Thursday, October 30, 2008

Wala' : Akhlak Jamaah Islam

Walaupun isu muqabalah sudah selesai, saya poskan artikel yang ditulis oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong sebagai rujukan sesiapa yang berminat. Boleh didapati di dunbukitpayong.blogspot.


Firman Allah Taala :

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

AKHLAK JEMAAH ISLAM

1- WALA’ KEPADA ALLAH.

Tanda wala’ kepada Allah ialah beribadat kepada Allah dan taat setia dengan kitabnya.

2- WALA’ KEPADA RASULULLAH.

Tanda wala’ kepada Rasulullah ialah taat setia dengan sunnah dan dakwah Rasulullah.

3- WALA’ KEPADA JEMAAH ISLAM.

Wala’ kepada jemaah Islam bererti menolak segala taat setia kepada golongan kuffar dan munafiqiin. Wala’ kepada jemaah Islam bererti menolak segala wala’ kepada jemaah yang bukan Islam. Tanda wala’ kepada jemaah Islam bererti mentaati jemaah Islam.

Jemaah Islam terbentuk dengan gabungan taat setia dan kesediaan anggota mukmin untuk memberikan wala’ sesama mereka sebagaimana firman Allah :

'Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Ustaz Said Hawwa menyebut : Parti rabbani yang mulia ini akan menyelesaikan semua kemusykilan dan pemasalahannya dengan syura antara anggotanya yang terdidik dengan akhlak berjemaah . Firman Allah Taala :

Maksudnya : “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; “

Dasar jemaah Islam atau parti Islam mesti berasaskan al-Quraan dan sunnah Rasulullah S.A.W. Parti Islam mesti terdiri daripada pimpinan dan pengikut-pengikutnya. Tanda wala’ kepada jemaah Islam ialah taat kepada pimpinan. Ustaz Said Hawwa menyebut : “dan kita mesti mentaati kepimpinan mereka pada aspek politik dan keilmuan dan khususnya khalifah muslimin, jika ada kerana Allah menjadikan taat kepada pimpinan dalam perkara makruf adalah fardhu.”.

Oleh itu, tiada wala’ dan taat kepada pimpinan dalam perkara makruf adalah dosa dan maksiat. Memang taat dan wala’ kepada pimpinan adalah terikat selama mana tidak diperintah dalam perkara maksiat. Maksiat adalah perkara yang menyanggahi dan menyalahi syara’.

Pasti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan harakah Islamiyyah yang bertanggungjawab melangsungkan perjuangan Islam yang syumul yang merangkumi politik, ekonomi, dakwah, pendidikan dan seluruhnya. PAS didasari dengan kaedah yang sangat indah dan kukuh.

1- Rujukannya ialah al-Quran, Hadis Nabi, Ijma’ dan Qias.

2- Majlis Syura Ulama’ bagi melaksanakan ruh syura dalam Islam dan kepimpinan Ulama.

3- Kepimpinan tertinggi PAS yang diketuai oleh Presiden PAS.

Oleh itu, isu muzakarah atau muqabalah sudah jelas diterangkan oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Sepatutnya persoalan ini tidak dipertikai dan dicanggahi oleh sesiapapun. Isu muzakarah atau muqabalah telah diperjelaskan berdasarkan beberapa hujjah :

1- Kesediaan untuk bermuzakarah atau muqabalah berdasarkan Al-Quraan dan sirah Rasulullah S.A.W.

2- Kesediaan bermuzakarah atau muqabalah berdasarkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS.

3- Kesediaan bermuzakarah atau muqabalah bagi menunaikan hak-hak dakwah, politik dan tarbiyah. Politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam.

Perjelasan Presiden sudah cukup untuk menjadikan seluruh pimpinan dan anggota PAS berada pada landasan wehdatul fikri dan wehdatul amal. Memang Islam membenarkan kekhilafan dalam berfikir dan bebas dalam menyatakan pandangan dan pendapat. Tetapi Islam mengajar kita berakhlak dalam berjemaah. Pertembungan antara kepintaran pendapat peribadi dengan pendapat pimpinan membuahkan satu perselisihan dan kekhilafan yang mesti diselesaikan. Kekhilafan boleh diselesaikan dengan sifat taat yang ada dalam diri setiap anggota jemaah. Taat bermakna mematuhi satu-satu perkara atau perintah. Lawannya ialah derhaka. Kedegilan untuk mempertahankan pendapat peribadi dan tidak bersedia untuk mentaati keputusan syura dan pimpinan adalah dosa dan derhaka. Dosa ini berlaku kerana menyanggahi perintah Al-Quraan dan hadis-hadis Nabi S.A.W.

1- Firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Perhatian :

Allah menyuruh kita mentaati pemimpin – sila baca tafsir al-Qurtubii.

2- Firman Allah :


1. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu Berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyadari.

3. Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka Itulah orang-orang yang Telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.

4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar(mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.

5. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka Sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Perhatian :

Sila baca tafsir at-Tibyan, tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

- Teks usrah yang menerangkan adab berjemaah.

Monday, October 20, 2008

MAKSIAT BERLELUASA DI TERENGGANU


Ini antara berita yang memaparkan gejala maksiat di Terengganu Darul Iman yang dibangga-banggakan oleh rakyat Terengganu. Banyak lagi kes seumpama ini berlaku tanpa ada sekatan dan usaha bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa untuk membasminya. Pasangan di atas merupakan antara beberapa pasangan yang ditangkap oleh pencegah maksiat di Pantai Teluk Gadong, Dungun. Mereka dipercayai siswa-siswi yang sedang menuntut di UiTM Dungun.

Setelah soaljawab, ada di antara mereka yang mengaku merakamkan adegan 'panas' mereka menggunakan kamera telefon bimbit. Salah seorang pelajar lelaki yang ditangkap merayu agar dilepaskan kerana takut diketahui oleh pihak universiti yang sudah pasti akan bertindak buang pelajar tersebut dari pengajian.

Di bawah ini contoh inisiatif orang kampung yang tidak tahan dengan aksi remaja bermaksiat di sekitar pantai Kuala Ibai.


Monday, October 13, 2008

Meramal Kesan Daripada Isu Sub Prima Amerika

Saya nak bincangkan pasal kesan daripada isu sub prima di Amerika ni, kemelesatan ekonomi sedikit sebanyak akan merebak ke Malaysia. Ini beberapa perkara yang boleh kita renungkan.
1. Masalah ini dibahaskan oleh ramai pengkaji sebagai kemelesetan yang sangat hebat sejak daripada the great recession 1930. Pihak kerajaan daripada pelbagai negara selain Amerika pun telah mengambil pelbagai langkah segera bagi mencegah kemelesatan tersebut merebak, mengecilkan impak, memendekkan jangka masa ketidak-tentuan melampau dalam ekonomi pasaran dan sebagainya.
2. Masalah ini bukan masalah kecil, walaupun setiap hari kerajaan mengatakan Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kuat, tidak bergantung kepada Amerika. Hakikatnya Amerika adalah individual trading partner terbesar Malaysia. Kalau rakyat Amerika dah kena buang kerja, tak ada duit lebih... Macam mana nak beli barangan yang kita eksport. Mata KLCI dah mengecil begitu cepat daripada 1300 mata kepada 900 mata.
3. Dalam kemelesetan ekonomi beberapa sektor akan terjejas terutamanya yang melibatkan barangan mewah. Antaranya automotif, pelancongan & perhotelan, perkilangan dan hartanah.
4. Dalam keadaan ekonomi meleset, bank akan meningkatkan kadar faedah untuk menggalakkan orang ramai menyimpan dan pelaburan dalam equity akan memberikan kadar keuntungan negatif atau lebih rendah daripada FD. Kalu nak beli saham blue chip dan amanah saham, masa ekonomi jatuh paling sesuai beli. Jika kita dah ada pelaburan, masa ekonomi jatuh ni masa paling tak sesuai jual (kita kena sabar sampai ekonomi pulih, baru dapat pulangan yang berganda).
5. Jadi bagi yang nak memulakan perniagaan, masa yang paling tak sesuai untuk membuat pelaburan dengan membina sesebuah perniagaan berbentuk barangan dan perkhidmatan mewah ialah pada masa ekonomi meleset. Kecuali perniagaan berkaitan keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan seumpamanya.
6. Saya rasa kerja yang paling selamat semasa ekonomi meleset ialah kerja kerajaan. Fasal kerajaan tidak akan memberhentikan pekerja secara besar-besaran. Pekerja swasta pula kena fikirkan fasal alternatif, gaji kurang, bonus tiada, tak ada OT, elaun dipotong dan lain-lain. Jika kesan kemelesetan tidak dikawal dengan bijak terutamanya oleh pihak kerajaan, ini akan membahayakan keselamatan pekerjaan ramai pihak.
7. Jadi kalau siapa ada banyak duit cash, masa ekonomi meleset dia paling untung sebab ramai orang nak lelong tanah, rumah, kereta dan lain-lain pada masa tersebut sebab nak bayar hutang dan mengelakkan bankrupsi. Bisnes kereta terpakai akan melambung. Mungkin kita boleh dapat kereta yang bijak-bijak dengan harga yang rendah jika kita ada cash yang banyak. Lim Goh Tong bina hotel First World masa kegawatan ekonomi, sebab dia banyak cash, tenaga kera jadi murah, barangan pun tidak pada harga premium.
8. YB Nor Mohamed mengatakan ekonomi dunia perlu kepada alternatif daripada dasar ekonomi kapitalis. Katanya lagi, Malaysia telah mengamalkan sebahagian ekonomi dan perbankan Islam ang memungkinkan ia selamat daripada kejatuhan ekonomi kapitalis. Pandangan saya, peratus perbankan Islam berbanding konvensional adalah sangat kecil tetapi ia sekali lagi membuka mata ramai pihak tentang perbankan Islam. Kita yakin jika politik Islam dipraktikkan secara lebih luas dan komprehensif, ia juga akan membuka mata ramai pihak tentang keindahan dan kesesuaian konsep politik Islam, sama seperti bidang ekonomi ini.
9. Dulu semasa krisis 1997, Bank Islam untung ketika bank konvensional lain rugi. Tapi bila ekonomi baik, bank Islam rugi pasal masalah tidak amanah dan ketidak jujuran eksekutif. Baru-baru ini, Bank rakyat pula berkata ia tidak akan terkena kesan berat kejatuhan ekonomi kerana ia menjalankan perbankan berteraskan Islam sepenuhnya.
10. Jika duit pak arab di bank eropah sempat disematkan dan dipindahkan ke Malaysia, Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang tidak diduga kerana menggantikan peranan Amerika menjaga duit pak arab. Tetapi sudahkah komuniti perniagaan Malaysia bersedia untuk menggerakkan pelaburan bernilai ratusan bilion USD itu? Maklumlah, pak arab pun nak tengok kadar keuntungan jugak! Kerajaan pula kena cepat-cepat sediakan instrumen dan prasarana untuk menerima pelaburan yang sebesar itu sebab sudah ada beberapa negara Arab yang menyatakan hasrat tersebut.
11. Jika negara Islam cepat bertindak, kemelesetan ekonomi mungkin akan terhad di Amerika dan Eropah dan negara-negara Islam akan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi luar biasa kerana perdagangan sesama negara Islam akan menjadi sangat menguntungkan kerana ada pihak ada duit dan ada pihak ada produk dan perkhidmatan yang memerlukan pasaran.

Tuesday, October 7, 2008

PEMIMPIN UMNO LEBIH 'ISLAM' DARI PAS


Aku geli hati bila baca komen Ali Rustam terhadap isu teguran Mufti Perlis terhadap apa yang dikatakan replika Anwar Ibrahim di Batu Caves. Aku sebenarnya bukanlah bersetuju sangat dengan perbuatan begitu. Tapi kalau ngkorang tengok klip video penyediaan 'replika' tu, ianya diuruskan oleh sekumpulan india penyokong PAKATAN RAKYAT. Aku kira mereka India Hindu. Kaum Hindu manalah tahu masalah aiqdah tauhid yang kita faham. Lagipun Tok Guru Nik Aziz di Kelantan pun ada masyarakat Cina yang buat patung kecil untuk sembah.

Aku teringat zaman Pas perintah Terengganu, maka muncullah hero-hero Umno 'mempertahankan' Islam lebih dari apa yang Pas buat. Orang-orang seperti Rosul Wahid menempelak Pas apabila mengekalkan replika Udang Sotong di Bandar Marang sedangkan Penyu di Kuala Terengganu dialihkan dari bulatan ladang. Adun-adun Umno juga mencabar kerajaan Pas kenapa tidak laksanakan hukum hudud, qisas yang telah diwartakan?

Sebenarnya begitulah sikap-sikap pemimpin umno. Kalau mereka memerintah, mereka pejamkan mata sahaja maksiat dan munkar yang berleluasa. Tapi kalau pembangkang memerintah, ada lah yang tak kenanya di sana sini. Kalau aku kata sikap itu sama macam orang munafik kan, orang kata aku menghukum. Baik guna istilah hipokrit....

Kepada pemimpin Umno, cermin dulu diri tu. Tengok sekeliling, apa yang ada hasil pemerintahan Umno BN? Tugu Negara masih lagi jadi kebanggaan. Bukan setakat itu, bahkan diadakan upacara 'menyembah' tugu negara setahun sekali yang dihadiri oleh Perdana Menteri kita , Pak Lah bADAWI AL hADHARI.

Buat Ali Rustam, tolong roboh dahulu patung-patung bersejarah dekat a famosa sana. patung saint paul, patung itu , patung ini......

MAJLIS ULAMA' DALAM UMNO?


ARTIKEL DI BAWAH DIPETIK DARI LAMAN WEB RASMI MUFTI PERLIS.

Umno Perlu Majlis Ulama

“Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu. Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati. Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat. Berikutnya, kembalinya parti tersebut kepada landasan yang betul dapat menyelamat umat Islam yang berada dalamnya.

Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujud sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek. Tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO. Sekaligus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh islami. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta.

Dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur. Namun hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya”.

***************************


Komen:

Aku sedikit terkejut dengan cadangan mufti perlis ni. Ia dibuat di saat orang ramai dah tahu dia nak berhenti akhir oktober ni. Kalau ambil jalan berbaik sangka, anggaplah tegurannya itu sebagai harapan kepada parti yang menerajui BN yang memerintah Malaysia. Tapi tidakkah si asri ni baca sejarah Umno di Malaysia. Tidakkah juga asri sedar bahawa dasar yang diperjuangkan itu tidak selari dengan Islam. Prinsip pun tak betul, macammana nak wujudkan majlis ulama? Lepas ni mesti wartawan berebut nak tanya pemimpin umno terutamanya Pak Lah tentang cadang tu. Tentu ada yang jawab, "kita sudah ada Biro agama dalam Umno..cukup lah tu." atau mungkin juga jawapannya, "Kita akan pertimbangkan."
Tak sedarkah asri selama ni siapa yang benarkan maksiat berleluasa dalam negara? Siapa yang canggah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kalau bukan pemimpin umno sendiri? Tak cukupkah penghinaan terhadap hukum Allah yang termaktub dalam al Qur'an?

ATAU, kalau aku fikir cara orang politik sikit, mungkin juga Asri nak 'offer' dirinya agar dapat tempat dalam Umno, terus pegang Majlis Ulama' . Tapi aku lebih cenderung pendapat pertama. Dia ikhlas menegur pemimpin. Tapi disebabkan dia tak pandai sepakterajang politik, maka kenyataan demi kenyataannya di'politik'kan secara kotor.

Aku tabik keberaniannya menegur dengan telus walaupun ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran 'politik'.

Aku kira selepas ini, beliau akan terus jadi 'pejuang sunnah' sebagaimana yang beliau percaya itulah perjuangannya, dengan acuan yang dia faham, tidak sebagaimana pendokong-pendokong perjuangan PAS di tanahair ini. Tak palah hormatilah cara masing2 beramal untuk Islam. Asal ikhlaskan niat kerana Allah semata2, tidak kerana lainnya. Kadang2 kita tidak sedar ijtihad yang kita buat itu salah. Mudah2an Allah kira Asri di kalangan orang yang layak berijtihad dan mendapat pahala sama ada dua(betul) ataupun satu(salah).

PEMUDA TERENGGANU TAK PROAKTIF

“Kenapa daie pemuda tak pergi kepada Mat Rempit dan Penagih” - wakil Perantau Kelantan


Ditulis oleh SM Noor
Tuesday, 07 October 2008

http://buletinonline.net/images/berita12/azman.jpgKuala Terengganu - Seorang wakil Perantau yang berucap dalam sesi dialog Ijtima’ Idul Fitri baru-baru ini berkata beliau tidak nampak Pemuda PAS Terengganu

melaksanakan program-program mendekati golongan ‘terpinggir’ dari kalangan remaja dan belia.

”Saya tak nak cakap pasal Petua, untuk pemuda, saya tengok dekat Kelantan ada Markaz Siswazah Kelantan (MSK), tetapi dekat Terengganu saya sendiri tak tahu, apa ada ke untuk pelajar-pelajar negeri Terengganu yang ada di luar,

”Kenapa daie (pemuda PAS Terengganu) tidak pergi kepada golongan-golongan yang kita anggap ‘tidak berguna’ seperti Mat Rempit dan penagih dadah, kenapa tak pergi,”tanya Wan Hafiz yang mewakili Perantau dari negeri Kelantan.

Beliau juga mengambil contoh tindakan negeri Kelantan menyajikan bentuk-bentuk hiburan bagi menarik golongan muda yang beliau dakwa tidak di lakukan oleh Pemuda PAS di Terengganu.

”Yang lain lagi, program-progam untuk pemuda seperti hiburan, kat Kelantan Dato’ Husam Musa dia buat, seperti contoh tengok bola piala dunia misalnya,”jelas beliau

Beliau turut menyarankan pemuda PAS Terengganu membuat perubahan sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda PAS Pusat dan berharap supaya golongan muda diberikan ruang yang luas bagi menyiapkan diri menjadi pelapis-pelapis pimpinan masa akan datang.

Mengulas saranan dan cadangan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata Pemuda Terengganu menjadi benteng barisan hadapan mempertahankan PAS dan kepimpinannya di negeri ini.

Menurutnya, tindakan agresif PemudaTerengganu mempertahankan maruah dan harta rakyat sehingga ada yang ditahan dan ditangkap polis.

“Kita (Pemuda) mempertahankan PAS. Kita menjadi benteng yang paling ke depan sekali sehingga ada pemuda kita yang ditahan dan ditangkap polis,”terang beliau

Katanya, PAS Terengganu menghadapi pelbagai karenah dan mehnah politik yang menekan terutama di sekitar tahun 2004 hingga 2008.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mendedahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu cuba menutup kelemahannya dengan menyekat saluran ceramah PAS kepada rakyat.


“Tahun 2004 hingga 2008, Terengganu tidak dibenar mengadakan ceramah secara bebas. Saluran maklumat secara demokrasi kepada rakyat cuba ditutup.
“Kita (Pemuda) berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan gas-gas pemedih mata merata-rata di tempat ceramah,” ujarnya.


Menyentuh tentang kegiatan masyarakat pemuda, Azman berkata pemuda ‘tidak pilih bulu’ dan berhubung dengan semua pihak diperingkat Bandar, kampong dan tidak ketinggalan golongan ‘Mat Rempit’

”Untuk maklumat, kami turun sehingga ke Stadium, untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terutama kepada golongan pemuda tentang masalah yang kita hadapi di Terengganu.
”bukan masalah keruntuhan moral sahaja, kami bagi risalah, antaranya tentang gejala murtad, berpuluh-puluh orang yang bercita-cita dan ada kearah nak (menjadi) murtad,
”Kita ada perjumpaan dengan mereka pada tiap-tiap bulan memberi ‘taujihat’ dan bantuan kewangan,”jelasnya.


************************************


Komen:


Barangkali wan hafiz ta perasan adanya ARC (Alternative Riding Club) yang diwujudkan dalam Dewan PEMUDA utk menarik sokongan golongan mat motor, mat rempit, di samping mengisi aktiviti berfaedah utk mereka.


Tapi aku tak nafikan memang pemuda Terengganu lembab sikit berbanding pemuda negeri lain seperti wilayah. Kalau isu nasional ke, tempatan ke, pemuda lambat bertindak. bak kata orang, "TIDAK PROAKTIF". Kenyataan Akhbar lambat keluar. Laporan polis pun lambat. kadang tu tak buat pun.... Ada beberapa isu, PKR lebih terkedepan. Kalau ada anak buah tanya, pasal apa tak buat repot polis? pasal apa tak buat kenyataan akhbar? ada aja yang dijawabnya.


BANGKITLAH OII.....

Related Posts with Thumbnails