Kmaring 5 Mei, Upacaran Angkat Sumpah ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dato' Tengku Putera memang sah dah jadi Speaker Dun Terengganu. Tiada lagi spekulasi. Memang perancangan licik Ku Tera menjadi. Aku ingat lagi kawan aku bagitau bahawa memang Ku Tera dah buat 'MOU' dengan Ahmad Said, katanya Ahmad Said hanya boleh jadi MB sepenggal sahaja. Katanya Ku Tera merupakan antara 'mastemind ' dalam komplot konspirasi jatuhkan Derih Jusoh. Memang keputusan PRU12 baru-baru tak sebagaimana yang dia rancang, iaitu Derih tak jatuh. Tetapi dengan takdir Allah, Derih tak jadi MB, apa lagi suka benor la Ku Tera. Agaknya buat sujud syukur kot. Sekarang ni dengan kuasa Speaker DUN yang ada pada dia, aku rasa dia akan biarkan Derih 'dibelasah' cukup-cukup oleh Pembangkang. Sidang DUN yang bermula esok akan jadi yang 'TERHANGAT DI PASARAN' dengan beberapa sebab. Pertamanya, sebab soalan-soalan pembangkang ditolak mentah-mentah. Keduanya, sebab Derih tidak lagi jadi MB, dan speaker akan biarkan pembangkang dedah sededah-dedahnya penyelewengan-penyelewengan zaman Derih. Ketiganya, sebab pembangkang sekarang ada 8 orang termasuk
Dr. Syed Azman yang lantang dalam Dewan Rakyat sebelum ini.
No comments:
Post a Comment