Sunday, June 15, 2008

KONVENSYEN BEKAS-BEKAS


Banyak bahan untuk aku bicarakan hasil dari menyertai konvensyen anjuran Mampat semalam. Salah satu info menarik yang disebut oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ialah beliau akan bertanding melawan Pak Lah dalam Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Dalam pembentangan kertas kerja beliau(walaupun tidak disediakan kertas kerja), beliau sempat berseloroh bahawa konvensyen hari itu dihadiri oleh 'bekas-bekas' pemegang jawatan. Ada bekas exco kanan kerajaan negeri Terengganu seperti Dato' Hj Mustafa Ali. Ada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas. Beliau sendiri sebagai Bekas Pengerusi Petronas. Tapi katanya lagi, yang hadir ni bekas-bekas yang berguna...

Sepanjang aku berada dalam majlis tersebut, terperasan juga ada 'bekas'-bekas' yang lain. Antaranya, 'moderator' forum sebelah petang adalah Tuan Haji Suhaimi Husin, merupakan bekas CEO Epic Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Aku juga ternampak kelibat Encik Suhaimi Embong, bekas CEO TOP IT Sdn Bhd, juga anak syarikat kerajaan negeri. Ada juga insan-insan kecil di dunia politik tetapi tetap merupakan bekas-bekas. Rupa-rupanya, Pengerusi Majlis sepanjang program sehari itu berjalan juga merupakan bekas juga, iaitu bekas Pegawai Tadbir Negeri yang pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu zaman Pas. Aku kenal kerana pernah berurusan dengan beliau ketika beliau bertugas sebagai ADO di Pejabat Tanah Kemaman. Kalau tak silap namanya Wan Faizul Wan Abas. Barangkali ramai lagi 'bekas-bekas' yang aku tidak perasan dan tidak kenal yang hadir pada hari itu. Mungkin juga termasuk bekas-bekas wakil rakyat, bekas-bekas tok imam dan bilal.

Nampaknya 'bekas-bekas' mempunyai satu kecenderungan yang sama iaitu mahukan royalti kembali ke Terengganu. Aku rasa semua bekas-bekas ini pun bersetuju kalau bersatu dalam isu nak jatuhkan Pak Lah. Kalau Tengku Razaleigh Hamzah baca, tentu dia suka...Apa tidaknya, lepas selesai di Terengganu, beliau ke Mentakab Pahang untuk satu majlis lain dan beliau sempat bertemu dengan BEKAS SETIAUSAHA UMNO iaitu Tan Sri Sabaruddin Chik. Aku rasa tujuannya nak melobi lah tu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails