Bila Petrol naik, rakyat jelata marah-marah. Baik Melayu, Cina mahupun India, marahkan Pak Lahj. Ada yang maki hamun. Umno dan BN pun kena marah tapi kebanyakannya marahkan Pak Lah sorang. Ini juga yang dimainkan oleh pembangkang a.k.a. Pakatan Rakyat. Tujuannya satu je iaitu nak jatuhkan Pak Lah. Andaikata Pak Lah letak jawatan (aku tak yakin dia letak), siapakah penggantinya dan apakah harga petrol akan turun? Katakanlah Najib naik jadi PM. Adakah masalah ini akan selesai? Beranikah Najib turunkan harga Petrol? Mungkin dia akan turunkan harga kepada satu angka tetapi tidak mungkin kembali kepada angka asal atas alasan kerajaan terpaksa menanggung beban yang terlalu tinggi.
Aku rasa sampai bila pun masalah tak akan selesai sekiranya kita hanya turunkan pemimpin yang kita benci tanpa jatuhkan sistem yang berjalan dalam negara. Sistem yang dimaksudkan sudah tentulah sistem ekonomi kapitalisme. Itu yang menyebabkan berlakunya penindasan demi penindasan terhadap golongan marhaen, mustad'afiin, lemah, miskin. Sistem itu juga lah yang menyebabkan yang miskin terus miskin, kaya terus kaya.
Masalah di Malaysia bukan masalah petrol naik sahaja. Ingat juga masalah gejala sosial yang meruncing. Seks bebas, dadah, jenayah kecurian, rompakan dan lain-lain. Ini semua tidak dapat diselesaikan dengan turunkan Pak Lah sahaja. Tindakan yang betul ialah turunkan Umno dan BN, kemudian naikkan Pakatan Rakyat, rangka sistem pentadbiran Islam, pengurusan kewangan dan ekonomi secara Islam, sistem keadilan Islam, sistem pendidikan Islam, segalanya berasaskan Islam, walaupun namanya tidak dinisbahkan kepada Islam. Anggaplah ia satu kaedah berhikmah dalam dakwah. Piagam Madinah di zaman nabi sallallahu alaihi wasallam pun tidak guna nama Islam tetapi isi kandungannya sudah tentu menjunjung prinsip-prinsip Islam. Kalau sudah stabil kuasa politik orang Islam dalam negara amnya, dan dalam parlimen khususnya, barulah boleh tukar kepada nama Islam. Contohnya Perlembagaan Persekutuan kepada Perlembagaan Islam Persekutuan. Memang betul nama Islam itu sendiri adalah syiar kepada agama. Tapi strategi juga penting untuk kita terus mengekalkan kuasa politik.
Anwar Ibrahim pun bukannya tak faham semua tu. Dia pun pernah bawa usrah. Pernah bergiat dalam ABIM bersama-sama Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Abu Bakar Chik.
Berbalik isu petrol naik, aku rasa suatu hari nanti kalau Pakatan Rakyat memerintah, hakikat petrol naik tetap akan berlaku kerana ia terikat dengan kenaikan harga minyak dunia. Cuma apa yang pemimpin boleh buat ialah memastikan harganya lebih murah berbanding dengan negara-negara bukan pengeluar minyak. Rasional itu aku rasa rakyat boleh terima. Biarlah harga itu sekurang-kurangnya sama dengan Arab Saudi, kalau tak boleh nak sama dengan Venezuela sekalipun (16 sen seliter!!). Dalam waktu yang sama, pemimpin jangan hidup bermewah dengan jet peribadi, istana situ, istana sini, 'function' juta-juta, perayaan tahunan peringkat kebangsaan yang menelan belanja jutaan ringgit dan sebagainya.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
7 hours ago
No comments:
Post a Comment