Saturday, June 21, 2008

APA RANCANGAN BN?

Kuasa pemerintahan BN sekarang seolah-olah 'TELUR DI HUJUNG TANDUK'. Anwar Ibrahim menggambarkan kerajaan pusat akan bertukar tangan menjelang SEPTEMBER 2008 ini. Usaha-usaha untuk memujuk ahli parlimen dari BN lompat ke PR semakin rancak. Dikatakan hampir setiap hari pimpinan-pimpinan PR bermesyuarat untuk kemaskini bilangan dan cara untuk memastikan pertukaran kerajaan pusat bertukar tangan.

Namun begitu, kita mesti ingat bahawa BN tidak akan berdiam diri. Mereka juga sudah pasti ada perancangan tersendiri untuk mempertahankan kerajaan yang sudah sekian lama dipertahankan. Kepentingan-kepentingan yang mereka ada dalam kerajaan menyebabkan mereka tidak akan mudah menyerahkan kuasa begitu sahaja. Lalu apakah rancangan mereka untuk mengekalkan STATUS QUO yang ada?

Penganalisis politik meramalkan pelbagai kaedah yang mungkin BN rancangkan. Yang sudah diketahui oleh umum sekarang ialah usaha Pak Lah dan pimpinan BN untuk memujuk anggota yang disyaki akan melompat agar terus bersama BN. Isu terbaru ialah Parti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee yang mengisytiharkan akan kemukakan UNDI TAK PERCAYA terhadap Perdana Menteri sempena Sidang Parlimen esok(23 Jun 2008). Dijangkakan 2 orang lagi ahli parlimen dari BN (termasuk seorang dari UMNO!!) akan menyertai UNDI TAK PERCAYA yang akan dikemukakan esok hari. Ini amat membimbangkan BN khususnya Pak Lah yang merasakan ajal politiknya semakin mendekati. Pak Lah dalam usaha merayu Datuk Yong Teck Lee, telah menawarkan jawatan senator dan satu jawatan berkait ekonomi di rantau Asean, tetapi malangnya ditolak mentah-mentah oleh Yong.

Justeru, bagaimana cara lain untuk BN terus kekal sebagai pemerintah? Antara kebarangkalian lain ialah:

1.BUBAR PARLIMEN DAN ADAKAN PILIHANRAYA UMUM KE 13.

Cara ini mungkin berlaku tetapi Pak Lah terpaksa berhadapan dengan YDPA iaitu Sultan Mizan yang memang tak suka padanya kerana cari pasal ketika pelantikan Menteri Besar Terengganu. Untk bubarkan parlimen, Pak Lah terpaksa mengadap YDPA untuk dapatkan tandatangan. Tapi kalau bubar parlimen , maknanya kena buat pilihanraya umum semula. Bolehkah PRU dibuat dalam keadaan tidak cukup 4 tahun? Tentu ada peruntukan dalam perlembagaan persekutuan. Yang ni aku tak dapat nak komen sebab bukan bidang aku sehinggalah aku semak 'federal constitution'.

2.ISYTIHAR DARURAT

Ini juga mungkin berlaku. Dalam sejarah politik Malaysia, Kerajaan pernah isytiharkan darurat pada tahun 1969 atas alasan pergeseran antara kaum ketika itu apabila Cina menguasai kota utama di Malaysia selepas Pilihanraya. Kerajaan berjaya mengawal keadaan dengan isytihar darurat itu. Ada juga pendapat mengatakan Kerajaan akan cari sebab untuk isytihar darurat dan sebab terdekat ialah perhimpunan 'HARAM' membantah kenaikan harga minyak di KLCC pada 6 julai ni. Mungkin Pak Lah akan rancangkan sesuatu yang besar pada hari tersebut. Mungkin akan berlaku kekecohan hingga menyebabkan kematian. Mungkin juga SB akan menyamar sebagai peserta PROTES yang membawa senjata api lalu menembak salah seorang anggota keselamatan atau FRU. Kebarangkalian itu mungkin akan berlaku, dan kerajaan akan buat alasan untuk isytihar darurat kerana rusuhan besar telah berlaku. Jadi, kepada sesiapa yang hendak pergi tu, hati-hati lah. lebih baik tak bawa anak kecil, orang tua uzur, wanita-wanita mengandung dan seumpamanya, Jangan pula kebarangkalian ini menyebabkan kalian lemah semangat untuk pergi.

3.PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?

Pilihan ini agak baik untuk Melayu Islam. Ada suara-suara entah dari mana mengatakan memang ada pertemuan antara pimpinan Pas dan Umno. Tapi apabila ditanya kepada pimpinan, Mereka menafikannya. Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan Pusat telah buat kenyataan bahawa tiada pemimpin Pas yang bertemu Pemimpin Umno untuk tujuan itu. Kita tidak nafian bahawa bertemu secara spontan atau tidak rasmi atau secara peribadi, bukan atas nama parti itu mungkin berlaku. Lalu, sudah tentu ada juga perbincangan secara tidak rasmi untuk menyelesaikan kemelut politik tanahair ini. Pas pernah lalui detik diperdayakan oleh Umno BN dalam sejarah politik tanahair. Sudah tentu Pas tidak mahu 'DIPATUK OLEH ULAR DARI LUBANG YANG SAMA SEBANYAK 2 KALI.' Tapi kalau melihat kepada komposisi ahli parlimen berdasarkan kaum, maka boleh disimpulkan bahawa kerajaan campuran yang menggabungkan antara PKR(Cina, India dan Melayu), DAP(Majoriti Cina), dan Pas(majoriti Melayu) merupakan suatu kerajaan yang tidak stabil. Kerajaan bagaimana yang hendak dibentuk? Apa halatujunya? Pas sudah tentu tetap dengan penubuhan sebuah Negara Islam walaupun sudah agak berlembut dengan rakan2 PR nya dengan istilah NEGARA BERKEBAJIKAN. DAP sudah tentu mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia juga. Lihat kemelut yang berlaku di Perak.

Apa akan jadi kalau Ahli parlimen Cina lebih ramai daripada Melayu? Kalau mereka ingin mengemukakan satu-satu pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan keistimewaan orang Melayu. Bagaimana Pas mahu mengatasinya?

Apakah kalau Pas bergabung dengan Umno boleh menyelesaikan masalah komposisi kuasa politik yang tidak stabil itu?

fikir-fikirkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails