Tuesday, October 20, 2009

KELUCAHAN MELAMPAU DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO

OKT 17 — Bahasa-bahasa pertuturan Melayu selalunya mencerminkan adab dan budi pekerti yang tinggi. Kita sering mengguna istilah berlapik untuk menyebutkan sesuatu khasnya yang melibatkan alat kelamin, sama ada lelaki mahu pun wanita.

Tapi, Perhimpunan Agung Umno kali ini sekali lagi disulami gelak tawa, gara-gara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berhasil menyulam unsur kelucahan lewat ucapan penutupnya. Petang 16 Oktober menjadi saksi bahawa bukan sedikit kenyataan ini diulang-ulang oleh Najib Razak.

Antaranya, Najib kerap mengulang-ulang sebutan nama seorang pemimpin kulit hitam, bersama Nelson Mandela; pejuang Apartheid di Afrika yang bernama Dakote.

“Namanya D-A-K-O-T-E ...” Najib terdiam sejenak selesai dia mengeja abjad D-A-K-O-T-E satu-persatu sambil menanti reaksi para perwakilan. Tidak lama selepas itu meledaklah ketawa besar perwakilan setelah menyedari gurauan lucah itu.

Paling mengejutkan, Najib tergamak menyebutkan perkataan “anu” lelaki dengan jelas di hadapan orang-ramai secara langsung setelah didesak para perwakilan sendiri.

Najib boleh memilih untuk tidak menyebut atau boleh juga terus menyebut nama pemimpin itu sekali lalu dan terus merujuk kepada perjuangan menentang sistem yang tidak adil itu.

Jika Najib menyebut hal ini sekali lalu tanpa berniat menyerapkan unsur kelucahan dalam ucapannya para perwakilan pun tidak akan terikut-ikut rentak kelucahan itu dan mereka pun tidak terfikirkan hal kelucahan yang cuba digambarkan oleh Najib itu.


BATANG BERJUNTAI

Tapi, Najib tetap menyebutkan menyebutkan hal itu. Malah, dalam pilihan raya kecil di Batang Berjuntai, ucapan Najib turut mengheret pengertian batang berjuntai dengan alat kelamin lelaki dengan sengaja.

Kita pun tertanya-tanya, dalam fikiran Najib, ada apa yang berselirat dalam kepala dia sebenarnya selain komisen kapal selam Scorpene?

Dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu Najib menyentuh sekilas hajatnya untuk nikah sekali lagi. Tetapi, malangnya, menurut kata Najib, “kilang lama” tidak mengizinkannya membuka “kilang baru”. “Kilang lama” merujuk Rosmah, sementara “kilang baru” merujuk isteri baru.

Dalam perkembangan lain, ketika menyentuh hal jenaka lucah bersama Datuk Ishak, Najib mengulas semula kenangan lalu bersama rakannya itu.

Kata Najib, jika ada letupan maka rakannya itu berpesan agar jaga “anu” masing-masing terlebih dahulu. Najib, sempat bergurau, iaitu dia rasa risau kalau-kalau rakannya menjaga anunya jika ada letupan itu. Tidaklah diketahui, adakah letupan itu seperti ledakan bom C4 bunyinya?

Terdahulu, dalam ucapannya, Ishak bercerita bahawa Najib pernah bertanya kepadanya setelah dengar letupan itu: “Ishak, apa kita nak buat?” Lalu soalan itu disambut Ishak, “... raba telur you.”

“Saya tanya, ada (anu) Datuk”?” kata Ishak kepada Najib. “Dia (Najib) menjawab ada (anu) Hak.”

Tambah Ishak lagi, gurauan itu beliau kemukakan sebagai alasan - bahawa menjadi suatu kewajipan untuk Perdana Menteri memiliki “anu”. Apa kes dan apa kejadahnya gurau-gurauan seperti ini?

Semua bentuk gurauan lucah seperti ini, walaupun masih tersirat, tapi ia mahu dibawa ke arah mana sebenarnya? Lawak Abu Nawas ada inti pengajaran juga. Lawak lucah Najib nak diambil pengajarannya daripada sudut mana agaknya? Najib Razak adalah anak Pahang, Ahli Parlimen Pekan.

Cukuplah dengan MB Pahang Adnan Yaakob yang membuat isyarat lucah secara terbuka dengan tangannya dalam salah satu kempen pilihan raya dulu. Tindakan itu, sudah cukup memalukan anak Pahang.

Najib juga turut merujuk program anjuran mereka yang dibuat di Kg Janda Baik berulang kali. Ada apa dengan Kg Janda Baik? Apakah Najib ada “seseorang” pula di sana?

“Janda..yang baik ...,” kata Najib lagi dengan lirik mata dan senyum simpul, seperti membayangkan ada kerakusan dan dahagakan ketawa, sorak-sorai hadirin perwakilan.


APA CERITA KES RAMZI DAN SMS UGUT BUNUH?

Kes ‘sms ugut bunuh’ cuba digelapkan?

Oleh Pok Teh Bakap

Hairan bagaimana kes berprofil tinggi di Terengganu – kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang disebutkan di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu boleh terlepas daripada liputan media.

Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.
Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan pada Ahad lalu (27 September) perbicaraan kes ‘sms ugut bunuh’ ini pada akhir bulan Oktober dan awal November 2009 depan selama enam hari.
Mengikut satu sms yang diterima – perbicaraan ditetapkan pada 19,20 dan 21 Januari 2010 dan 9,10,11 Februari 2010.

Juga menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.

Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.

Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan masalah yang melanda UMNO Terengganu sudah selesai.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.

Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.
Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.

Saya pun hairan bagaimana kes yang dianggap menarik dan berprofil tinggi boleh terlepas dengar dan pandangan. Ini kerana Dr Ramzi sebelum itu enggan menyerah diri kepada polis tetapi akhirnya muncul di IPK Kuala Terengganu. Ada pendapat mengatakan beliau ditahan di salah sebuah hotel apartmen berhampiran Hotel Primula dan ada yang kata beliau sukarela datang ke balai polis.

Apapun, apakah pada Januari dan Februari nanti, perbicaraannya juga dianggap tidak penting dan kalaupun akhbar dan media elektronik membuat liputan, ia akan dianggap sebagai kes kecil atau terpencil sahaja?

Tuesday, September 29, 2009

PEMUDA UMNO KAKI DADAH!!!

SinarHarian hari ini (30 September) memaparkan berita Tiga Pemimpin Pemuda Umno diberkas kerana terlibat dadah. Sumber mengatakan mereka bertiga masih lagi memegang jawatan dalam Pemuda Bahagian Kemaman. Eloklah tu....Bapa borek, anak rintik. YB Kemasik, Rosli ditahan kerana Rasuah, Pemuda pula ditahan kerana dadah. Menurut berita, ketiga2 pemuda tersebut memang positif dadah. Ketika ditangkap, mereka sedang asyik berkaraoke dalam keadaan khayal heroin.

Takkan rakyat nak lagi pemimpin sebegini. Macam mana nak pimpin masyarakat kalau memang diri sendiri rosak binasa? Insaf-insaflah ahli umno. pakat2 keluar dan pindah ke Pakatan Rakyat la pulak.

Agaknya apa kata Mad Said? Anak buah dia tu...Orang Kemaman.

Wednesday, August 12, 2009

ISU RAKYAT: PAKATAN RAKYAT TERENGGANU LESU

Semenjak dua menjak, Terengganu tenggelam dek isu-isu peringkat nasional. Bukannya tiada isu. Banyak isu masyarakat yang berlaku tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya oleh mdia, kerajaan dan pembangkang.

Mungkin pembaca tidak tahu isu Kubah Masjid Kristal yang diturunkan akibat ancaman runtuhan dan kebocoran. Isu premis perniagaan yang baru dibina dengan nilaian 1.5 juta bakal dirobohkan kerana terletak betul-betul tepi jalan yang akan dibesarkan. Yang anehnya, projek deretan kedai itu adalah milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sendiri. Ini merupakan kerja bodoh kerajaan Umno Barisan Nasional pimpnan Ahmad Said.

Penulis fikir kalau pembangkang benar-benar mahu merampas kembali Terengganu dari tangan Umno BN, sepatutnya isu-isu masyarakat mesti diutamakan dan dibesarkan. Kita lihat bagaimana isu YB Rosli Othman yang ditangkap "redhanded" oleh SPRM hanya sekejap sahaja panasnya. Sebaliknya, apabila isu rasuah berlaku di negeri Pakatan Rakyat, media proksi Umno BN akan 'hogeh' sehingga pemimpin yang dikaitkan meletakkan jawatan. Ini berlaku kepada YB Fairuz bekas Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Terbaru, isu notis pindah kepada peniaga-peniaga di Jalan Banggol sebanyak 34 kedai, melibatkan 200 pekerja sudah berlalu lebih kurang tiga minggu. Tetapi isu ini tidak diuruskan oleh pembangkang dengan baik. Di mana pemimpin-pemimpin pembangkang dari PKR dan PAS di saat demonstrasi aman dibuat oleh peniaga-peniaga pada pagi ini (13 Ogos) di depan kedai buku Alam Akademik? Penulis difahamkan YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu sudah berbincang dengan MB Terengganu tetapi tiada sebarang berita sama ada ianya ditangguhkan atau ada perbincangan dengan peniaga.

Yang menjuarai isu ini ialah Cikgu Fauzi Abu Samah, aktivis masyarakat dari MAMPAT. Kalaulah MAMPAT daftar sebagai Parti Politik dan bertanding di Dun Bandar, penulis percaya ia mampu memenangi PR kerana yang banyak ditonjolkan pejuang hak rakyat Terengganu akhir-akhir ini ialah MAMPAT, bukannya PAS mahupun PKR. Walaubagaimana pun, kelihatan Ng Chai Hing dari DAP, seorang wakil dari AMK Terengganu dan seorang pemuda negeri Terengganu. Sekiranya Pakatan Rakyat mahu dianggap sebagai pembela rakyat, lebih ramai lagi pemuda-pemuda PAS, PKR dan DAP harus hadir untuk tunjukkan sokongan mereka.

Menurut cerita peniaga di situ, bangunan di situ sudah berusia lebih seratus tahun. Tapi ia tidak termasuk dalam lingkungan kawasan yg diwartakan sebagai warisan pesisir air. Jadi, walaupun bangunannya berusia lebih 100 tahun, ia tetap akan dirobohkan sebagaimana pernah dirancangkan zaman Tan Sri Mokhtar Ahmad suatu ketika dahulu. Kesilapan yang berlaku ialah, tiada perancangan menyediakan tempat perpindahan kedai-kedai yang akan dirobohkan walaupun Tan Sri Wan Mokhtar pernah berjanji (secara lisan) untuk menggantikan tempat lain. Padahal Bangunan baru Pusat Perniagaan Paya Keladi tidak jauh dari situ tetapi disebabkan ianya telah dijual kepada peniaga-peniaga lain, maka inilah nasib yang menimpa 34 pekedai di Jalan Banggol yang akan dirobohkan. Tarikh akhir pengosongan ialah pada 19 Ogos 2009. Penulis rasa jikalau pakatan rakyat tidak bertindak, maka mereka tidak layak untuk menjadi "government in waiting" sebagaimana dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Monday, August 3, 2009

SIAPA YB TRANUNG KENA TAHAN SPRM?


Sehari dua ni orang politik di Terengganu bercakap kisah Adun ditangkap SPRM. Hampir semua media politik saluran internet melaporkannya. Tapi tak banyak yang mendedahkan siapa dia Adun tersebut. Kalau yang ditangkap itu pihak pembangkang, sudah lama Utusan Meloya dan Berita Harian siarkan. Kes ini tidak dibesarkan dlm Akhbar arus perdana milik Umno BeEnd.

Buletinonline pun setakat ini tidak berani dedahkan nama terbabit. Suka saya sebutkan beliau ialah YB Rosli Adun Kemasik. Saya tak nak cerita apa yg telah diceritakan dlm akhbar dan internet. Cuma saya teringat satu klip video yang pernah disiarkan dlm blog ini. Video itu merupakan perbualan antara YB Rosli dengan penduduk yang tidak berpuashati terhadap pengurusan Felda yang cuba menyodok tanaman semula yg mereka usahakan kerana mereka tidak mahu menyerahkan balik (tandatangan perjanjian baru tanam semula). Hasrat mereka mahu berdikari dan mahu memiliki tanah rancangan sepenuhnya tanpa bergantung kepada Felda. Cara YB Rosli bercakap seolah2 beliau sendiri pegawai Felda. Beriya2 benar beliau mempertahankan tindakan Felda sedangkan beliau merupakan seorang wakil rakyat yg sepatutnya membela rakyat lah. Ini tidak, berpihak kepada Felda yg jelas bertindak zalim. Memang kena sangatlah dengan slo'gun' baru Najib, " RAKYAT DIDAHULUKAN".

Tuesday, July 7, 2009

ROSOL AKUI HISHAMUDDIN TAK BIJAK

"HISHAMUDDIN PERLU BIJAKSANA". Itulah tajuk Sinarharian hari ini. Yang buat kenyataan ialah Rosol Wahid. Dakwanya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baru itu "tidak PAMME", endah tak endah terhadap suara ahl Yang Berhormat dalam pertemuan sebulan yang lalu. 'Ramai YB rasa kurang senang' katanya.

Nampaknya Umno Terengganu umpama retak menunggu belah. Kenyataan Rosol membenarkan spekulasi yang mengatakan memang Umno BN berpecah. Jadi betullah apa yang penulis sebut sebelum ini bahawa di AJIL sendiri, ada dua pejabat Khidmat Masyarakat Umno BN. Satu hak Rosol, satu lagi hak Tengku Putera. Apa tunggu lagi Rosol, masuk Pas la pulak...Kalau tak pun, masuk PKR. Tak mau jugak, sekurang-kurangnya masuk DAP...

APA CERITA STADIUM?

APA CERITA STADIUM?

Orang tengah sibuk dengan MU(Manek Urai), penulis rasa nak tulis pasal Stadium yang runtuh. Ada sumber dari JKR mengatakan bahawa pada 20 Jun 2009 baru-baru ini, satu mesyuarat JKR Pusat diadakan di Kuala Terengganu. Yang dipanggil termasuklah kontraktor dan konsultan terbabit. Tapi yang peliknya, apabila tiba waktu nak bermesyuarat, Pengarah JKR Terengganu mengarahkan agar konsultan dan kontraktor tidak masuk dalam mesyuarat dengan alasan nak buat 'pre council' dahulu. Selepas itu akan dipanggil. Rupa-rupanya, mereka tidak dipanggil bermesyuarat terus. Yang bermesyuarat hanya pihak JKR semata-mata. Kemudian, dikhabarkan bahawa Pengarah JKR Terengganu ditahan SPRM 24 jam, kereta dan rumah digeledah. Lepas tu penulis tak dapat lagi apa selanjutnya. Kita tunggu la...

MB LANTIK BADAN BEBAS LUAR NEGERI

Beberapa hari lepas pula, Ahmad Said Memanda Menteri Besar dikhabarkan melantik satu pasukan badan bebas dari London(sebut betul-betul, bukan Ladang ya) bagi tujuan menyiasat kejadian stadium runtuh itu seadil-adil dan setelus-telusnya. Mungkin sebahagian rakyat negeri ini memuji ketelusan Memanda Ahmad Said. Tapi yang sebenarnya ialah ini merupakan manifestasi dendam mendendam, tindas menindas puak-puak dalam Umno Barisan Nasional. Beliau mahu puak Deris benar-benar dikuburkan dari Umno Terengganu.

PELANTIKAN BARU PERHUBUNGAN UMNO

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Umno Negeri yang dibuat Hishamuddin Tun Hussein baru-baru ini dipuji oleh pimpinan dan ahli-ahli Umno yang di'interbiol' oleh media. Padahal apa yang sebenarnya berlaku ialah perpecahan menjadi semakin melebar di kalangan Umno BN. Baru dua hari lepas, penulis menziarahi kematian di Felda Bukit Bading, ada kenalan mengkhabarkan sekarang wujud dua pejabat Umno BN di DUN Ajil. Satu hak puak Rosol takda wahyu, satu lagi hak Tengku Putera yang baru dilantik jadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri. Nampaknya tak lama lagi berkuburlah karier politik Cikgu Rosol Wahid. Mungkin boleh buka tuisyen lepas ni kot. Nak minta jadi cikgu sekolah semula tak boleh dah. Atau mintalah apa-apa jawatan dalam Mara. Takkan Dato' Seri Idris tak boleh boleh tolong kot.

Orang bukan tak tahu kenapa Hishamuddin tukar Datuk Rosli Mat Hassan(bekas Setiausaha Umno Negeri) dan Roslan Awang Chik(Bendahari Umno Negeri). Kedua-duanya baru-baru ini ditahan oleh SPRM kerana kes meminta suapan untuk projek mega.
Related Posts with Thumbnails