Tuesday, May 26, 2009

NASIB PENEROKA FELDA KERTEH

Sila dengar dan nilai sendiri YB ADUN Kemasik dari Umno BN yang datang berdialog dengan peneroka felda Kerteh. Penulis tak mahu lah nak bertekak dengan beliau tentang Group Settlement Act.(Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960).

Kesian kat peneroka Felda Kerteh yang sudah berpuluh tahun mengusahakan tanah Sawit, mengharapkan kehidupan menjadi lebih baik setelah hutang dilangsaikan, dan tanah dilupuskan kepada mereka secara sepenuhnya. Mereka diberi pilihan sama ada mahu memperbaharui perjanjian dengan felda atau tidak. Tetapi apabila lebih kurang 30 orang peneroka yang tidak mahu memperbaharui perjanjian itu, dan mahu mengusahakan tanah mereka sendiri, hak mereka cuba dinafikan. Bahkan pada hari kejadian(26 Mei 2009), Bulldozer sedang menyodok tanaman sawit yang 'expired' untuk program tanaman semula atas tanah peneroka yang baru tiga hari bersetuju dengan felda setelah dipujuk. Kesan dari peneroka yang 'refinance' balik ialah mereka akan terus bergantung sumber pendapatan utama dengan pihak felda, sarahidup yang terhad diberi secara bulanan sebanyak RM1000, dan mereka tertakluk kepada peraturan-peraturan Felda seperti mesi menjual buah kepada kilang felda. Untuk makluman, harga yang dibayar oleh kilang felda adalah lebih murah berbanding dengan syarikat-syarikat pengusaha minyak sawit swasta.

Inilah tradisi membela rakyat, Satu Malaysia, Rakyat Diutamakan.

video

Wednesday, May 13, 2009

PELIKNYA KES MB PERAK


Kes Menteri Besar Perak disangkakan selesai apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Sangkaan meleset dan rakyat penyokong Pakatan Rakyat mula memaki hamun, menghina mahkamah rayuan kerana menerima permohonon Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Apa yang penulis ingin kongsi ialah beberapa kepelikan berlaku dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang menerima permohonan Zambry. Kes sebegini menurut pengamal undang-undang, tidak pernah berlaku dalam sejarah undang-undang negara. Ia merupakan suatu yang 'unprecedented', iaitu tiada contoh yang boleh dijadikan sandaran atau panduan dalam membuat keputusan penghakiman.

Bayangkan Keputusan Mahkamah Tinggi baru diumumkan Isnin lalu tiba-tiba terus ditangguhkan pada selasa. Zambry dapat keputusan mahkamah rayuan untuk tangguhkan keputusan mahkamah tinggi dalam keadaan TIADA CERTIFICATE OF URGENCY(sijil untuk menyegerakan keputusan mahkamah rayuan). Ini yang peliknya. Tak pernah dibuat oleh mana-mana hakim sebelum ini.

Keduanya, hakim mahkamah rayuan yang membuat keputusan hanya seorang sahaja. Biasanya tiga orang. Tapi disebabkan mahkamah pun dia buat macam mak bapak dia punya, maka dia boleh buat apa sahaja dia suka dengan berselindungkan atas nama undang-undang. Betullah ada orang kata dia pakai undang-undang rimba.

Sudah ramai yang mencadangkan dibubarkan dewan undangan negeri Perak tapi dia buat 'dek' je. Ku Li sendiri pun sudah nyatakan beberapa kali bahwa tiada penyelesaian lain melainkan pembubaran dun untuk memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu.

Tuesday, May 12, 2009

RAMZI YANG TIDAK CERDIK....

Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, bekas setiausaha politik Bekas Menteri Besar Idris Jusoh, ditahan polis untuk membantu siasatan kes ugutan sms kepada tiga adun Barisan Nasional Terengganu baru-baru ini. Beliau yang disyakki trlibat dalam penyebaran sms tersebut ditahan jam 8.30 pagi di sebuah hotel setelah tiba dari KL jam 5 pagi.

Pihak polis mendakwa bahawa kes ugutan bunuh tersebut hampir 95 % selesai dengan tertahannya Ramzi, yang dipercayai antara 'pelakon' utama drama ugut mengugut. Polis bertindak menahan beliau setelah tempoh tiga hari untuk menyerahkan diri tamat dan waran tangkap dikeluarkan.

Penulis dah lama tahu ini merupakan sandiwara politik Idris Jusoh. Sudah tentu Idris Jusoh berpesan awal2 lagi pada Ramzi supaya 'biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Padahal penganalisa politik sudah masak dengan fe'el perangai puak2 ni yang suka bersandiwara politik. Punyalah bodoh Ramzi sama ada dia rasa Polis tak dapat hidu kerja jahat dia, ataupun dia rasa Idris Jusoh boleh diamkan polis. Perancangan ini sudah tentu membabitkan beberapa orang pelakon2 pembantu seperti Rosol takda wahyu. Itulah kerja bodoh yang tak disangka2. Kalau nak rancang pun, buat apa lah ngko(Ramzi), muncul bersama2 dengan ADUN2 yang kena ugut? Tak cerdik langsung. Lepas tu siap tunjuk sms ugutan di telefon bimbitnya.

Dia rssa dirinya cerdik politik, ingatlah Allah Maha Bijaksana, dan Maha Merancang!!!!

Wednesday, May 6, 2009

Monday, May 4, 2009

TIMBALAN PRESIDEN MILIK ULAMA'

Isu jawatan Timbalan Presiden Pas nak dipertandingkan menjadi topik terhangat media beberapa hari ini. Penulis jangkakan ia akan berlarutan sehingga berlangsungnya Muktamar Pas Pusat pada Jun nanti di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Isu yang memang sudah bermula sejak tahun lepas ini, dihangatkan kembali atas kehendak politik BN yang mahu melihat keluarga Pas porak peranda sebagaimana porakperandanya Umno sekarang. Ini boleh dicapai dengan melaga-lagakan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dua Tok Guru ini menjadi tonggak dan simbol kepimpinan ulama' dalam Pas menjadi bahan serangan politik media-media arus perdana yang memang sudah diketahui sebagai alat propaganda politik pihak Umno Barisan Nasional.

Ditambah pula dengan cadangan yang ntah apa-apa daripada Pas Kawasan Bukit Bintang yang mencadangkan Presiden ditandingi oleh Tok Guru Nik Aziz yang sudah menyandang jawatan Mursyidul Am. Betapa dangkalnya ilmu gerakan Islam mereka. Nik Abduh pula, di saat ayahandanya berada di MekaH menunaikan Umrah, membongkar rahsia apa yang didakwa sebagai pembantu-pembantu sesat ayahnya. Umum peminat isu politik tanahair sudah maklum yang dimaksudkan itu ialah Husam Musa dan geng-gengnya. Penulis sendiri pun sebenarnya tidak berapa seronok apabila membaca blog Nik Abduh kerana ia seolah2 membuka pekung di dada sendiri. Tetapi apabila meneliti dengan lebih mendalam, bagaimana bermulanya polemik ini, maka penulis rasa tindakan Nik Abduh patut dipuji kerana mempunyai sikap berterus terang demi untuk menyelamatkan 'survival' jamaah islam/ gerakan Islam Pas di bumi Malaysia.

Ada beberapa isu yang timbul menjelang Muktamar Pas Pusat kali ini yang sebenarnya berpunca dari satu sahaja iaitu 'Hidden Agenda' beberapa pimpinan Pas yang tidak faham ataupun tidak mahu faham disiplin dan adab dalam gerakan Islam.

KERUSI PANAS TIMBALAN PRESIDEN

Penulis mulakan dengan membahas kerusi panas Timbalan Presiden yang sekarang ini diduduki oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau yang penulis sempat kenali sejak di Universiti lagi sebenarnya orang yang sangat berpotensi untuk menggantikan Tuan Guru Presiden. Latarbelakang penglibatan beliau dalam Gerakan Islam yang sangat memberangsangkan, ditambah dengan kemampuannya menguasai bahasa Arab, Inggeris, Urdu dan sudah tentu Melayu, lebih-lebih lagi kemampuannya menguasai ilmu agama yang agak mendalam, menjadikan beliau insan pilihan di hati Tuan Guru Presiden.

Sebelum menjawat Timbalan Presiden, beliau memegang amanah selaku Setiausaha Agong Pas Pusat. Menurut ceritanya, jawatan ini bukan kehendak beliau bahkan di saat beliau mendapat jawatan ini, sebenarnya beliau diARAHkan oleh Presiden ketika itu iaitu Dato' Tuan Guru Fadhil Mohd Noor, walaupun ketika itu beliau sudah bersiap-siap untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD kalau tidak silap saya.

Bagaimana beliau mendapat jawatan Timbalan pula? Walaupun Ustaz Nasharudin memang pilihan Tok Guru Presiden, namun begitu ada tangan-tangan ghaib di belakang yang bersungguh-sungguh menaikkan Ustaz Nasharuddin dengan tujuan lain. Mereka yang dimaksudkan ialah Geng Husam Musa yang sebenarnya menjadikan Ustaz Nasharuddin sebagai Proksi untuk menguasai parti dan kalau boleh mengubah kepimpinan ulama' kepada kepimpinan professional.

Cerita ini menjadi lebih menarik apabila watak Anwar Ibrahim timbul, dan isu muqabalah muzakarah pada tahun lepas disensasikan. Pada asalnya, isu itu biasa sahaja. Tetapi apabila timbulnya satu golongan yang mendakwa tidak bersetuju Pas masuk Umno BN, mula buat bising seolah-olah pertemuan Cikgu Mustafa Ali, Ustaz Nasharuddin dan Khalid Samad dengan Pak Lah sebenarnya nak mewujudkan kerajaan campuran. Ianya terus menjadi sensasi dunia politik tanahair apabila orang seperti Khalid Samad membocorkan segala isi dan perjalanan mesyuarat pusat untuk menunjukkan bahawa memang wujud usaha untuk bergabung dengan Umno. Tapi alhamdulillah dengan berlangsungnya Muktamar, Timbalan Presiden berucap di Majlis Perasmian Muktamar Pemuda, dan Tuan Guru Presiden berucap di Muktamar Pusat, maka terlerailah masalah yang timbul.

Drama ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Isu yang disangkakan oleh ramai orang sebagai sudah selesai rupanya tidak. Ia kunjung tiba lagi dan kali ini lebih hangat sehangat cahaya mentari di tengahari di tengah2 padang pasir.

Tulisan Nik Abduh yang pada mulanya penulis sangkakan akan ramai menyanggahnya, hari ini pimpinan Pas Kelantan sendiri antara yang membenarkan dan menyokong tulisan Nik Abduh dengan mencabar Husam Musa bertanding jawatan Presiden, bukannya Timbalan Presiden sekiranya beliau mahu memastikan arah tuju Perjuangan Pas terus di jalan yang betul. Penulis mula2 membaca lontaran idea ini daripada blog Ustaz Nasharuddin Hasan Tontowi. Lalu Penulis baru merasakan akan lebih ramai lagi mengeluarkan kenyataan berpihak kepada Nik Abduh walaupun secara berlapik. Nampak seolah2 Ustaz Nasrudin Tantawi menyokong Husam Musa. Sebenarnya beliau ingin sampaikan 'pukulan maut' buat Husam Musa sesuai dengan 'hidden agenda' beliau. Masakan seorang Naib Presiden boleh halatuju Pas yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden yang didakwanya sebagai mungkin 'meragukan'. Di mana wala' kepada seorang 'Imam' dan Naib Imam dalam sebuah Gerakan Islam?

Penulis mendapat maklumat dari risikan dalaman Pas sendiri bahawa ada pimpinan tertentu yang mendokong hasrat puak2 ini menggunakan wang ringgit untuk memastikan usaha mereka berjaya. Ini berlaku di Kelantan!!! Dalam dunia cyber pula, sudah timbul blog2 baru yang sengaja diwujudkan untuk memfitnah Nik Abduh dengan pelbagai tuduhan yang menyayat hati, seolah2 Nik Abduh sama taraf dengan Umno BN. Kalau begitu, memang benarlah kata2 Nik Abduh yang meng'istilah'kan perbuatan mereka sebagai kerja2 sesat.

PEMIMPIN POPULAR ATAU ULAMA'?

Masalah yang timbul dalam Pas sekarang ini ialah banyak akar umbi yang menyokong Husam Musa. Inilah pemimpin popular dalam Pas. Beliau dilihat sebagai profesional yang diulama'kan di bawah bimbingan Tok Guru Nik Aziz. Yang ramai di kalangan anggota pas peringkat akar umbi tidak sedar ialah Pas bukan semata2 Parti politik bahkan lebih besar lagi ialah ianya merupakan Gerakan Islam. Gerakan Islam mempunyai disiplin yang tersendiri, yang kadang2 kita tidak jumpa dalam perlembagaan Pas. Umpamanya dakwaan puak2 ini yang mengatakan tidak ada peruntukan dalam perlembagaan Pas yang mengatakan bahawa Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah seorang ulama'. Sudah penulis katakan tadi, Pas bukan setakat parti politik semata2. Dalam gerakan Islam, Imam atau Amir, apa sahaja diberi nama jawatan tertinggi eksekutif dalam parti hendaklah dipilih di kalangan pendokong perjuangan yang bergelar ulama' . Bukan ulama' biasa yang dimaksudkan. Bahkan ulama' yang memenuhi kriteria seorang mujtahid seboleh-bolehnya. Sekiranya tiada, maka pilihlah yang menghampiri darjat itu. Seorang mujtahid bukan semata2 seorang yang mampu membacakan ayat2 suci al Qur'an dalam ucapan mereka, bukan semata2 orang yang boleh menyampaikan kuliah, tetapi di sana ada kemampuan lain iaitu kemampuan merungkai masalah massa umat Islam. Maknanya ia mampu mengeluarkan fatwa atau membuat keputusan berdasarkan panduan suluhan al Qur'an, Sunnah, Ijmak dan Qias. Mari kita lihat apa kata As Syahid Imam Hasan al Banna rahimahullah tentang kedudukan dan bidang kuasa Imam dan Naibnya yang dinukil dari Usul 20 beliau;

ورأى الامام و نائبه فيما لا نص فيه و فيما يحتمل وجوها و في المصالح المرسلة معمول به ما لم يصطدم بقاعدة شرعية و قد يتغير بحسب الظروف و العرف و العادات و الأصل في العبادات دون الالتفات الي المعاني و في العا دات الالتفات الي الأسرار و الحكم و المقاصد

yang bermaksud, " Pandangan Imam (Pimpinan) atau Naibnya (timbalannya) pada perkara yang tidak mengandungi nas, atau pada perkara yang boleh diandaikan beberapa wajah pendapat atau mengandungi "masalih mursalah" boleh dipraktikkan selagi tidak bertembung dengan kaedah syara'. Adakalanya ia berubah bergantung kepada keadaan, 'uruf dan adat. Prinsip asal 'ibadat ialah ta'abbud tanpa menghiraukan makna-makna, dan prinsip asal adat ialah melihat kepada rahsia-rahsia, hikmah dan tujuannya."

Prinsip ini merupakan usul yang kelima daripada Usul 20 yang digariskan oleh Imam Hasan al Banna sebagai panduan kepada pendokong perjuangan Islam melalui gerakan Islam.

Kata-kata di atas secara asasnya menekankan bahawa Timbalan Presiden adalah pengganti Presiden dalam keadaan ketiadaan beliau. Kalau Tan Sri Musa Hitam yang memangku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1985, iaitu di zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pun tidak berupaya untuk menyelesaikan isu Ibrahim Libya sehinggakan berlakunya pembunuhan beramai-ramai pengikut Ustaz Ibrahim Libya, inikan pula jawatan Timbalan Presiden Pas yang mana bertanggungjawab terhadap urusan Jamaah Islam/gerakan Islam secara syara'. Bahkan meliputi urusan gerakan Islam antarabangsa. Mampukah orang yang tidak bergelar ulama' (dengan ertikata yang sebenar) memimpin dan membuat keputusan yang bijak dari sudut syara'? (bukan dari sudut akal semata-mata). Di sini perbezaan antara Timbalan Presiden yang sedia ada dengan yang bakal bertanding mencabar jawatan itu.

Apa yang penulis mahu utarakan di sini ialah Timbalan Presiden mestilah orang yang setanding Presiden dari sudut keilmuannya, ataupun sekurang-kurangnya hampir kepada darjat ilmu presiden. Maka sesiapa yang sempat mengenali Ustaz Nasharuddin dan saudara Husam dengan baik, penulis yakin mereka akan pilih Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan. Itu baru sahaja dibincang dari aspek keilmuan tanpa mengambilkira aspek wara' dan taqwa. Ulama' yang sebenar bukan sahaj mampu menghafal dan memetik ayat al Qur'an dan Hadis-hadis nabi di mana sahaja dia mahu, bahkan dia juga orang yang bertaqwa(jauhi segala larangan, menjunjung segala titah perintah Allah). Wara' pula meliputi sikap berhati-hati terhadap perkara-perkara yang syubhah, serta meninggalkan kemewahan dunia walaupun sesetengahnya adalah HARUS sekalipun.

Maka kita lihatlah gaya hidup seorang Tok Guru. Ibadah malamnya dan lain-lain. Aspek inilah yang membantu seorang pemimpin gerakan Islam menyelesaikan masalah yang rumit. Kebergantungan kepada ALLAH adalah muktamad dan total. Sering memohon petunjuk dari Allah untuk membuat keputusan. Itu yang membezakan Ulama' yang sebenar dengan pengikutnya di kalangan orang awam. Seorang ulama' sebenar merempuhi ujian sebagai pemimpin dengan penuh kebergantungan dan pengharapan terhadap ALLAH jalla wa 'ala dan bukan kepada makhluk. Tidak bergantung kepada wang ringgit atau kedudukannya dalam politik.

Kalau ini boleh ditandingi, maka dipersilakan Husam Musa mahupun sesiapa sahaja yang sanggup mengaku dialah ulama' akhirat yang sebenar yag layak memimpin umat.

Akhir kata, penulis sokong saranan Ustaz Nasrudin, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, dan Takiyuddin yang mencadangkan Husam Musa bertanding jawatan Presiden , bukannya Timbalan Presiden kerana beliau mendakwa halatuju Pas sekarang diragui, dan kehadirannya sebagai Timbalan Presiden mampu menyumbang ke arah memperbetulkan halatuju itu.

InsyaALLAH , Tuhan yang Maha Menentukan akan memelihara perjuangan Pas daripada dikotori oleh orang-orang yang mempunyai agenda peribadi. Anggaplah isu ini merupakan suatu penapisan dalam perjuangan. Ia akan menyerlahkan siapa ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas.
Related Posts with Thumbnails