Saturday, June 28, 2008

KASSIM AHMAD KEMBALI!!!

Beberapa hari lepas, aku ke kedai buku. Biasanya aku akan ke bahagian 'AGAMA'. Tetapi kali ni Tuhan takdirkan aku berhenti di bahagian lain, yang memuatkan buku-buku motivasi dan autobiografi penulis.

Aku tertarik dengan satu buku baru, tajuknya "MENCARI JALAN PULANG: DARI SOSIALIS KEPADA ISLAM", karangan Kasim Ahmad yang pernah kontroversi dengan bukunya yang bertajuk "HADIS:SATU PENILAIAN SEMULA". Aku terpanggil untuk membelek helaian demi helaian, bagi mencari sesuatu yang memang aku jangkakan.

Di mukasurat 54, Kasim Ahmad menulis,

"Pada prinsipnya, ajaran Qur'an mempunyai 2 dimensi : dimensi sejarah dan dimensi universal. Nabi Muhammad melaksanakan ajaran-ajaran ini dalam sebuah masyarakat konkrit Arab dalam abad ketujuh dengan sifat-sifat sebuah masyarakat suku dengan adat resam budaya yang khusus. Jadi, sebahagian dari peraturan yang disebut dalam Qur'an (hukum potong tangan bagi pencuri, hukum sebat bagi penzina dan lain-lain yang sepertinya) mengendalikan keadaan masyarakat Arab ketika itu. Peraturan-peraturan ini tidak seharusnya dianggap mutlak dan tetap dan tidak boleh diubah-ubah, kerana tiap-tiap peraturan ini, Tuhan menetapkan prinsip-prinsipnya seperti persamaan antara lelaki dan wanita, persamaan antara manusia, dan hukuman adil dan ihsan bagi penjenayah. Dengan menggabungkan perspektif sejarah dan universal, barulah kita boleh memahami ajaran Qur'an dengan tepat. "

Tulisan beliau ini mengundang kontroversi kerana membawa maksud penolakan terhadap sesuainya hukum Allah yang telah termaktub dalam Al Qur'an. Semua ulama' sepakat bahawa ayat-ayat muhkamat seperti hukum potong tangan bagi pencuri dan sebat bagi penzina merupakan hukum yang qat'ie (tetap) dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Bahkan sesiapa yang mempertikaikannya akan membawa kepada hukum murtad!!!, wal iazubillah. Apabila beliau menyebut
Peraturan-peraturan ini tidak seharusnya dianggap mutlak dan tetap dan tidak boleh diubah-ubah, maka secara mafhum mukhalafah nya, ia membawa makna peraturan atau hukum dalam Qur'an itu boleh diubah-ubah!!! Cari lah di mana-mana kitab muktabar, maka kita akan jumpa kesepakatan atau ijmak ulama' bahawa hukum hudud dan qisas merupakan hukum yang tidak boleh dipinda-pinda lagi kerana ia sebagai lambang manifestasi Maha Adil Allah dan Maha Mengetahui serta Maha Bijaksana Allah subhanahu wa ta'ala. Apabila orang seperti Kasim Ahmad ini mempertikaikan relevensi peraturan-peraturan itu, maka ia solah-olah mendakwa lebih mengetahui dan lebih bijaksana daripada Allah azza wajalla!!!.

Tulisan-tulisan beliau sentiasa mengundang kontroversi kerana ia berkait dengan aqidah umat Islam. Buku beliau Hadis : Satu Penilaian Semula yang diwartakan HARAM oleh kerajaan memang sudah tidak boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh tanahair melainkan kedai buku tersebut memang sengaja menyembunyikannya daqri pihak berkuasa. Sepatutnya kerajaan bukan sahaja bertindak terhadap bukunya sahaja, bahkan atas batang tubuhnya juga. Orang seperti ini sepatutnya disumbat dalam ISA kerana memberi ancaman besar kepada aqidah umat Islam di Malaysia. Tetapi realitinya tidak begitu, bahkan beliau bebas menulis di mana-mana termasuk dalam Akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Buku MENCARI JALAN PULANG ini merupakan buku terbaru beliau yang dicetak pada Februari 2008. Ini bermakna kemungkinan besar pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam belum lagi menyedari kewujudannya di pasaran buku. Yang menarik juga ialah kata pengantarnya ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang masih aktif menulis dan bersuara di mana-mana.

Aku bimbang jikalau buku ini tidak diHARAMkan dan diambil tindakan perampasan oleh pihak berwajib, maka ramai lagilah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan SESAT lagi MENYESATKAN orang lain lantaran kefahaman mereka terhadap Islam yang sebenar tidak betul. Mereka akan condong kepada pemikiran ANTI HADIS Kasim Ahmad yang kononnya berpegang kepada ajaran Al Qur'an sebenar tetapi hakikatnya KAFIR kerana menolak HADIS secara total!!!

Lebih memeningkan kalau dijenguk pada mukasurat 137, Kasim Ahmad mendakwa;

"Mengikut Qur'an juga, manusia akan menhukum dirinya sendiri. Konsep hukuman Tuhan itu hanya satu metafora bagi undang-undang alamiah atau undang-undang ilahiah.Syurga dan Neraka ialah keadaan, bukan tempat, dan keadaan ini terdapat dalam kehidupan manusia kini di dunia ini. Dunia akhirat ialah dunia yang datang kemudian yang merupakan hasil usaha manusia kini."

Apa hak dan kelayakan Kasim Ahmad dari sudut kesarjanaan Ilmu Islam untuk mengkhayalkan dan menyimpulkan bahawa hukuman Tuhan itu hanya metafora(simbolik), bukannya benar-benar akan berlaku di Alam Akhirat kelak? Beliau mengangkat dirinya seolah-olah seorang Mujtahid Mutlak dalam bidang Aqidah padahal pandangan itu sudah dikira terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kesepakatan ulama' . Kita umat Islam wajib percaya bahawa Syurga Neraka adalah benar-benar wujud bahkan sudah tersedia ada sekarang ini tetapi sudah tentu bukan di dunia fana' ini!!! Beliau juga menolak pendapat bahawa Syurga Neraka merupakan tempat balasan. Beliau percaya bahawa Syurga Neraka merupakan keadaan semata-mata.

Justeru, aku minta pihak berwajib ambil tindakan segera bagi menyekat buku perosak aqidah itu dari merebak ke serata bumi Malaysia. Tak lupa juga TANGKAP KASIM AHMAD dan SUMBAT DI ISA bagi membuktikan kerajaan prihatin terhadap aqidah umat Islam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails