Tuesday, April 29, 2008

SUASANA DI WISMA DARUL IMAN

Minggu lepas aku hadiri kenduri di rumah ayah de. Jumpe dgn kenalan yg kerja di Wisma Darul Iman. Aku bertanyakan khabar di Wisma Darul Iman(WDI) sekarang macam mana? Katanya suasana di WDI macam bertukar kerajaan. Katanya Lagu 'Impianku' yang menjadi kebanggaan Deris Jusoh dah tak dinyanyikan lagi. Katanya, kebiasaannya lepas nyanyi alagu Negaraku, kena nyanyi Impianku. Tapi sejak lepas PRU1 , lagu tu dah tak dimainkan lagi. Aku teringat berita dlm sinarharian beberapa hari lepas, Mad Said menyatakan bahawa lagu Impianku akan terus dinyanyikan seperti biasa. Ghamaknya dia risik2 juga apa yg rakyat dia bualkan.

PECAT PEGAWAI DERIS

Yang lebih mengejutkan aku ialah Penyelidik Kanan Menteri Besar, Encik Ikram dipecat 24 jam!!! Aik, sampai begitu sekali ngko bencikan Deris ye Mad Said? Tingkat 16 sekarang belum ada orang yang duduk di kerusi SU Politik MB walaupun khabar yang aku dengar, Wan Nizam bekas Adun Air Putih akan mengisinya. Elok la tu...Mad Said dengan Mad Nizam memang sebulu. Perangai pun ada iras2 juga.
Ikram yang aku kenal tu memang budak baik. Mana pandai berpolitik. Dia tahu buat kajian je. Itu pun Mad Said takt ke? Kesian kan lah kat dia tu. Lagipun, dia kan ada 2 bini.Nanti macamana nak tanggung anak bini ye?

SUK PUN NAK BERUBAH?

Lepas saja PRU12, antara yang dibualkan oleh Pegawai Tadbir Negeri ialah SUK bakal berubah. Dengar kata Dato' Mokhtar Nong ni geng Deris. Jadi Mad Said takmboh ada saki baki Pegawai Kanan yang sokong Deris. Nanti kang menyusohkan dia pulok.

Kemaring aku jumpa member kerja Pegawai Tadbir Negeri(TCS). Aku tanyalah dia betulke MB tak suka SUK leni. Katanya, baru2 ni ada pertemuan denga TCS dan MB menekankan bahawa takkan ada pertukaran pegawai2 tadbir negeri. Ye ke Abang Mad... Bunyi kata bulan Tujuh ni nak buat pertukaran besar2an. Persatuan Pegawai Tadbir Negeri pula buat resolusi menyokong penuh Dato' Mokhtar Nong jadi Setiausaha Kerajaan. Macam la tak kenal dengan Haji Kamil DO Setiu tu... Cakap bukan main pandai lagi. Kalau zaman Pas, minta Persatuan pecat mana2 TCS kayu mati(blacklist), hak tak buleh buat kerja. Ngampu kuat tu.. Dengan orang atas buat baik, dengan orang bawah? Tanya dia sendiri la...Jangan ada yang kena carut sudah la...mana2 TCS yang baca ni , mesti senyum....

Kalau orang tanya aku, patutkah Mokhtar Nong kena tukar? Kalau Ahmad Said mahu SUK yang profesional dengan tugasnya, maka "I STRONGLY SUGGEST YOU BETTER SACK HIM DOWN!!" Buat apa simpan SUK yang kuat ampu macam Mokhtar Nong tu. Ingat lagi aku awal2 dia jadi SUK ganti Dato Muhatar dulu. Ada member bagitau antara ucapannya di pertemua pertama dengan kakitangan WDI ialah dia boleh mengaku dia orang Umno.... Apa punye tak cerdiknya seorang SUK cakap macam tu. Kan memang dah termaktub dalam GO(General Order) bahawa Kakitangan kerajaan tak boleh buat apa2 kenyataan berbaur politik. Ini dengan bangganya beritahu dia ahli Umno. Bukan takat tu aje, bahkan mengaku dialah pengasas Kelab Umno waktu belajar luar negara dulu. Tak profesional langsung.

Lepas tu boleh dia ugut nak pecat 5 kakitangan paling tercorot di semua jabatan bawah kerajaan negeri. Betapa angkuhnya Mokhtar Nong. Memang patut kalau Mad Said tukar orang lain.

ISLAM HADHARI DAH TAK ADA?

Selepas pelantikan exco2 kerajaan negeri baru2 ni, portfolio Islam Hadhari dah dimansuhkan. Nampaknya Mad Said pun reti bahawa Islam Hadhari ni sesat. Ketika umumkan exco baru, ia ditukarkan kepada Jawatankuasa Agama dan Penerangan. Ini macam zaman Tan Sri Wan Mokhtar dulu. Waktu ada Studio 305. Agaknya kalau Roslan UKOM baca ni, mesti terkenang semasa dulu.

Itu lah sedikit sebanyak suasana di WDI skarang. Mungkin ada berita lagi nanti. Tungguuuu.........

SIAPA ARAH ROBOH KUIL?

Berita Malaysiakini pada 29 April 2008 jam 12.30 petang, menyebut bahawa Khir Toyo menuduh Samy Vellu yang arahkan beliau supaya merobohkan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, Selangor November tahun lalu.

Pada jam 3.03 petang, Samy Vellu pula menafikan beliau ada mengarahkan Khir Toyo robohkan Kuil. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Siapa yang sebenarnya mengarahkan perobohan kuil tersebut? Inilah kelebihan orang politik, apabila berlaku kekecohan atau kesalahan, mereka menafikan keterlibatan. Ini kerana arahan mereka tidak bertulis. Tiada bukti berdokumen yang boleh sabitkan mereka dengan sesuatu kesalahan.

Walaupun tindakan merobohkan kuil itu sah dari sudut undang-undang, ia tetap dipandang sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan. Imbas kembali bagaimana rakusnya kerajaan negeri Terengganu melalui Pejabat Tanah Kemaman merobohkan Masjid Bujal, ia mempunyai persamaan dengan kes kuil tersebut. Barangkali kalau ditanya kepada MB Terengganu yang baru, siapa yang merobohkan Masjid Bujal, agaknya dia akan salahkan Idris Jusoh kerana beliau Menteri Besar ketika itu. Idris Jusoh pula mungkin akan tuding jari kepada Ahmad Said kembali kerana beliau Exco dari Kemaman merangkap Ketua Umno Bahagian. Masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain.

Sebenarnya isu di sini bukan siapa arah roboh? Rakyat telah buat kesimpulan yang merobohkannya ialah Kerajaan Barisan Nasional. Walau siapapun yang mengarahkannya, mereka adalah wakil rakyat dari Barisan Nasional dan rakyat sudah meluat dengan mereka. Tudinglah jari kepada siapapun, kesimpulannya, bukan Pakatan Rakyat @Barisan Alternatif yang arahkannya.

Yang menarik, kalau benarlah Samy Vellu yang membenarkan atau mengarahkan supaya kuil itu dirobohkan, persamaannya dengan Terengganu ialah: Pemimpin-pemimpin ini mengkhianati agama dan bangsa sendiri!!
Related Posts with Thumbnails