Showing posts with label Berita Ringkas. Show all posts
Showing posts with label Berita Ringkas. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

KALAH JUDI 8 JUTA SEAWAL USIA 19


Seorang remaja berusia 19 tahun terpaksa kerugian 8 juta akibat kalah judi yang menjadi hobinya sejak berusia 16 tahun.

Remaja itu yang merupakan anak jutawan, mengikut jejak langkah bapanya yang mempunyai hobi yang sama, menghabiskan wang kekayaan bapanya dengan bertaruh dalam perlawanan bolasepak luar negara melalui internet.

Disebabkan hobi berjudi itu, remaja itu terkenal dengan gelaran 'Little Dragon'. Remaja tersebut membesar dalam keadaan melihat bapanya berjudi seawal usia 16 tahun. Suatu hari, beliau berjudi dengan had yang dikenakan oleh ejen perjudian sebanyak RM100,000. Setiap kali beliau kalah teruk, bapanya akan membayarnya. Selama tiga tahun beliau berjudi, sudah beberapa kali bapanya terpaksa menjamin beliau akibat ditimbus hutang judi yang melambung tinggi.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Klang, Datuk Teh Kim Poo. Teh berkata remaja terbabit sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya yang mengadakan program ijazah berkembar dengan Universiti di Australia.

Sudah beberapa kali remaja itu terpaksa menggunakan wang yuran kolej untuk bayar hutang judi. Beliau sanggup membohongi bapanya dengan mengatakan kolej minta wang yuran lagi untuk mendapatkan duit untuk bayar hutang judi.

Apabila remaja itu tidak mampu lagi bayar hutang, Ejensi perjudian akan hantar along meminta wang dari bapanya.

Anda boleh baca berita asalnya di sini.

Monday, May 24, 2010

PEROGOLKU SUAMIKU

Dipetik dari HarianMetro 24 Mei:

......................................................................

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.

Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.


Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu.


Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah.


Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.


Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah.


Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.


Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.

.....................................................

Komenku:

Itulah akibatnya agama diletak di kepala lutut. Wahai gadis2 di luar sana, tak kira siapa jantan atau lelaki yang pelawa, jangan sekali2 terima pelawaan minum dalam keadaan syarak tidak izinkan. Haram berdua2an di rumah lelaki. Islam larang mendekati zina iaitu keluar dgn jantan bukan mahram sebab tak nak jadi zina, rogol dan seumpamanya.

Kembalilah kepada akhlak Islam. Wahai ibubapa, didiklah anak gadis dan lelaki dengan akhlak Islam. Ajar batasan pergaulan lelaki perempuan. Bukan pakai semua boleh je. Nanti orang pakai anak dara kita pun pakai buang macam pampers!!!

Wednesday, May 12, 2010

KERETA KERA JAAN HILANG LAGI!

SETIU hanya di Sinar Harian RABU - Kakitangan Pejabat Renjer Hutan Jabatan Perhutanan Chalok di sini, gempar selepas mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik jabatan itu lesap dilarikan penjenayah, awal pagi tadi. (gambar hiasan) Pengarah Jabatan Perhut...anan Terengganu, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud mengesahkan menerima laporan berkata, sebelum kejadian kenderaan itu diletakkan di tempat meletak kenderaan selepas kakitangannya selesai membuat tugasan di kawasan pembalakan.
....................
Cuai sungguh drebar2 kerajaan.selalu hilang kenderaan. Dulu perdana v6 2 biji. lepas tu bulldozer. 2,3 hari baru ni Perdana Pegawai Polis. Siap pencuri buat nganjing lagi, "MAAF, TERSILAP AMBIL".

Tukor aje lah kerajaan.

Wednesday, February 3, 2010

AIR MANI PADA SAIFUL BUKHARI MILIK ANWAR


Petikan MalaysianInsider.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Feb 3 — Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bermula petang ini dengan pendakwa raya mengetengahkan hujah bahawa ada bukti kukuh menunjukkan kesan sperma ditemui pada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik ketua pembangkang itu.

Dalam kenyataan pembukaan mereka, pendakwa raya memberitahu mahkamah, sampel tisu yang diambil dari bahagian luar dan dalam dubur Saiful, yang diuji memadami satu DNA.

Pendakwa raya berkata pihaknya akan membawa keterangan-keterangan ke mahkamah untuk menunjukkan kesan sperma yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Jabatan Kimia itu adalah milik Anwar.

Malah pendakwa raya juga akan bergantung pada keterangan langsung Saiful.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Saiful, bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Anwar berulang kali menafikan tuduhan itu dengan mendakwa ia konspirasi serupa yang dilaluinya 12 tahun lalu.

Saiful akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes ini.

Pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah.

...................................................................................................................................................................

Komen aku, Samalah macam kes yang dulu. Lepas bawa bukti2 yg direka2, maka Anwar akan disabitkan kesalahan. Kemudian disumbat semula ke dalam penjara. Masyarakat awam akan berbelah bahagi antara percayakan Anwar atau tidak.

Kita tunggu dan lihat siapa yang kena!!!

Thursday, December 31, 2009

NAZRI AZIZ KATA WANITA UMNO BODOH


Sinar Harian, Edisi Terengganu, mukasurat N7 hari ini(1 Januari 2010), bertajuk "BUKAN SALAH SAYA:NAZRI".

Pergerakan Wanita UMNO mendesak Nazri Aziz letak jawatan kerana ketidakhadiran wakil rakyat2 UMNO dalam sidang parlimen 14 Disember lalu ketika pengundian meluluskan Bajet 2010.

Jawapan beliau mudah sahaja, "Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil rakyat yang tidak hadir perlu letak jawatan dan memohon maaf." Beliau juga menuduh wanita UMNO tidak faham bidang tugas.

WANITA UMNO BODOH

"Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap kerajaan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh."

AHLI PARLIMEN UMNO PERLU LETAK JAWATAN

"Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan letak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di parlimen, itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen." katanya.

Tuesday, September 29, 2009

PEMUDA UMNO KAKI DADAH!!!

SinarHarian hari ini (30 September) memaparkan berita Tiga Pemimpin Pemuda Umno diberkas kerana terlibat dadah. Sumber mengatakan mereka bertiga masih lagi memegang jawatan dalam Pemuda Bahagian Kemaman. Eloklah tu....Bapa borek, anak rintik. YB Kemasik, Rosli ditahan kerana Rasuah, Pemuda pula ditahan kerana dadah. Menurut berita, ketiga2 pemuda tersebut memang positif dadah. Ketika ditangkap, mereka sedang asyik berkaraoke dalam keadaan khayal heroin.

Takkan rakyat nak lagi pemimpin sebegini. Macam mana nak pimpin masyarakat kalau memang diri sendiri rosak binasa? Insaf-insaflah ahli umno. pakat2 keluar dan pindah ke Pakatan Rakyat la pulak.

Agaknya apa kata Mad Said? Anak buah dia tu...Orang Kemaman.

Monday, March 23, 2009

TINDAKAN SEGERA SUMBER MAKLUMAT ALTENATIF

SEMALAM bertalu2 sms berita penggantungan akhbar Pakatan Rakyat Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan masuk ke kotak sms telefon bimbit penulis. Ini merupakan suatu tindakan politik ala machiavelli untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ini lah tindakan 'desperate' Barisan Nasional yang tidak mahu insaf-insaf dari perbuatan zalimnya.

Sebagai ganti, penulis mahu cadangkan agar pengendali dan pengguna laman-laman web alternatif dan blogger2 yang cintakan keadilan serta kebenaran, agar dapat mengambil langkah mencetak berita2 isu politik semasa khususnya berkaitan PRK tiga tempat yang akan berlangsung pada 7 April nanti untuk tatapan rakyat yang bakal memilih calon Pakatan Rakyat.

Nampaknya BN sudah melampau dan sudah tiba masanya kita pendokong kebenaran melalui jalan cyber ini menyumbang tenaga dan wang ringgit seoptimum yang mungkin untuk memenangkan calon-calon Pakatan Rakyat.

CERITA DI SEBALIK PERTEMUAN PAK LAH & ANWAR

Penulis sempat ke Perak beberapa hari lepas. Kebetulan bertemu dengan seorang pengikut tarikat ismailiah qadariah yang dipimpin oleh Syeikh Mahmud Majzub. Beliau yang merupakan bekas komando buka cerita di sebalik pertemuan antara Pak Lah dan Anwar di Hulu Selangor. Katanya, Syeikh Mahmud Majzub yang sengaja menjemput dua pemimpin politik itu bertujuan untuk berbincang masa depan politik Malaysia. Dalam pertemuan selama 40 minit itu (katanyalah. dalam satu maklumat lain, pertemuan itu berlaku selama 20 minit), Syeikh Mahmud memberi amaran kepada Pak Lah agar jangan buat silap dengan memilih Najib sebagai pengganti kerana Malaysia akan rosak sekiranya Najib jadi PM. Syeikh juga memberi amaran bahawa Pak Lah akan 'binasa' juga kalau pilh Najib. Syeikh Mahmud juga memperingatkan Anwar bahawa beliau sudah di'kaffarah'kan oleh Allah kerana silap jalan untuk berjuang dengan masuk Umno dahulu dengan dikenakan ISA dan merengkok dalam tahanan selama 7 tahun. Jadi, beliau peringatkan Anwar agar jangan buat silap langkah lagi sekiranya mahu selamat.

Boleh percaya ke? Penulis rasa percayakan pengikut tarikat tu jauh lebih baik daripada percayakan Utusan, Berita Harian, Metro, TV3, RTM dan lain-lain media kerajaan.

Thursday, March 12, 2009

BN RASUAH CINA KUALA TERENGGANU

Ini senarai Rasuah Politik yang BN buat sempena PRK 036 baru2 ni:

1.RM 3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Cina Terengganu.
2.RM 2.8 juta untuk Sek. Men. Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.
3.RM 2.4 juta dalam bentuk Duit Ang Pau kepada 8,000 orang seluruh Negeri Terengganu.
4.RM 1.0 juta untuk persatuan-persatuan dan pusat keagamaan dengan jumlah RM 3,000.00 untuk setiap persatuan
5.RM 400.00 untuk setiap pengundi terpilih supaya mengundi BN.

Tuesday, May 6, 2008

DERIH JUSOH NAK JADI KETUA PEMBANGKANG!


Tadi ada orang ajak kenduri sambut ke'tidakmenang'an Pas dalam PRU12 baru2 ni. Ada cerita baru ekoran majlis angkat sumpah semalam. Kata seorang kenalan, Lepas habis majlis, macam biasa, sesi bergambar diadakan. Kemudian di kerusi masing-masing sudah di'tag'kan dengan nama. di kerusi hujung sekali sebelah kiri, disediakan untuk Ustaz Harun Taib, Ketua Pembangkang DUN Terengganu. Tiba2 si Derih muka tak malu, datang lalu sebut, "ni kerusi Ketua Pembangkang", lalu dia terus duduk di kerusi tersebut. Terpulang lah kepada pembaca nak tafsir macamana perangai Derih muka dok malu tu. Ke nak jadi Ketua Pembangkang. Ustaz Harun buat tak kisah aje, terus ke belakang ambil tempat lain.

Aku ingatkan Derih tak mari dah sidang dewan. Mari juga dia. Esok jangan lupa sama2 kita tengok siaran langsung sidang dewan undangan negeri Terengganu. Siapa nak ikut? Aku rasa nak masuk Wisma Darul Iman tengok 'live'.

Sunday, May 4, 2008

BERITA MENARIK HARI INI

Sementara tunggu siap servis kereta pagi ni, aku sempat baca sinar harian. Antara berita menarik hari ni seperti berikut:

1.Hari Ketawa Sedunia.
Lebih 1000 anggota daripada 35 Kelab Ketawa di India berkumpul menyambut Perayaan Hari Ketawa Sedunia.
Komen: Tak tau pulak aku ada Kelab Ketawa. Apa nak heran, macam-macam kelab dan persatuan dah ada sekarang. Kelab Gay, Kelab Homoseks, Persatuan Tandas Sedunia. Yang lebih teruk baru-baru ni ada orang di Australia nak tubuh Yayasan untuk golongan sumbang mahram! Yang kahwin dengan Lembu pun ada....

Orang dalam dunia ni apabila dah bosan dengan perkara biasa, mereka akan cari jalan untuk menghibur dan memuaskan hati dengan perkara-perkara yang baru dan pelik-pelik. Tapi yang positifnya, kata kajian perubatan, ketawa merupakan salah satu penawar penyakit terutamanya kemurungan dan seumpamanya. Bak kata orang putih, "Laughter is the best medicine". Tak gitu?

Agaknya boleh buka cawangan di Malaysia ke?

2.Ayah kurung anak selama 24 tahun untuk memuaskan nafsu seksnya.
Kisah ini berlaku di Austria di mana seorang lelaki mengurung anaknya selepas beliau membawa pulang anaknya yang lari dari rumah ketika usia 17 tahun kerana dirogol. Lelaki itu mengurung anaknya dan tidak pernah dikeluarkan sehinggakan tiada yang mengetahui perbuatan terkutuk itu. Hasil daripada sumbang mahram itu, anaknya melahirkan 7 orang anak.

Komen:Apa nak jadi dunia akhir zaman. Bukan sahaja zina berleluasa, sumbang mahram makin menjadi-jadi dan ada yang tidak sedikit pun malu melakukan perbuatan terkutuk pun.

3.Nenek bersuami dua di Terengganu.
Kes ini diadukan oleh suami wanita yang berusia 47 tahun itu. Suaminya yang berusia 63 tahun berkata sebelum ini wanita itu pernah memohon cerai taklik tetapi masih belum diputuskan oleh mahkamah syariah. Lalu wanita tersebut ke Selatan Thai bagi menyelesaikan masalahnya bagi membolehkan ia kahwin lain.

Komen:Dunia oh dunia...Maklumlah dah akhir zaman. Macam-macam ada. Wanita menyamar lelaki nak kawin sama-sama wanita pun ada, yang dah kawin mengaku belum kawin pun ada...
Yan nenek tu pun tak sabar-sabar, tunggulah mahkamah tempatan buat keputusan dulu. Isy, isy, isy...................................
Related Posts with Thumbnails