Demo PROTES pada 6 Julai ini dijangka akan jadi Konsert nyanyian. Pagi ini ada sms berbunyi, " BOIKOT DEMO PROTES. " Semalam pula, aku terima sms, sila lawati blog "Ust Nasarudin Tontowi".
Belum pun aku 'surf' blog ust nasarudin pagi ni, tiba2 masuk sms baru suruh boikot demo Protes. Apa dah jadi? Orang Pas boikot program yang orang Pas 'lead'. Takkan sesama mereka tak bincang?
Setelah aku teliti isi kandungan isu dalam blog ustaz Nasarudin, barulah aku faham... Rupa-rupanya demonstrasi yang dijangka akan dihadiri 1 juta rakyat Malaysia ni, akan dihidangkan dengan konsert hiburan, nyanyian!!! Aik, apa dah jadi? Baru je selesai isu Mas Idayu dan Ella di Selangor, timbul isu baru pula. Kalau macam ni, macam Pakatan Rakyat mahu bina kerajaan pusat yang stabil?
Ngkorang tengok sendirilah poster promosinya. Aku sendiri pun tak berapa kenal dengan kumpulan muzik yang akan persembahkan lagu-lagu 'protes' mereka malam itu. Tapi lepas cari dalam internet, oooo...patutlah ustaz Nasa tontowi marah sangat. Dengan rambut yang panjang, lagu reggae, terpengaruh dengan bob marley, sudah tentu Ustaz Nasa dan rakan-rakan seperjuangan dalam Pas tak sanggup angguk kepala di Padang Timur depan Amcorp Mall. Agaknya macam mana respon ustaz Nasa kalau kumpulan nasyid semata-mata yang menghiburkan orang ramai hari tu? Dalam tulisannya, aku kira pembaca jelas bahawa Ustaz Nasa menegaskan bahawa orang ramai yang datang nanti mahu berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak naik, bukannya mahu berkonsert, walaupun tidak dinafikan ia mungkin mampu menjadi daya tarikan kepada orang muda yang memang saban hari dihidangkan dengan hiburan lagu-lagu di corong-corong radio.
Aku rasa Ustaz Nasa patut seimbangkan antara idealisme perjuangannya dengan realiti masyarakat yang ada. Mana-mana perkara yang boleh ditolakansurkan di zaman terlalu 'terbuka' ini, selagimana tidak melanggar prinsip asas atau usul, selagimana perkara itu ada khilaf ulama' muktabar, maka 'go on' ajalah. Aku sebenarnya tengah dengar lagu
Republic of Brickfields. Rupa-rupanya lagu-lagunya ada juga menyentuh isu-isu masyarakat. Cuma penampilan mereka itu yang tak munasabah dengan pemuda-pemuda Pas. Rambut mereka panjang seakan-akan puak-puak death metal, black metal. Rupa-rupanya bukan pun....
Kumpulan
Carburetor Dung pula merupakan kumpulan Punk Rock yang lahir tahun 1991. Kalau kita tengok sejarah punk rock, maka kita akan faham bahawa kelahiran mereka berpunca dari kezaliman pemerintah terhadap rakyat. Ini jelas kerana lirik-lirik lagu mereka adalah anti kerajaan dan politik zalim. Satu lagi kumpulan punk rock yang akan buat persembahan ialah
DUM DUM TAK & THE PIPS.Kalau kita cari titik persamaan, maka aku simpulkan bahawa mereka bencikan kerajaan kerana kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan.
Kalau dengan DAP yang ulama' Umno kata Kafir Harbi itupun Pas boleh bertahalluf siyasi, maka apa salahnya atas dasar persamaan menentang kerajaan yang zalim, mereka berganding bahu untuk menggembleng tenaga rakyat untuk berhimpun dengan cara itu? Bukannya sepanjang program kita berkonsert. Ada ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagaimana tertera di Poster. Kalau harapkan Pas, mampukah pemudanya tarik beratus ribu muda mudi yang sebelum ini tidak kenal soal sepak terajang politik tanahair untuk hadir demo 1 juta itu?
Kalau tanya aku sekali lagi, maka aku kata lebih baik kerah muda mudi pergi konsert Protes daripada pergi Konsert Artis wanita yang dedahkan aurat di Karnival Terengganu Pantai Batu Buruk, ataupun Konsert Mas Idayu @ Ella(kalaulah betul-betul jadi tempoh hari).
No comments:
Post a Comment