Sunday, June 15, 2008

HIDUP SEMAKIN SUSAH

Semasa dalam perjalanan ke pejabat, aku teringin sangat nak makan nasi dagang. Sudah lama rasanya tak menjamah nasi dagang. Lepas pesan, aku mula intai harga baru. Tertulis di satu sudut, NASI DAGANG RM3.00. Oo...dah naik 50 sen. dulu 2.50; hatiku berbicara. minuman pula aku minta Radix kosong. harganya lepas aku bayar, 1.50.maknanya radix belum naik lagi. ada tempat dah naikkan 20 sen, jadi 1.70 sen. Kalau di Kemaman, waktu aku bertugas di sana tahun 2004-2005, Radix rata2 berharga RM2. Sekarang agaknya dah jadi 2.50 kot.

Dulu kalau bawa RM 3, aku dah boleh makan pagi. Tapi sekarang rasanya paling kurang kena ada RM5 dalam poket, baru sedap sikit. Itulah antara kesan kenaikan harga minyak.

Kalau dulu kos bulanan minyak kereta aku sekitar RM250 hingga RM300, sekarang sudah jadi RM500!! Bayangkan orang macam aku yang ada 3 orang anak 1 bini (surirumah), pendapatan bulanan sekitar RM 1500 sebulan. Mana nak bayar sewa rumah=RM250; air api telefon RM200; minyak kereta RM500, ansuran kereta RM600 dan barang dapur RM300. Jumlah semua RM1850. Maknanya setiap bulan, aku defisit RM 350!!!Mana aku nak cekup duit sebanyak tu? Itupun, RM1500 tu sudah ambil kira kerja luar setiap malam. Pak Lah, Pak Lah....Ngko tak pernah fikir ke semua ni? Itu lah padahnya kalau kita pilih pemimpin yang tak pernah rasa susah.

Aku ada kenalan di kalangan orang yang susah dan senang, kaya dan miskin. Beza antara mereka ialah yang miskin lebih memahami kita daripada yang kaya. Terutamanya yang pernah miskin dan sekarang hidup agak senang. Mereka mudah menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan berbanding yang kaya tak pernah miskin, mereka susah sikit nak memahami keperitan hidup si miskin, walaupun kenalan rapat. pertolongan mereka tidak sama dengan pertolongan yang pernah miskin kerana yang pernah miskin membantu dengan penghayatan hati. Inilah yang dikatakan empati, bukannya simpati.

No comments:

Related Posts with Thumbnails