Sunday, June 15, 2008

MAMPAT MAHU 20% ROYALTI MINYAK

Perbincangan resolusi Konvensyen Royalti Petroleum Terengganu anjuran MAMPAT semalam (14 Jun) sangat menarik kerana mendapat partisipasi yang agak ramai di kalangan peserta, bahkan ahli panel forum juga memberikan pandangan dari sudut undang-undang dan penggunaan perkataan-perkataan yang sesuai.

Aku kira yang paling menarik ialah ada di kalangan peserta yang mencadangkan agar tuntutan 10% dinaikkan kepada 20%. Ada yang setuju dan ada yang tidak. undian yang dibuat menunjukkan peserta yang bersetuju untuk mendesak kerajaan pusat beri 20% hasil royalti minyak melebihi 1 undi sahaja daripada yang mahu kekal dengan tuntutan 10%.

Kalau Pak Lah tahu, mesti menggerutu dalam hatinya, "Aku bagi betis, mahu peha pula." Masalahnya sekarang betis dan peha itu pun memang bukan hak Pak Lah atau Kerajaan Pusat.

Berita petang semalam menyebutkan bahawa Pak Lah setuju bagi balik royalti minyak tapi dengan syarat-syarat yang akan dikaji semula. 'Point' itu yang tidak sedap didengar. Apabila nak bagi, kena ada syarat pula. Semalam, waktu kawan aku sms isu ni, dia juga maklumkan bahawa beri bersyarat. Jadi, aku respon secara berseloroh bahawa SYARAT PALING BESAR IALAH TERUS SOKONG UMNO BN. Kalau tidak, royalti ditarik balik...

No comments:

Related Posts with Thumbnails