Ni berita Metro 2 Mei lepas. Aku dah lama tak baca Metro sebab boikot kes siar gambar Nabi Muhammad dihina tahun lepas. Kebetulan terbaca di blog rakan. Aku rasa terpanggil untuk siarkan biar ramai tahu dan sedar bahawa gejala pelacuran remaja sebenarnya serius.
...........................................................
KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia bukan daripada keluarga kaya.
Rahsia kemewahannya hanya terbongkar selepas pelajar perempuan itu terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana kemaluannya cedera, Mac lalu.
Sumber sekolahnya di sini memberitahu Harian Metro, kecederaan itu sekali gus menjawab persoalan kenapa pelajar itu sering berulang-alik ke ibu negara hampir setiap minggu sejak tiga tahun lalu.
Ini berikutan dia dikatakan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali perkhidmatan tanpa disedari anggota keluarganya.
Kegiatan sumbangnya mula dihidu pengurusan sekolah selepas pelajar itu ponteng selama beberapa hari.
Sumber itu berkata, apabila pelajar terbabit tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari, seorang guru diarahkan ke rumahnya untuk bertanyakan keluarganya yang ternyata terkejut besar dengan tindakannya.
Tambah mengejutkan, hasil siasatan dilakukan, pelajar terbabit didapati mempunyai simpanan lebih RM80,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.
Difahamkan, pelajar terbabit dikatakan mampu memperolehi bayaran antara RM8,000 hingga RM12,000 semalam dengan melayan pelanggan kaya yang diuruskan orang tengah termasuk ahli perniagaan dari luar negara.
Pelajar yang mempunyai perwatakan menarik dan dikatakan turut cemerlang dalam pelajaran itu didakwa sudah melakukan kegiatan itu sejak 2006 sehinggalah tembelangnya terbongkar dua bulan lalu.
Dia dikatakan sering berulang-alik ke ibu negara pada setiap malam Jumaat dan hanya berada di sana selama semalam bagi mengelak kegiatannya dihidu ahli keluarga dan pihak sekolah.
Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk menerima rawatan lanjut berikutan kemaluannya cedera selepas melakukan hubungan seks dengan pelanggan dari Timur Tengah.
Pelajar itu dikatakan menerima bayaran RM4,000 untuk melayan pelanggan berkenaan, namun kecederaan dialami itu menyebabkan dia terpaksa ponteng sekolah selama beberapa hari untuk menerima rawatan, sekali gus membongkar kegiatan sumbangnya.
Sumber memberitahu Harian Metro, hanya segelintir guru mengetahui perkara itu dan ia sengaja dirahsiakan bagi mengelak masa depan pelajar berkenaan terjejas.
Hasil siasatan mendapati pelajar terbabit biasanya akan menaiki kapal terbang pada setiap malam Jumaat sebelum dijemput sebuah kereta mewah untuk dibawa ke hotel mewah di ibu negara bagi melayan pelanggan yang sedia menunggu.
Harian Metro difahamkan, kegiatan pelacuran membabitkan pelajar perempuan di negeri ini mula dikesan sejak lima tahun lalu tetapi sukar dikesan pihak berkuasa kerana pelajar terbabit dikatakan menjalankan kegiatan mereka di ibu negara.
................................................
Aku sedih peristiwa sebegini berlaku di negeri Terengganu Darul Iman. Ingat dulu waktu aku belajar, pensyarah Psikologi aku pernah buat program di rumah kebajikan wanita. Kami buat LDK(Latihan Dalam Kumpulan, bukan Latihan Dalam Kelambu), ada antara ahli kumpulan yang aku handle, datang dari Terengganu. Tanya dia pasal apa kena masuk situ, katanya kerana melacur. Maknanya pelacuran di kalangan remaja Terengganu dah lama tapi orang ramai tak tau. Apa nak jadi pun aku tak tau. Minta jauh dari terkena kepada keturunan aku, adik bradik aku, anak beranak aku, sedara mara aku, jiran tetangga aku, orang yang aku kenal.
Sufiah yang disibuk-sibukkan semenjak dua menjak ni sebenarnya satu contoh dari beribu-ribu kes yang berlaku di Malaysia. Gadis cerdik tetapi melacur, sama la macam kes budak Terengganu tu. Kenapa berlaku begitu? Tak lain tak bukan kerana nilai agama sudah semakin rapuh. Sistem nilai semakin longgar. Kerajaan dan masyarakat tidak memberi keutamaan untuk atasi masalah ini. Macam mana nak atasi? Kembalilah kepada kaedah agama. Laksanakan hukum Allah baik ke atas diri individu, keluarga, masyarakat dan kerajaan. Yang berzina dihukum hudud, barulah rakyat takut nak berzina. Ertinya, aspek penguatkuasaan undang-undang Islam itu amat penting bagi menangani masalah ini.
Keduanya, Pendidikan Islam yang sempurna hendaklah diterapkan dalam sistem pendidikan. Jangan pandang remeh terhadap pelaksanaannya.
Ketiganya, kerajaan kena hentikan serta merta punca-punca hiburan maksiat seperti pengedaran bahan-bahan lucah dari vcd, dvd, majalah, buku, akhbar tabloid, laman-laman web dan lain-lain. Bak kata Ulama', kena ada sadduzzara'i (sekat lubang kemunkaran). Tutup pusat hiburan maksiat seperti disco, kelab malam, pub dan sebagainya.
Ada orang kata cakap bolehlah , tapi nak buat tu yang susah. Ya lah, kalau tak cakap tak sedar. Kalau tak mula sekarang bila lagi. Takkan nak tunggu pelacuran jadi suatu norma yang diterima masyarakat sebagai salah satu industri yang sah.
No comments:
Post a Comment