CEO TOP IT Sdn Bhd, juga anak syarikat kerajaan negeri. Ada juga insan-insan kecil di dunia politik tetapi tetap merupakan bekas-bekas. Rupa-rupanya, Pengerusi Majlis sepanjang program sehari itu berjalan juga merupakan bekas juga, iaitu bekas Pegawai Tadbir Negeri yang pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu zaman Pas. Aku kenal kerana pernah berurusan dengan beliau ketika beliau bertugas sebagai ADO di Pejabat Tanah Kemaman. Kalau tak silap namanya Wan Faizul Wan Abas. Barangkali ramai lagi 'bekas-bekas' yang aku tidak perasan dan tidak kenal yang hadir pada hari itu. Mungkin juga termasuk bekas-bekas wakil rakyat, bekas-bekas tok imam dan bilal.

Nampaknya 'bekas-bekas' mempunyai satu kecenderungan yang sama iaitu mahukan royalti kembali ke Terengganu. Aku rasa semua bekas-bekas ini pun bersetuju kalau bersatu dalam isu nak jatuhkan Pak Lah. Kalau Tengku Razaleigh Hamzah baca, tentu dia suka...Apa tidaknya, lepas selesai di Terengganu, beliau ke Mentakab Pahang untuk satu majlis lain dan beliau sempat bertemu dengan BEKAS SETIAUSAHA UMNO iaitu Tan Sri Sabaruddin Chik. Aku rasa tujuannya nak melobi lah tu.

MAMPAT MAHU 20% ROYALTI MINYAK

Perbincangan resolusi Konvensyen Royalti Petroleum Terengganu anjuran MAMPAT semalam (14 Jun) sangat menarik kerana mendapat partisipasi yang agak ramai di kalangan peserta, bahkan ahli panel forum juga memberikan pandangan dari sudut undang-undang dan penggunaan perkataan-perkataan yang sesuai.

Aku kira yang paling menarik ialah ada di kalangan peserta yang mencadangkan agar tuntutan 10% dinaikkan kepada 20%. Ada yang setuju dan ada yang tidak. undian yang dibuat menunjukkan peserta yang bersetuju untuk mendesak kerajaan pusat beri 20% hasil royalti minyak melebihi 1 undi sahaja daripada yang mahu kekal dengan tuntutan 10%.

Kalau Pak Lah tahu, mesti menggerutu dalam hatinya, "Aku bagi betis, mahu peha pula." Masalahnya sekarang betis dan peha itu pun memang bukan hak Pak Lah atau Kerajaan Pusat.

Berita petang semalam menyebutkan bahawa Pak Lah setuju bagi balik royalti minyak tapi dengan syarat-syarat yang akan dikaji semula. 'Point' itu yang tidak sedap didengar. Apabila nak bagi, kena ada syarat pula. Semalam, waktu kawan aku sms isu ni, dia juga maklumkan bahawa beri bersyarat. Jadi, aku respon secara berseloroh bahawa SYARAT PALING BESAR IALAH TERUS SOKONG UMNO BN. Kalau tidak, royalti ditarik balik...

Saturday, June 14, 2008

LOMPAT PARTI: BUKAN 30, TAPI 46

Pagi ni aku bersama2 dgn kawan2 yg rapat dgn org politik. diorang bercakap isu politik sebagaimana biasa kami bertemu. Katanya salah seorang, bilangan yg akan masuk PR bukan 30 orang tapi mencecah 46 orang. Dia dapat info dari kawan2 PKR. Katanya 16 orang daripada semenanjung. Aku ingatkan sebelum ni 30 orang tu semuanya daripada Timur Malaysia. Rupa2nya ada juga yang di semenanjung nak masuk PR. Katanya lagi, 2 orang daripada Terengganu. Siapa mereka? Ha, itu ngkorang kena tunggu la. Yang ramai sudah tahu antara tokoh dari Timur Malaysia, Bernard Dompok.

Kemasukan ini katanya akan dibuat secara berperingkat. Mereka tidak akan masuk sekaligus. Apa strateginya wallahu a'lam.

SAH PAK LAH BAGI ROYALTI

MEMANG SAH PAK LAH BAGI SEMULA ROYALTI TERENGGANU.

Hari ni aku hadiri Konvensyen Royalti anjuran MAMPAT d Terengganu Equestrian Resort di Kuala Ibai Terengganu. Tengah syok dengar ahli panel berhujah, kawan hantar mesej kata pak lah beri balik royalti ke Terengganu. Macamana nak kategorikan program mampat hari ni. Berjaya ke? sia2 ke? Waktu aku tulis ni, forum masih berjalan. aku tak tau sama ada ahli panel, jawatankuasa ke, peserta sendiri sedar atau tidak tentang berita terhangat di pasaran tu. Tapi aku teringat waktu Mampat anjur sambut Tuanku Mizan di Lapangan Terbang dulu, Pak Lah juga terpaksa akur dengan kehendak istana nak pilih Mad Said sebagai MB Terengganu. Kali ini, Pak Lah akur juga dengan desakan suara rakyat untuk beri semula royalti minyak kepada Terengganu. Walaupun yang jumpa Pak Lah itu Mad Said, kita tak boleh nafikan usaha Mampat juga barangkali memberi saham kepada keputusan itu kerana Mampat mewakili dan melambangkan suara rakyat Terengganu yang melangkaui sempadan politik kepartian.

SYABAS MAMPAT!!!

Walaupun Pak Lah sudah isytihar, aku rasa mampat kena teruskan usaha membela nasib rakyat Terengganu terutamanya isu harga minyak pula. Kutiplah tandatangan sokongan, anjurlah program sehingga Pak Lah turunkan harga minyak.

Wednesday, June 11, 2008

SURAT UNTUK PAK LAH

kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

SALAHUDDIN KURANG BIJAK

Jumaat 13 Jun ini Salahuddin Ayub arahkan pemuda seluruh negara berkumpul di Masjid Kampung Baru untuk demonstrasi minyak naik. Aku terpikir juga, dalam keadaan orangramai berkira2 nak ke sana ke mari kerana minyak melambung tinggi, boleh lagi si ketua pemuda pas pusat ni ajak semua pemuda ke KL. Kalau yang memang tinggal di KL dan Selangor tu tak apa lah. Ini kalau yang tinggal di Kelantan, Terengganu, Kedah, dan negeri-negeri yang jauh, sudah tentu fikir dua kali sama ada nak sahut atau tidak arahan tu. Pemuda-pemuda Pas yang sudah melalui proses tarbiyah, sudah tentu menjawab 'sami'na wa ato'na' saja. Kalau kita komen, mesti yg 'hardcore' jawab bahawa perintah tu bukannya maksiat, jadi wajib kita taat, walaupun kita rasa tak setuju. Aku hairan la pasal apa Salahudin tak terpikir ke nak arahkan semua pemuda negeri buat demo di negeri masing. Baru lah meriah satu negara! Apa salahnya. Yang KL demo la kat KL. Yang Kelantan demo la di Kelantan. Yang Johor demo lah di Johor. Yang Terengganu pun di Terengganu. Barulah jimat belanja.

Sebenarnya aku timbulkan isu ini bukannya nak ajar pemuda pas ingkar arahan. Tapi takkanlah kerana duit 'sekepeng haram' (langsung) tak da pun terpaksa meminjam kat orang lain untuk pergi ke KL? Maka kalau kira dari sudut itu, majoriti la pemuda pas yang 'sengkek'. Duit makan minum anak bini pun tak tinggal untuk belanja...

Kalau nak ikut hukum, pergi demo tu hanya fardhu kifayah. maknanya ada yg pergi, maka terlepas la dosa ahli pemuda yang tak pergi. Kalau semua tak pergi, semua berdosa. Aie, susah jugak kalau macam tu.

Bayangkan, berapa banyak duit habis untuk berdemo di KL sahaja bagi orang di luar KL? 14 Julai nanti kena pergi lagi. Bila aku merungut pada seorang kenalan, dia kata yang 14 Julai tu anjuran lain, PROTES... Dah PROTES tu siapa yang 'lead?' Tanya aku buat2 tak tau. Katanya Dr Hatta. Kalau Dr Hatta, maknanya pihak sama ja, pembangkang juga. bukan orang lain... Pas juga.

Kalau ramai yang tak hadir demo, nanti rugi politik pula. Seolah2 telan mati mak, luah mati bapak. Maka, pemuda pun berpakat lah duit untuk bayar minyak mahal. Kalau dari K. Terengganu, dulu pergi balik kalau tak ada RM250 untuk minyak dan tol sahaja, minta maaf la. Maka kalau sekarang, tak ada RM350 tak boleh pergi dengan kereta.

Baik naik basikal, jimat belanja....

Tuesday, June 10, 2008

PAK LAH NAK UMUM SESUATU?

Mampat buat program Konvensyen Royalti pada 14 Jun ni di TER Kuala Ibai, Terengganu. Aku sms kawan aku yang kerja TCS(Pegawai Tadbir Negeri Terengganu), ajak dia pergi sekali. Balasnya, "Saya dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Pak Lah akan kembalikan royalti Terengganu dalam tempoh terdekat." Aku pun terfikir sejenak. Ini memang sudah dijangkakan sebab Sabah sudah dapat apa yang mereka mahu. Takkan Terengganu tak boleh kot. Mungkin juga akan diumumkan tarikh yang sama dengan program MAMPAT kerana Pak Lah akan turun ke Terengganu lagi waktu tu.

Rasanya boleh jadi ke? Pak Lah sudah desperate untuk menyelamatkan dirinya seberapa daya yang boleh. Pak Lah sebenarnya sedar bahawa dirinya dibenci orang politik, bahkan rakyat terbanyak. Kalau Malaysia ni macam US, dah lama Pak Lah 'out' tak boleh perintah Malaysia. Kalau Anwar bertanding lawan Pak Lah untuk kerusi Perdana Menteri macam Hillary Clinton dicabar Obama, sudah tentu Anwar dah menang kerusi Perdana Menteri! Tapi apakan daya, kita tinggal dalam negara demokrasi berparlimen, dengan sistem Raja Berperlembagaan.

Berjayakah Pak Lah menyelamatkan dirinya dari tersungkur di medan politik dengan melakukan perubahan yang besar-besar dalam negara?

Kita nantikan episod seterusnya....

Monday, June 9, 2008

CARA ATASI PETROL MAHAL

Ini sesuai untuk orang2 kaya yang nak bergaya tapi masih tak puas hati kat Pak Lah

Yang ni sangat sesuai untuk AJK Pas, penyokong2 kuat. YB2 pun elok pakai masa masuk kampung...

Ha...yang ni sesuai untuk yang sudah berkeluarga. Time hujung minggu kalau nak pergi picnic, bawa yang ni. Kalau nak pergi kerja, pakai yang satu 'seat' sudahlah..


Yang ni untuk yang sukakan kenderaan antik macam mini cooper, volkswagen, dll.

AMACAM? SANGGUP TAK?

Sunday, June 8, 2008

JIKA PAS DAN BN BERGABUNG...

HE,HE.......SAJA LAWAK.

TURUNKAN PAK LAH TAK SELESAI MASALAH

Bila Petrol naik, rakyat jelata marah-marah. Baik Melayu, Cina mahupun India, marahkan Pak Lahj. Ada yang maki hamun. Umno dan BN pun kena marah tapi kebanyakannya marahkan Pak Lah sorang. Ini juga yang dimainkan oleh pembangkang a.k.a. Pakatan Rakyat. Tujuannya satu je iaitu nak jatuhkan Pak Lah. Andaikata Pak Lah letak jawatan (aku tak yakin dia letak), siapakah penggantinya dan apakah harga petrol akan turun? Katakanlah Najib naik jadi PM. Adakah masalah ini akan selesai? Beranikah Najib turunkan harga Petrol? Mungkin dia akan turunkan harga kepada satu angka tetapi tidak mungkin kembali kepada angka asal atas alasan kerajaan terpaksa menanggung beban yang terlalu tinggi.

Aku rasa sampai bila pun masalah tak akan selesai sekiranya kita hanya turunkan pemimpin yang kita benci tanpa jatuhkan sistem yang berjalan dalam negara. Sistem yang dimaksudkan sudah tentulah sistem ekonomi kapitalisme. Itu yang menyebabkan berlakunya penindasan demi penindasan terhadap golongan marhaen, mustad'afiin, lemah, miskin. Sistem itu juga lah yang menyebabkan yang miskin terus miskin, kaya terus kaya.

Masalah di Malaysia bukan masalah petrol naik sahaja. Ingat juga masalah gejala sosial yang meruncing. Seks bebas, dadah, jenayah kecurian, rompakan dan lain-lain. Ini semua tidak dapat diselesaikan dengan turunkan Pak Lah sahaja. Tindakan yang betul ialah turunkan Umno dan BN, kemudian naikkan Pakatan Rakyat, rangka sistem pentadbiran Islam, pengurusan kewangan dan ekonomi secara Islam, sistem keadilan Islam, sistem pendidikan Islam, segalanya berasaskan Islam, walaupun namanya tidak dinisbahkan kepada Islam. Anggaplah ia satu kaedah berhikmah dalam dakwah. Piagam Madinah di zaman nabi sallallahu alaihi wasallam pun tidak guna nama Islam tetapi isi kandungannya sudah tentu menjunjung prinsip-prinsip Islam. Kalau sudah stabil kuasa politik orang Islam dalam negara amnya, dan dalam parlimen khususnya, barulah boleh tukar kepada nama Islam. Contohnya Perlembagaan Persekutuan kepada Perlembagaan Islam Persekutuan. Memang betul nama Islam itu sendiri adalah syiar kepada agama. Tapi strategi juga penting untuk kita terus mengekalkan kuasa politik.

Anwar Ibrahim pun bukannya tak faham semua tu. Dia pun pernah bawa usrah. Pernah bergiat dalam ABIM bersama-sama Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Abu Bakar Chik.

Berbalik isu petrol naik, aku rasa suatu hari nanti kalau Pakatan Rakyat memerintah, hakikat petrol naik tetap akan berlaku kerana ia terikat dengan kenaikan harga minyak dunia. Cuma apa yang pemimpin boleh buat ialah memastikan harganya lebih murah berbanding dengan negara-negara bukan pengeluar minyak. Rasional itu aku rasa rakyat boleh terima. Biarlah harga itu sekurang-kurangnya sama dengan Arab Saudi, kalau tak boleh nak sama dengan Venezuela sekalipun (16 sen seliter!!). Dalam waktu yang sama, pemimpin jangan hidup bermewah dengan jet peribadi, istana situ, istana sini, 'function' juta-juta, perayaan tahunan peringkat kebangsaan yang menelan belanja jutaan ringgit dan sebagainya.

Saturday, June 7, 2008

PETROL DI MALAYSIA MASIH MURAH?

Aku pun hairan apa strategi Pak Lah kali ni menaikkan petrol sehingga 87 sen seliter(1.93 sen jadi 2.70 sen seliter). Semua orang merungut. Dalam pada itu, kerajaan dan pimpinan Be End terus mendakwa bahawa harga petrol di Malaysia masih di tahap yang rendah berbanding negara2 di Asia Tenggara. Mereka membandingkan dengan Thailand, Singapura dan negara2 yang bukan pengeluar minyak.

Di Singapura umpamanya, harga petrol RM 5.20 seliter. Maknanya, bezanya RM2.50 berbanding Malaysia. Tapi walaupun mahal, cuba kita lihat perbandingan pendapatannya pula. Di Malaysia, purata pendapatan rakyat adalah RM 1500 sedangkan di Singapura pula RM7500. Bezanya mencecah 6000 beb...Jadi memang padanlah kalau petrolnya semahal itu. Mereka masih mampu 'survive', tidak sebagaimana rakyat Malaysia yang tak mampu nak teruskan kehidupan walaupun sebelum naik 78 sen sekalipun!

Aku terbaca sinarharian 7 Jun 08 (semalam). Satu artikel menarik dipaparkan berkenaan kenaikan harga minyak. Aku pun tak sangka macam mana artikel sebegitu boleh keluar akhbar sinarharian. Barangkali pihak media pun dah 'fed up' dengan sandiwara kerajaan. Dalam artikel tu, penulis bandingkan harga minyak antara negara-negara pengeluar minyak dunia. Maka pecah lah tembelang kononnya petrol di Malaysia murah dengan pendedahan harga petrol di negara pengeluar yang lain seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Venezuela dan lain-lain. Sila lihat perbezaannya di bawah:Ini bermakna harga petrol di Malaysia adalah tertinggi di kalangan negara pengeluar!!!

Friday, June 6, 2008

AKU SETUJU HARGA MINYAK NAIK, TAPI...

SEBUAH SAJAK DARI AKU

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Naikkan dulu 50% gaji minumum kakikangan kerajaan dan swasta

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Hapuskan dulu Duti Eksais, Duti Import dan Cukai Jualan kereta

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Turunkan dulu 50% gaji Perdana Menteri dan ahli parlimen

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Jual dulu jet-jet peribadi Perdana Menteri untuk belanja dapur rakyat

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Hentikan dulu semua projek-projek mega dan tumpukan kebajikan rakyat

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Pastikan dulu pendapatan minimum rakyat RM 5000 sebulan

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Pastikan dulu tiada lagi rakyat yang makan siput BABI, ubi kayu, nasi garam sebagai makanan ruji

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Pastikan dulu keuntungan petronas untuk beras percuma, susu percuma, pendidikan percuma, rawatan percuma, air percuma...

Aku setuju harga minyak naik, TAPI...
Pastikan Pak Lah dan konco-konconya letak jawatan serta merta!!!

Wednesday, June 4, 2008

WEBSITE PM KENA ATTACK!!!


Inilah akibatnya bila mempermainkan hak rakyat!

EZAM TROJAN HORSE ANWAR?


Ada yang kata Ezam ni Trojan Horse Anwar. Takkan tak ingat kot cerita lagenda pahlawan Greek Achilles, yang menyerang kota Troy. Kota Troy terkenal dengan kubu pertahanan yang kuat, sukar ditembusi lawan. Kerajaan Sparta pula mempunyai pahlawan yang hebat iaitu Achilles. Taktik terakhir yang membawa kemenangan Sparta menakluki Troy ialah dengan membina Patung Kuda yang besar dan dihadiahkan kepada Raja Troy. Muslihat di sebaliknya ialah, di dalam kuda tersebut, penuh dengan tentera-tentera di bawah arahan Achilles. Raja Troy menyangka Sparta ingin mengalah kerana beribu tenteranya mati dalam pertempuran itu. Lalu diterimanya patung kuda tersebut sebagai persembahan kepada dewa mereka. Pada malamnya, apabila semua sudah mabuk dan tidur, tentera Sparta keluar dari kuda tersebut dan membunuh, membakar apa sahaja di dalam kota tersebut.

Ha, itu kisah trojan horse dulu. Sekarang ni, kalau betul Ezam trojan horse Anwar, apa rancangan mereka? Sanggupkah Ezam mati-matian mencerca tok gurunya Anwar untuk dapat kepercayaan Pak Lah Badawi?

Ada juga yang kata, bukan trojan horse Anwar, tapi untuk Pas. Maknanya Tok Guru Haji Hadi lah yang akan naik jadi PM nanti kot? Adakah Pas selicik itu perancangan politiknya? Macam tak masuk akal je...

WALLAHU A'LAM

EZAM MUNKIR JANJI

Video di bawah jadi bukti Ezam munkir janji pada rakyat Malaysia !



Saudara nilai lah sendiri

RAIS DAN EZAM SAMA SAJA

Rais Yatim menyatakan kehairanannya terhadap Umno yang begitu mudah menerima Ezam kembali ke dalam parti. Beliau minta kepimpinan kaji terhadap keputusan untuk menerima Ezam. Rais agaknya lupa bahawa dia pun dahulu pernah keluar umno dan kembali semula. Umno terima beliau dengan tangan terbuka bahkan dilantik jadi menteri pula! Mungkin juga beliau tidak puas hati sebab waktu beliau minta masuk umno kembali, beliau terpaksa menunggu 8 bulan untuk diterima kembali.

Yang sebenarnya dua dua sama sahaja sebab keluarnya mereka dari umno seolah-olah tidak akan kembali semula. Tup, tup, masuk semula ke dalam umno. Sudah tentu pengamat politik tanahair ingat lagi kenyataan Rais Yatim yang mengatakan bahawa beliau sudah membakar jambatan yang menuju kepada umno. Tup, tup, bina balik jambatan tu... Patut lah lama sampai lapan bulan baru boleh sampai ke umno. Susah payah bina jambatan la katakan.....

Ezam pula, bila bercakap tentang rasuah, macam umno sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia. Beliau pernah mengemukakan laporan 600 helaian lebih yang mengandungi salahlaku rasuah di kalangan pemimpin umno kepada Pak Lah, tiba-tiba masuk umno dan lupakan GERAK yang beliau perjuangkan selama ini.

Di bawah ini ceramah Ezam untuk jadi bukti bahawa Ezam berpaling tadah dari perjuangan sebenar.

MINYAK NAIK TENGAH MALAM NI!!!

4 Jun, Rabu-Berita ni baru saja aku dapat dari pegawai khas seorang pemimpin politik. Katanya lepas tengah malam ni, minyak akan naik 85 sen seliter. Kalau nak isi, isi lah sekarang. Aku pun dh tak reti nak ulas apa lagi. Memang pemimpin negara tak reti bahasa rakyat. mereka tak peduli penderitaan kita. Pak Lah dan Najib suruh rakyat ubah cara hidup untuk hadapi kenaikan harga barang, tapi mereka pergi sana sini naik jet peribadi. mereka naik mercedes, perdana. Kalau betul nak suruh rakyat ubah cara hidup, hang pakailah iswara ke, kancil ke, baru lah boleh suruh rakyat ubah gaya hidup.

GERAMNYA AKU!!!!

Video ni untuk menaikkan lagi geram ngkorang..

Monday, June 2, 2008

ELAUN DOKTOR PAKAR 168 RIBU SEBULAN, PESAKIT DIBIAR MATI KATAK

sori lama tinggal blog. pergi oversea. balik dari oversea, tngkuk sakit semacam je. berpaling kiri kanan punm terasa sakitnya. ntah bila kena pun tak tau.

Buka internet, baca harakah, terjumpa berita menarik dari ucapan Dato' Ibrahim Ali dalam parlimen 29 Mei baru2 ni. Beliau mendedahkan ada doktor pakar yang pihak UKM bayar 168K sebulan, saya ulangi, sebulan bukan setahun. Ada pesakit kanak-kanak terpaksa menderita dan akhirnya mati kerana pakar bius cuti peperiksaan. Kata Ibrahim Ali dia dengar cerita bahawa pakar itu berkawan dengan suami kepada Vice Chancellor UKM. Patutlah dapat.

Aku harap pihak berkenaan tidak main politik dalam isu ini. Ini melibatkan nyawa manusia. Bayangkan kalau ia terjadi kepada diri kita atau ahli keluarga kita. Sudah tentu kita rasa geram, nak marah, terkilan dan macam-macam lagi. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku kerana kita ampu cari doktor pakar yang ramai dari China atau India dengan bayaran yang lebih murah berbanding dengan pakar luar negara sebelah barat ataupun tempatan yang mahal.
Related Posts with Thumbnails