Monday, March 23, 2009

TINDAKAN SEGERA SUMBER MAKLUMAT ALTENATIF

SEMALAM bertalu2 sms berita penggantungan akhbar Pakatan Rakyat Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan masuk ke kotak sms telefon bimbit penulis. Ini merupakan suatu tindakan politik ala machiavelli untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ini lah tindakan 'desperate' Barisan Nasional yang tidak mahu insaf-insaf dari perbuatan zalimnya.

Sebagai ganti, penulis mahu cadangkan agar pengendali dan pengguna laman-laman web alternatif dan blogger2 yang cintakan keadilan serta kebenaran, agar dapat mengambil langkah mencetak berita2 isu politik semasa khususnya berkaitan PRK tiga tempat yang akan berlangsung pada 7 April nanti untuk tatapan rakyat yang bakal memilih calon Pakatan Rakyat.

Nampaknya BN sudah melampau dan sudah tiba masanya kita pendokong kebenaran melalui jalan cyber ini menyumbang tenaga dan wang ringgit seoptimum yang mungkin untuk memenangkan calon-calon Pakatan Rakyat.

CERITA DI SEBALIK PERTEMUAN PAK LAH & ANWAR

Penulis sempat ke Perak beberapa hari lepas. Kebetulan bertemu dengan seorang pengikut tarikat ismailiah qadariah yang dipimpin oleh Syeikh Mahmud Majzub. Beliau yang merupakan bekas komando buka cerita di sebalik pertemuan antara Pak Lah dan Anwar di Hulu Selangor. Katanya, Syeikh Mahmud Majzub yang sengaja menjemput dua pemimpin politik itu bertujuan untuk berbincang masa depan politik Malaysia. Dalam pertemuan selama 40 minit itu (katanyalah. dalam satu maklumat lain, pertemuan itu berlaku selama 20 minit), Syeikh Mahmud memberi amaran kepada Pak Lah agar jangan buat silap dengan memilih Najib sebagai pengganti kerana Malaysia akan rosak sekiranya Najib jadi PM. Syeikh juga memberi amaran bahawa Pak Lah akan 'binasa' juga kalau pilh Najib. Syeikh Mahmud juga memperingatkan Anwar bahawa beliau sudah di'kaffarah'kan oleh Allah kerana silap jalan untuk berjuang dengan masuk Umno dahulu dengan dikenakan ISA dan merengkok dalam tahanan selama 7 tahun. Jadi, beliau peringatkan Anwar agar jangan buat silap langkah lagi sekiranya mahu selamat.

Boleh percaya ke? Penulis rasa percayakan pengikut tarikat tu jauh lebih baik daripada percayakan Utusan, Berita Harian, Metro, TV3, RTM dan lain-lain media kerajaan.

MAT SABU CALON P 059 BUKIT GANTANG

Hari ni Pas Pusat bermesyuarat di Perak, dan pada sebelah malamnya Ceramah Pengisytiharan Calon akan diadakan. Sudah menjadi sifat tabi'i manusia mempunyai sifat ingin tahu. Lebih-lebih lagi benda yang diminati. Kalau lagi dekat, lagi debaran terasa, dan sifat ingin tahu lagi bertambah. Padahal kalau tunggu beberapa jam lagi, sudah tentu mereka akan tahu juga akhirnya. Begitulah yang berlaku di Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil P 036 Kuala Terengganu. Beberapa jam sebelum pengisytiharan calon, sudah ada sms yg beritahu siapa calon.

Penulis cuma nak buat tekaan sahaja. Ada sahabat yg dapat sms mengatakan calon adalah Abang Mat Sabu. Penulis rasa memang tepat kalau pilih abang mat. Antara nama yang naik ialah Abang mat Sabu dan Ustaz Idris Ahmad. Sebelum ni, ada juga cadangan Nizar tapi risikonya besar. Lainlah kalau lawannya Dr Zambry, ok juga. Ustaz Idris Ahmad pula kata orang tempatan , mungkin ada sesetengah Cina dan India yang fobia sebab 'keras'. Penulis faham 'keras' tu membawa erti Ustaz Idris bawa imej seumpama Ustaz Norazli, Ketua Pemuda Perak. Kata kengkawan, ustaz Norazli kalah bertanding PRU12 baru2 ni sebab imejnya yg tidak disenangi kaum bukan Islam. dengan kelantangan suara, agresif dan janggut panjangnya, memang agak fobia.

Manakala Abang Mat Sabu pula, beliau disukai oleh India dan Cina. Melayu Umno memang benci... itu sudah sememangnya. Jadi, kalau Abang Mat Sabu dipilih, maknanya undi India dan Cina boleh dijamin dari sudut politiknya. Tinggal sahaja melayu. Orang Umno memang tak akan undi Pas walau siapapun diletak melainkan ada undi protes kerana tak setuju dengan calon BN. Sekarang ini fokus patut ditujukan kepada pengundi atas pagar di kalangan melayu.

Kita tunggu malam ini siapa yang kena.....

Thursday, March 12, 2009

BESUT MASIH BOIKOT AHMAD SAID

Sinarharian muka depan hari ini melaporkan bahawa MB NAFI ABAI BESUT. Tajuknya menggambarkan MB Tranung memang ada masalah dengan Umno Besut. Mad Said menegaskan bahawa beliau tidak akan menghentikan projek mega yang dirancangkan di zaman Idris Jusoh dahulu. Projek Taman Ilmu berjumlah 410 juta, Universiti Darul Iman RM250juta, Jertih Souq RM45juta, dan sekolah Imtiaz RM145juta.

"Ini memang projek lama tapi saya masih sambung dan peruntukannya termasuk dalam belanjawan 2009. Kalau saya tak bayar, projek ini akan terbengkalai begitu sahaja, jadi saya kena keluarkan belanja teruskan projek."

Nampaknya Mad Said cuba ambil hati Idris Jusoh agaknya. Mad Said juga menafikan bahawa beliau tidak berani ke Besut kerana bulan depan akan buat mesyuarat exco di Besut. Nampaknya selepas orang bercakap baru Mad Said sedar dia abaikan Besut. Dalam sinar juga disebut bahawa Ahmad Said mengaku bahawa tiada program yang akan dihadirinya sempena mesyuarat exco di Besut. Ini sudah jelas menunjukkan Umno Besut masih memboikot Mad Said. Biasanya, kalau MB turun ke daerah, maka Umno Bahagian dan pelbagai jabatan termasuklah JKKK akan buat program. Jadi, ini menimbulkan tanda tanya sama ada Mad Said yang sengaja tidak mahu, ataupun Umno Besut yang Boikot?

BN RASUAH CINA KUALA TERENGGANU

Ini senarai Rasuah Politik yang BN buat sempena PRK 036 baru2 ni:

1.RM 3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Cina Terengganu.
2.RM 2.8 juta untuk Sek. Men. Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.
3.RM 2.4 juta dalam bentuk Duit Ang Pau kepada 8,000 orang seluruh Negeri Terengganu.
4.RM 1.0 juta untuk persatuan-persatuan dan pusat keagamaan dengan jumlah RM 3,000.00 untuk setiap persatuan
5.RM 400.00 untuk setiap pengundi terpilih supaya mengundi BN.

Tuesday, March 10, 2009

NAJIB LULUS 10 LESEN JUDI


Dewan Rakyat akhir-akhir ini sangat berbeza kerana kehadiran DS Anwar Ibrahim. Suasana di dewan pun berbeza setiap kali Anwar Ibrahim berucap. Ini kerana mp2 BN ramai yang keluar. Tindakan mereka bukan berniat boikot tetapi lebih kepada menyelamatkan diri daripada mendengar pembongkaran demi pembongkaran penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN.

Terbaru, Dewan Rakyat diberitahu bahawa Oktober tahun lepas, kerajaan secara senyap-senyap telah meluluskan 10 lesen perjudian cabutan bertuah.

Menteri Kewangan ketika menjawab soalan dari YB Saifudin Nasution memberitahu bahawa kerajaan mengutip sejumlah RM77,026,171.04 daripada cukai ke atas cabutan khas itu. Business Times Singapore pula melaporkan bahawa Kelulusan itu dibuat selepas sebulan Najib Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan. Syarikat yang terbabit ialah Magnum, Tanjong dan Berjaya Sport Toto.

Akhbar itu lagi mendakwa bahawa kerajaan bergantung kepada pendapatan hasil judi itu untuk meringankan beban ekonomi berikutan kemerosotan harga Petrol dan minyak sawit di pasaran dunia.

Saturday, March 7, 2009

PANORAMA DEMO PPSMI





Aku berpeluang hadir di Demonstrasi membantah PPSMI pada 7 Mac 2009. Aku tidak mahu terlepas peluang untuk bersama-sama dengan tokoh-tokoh Bahasa yang sanggup bersama-sama memimpin rakyat membantah pelaksanaan PPSMI. Antara mereka ialah Dato' Hasan Ahmad, bekas Pengarah DBP, dan Sasterawan Negara A. Samad Said. Kata orang, Nik Sapiah Karim, yang mengarang buku teks Bahasa Melayu itu pun akan hadir, tapi aku tidak melihat kelibat beliau di Masjid Negara.



















Aku kagum semangat rakyat Malaysia yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk hadir bersama-sama membantah projek gila kerajaan BN itu. Kelihatan sekumpulan kaum Cina yang membawa kain rentang hitam yang bertulis 'HIDUP BAHASA IBUNDA'. Mereka rupa-rupanya mewakili Malaysian Chinese Assembly, juga menyokong penuh tindakan membantah pelaksanaan PPSMI.

Ada peserta demo yang terlebih semangat, membawa anak-anak bersama mereka walaupun tahu mereka berdepan dengan FRU yang mungkin mengambil tindakan menembak bom asap dan semburan cecair kimia. Rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi kepada ugutan polis terhadap 'pendemonstrasi' . Peristiwa demo semalam tak ubah seperti 'ayam hambat llesung' kata orang tranung iaitu suatu keadaan di mana pendemonstrasi dihalau polis agar bersurai, kemudian mereka lari untuk berlindung dari bom asap dan semburan cecair asid, kemudian mereka sambung demo lagi apabila berpeluang. Yang kena bom asap bukan setakat rakyat biasa, bahkan A. Samad Said diberitakan juga terkena tempias bom asap. Presiden Pas, Ustaz Abu Bakar Chik, Salahuddin Ayub juga terkena, bahkan ramai lagi pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang terkena penangan bom asap PDRM.



















Kanak-kanak seawal usia 4 tahun juga turut serta. ada yang 5 hingga 10 tahun. Yang aku amat kagum, mereka tidak menangis walaupun mata kemerahan akibat pedih penangan bom asap.

Related Posts with Thumbnails