Saturday, December 27, 2008
EJEN PEMBANGKANG ATAU PROTES AJK BN?
BACAAN SIKAP PENGUNDI KUALA TERENGGANU
Sila teliti bacaan sikap pengundi di bawah:
(BACAAN SIKAP PENGUNDI P.036 KUALA TERENGGANU)
1. Pengenalan dan Matlamat
1.1 Gerakan ini adalah untuk mengenali sikap dan sokongan para pengundi di P.036 Parlimen Kuala Terengganu untuk disetiap Peti Undi.
1.2 Gerakan bacaan sikap ini akan dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif
1.3 Bacaan sikap ini adalah untuk membantu jentera parti didalam menentukan hala-tuju dan gerakan kempen secara betul.
1.4 Bacan sikap ini adalah untuk mencari dan mengenali pengundi penyokong BN untuk seramai 38,500 orang daripada 80,229 orang pengundi
2. Keratiria Petugas
Petugas diperlukan di dalam gerakan ini adalah diantara sepuluh (10) atau tiga belas (13) orang bagi setiap sessi yang akan diadakan. Petugas untuk menjalankan gerakan ini juga mestilah terdiri dari penduduk tempatan disetiap cawangan UMNO di P.036 Parlimen Kuala Terengganu.
Petugas untuk mengenali para pengundi adalah dicadangkan mereka itu terdiri daripada;
2.1 Ketua Cawangan dan ahli jawatankuasa – 4 sayap;
2.2 Kumpulan K5;
2.3 Guru KEMAS;
2.4 Guru KAFA;
2.5 JKKK;
2.6 Ketua Kampung; dan
2.7 Pengerak masyarakat, contoh; Rukun Tetangga, wakil pertubuhan belia (dikenali penyokong BN).
3. Tanggungjawab Mengenali & Mengambil Petugas
Pengerusi K5 DUN & Peti Undi dan Ketua Cawangan mestilah mengenal pasti para petugas yang betul dan sesuai, boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP yang akan dijalankan. Petugas yang akan membuat BACAAN SIKAP mestilah dari kalangan yang dicadangkan pada fasa (2), dan jika terdapat lain-lain yang boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP adalah dialu-alukan.
4. Urusetia Bacaan Sikap
4.1 Pengerusi : Pengarah Bilik Gerakan
4.2 Timbalan Pengerusi : Pengerusi K5 Parlimen
4.3 Ahli Jawatankuasa : Pengerusi K5 DUN (4 DUN)
4.4 Ahli Jawatankuasa : 2 orang dari JASA
4.5 Ahli Jawatankuasa : 2 orang IT UMNO Negeri
5. Peralatan Sokongan.
Peralatan sokongan diperlukan;
5.1 38 unit PC atau Laptop
5.2 38 unit alat pencetak laser (laser printer) dan toner
5.3 100 rims kertas
6. Maklumat Sokongan
Maklumat sokongan akan disediakan oleh petugas IT daripada Bilik Gerakan Pilihanraya P.036 Parlimen Kuala Terengganu.
6.1 Sessi Pertama Bacaan Sikap (18/12/2008 hingga 25/12/2008)
Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI yang lengkapi dengan alamat tetap (permanent address) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
6.2 Sessi Pertama Bacaan Sikap (28/12/2008 hingga 05/01/2009)
Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI dilengkapi dengan alamat semasa dan tetap (current and permanent address) yang disediakan UMNO Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan & lain-lain agensi dan maklumat isi-rumah.
7. Lain-lain Hal
Bacaan sikap ini juga adalah perlu dilakukan keatas pengundi kaum Cina dan India, JASA atau Jabatan Penerangan memiliki kakitangan atau pegawai dari kaum Cina dan India. Dicadangkan disini, kakitangan atau pegawai dari Kaum Cina dan
Disediakan oleh:
Koordinator SMART Analysis System
15hb Disember 2008
Tuesday, December 23, 2008
HANYA ALLAH DAN PRESIDEN SAHAJA YANG TAHU
Itulah indahnya sistem politik dalam Islam. Semua orang boleh beri pandangan, dan ia boleh diambilkira, lalu dibincang, kemudian dibuat keputusan di peringkat syura ulama'.
Sunday, December 21, 2008
CALON PRK 036:ANTARA REALITI DAN IDEALISME PERJUANGAN
Berbalik kepada calon Pas, maka antara empat nama di atas, penulis rasa Arifin Deraman lah yang patut jadi calon kerana beliau banyak memenuhi ciri-ciri yang disebutkan.
Anda bagaimana??
Saturday, December 20, 2008
WAN FARID PULAK!

Sunday, December 14, 2008
TEKA TEKI CALON BN BELUM SELESAI
Seorang lagi yang mungkin jadi calon ialah Zubir Embong(bukan Dato' Zubir Embong Ketua Penerangan), seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Malaysia. Beliau tidak disukai ramai guru di Terengganu kerana sikap politiknya yang terlalu menonjol. Kata seorang guru yang penulis kenali, "kalau dia naik jadi calon, orang pas goyang kaki tak apa. Orang tak suka dia." Penulis tak berapa setuju dengan kawan penulis tu sebab bukan semua yang tahu perangainya. Itu hanya di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah barangkali. Imejnya boleh di'project'kan. Cuma kalau nak banding antara dia dengan Datuk Razali, maka jawabnya jauh panggang dari api. Macam langit dan bumi. Yang sama hanya partinya. Selepas kematian Datuk Razali, orang ramai bercakap fasal kebaikannya. Disenangi oleh kakitangan awam di institusi pendidikan. Waktu tidak terlibat dalam politik dulu, beliau antara orang yang sangat berdisiplin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas. Pernah diceritakan orang bahawa beliau selalu datang ke pejabat seawal 6.30 pagi!!! Lepas selesai solat subuh je, terus ke pejabat. Zubir Embong yg tidak Dato' ni, ntah macamana lah nanti...
Kita tunggu dan lihat apa jawapan teka teki ini...
WAN FARID BUKAN CALON BN

Kita tunggu dan lihat lagi dan lagi....
SATU LAGI BALON (BAKAL CALON)BEBAS-6 PENJURU?

Saturday, December 13, 2008
PETUA MENANG PILIHANRAYA DARI NAJIB

Semalam Najib datang bawa 408juta untuk Mat Said. Punyalah lebar senyuman Mat Said, hingga mencecah telinga. Dijulangnya tinggi-tinggi replika cek. Maklumlah orang tak pernah terima royalti sebanyak tu. Tapi tidakkah dia sedar bahawa yang sepatutnya layak diterima berganda-ganda lebih dari itu? Sepatut dapat 5 bilion lebih, tapi dgula-gulakan dengan tambahan 408juta. Dekat pilihanraya pulak tu! Rakyat Terengganu macam tak faham pulak...Biasalah tu setiap kali pilihanraya dekat, macam-macam la bawa itu dan ini. Kekadang sekadar janji kosong sahaja.
Berbalik kepada tajuk, antara isi kandungan ucapan Najib semalam, beliau memberi petua untuk menang pilihanraya. Katanya, "Kalau nak menang pilihanraya, kena MESRA RAKYAT dan MERENDAH DIRI selalu. Tak payah teori dari Cambridge, tak payah teori dari Oxford. "
Penulis rasa kena setuju dengan Najib kali ini. Yang menariknya, sangat dalam maknanya apabila Najib sebut 'tak payah teori dari Cambridge dan Oxford'. Waktu Najib sebut, penulis terus teringatkan Idris yang memang kuat 'mengaji' kata orang Terengganu. Pernah pergi Oxford dan Cambridge. Belajar teori itu dan teori ini.Lalu apabila memerintah Terengganu, beliau memperkenalkan istilah itu dan ini. Terakhir sebelum beliau di'guling'kan, teori 'Blue Ocean Strategy' sempat dibawa masuk ke Wisma Darul Iman. Itulah strategi yang digunapakai oleh Umno waktu pilihanraya umum ke 12. Kalau terjemah, ia jadi'Strategi Lautan Biru'. Tentu pembaca ingat tentang lautan biru, kan? Ternyata Najib memang tidak sukakan Idris sebagaimana dalam diam beliau tak sukakan Pak Lah. Memang patut pun, sebab Idris kamcing dengan Pak Lah. Segala permintaan Idris, Pak Lah turuti. Sehinggalah permintaan terakhir dari Idris ialah memberi perhatian yang penuh terhadap Terengganu dalam PRU12, menyebabkan Pak Lah hilang 4 negeri lain. Ini kesilapan terbesar Pak Lah yang menyebabkan pimpinan lain menyalahkannya.
Mat Said pula memang patut menarik nafas lega kerana 2 perkara. Pertama kerana dapat 408 juta walaupun jauh nilainya berbanding 5 bilion lebih. Kedua kerana pemerintahan beliau sudah diberi pengiktirafan oleh Bakal Perdana Menteri (entah jadi ke tidak) untuk menguruskan sendiri wang royalti petroleum.
Friday, December 12, 2008
HAZLAN SUDAH MULAKAN GERAKERJA PRK
Walaupun Ketua Pemuda Pas telah beri gambaran bahawa calon Pas merupakan lulusan PhD, ia tetap masih samar. Lebih samar daripada Umno BN. Walaupun Sinar hari ini melaporkan bahawa ada 5 nama yang dicalonkan oleh Umno Kuala Terengganu, Umum seolah-olah telah sepakat bahawa calon 'favourite' ialah Wan Farid.
Apa-apa pun, 6 Januari masih jauh. Pelancaran gerakerja PRK untuk PAS telah bermula. Hari semakin hari, kehangatan PRK semakin terasa. Kuala Terengganu akan 'jammed' dengan petugas-petugas dan penyokong-penyokong kedua-dua belah parti.
Kita tunggu lagi dan lihat...
Thursday, December 11, 2008
RM400 JUTA TAMBAHAN UTK TERENGGANU
Nasib ngko la Mat Said Kerah keng....
Wednesday, December 10, 2008
MAT SAID BELUM TERIMA SENARAI CALON
Komen penulis, ini menunjukkan bahawa Mat Said memang tak berkenan dengan Wan Farid. Masakan Mat Said sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri tidak tahu keputusan bahagian dengan cepat. Apa dalam pemikiran Mat Said untuk selesaikan masalah ini. Penulis berpendapat Mat Said hanya 'pasrah' dengan keputusan yang dibuat kerana kalau beliau buat kerah keng lagi, sudah tentu akan mendapat tentangan dari BN Pusat. Ramai juga yang berpendapat bahawa calon mungkin orang lain.
Mungkinkah BN Negeri buat keputusan lain dari yang lain? Mungkinkah BN negeri akan cadangkan calon di luar kotak Jawatankuasa Umno yang ada? Ini pernah berlaku di peringkat pusat di mana rakyat tidak menyangka suatu ketika dahulu orang sebaik Ustaz Pirdaus Ismail dan Dr Masyitah Ibrahim boleh masuk politik dan bertanding atas tiket Umno. 'Figure' mana yang sesuai agaknya diletakkan di K.Terengganu kalau betul Umno mahu lain dari yang lain? Penulis terlintas seorang tokoh agama yang tajuk asing lagi. Memang sudah ter'SOHOR' seantero Malaysia iaitu Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Beliau memang anak jati Kuala Terengganu. Kalau yang ini lah jadi calon BN, boleh tahan sengit juga pertarungan kali ini. Mungkin ia mampu menarik undi Melayu atas pagar. Tapi itu cuma imaginasi penulis aja. Belum ada orang Umno yang bercakap. Orang Pas kata Ustaz Wan Sohor ni 'orang kita'. Penulis sudah di'inform' oleh sahabat penulis yang jadi pensyarah UIAM bahawa Ustaz Wan Sohor dah masuk Umno. Dah banyak juga program Umno yang beliau terima jemputan.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat lagi...
SAH WAN FARID CALON BN

Pagi tadi mesyuarat Barisan Nasional Terengganu berjalan. Agenda utamanya nak pilih siapa yang akan bertanding di P 036 Parlimen Kuala Terengganu. Penulis tak sangka seorang kawan lama hantar sms berbunyi, " Sah Wan Farid bertanding. Mesy BN putus pg td" Penulis memang dah agak pun. Rasanya semua orang dari Pas dan Umno memang dah agak Dato' Farid akan bertanding. Kelebihannya banyak. Beliau lah Ketua Bahagian, beliau juga bekas Setiausaha Politik Pak Lah. Hubungan baik beliau dengan Pak Lah pun tak dinafikan. Tapi sudah tentu ada masalah dengan klik-klik lain. Dengar kata Mat Kerak memang pujuk si Hazlan tokey futsal supaya bertanding tiket bebas untuk jatuhkan Wan Farid. Itulah politik Umno. Bukan di sini sahaja. Di mana-mana pun, baik di peringkat tinggi mahu pun akar umbi, fenomena 'peteh keting' merupakan perkara biasa.
Bagi Pas pula, calonnya masih dirahsiakan walaupun Pas Terengganu telah beri gambaran bahawa calon yang di'endorse'kan kepada Pas Pusat merupakan seorang Prof. Punyalah susah nak dapat info ni, kecek punya kecek, calon yang dimaksudkan ialah Prof Dr "..tut..", anak tempatan berasal dari Kampung "..tut..". Ayahnya dikenali sebagai "..tut..". Dengar cerita beliau asalnya tak mahu bertanding sebab terikat dengan projek kerajaan. Projek apa pun penulis tak tahu tapi kata sumber penulis, juta-juta nilainya. Maaflah penulis belum bersedia untuk dedahkan siapa calon. Tunggu jelah masanya. Bukan apa, penulis hormati sahabat penulis yang jadi sumber maklumat tu. Katanya pimpinan belum benarkan isytihar lagi pilihan negeri. Mungkin ada yang sudah tahu. Tak pelah...
Mungkin Pas pilih calon kali ini kerana kelayakan akademik yang tinggi. Penulis rasa bertanding pilihanraya ni bukan soal akademik semata-mata. Soal penerimaan masyarakat setempat pun kena ambil kira. Orang Pas dan orang Umno memang sudah pasti memangkah calon mereka walau siapapun. Tinggal yang nak ditarik undinya ialah golongan atas pagar. Tidak ada parti mana-mana. Cina yang 10% itu umumnya terbahagi kepada 3 kelompok. Yang menganggotai MCA sudah pasti pangkah BN. Ahli DAP akan pangkah calon Pas kalau ada restu Lim Kit Siang dan pimpinan DAP Pusat(memang sudah diumumkan komitmen mereka). Yang atas pagar di kalangan mereka akan melihat apa untung rugi mereka pangkah calon Pas atau Umno. Begitu juga dengan pengundi atas pagar melayu dan lain-lain. Cuma sentimen bangsa sangat kuat di kalangan Melayu. Sudah tentu mereka tidak akan pangkah calon bukan melayu (tak timbul dalam pilihanraya kali ini).
Hubungan calon dengan masyarakat sangat penting agar mereka terpikat untuk mengundi calon tersebut. Dato' Wan Farid sudah dikenali oleh masyarakat. Yang tinggal ialah sama ada beliau turun ke padang atau tidak sahaja. Yang digambarkan dalam akhbar semenjak dua menjak, beliau memang giat turun bertemu dengan masyarakat. Ini merupakan suatu kelebihan bagi beliau.
Pas perlu bekerja keras untuk memperkenalkan calon baru mereka. Ini tidak mustahil dilakukan. Ambil contoh Dato' Tengku Hasan yang memenangi dun Ladang. Beliau sangat-sangat efektif dalam hal memenangi hati rakyat. Beliau sangat mesra rakyat dan banyak membantu rakyat, walaupun beliau baru menceburi bidang politik ini. Sebelum ini beliau dikenali sebagai Bekas Pegawai Kerajaan Negeri. Pegawai Tinggi Kerajaan merupakan golongan elit dalam masyarakat tetapi Tengku Hasan mampu memecah tembok ke'elit'an itu dengan mudah dan cepat. Sikapnya yang mudah tersenyum, bertegur sapa dan suka menolong itulah jadi 'senjata ampuh'nya untuk meraih undi. Soalnya, adakah ciri-ciri itu pada Prof Dr "..tut.."?
Kelebihan yang ada pada Pas sekarang ialah banyak isu berpihak kepada Pakatan Rakyat. 'Mood' rakyat tengah baik untuk berpihak kepada Pembangkang. Tetapi skala 'mood' itulah yang kita tidak tahu. Siapa yang mampu mengukurnya?
Penulis tinggalkan soalan di atas buat pembaca...
Wednesday, December 3, 2008
PRK P 36 KUALA TERENGGANU PERTARUNGAN 5 PENJURU?
Akim pula yang muncul di PRK Permatang Pauh, menyatakan hasrat untuk bertanding lagi, walaupun hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh. Kata wakil parti itu, mereka yakin akan dapat sokongan rakyat Kuala Terengganu, termasuklah ahli jamaah Tabligh. Penulis pun tak tahu pulak bila masa Maulana Tabligh buat fatwa boleh mengundi ni..Yang pasti, calon Akim pun ditaja Umno. Kalau sesiapa yang sempat memerhati poster dan bendera parti bertanding di Permatang Pauh baru-baru ini, pasti perasan bahawa poster dan bendera BN tak jauh dari poster dan bendera Akim. Ini seolah-olah menunjukkan orang yang sama memasang poster terbabit.
Bagi Pas pula, Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu membuat kenyataan kepada Malaysiakini bahawa partinya akan mencalonkan 'Rumi Tempatan'. Siapa dia Rumi Tempatan ni? Rumi merujuk kepada golongan bukan Ustaz atau ulama'. Manakala Tempatan pula bermakna Pas Terengganu ingin memilih calon tempatan, bukan calon luar seperti Mat Sabu sebagaimana PRU12 lalu. Tapi persoalannya, Mat Sabu beria-ia benar untuk bertanding di Kuala Terengganu. Nik Aziz menyatakan pendapatnya untuk memilih Mat Sabu sebagai calon terbaik. Tetapi Menteri Besar Kelantan itu menegaskan ia hanay pendapat peribadinya sahaja. Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat pas pusat. Akhbar SinarHarian dan Utusan Melayu hari ini dengan jelas tajuknya " Mohamad Sabu calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu." Tak habis-habis kerjanya nak melagakan ahli-ahli Pas.
Apa-apa pun, masa masih panjang, esok(jumaat) SPR akan bermesyuarat dan tarikh akan diumumkan menjelang malam esok mungkin. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.........
Tuesday, December 2, 2008
MAT SABU NAK BERTANDING PILIHANRAYA KECIL P 36?
Berdesing telinga rasanya. Beberapa hari ni, di mana-mana sahaja penulis singgah, mesti ada yang bertanyakan siapakah calon Pas? Penulis ada juga acah nama Mat Sabu. Tapi diorang ni terus menunjukkan reaksi negatif. Baik di surau, tempat kenduri kawin, 'shopping complex', kedai kopi, pejabat, dan lain-lain tempat, semuanya bercakap tentang calon P 36, dan rata-rata yang menyokong pembangkang tolak nama Mat Sabu ke tepi.
"Tak boleh calon orang luar". Orang atas pagar tak suka",kata mereka.
"Tapi Cina suka,"Penulis cuba provok lagi.
"Cina berapa persen sangat. Pengaruh ke keputusan kalau Cina tak sokong? Kalau Cina 2000, pengundi pulok 80 ribu lebih, tu baru 2.5 %."Tambah kawan penulis lagi. Penulis hanya angguk kepala je sebab tak pasti betul ke perkiraannya tu.
Tiba-tiba penulis teringat dalam berita TV3 (suku)kelmarin juga, Timbalan Presiden Pas , Ustaz Nasharudin Mat Isa sebut bahawa keputusan siapa calon Pas akan diputuskan pada 21 Disember. Lambat lagi tu. Tiada nama atau gambaran calon bagaimana akan diputuskan. Mungkin berita itu melegakan sesetengah pihak dalam pembangkang yang tidak mahu perkara yang sama berulang di Kuala Terengganu iaitu kehadiran calon luar. Boleh dikatakan sentimen ini sangat kuat walaupun itu bukannya satu-satunya faktor kekalahan P36 pada PRU12 yang lalu. Cuma penulis bimbang akan ada lobi melobi di kalangan pimpinan tertinggi untuk mengangkat nama Abang Mat kembali. Tapi pimpinan Pas pusat takkan sebegitu 'tak cerdik' sehinggakan mahu mengulangi kesilapan yang sama walaupun sudah terang lagi bersuluh.
Apa-apa pun, kita tunggu perkembangannya sebagaimana kita tunggu juga perkembangan berita banjir saban hari. Kuala Terengganu bakal di'banjiri' orang luar datang berkempen di Kuala Terengganu. Penulis rasa Mat Said MB kerah keng patut bersyukur (bahkan patut sujud syukur) kerana Pilihanraya Kecil ini akan melonjakkan statistik kedatangan pelancong ke dalam negeri serta menambah makmurkan ekonomi negeri sesuai dengan tahun melawat Terengganu 2008.
Sunday, November 30, 2008
SIAPA CALON P 36?
"DATO' RAZALI MP KT MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI DI GENTING. AL FATIHAH."Begitulah bunyi sms yang penulis terima di hari perginya seorang Timbalan Menteri. Waktu tu penulis berada di surau sedang mendengar kuliah maghrib. Lepas isyak, penulis baca semula sms tadi. Ingatkan Dato' Razali Kasim Yang Di Pertua MPKT. Rupa-rupanya Ahli Parlimen Kuala Terengganu , Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Penulis yang silap faham asalnya kerana sms menyebut DATO' RAZALI MP KT. Apabila ditilik semula, ternyata MP KT dijauhkan , yang bermakna Memberof Parliament, bukannya Majlis Perbandaran Kuala Terengganu! Lagipun, Kuala Terengganu dah jadi Majlis BANDARAYA Kuala Terengganu=MBKT.
Mula2nya , penulis kira berita ini akan jadi hangat di kalangan orang politik, sehangat berita artis bercerai, kena tangkap khalwat memandangkan dato' razali seorang muslim, tiba2 mati di genting, di mana terletaknya pusat judi terbesar Malaysia bahkan Asia Tenggara. Selepas diselidik, rupa-rupanya beliau meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki ketika bermain badminton. Beliau yang berusia 59 tahun, memenangi kerusi Kuala Terengganu baru2 ini, pernah dikejutkan ketika kempen PRU dengan gambar beliau sedang menuang arak dalam satu majlis. Penulis mendengar dari kengkawan umno mengatakan Dato' Razali menangis kerana difitnah sebegitu rupa. Mudah2an beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan baik dan diampunkan dosa2nya.
SIAPA CALON UMNO?
Rakyat Terengganu akan melihat satu pertembungan yang hebat dalam Pilihanraya Kecil P 36 Kuala Terengganu kali ini walaupun tidak sehebat Permatang Pauh. Lobi melobi untuk menentukan calon BN juga akan berlaku dengan hebatnya kerana Perang antara 'team' Mat Said dan Derih masih lagi berlangsung. Antara nama2 calon yang disebut oleh aktivis politik Terengganu ialah Dato' Wan Farid, Zubir Embong, Roslan Awang Chik, Nordiana Shafie, Che Mat Jusoh dan Sabri Alwi. Tapi yang paling menonjol ialah Dato' Wan Farid sendiri kerana secara tradisinya, Ketua Bahagian lah yang akan bertanding Parlimen. Lagipun, beliau merupakan calon pilihan Pak Lah. Cuma yang kontranya ialah beliau team Derih, bukannya Mat Said. Sudah tentu Mat Said tak senang duduk...
Manakala calon pilihan Mat Said pula mungkin Zubir Embong. Tapi lumrah mentaliti manusia tak suka orang yang terlalu lama, sebagaimana orang pas sendiri tak suka orang tua2 bertanding. orang mahu tengok muka baru. Zubir Embong orang Tan Sri Wan Mokhtar, zaman bila? Zaman Bujang Lapok nu....
Roslan Awang Chik? Ini bukan calon favourite. Ni pun orang lama juga. Tapi tetap bersama dengan Mat Said. Sangat benci dengan team deris, pasal banyak sekat projek mengalir ke dia. Nordiana Shafie ada potensi kerana baru2 ni telah bertanding tapi atas tiket Dun Batu Burok. Beliau masih berminat kerana penulis pernah terserempak beliau ziarah mangsa kebakaran di tapak rumah yang terbakar selepas pilihanraya. Maknanya kerja2 menarik hati pengundi terus berjalan walaupun kalah kepada Dr Syed Azman dalam PRU 12 lalu. Che Mat Jusoh pun mungkin terliur juga kerusi parlimen. Sudah la dikerat oleh Deris dalam PRU 12. Kalah pula dalam pemilihan Umno baru2 ni. Teruk dikerjakan Sabri Alwi...Tapi rekod dah tercalar. Orang kampung tak suka. Gelaran 'Che Mat Jusoh' Senapang masih terngiang2 di kepala orang kampung.
Sabri Alwi? Hok ni tak payah cerita lah. Tak dok kelas. Dari dulu lagi. Siapa yang berkenan? Kekuatan dia hanya pitih je. Walaupun menang lawan Che Mat Jusoh dalam pemilihan Umno baru2 ni, dia tetap tidak popular. Pendidikan rendah. Tak terkenal sebagai pemimpin rakyat.
Maka, angin kuat berkata Dato' Wan Farid lah calon terlayak buat BN.
CALON PAKATAN RAKYAT?
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kerusi Parlimen P 36 akan diserahkan kepada PAS berdasarkan kepada kenyataan Azmin Ali. Sebelum ini, PKR Terengganu melalui Timbalannya Razali Alias desak PKR Pusat buat keputusan untuk meletakkan calon PKR untuk Parlimen Kuala Terengganu. Nawar Ibrahim dalam satu majlis telah menegaskan bahawa ia terpulang kepada Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat. Dan sekiranya Pakatan Rakyat memutuskan untuk meletakkan calon PAS, maka semua anggota komponen Pakatan Rakyat akan memberi komitmen sepenuhnya untuk memenangkan calon tersebut.
Persoalannya sekarang, siapakah calon PAS yang akan bertanding? Ramai kengkawan penulis yang tanya, tapi penulis hanya menyebut senarainya sahaja tanpa memuktamadkan keputusan. Antara yang mungkin naik ialah Pesuruhjaya sendiri, Mustafa Ali, Dato' Wan Mutalib, Mohamad Sabu?, Dr Syed Azman, dan beberapa calon muda seperti Azman Syafawi, Ahmad Kamal Ali, Wan Sukairi dan Arifin Deraman. Ada rakan berseloroh bahawa yang nak lawan Dato' Wan Farid mestilah keturunan Wan juga. Maka tinggallah Wan Mutallib dan Wan Sukairi(Setiausaha Pemuda Negeri). Tapi mampukah Wan Sukairi nak hadap Wan Farid yang ada 'title' Dato dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh? Kata rakan penulis, tinggal lah AYOH WAN(Dato' Wan Mutallib) yang ada 'title' Dato', sudah establish, punyai pengalaman yang tak dapat dipertikai, dan kedudukan kewangan yang tinggi. Cuma yang sesetengah penyokong pas tak suka ialah beliau sudah tua. dianggap 'expired'. Tak kurang yang inginkan muka2 baru iaitu pemuda. "Kalau begitu, Ariffin Deraman pun layak. Dia banyak pengalaman gerakerja pilihanraya." Kata penulis, cuba untuk 'provok' rakan yang dari tadi bersungguh2 berbicara. Jawab rakan penulis lagi, " Abang Pin(Arifin Deraman) kalu nok jadi calon jugok, kena tambah Wan depan nama dia, baru layak. Biar jadi Wan Ariffin!" Penulis rasa jawapan merupakan sindiran yang penuh bermakna. Mungkin juga ia suatu tanda bahawa ada hasrat untuk meneruskan legasi Dato' Wan Mutallib Embong.
Tak kurang juga orang Pas mahukan Abang Mat Sabu kembali ke Kuala Terengganu. Umum sudah mengetahui bahawa beliau tidak disenangi oleh orang Umno dan Atas pagar. Dalam PRU12 yang lepas, tinjauan yang dibuat mendapati bahawa beliau ditolak oleh orang atas pagar dan Umno walaupun mereka undi calon Pas untuk kerusi DUN. Maka kesilapan ini tidak patut diulangi dengan memilih Mat Sabu untuk bertanding lagi. Memang benar suara Mat Sabu amat diperlukan dalam Parlimen. Tapi bagaimana mahu meletakkan Mat Sabu dalam Parlimen kalau peluang menangnya 50 / 50 sahaja?
Tuesday, November 25, 2008
PEGAWAI KERAJAAN TERENGGANU AJK UMNO ?
Amboi, amboi, amboi....Kalau begini lah cara Umno Be End memerintah Terengganu, jawabnya kerajaan negeri jadi hok anok beranok la....Senang skit nok bahagi harta kekayaan negeri Terengganu. Bukan setakat itu sahaja, bahkan keterlibatan kakitangan kerajaan dalam Jawatankuasa Umno sebenarnya hingga ke semua peringkat. Umno Cawangan pun ada. Ada sahabat penulis yang pernah bertugas di Besut beritahu bahawa ramai di kalangan kakitangan pejabat daerah dan tanah besut merupakan ahli jawatankuasa umno cawangan. ada di antaranya bertugas sebagai pemandu, kerani, tukang sapu, ketua kerani, pegawai petempatan(SO), dan banyak lagi. Ini lah yang buat kerajaan jadi punoh ranoh, tak tentu aroh.
Kakitangan-kakitangan dan pegawai yang dicop 'hijau atau biru muda' akan diambil tindakan sama ada dipetisejukkan atau dihantar jauh dari kampung halaman. Yang tinggal di Besut, hantar ke Kemaman. Begitulah sebaliknya. Yang diberhentikan pun tak kurang juga. Alasan boleh direka....Amalan ini menjadi-jadi sejak Si Derih Penderhaka jadi MB. Tak tau lah sejauh mana ia diteruskan di zaman Mad Said 'kerah keng'. Dengor cerita, bukan setakat orang hijau dan biru muda sahaja yang diambil tindakan, bahkan sama-sama dia pun kena juga sebab tak sebulu dengan Mad Said 'kerah keng'. Maklumlah MB pilihan Sultan la katakan.....
Thursday, October 30, 2008
Wala' : Akhlak Jamaah Islam
Firman Allah Taala :
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
AKHLAK JEMAAH ISLAM
1- WALA’ KEPADA ALLAH.
Tanda wala’ kepada Allah ialah beribadat kepada Allah dan taat setia dengan kitabnya.
2- WALA’ KEPADA RASULULLAH.
Tanda wala’ kepada Rasulullah ialah taat setia dengan sunnah dan dakwah Rasulullah.
3- WALA’ KEPADA JEMAAH ISLAM.
Wala’ kepada jemaah Islam bererti menolak segala taat setia kepada golongan kuffar dan munafiqiin. Wala’ kepada jemaah Islam bererti menolak segala wala’ kepada jemaah yang bukan Islam. Tanda wala’ kepada jemaah Islam bererti mentaati jemaah Islam.
Jemaah Islam terbentuk dengan gabungan taat setia dan kesediaan anggota mukmin untuk memberikan wala’ sesama mereka sebagaimana firman Allah :
'Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Ustaz Said Hawwa menyebut : Parti rabbani yang mulia ini akan menyelesaikan semua kemusykilan dan pemasalahannya dengan syura antara anggotanya yang terdidik dengan akhlak berjemaah . Firman Allah Taala :
Maksudnya : “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; “
Dasar jemaah Islam atau parti Islam mesti berasaskan al-Quraan dan sunnah Rasulullah S.A.W. Parti Islam mesti terdiri daripada pimpinan dan pengikut-pengikutnya. Tanda wala’ kepada jemaah Islam ialah taat kepada pimpinan. Ustaz Said Hawwa menyebut : “dan kita mesti mentaati kepimpinan mereka pada aspek politik dan keilmuan dan khususnya khalifah muslimin, jika ada kerana Allah menjadikan taat kepada pimpinan dalam perkara makruf adalah fardhu.”.
Oleh itu, tiada wala’ dan taat kepada pimpinan dalam perkara makruf adalah dosa dan maksiat. Memang taat dan wala’ kepada pimpinan adalah terikat selama mana tidak diperintah dalam perkara maksiat. Maksiat adalah perkara yang menyanggahi dan menyalahi syara’.
Pasti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan harakah Islamiyyah yang bertanggungjawab melangsungkan perjuangan Islam yang syumul yang merangkumi politik, ekonomi, dakwah, pendidikan dan seluruhnya. PAS didasari dengan kaedah yang sangat indah dan kukuh.
1- Rujukannya ialah al-Quran, Hadis Nabi, Ijma’ dan Qias.
2- Majlis Syura Ulama’ bagi melaksanakan ruh syura dalam Islam dan kepimpinan Ulama.
3- Kepimpinan tertinggi PAS yang diketuai oleh Presiden PAS.
Oleh itu, isu muzakarah atau muqabalah sudah jelas diterangkan oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Sepatutnya persoalan ini tidak dipertikai dan dicanggahi oleh sesiapapun. Isu muzakarah atau muqabalah telah diperjelaskan berdasarkan beberapa hujjah :
1- Kesediaan untuk bermuzakarah atau muqabalah berdasarkan Al-Quraan dan sirah Rasulullah S.A.W.
2- Kesediaan bermuzakarah atau muqabalah berdasarkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS.
3- Kesediaan bermuzakarah atau muqabalah bagi menunaikan hak-hak dakwah, politik dan tarbiyah. Politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam.
Perjelasan Presiden sudah cukup untuk menjadikan seluruh pimpinan dan anggota PAS berada pada landasan wehdatul fikri dan wehdatul amal. Memang Islam membenarkan kekhilafan dalam berfikir dan bebas dalam menyatakan pandangan dan pendapat. Tetapi Islam mengajar kita berakhlak dalam berjemaah. Pertembungan antara kepintaran pendapat peribadi dengan pendapat pimpinan membuahkan satu perselisihan dan kekhilafan yang mesti diselesaikan. Kekhilafan boleh diselesaikan dengan sifat taat yang ada dalam diri setiap anggota jemaah. Taat bermakna mematuhi satu-satu perkara atau perintah. Lawannya ialah derhaka. Kedegilan untuk mempertahankan pendapat peribadi dan tidak bersedia untuk mentaati keputusan syura dan pimpinan adalah dosa dan derhaka. Dosa ini berlaku kerana menyanggahi perintah Al-Quraan dan hadis-hadis Nabi S.A.W.
1- Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Perhatian :
Allah menyuruh kita mentaati pemimpin – sila baca tafsir al-Qurtubii.
2- Firman Allah :
1. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu Berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyadari.
3. Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka Itulah orang-orang yang Telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.
4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar(mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.
5. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka Sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Perhatian :
Sila baca tafsir at-Tibyan, tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Monday, October 20, 2008
MAKSIAT BERLELUASA DI TERENGGANU

Ini antara berita yang memaparkan gejala maksiat di Terengganu Darul Iman yang dibangga-banggakan oleh rakyat Terengganu. Banyak lagi kes seumpama ini berlaku tanpa ada sekatan dan usaha bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa untuk membasminya. Pasangan di atas merupakan antara beberapa pasangan yang ditangkap oleh pencegah maksiat di Pantai Teluk Gadong, Dungun. Mereka dipercayai siswa-siswi yang sedang menuntut di UiTM Dungun.
Setelah soaljawab, ada di antara mereka yang mengaku merakamkan adegan 'panas' mereka menggunakan kamera telefon bimbit. Salah seorang pelajar lelaki yang ditangkap merayu agar dilepaskan kerana takut diketahui oleh pihak universiti yang sudah pasti akan bertindak buang pelajar tersebut dari pengajian.
Di bawah ini contoh inisiatif orang kampung yang tidak tahan dengan aksi remaja bermaksiat di sekitar pantai Kuala Ibai.
Monday, October 13, 2008
Meramal Kesan Daripada Isu Sub Prima Amerika
1. Masalah ini dibahaskan oleh ramai pengkaji sebagai kemelesetan yang sangat hebat sejak daripada the great recession 1930. Pihak kerajaan daripada pelbagai negara selain Amerika pun telah mengambil pelbagai langkah segera bagi mencegah kemelesatan tersebut merebak, mengecilkan impak, memendekkan jangka masa ketidak-tentuan melampau dalam ekonomi pasaran dan sebagainya.
2. Masalah ini bukan masalah kecil, walaupun setiap hari kerajaan mengatakan Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kuat, tidak bergantung kepada Amerika. Hakikatnya Amerika adalah individual trading partner terbesar Malaysia. Kalau rakyat Amerika dah kena buang kerja, tak ada duit lebih... Macam mana nak beli barangan yang kita eksport. Mata KLCI dah mengecil begitu cepat daripada 1300 mata kepada 900 mata.
3. Dalam kemelesetan ekonomi beberapa sektor akan terjejas terutamanya yang melibatkan barangan mewah. Antaranya automotif, pelancongan & perhotelan, perkilangan dan hartanah.
4. Dalam keadaan ekonomi meleset, bank akan meningkatkan kadar faedah untuk menggalakkan orang ramai menyimpan dan pelaburan dalam equity akan memberikan kadar keuntungan negatif atau lebih rendah daripada FD. Kalu nak beli saham blue chip dan amanah saham, masa ekonomi jatuh paling sesuai beli. Jika kita dah ada pelaburan, masa ekonomi jatuh ni masa paling tak sesuai jual (kita kena sabar sampai ekonomi pulih, baru dapat pulangan yang berganda).
5. Jadi bagi yang nak memulakan perniagaan, masa yang paling tak sesuai untuk membuat pelaburan dengan membina sesebuah perniagaan berbentuk barangan dan perkhidmatan mewah ialah pada masa ekonomi meleset. Kecuali perniagaan berkaitan keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan seumpamanya.
6. Saya rasa kerja yang paling selamat semasa ekonomi meleset ialah kerja kerajaan. Fasal kerajaan tidak akan memberhentikan pekerja secara besar-besaran. Pekerja swasta pula kena fikirkan fasal alternatif, gaji kurang, bonus tiada, tak ada OT, elaun dipotong dan lain-lain. Jika kesan kemelesetan tidak dikawal dengan bijak terutamanya oleh pihak kerajaan, ini akan membahayakan keselamatan pekerjaan ramai pihak.
7. Jadi kalau siapa ada banyak duit cash, masa ekonomi meleset dia paling untung sebab ramai orang nak lelong tanah, rumah, kereta dan lain-lain pada masa tersebut sebab nak bayar hutang dan mengelakkan bankrupsi. Bisnes kereta terpakai akan melambung. Mungkin kita boleh dapat kereta yang bijak-bijak dengan harga yang rendah jika kita ada cash yang banyak. Lim Goh Tong bina hotel First World masa kegawatan ekonomi, sebab dia banyak cash, tenaga kera jadi murah, barangan pun tidak pada harga premium.
8. YB Nor Mohamed mengatakan ekonomi dunia perlu kepada alternatif daripada dasar ekonomi kapitalis. Katanya lagi, Malaysia telah mengamalkan sebahagian ekonomi dan perbankan Islam ang memungkinkan ia selamat daripada kejatuhan ekonomi kapitalis. Pandangan saya, peratus perbankan Islam berbanding konvensional adalah sangat kecil tetapi ia sekali lagi membuka mata ramai pihak tentang perbankan Islam. Kita yakin jika politik Islam dipraktikkan secara lebih luas dan komprehensif, ia juga akan membuka mata ramai pihak tentang keindahan dan kesesuaian konsep politik Islam, sama seperti bidang ekonomi ini.
9. Dulu semasa krisis 1997, Bank Islam untung ketika bank konvensional lain rugi. Tapi bila ekonomi baik, bank Islam rugi pasal masalah tidak amanah dan ketidak jujuran eksekutif. Baru-baru ini, Bank rakyat pula berkata ia tidak akan terkena kesan berat kejatuhan ekonomi kerana ia menjalankan perbankan berteraskan Islam sepenuhnya.
10. Jika duit pak arab di bank eropah sempat disematkan dan dipindahkan ke Malaysia, Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang tidak diduga kerana menggantikan peranan Amerika menjaga duit pak arab. Tetapi sudahkah komuniti perniagaan Malaysia bersedia untuk menggerakkan pelaburan bernilai ratusan bilion USD itu? Maklumlah, pak arab pun nak tengok kadar keuntungan jugak! Kerajaan pula kena cepat-cepat sediakan instrumen dan prasarana untuk menerima pelaburan yang sebesar itu sebab sudah ada beberapa negara Arab yang menyatakan hasrat tersebut.
11. Jika negara Islam cepat bertindak, kemelesetan ekonomi mungkin akan terhad di Amerika dan Eropah dan negara-negara Islam akan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi luar biasa kerana perdagangan sesama negara Islam akan menjadi sangat menguntungkan kerana ada pihak ada duit dan ada pihak ada produk dan perkhidmatan yang memerlukan pasaran.
Tuesday, October 7, 2008
PEMIMPIN UMNO LEBIH 'ISLAM' DARI PAS

Aku geli hati bila baca komen Ali Rustam terhadap isu teguran Mufti Perlis terhadap apa yang dikatakan replika Anwar Ibrahim di Batu Caves. Aku sebenarnya bukanlah bersetuju sangat dengan perbuatan begitu. Tapi kalau ngkorang tengok klip video penyediaan 'replika' tu, ianya diuruskan oleh sekumpulan india penyokong PAKATAN RAKYAT. Aku kira mereka India Hindu. Kaum Hindu manalah tahu masalah aiqdah tauhid yang kita faham. Lagipun Tok Guru Nik Aziz di Kelantan pun ada masyarakat Cina yang buat patung kecil untuk sembah.
Aku teringat zaman Pas perintah Terengganu, maka muncullah hero-hero Umno 'mempertahankan' Islam lebih dari apa yang Pas buat. Orang-orang seperti Rosul Wahid menempelak Pas apabila mengekalkan replika Udang Sotong di Bandar Marang sedangkan Penyu di Kuala Terengganu dialihkan dari bulatan ladang. Adun-adun Umno juga mencabar kerajaan Pas kenapa tidak laksanakan hukum hudud, qisas yang telah diwartakan?
Sebenarnya begitulah sikap-sikap pemimpin umno. Kalau mereka memerintah, mereka pejamkan mata sahaja maksiat dan munkar yang berleluasa. Tapi kalau pembangkang memerintah, ada lah yang tak kenanya di sana sini. Kalau aku kata sikap itu sama macam orang munafik kan, orang kata aku menghukum. Baik guna istilah hipokrit....

Kepada pemimpin Umno, cermin dulu diri tu. Tengok sekeliling, apa yang ada hasil pemerintahan Umno BN? Tugu Negara masih lagi jadi kebanggaan. Bukan setakat i

Buat Ali Rustam, tolong roboh dahulu patung-patung bersejarah dekat a famosa sana. patung saint paul, patung itu , patung ini......
MAJLIS ULAMA' DALAM UMNO?

ARTIKEL DI BAWAH DIPETIK DARI LAMAN WEB RASMI MUFTI PERLIS.
Umno Perlu Majlis Ulama
Disiarkan pada Oct 07, 2008 dalam kategori Komen & Pendapat | Tiada Komen“Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu. Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati. Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat. Berikutnya, kembalinya parti tersebut kepada landasan yang betul dapat menyelamat umat Islam yang berada dalamnya.
Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujud sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek. Tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO. Sekaligus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh islami. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta.
Dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur. Namun hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya”.
***************************
Komen:
Aku sedikit terkejut dengan cadangan mufti perlis ni. Ia dibuat di saat orang ramai dah tahu dia nak berhenti akhir oktober ni. Kalau ambil jalan berbaik sangka, anggaplah tegurannya itu sebagai harapan kepada parti yang menerajui BN yang memerintah Malaysia. Tapi tidakkah si asri ni baca sejarah Umno di Malaysia. Tidakkah juga asri sedar bahawa dasar yang diperjuangkan itu tidak selari dengan Islam. Prinsip pun tak betul, macammana nak wujudkan majlis ulama? Lepas ni mesti wartawan berebut nak tanya pemimpin umno terutamanya Pak Lah tentang cadang tu. Tentu ada yang jawab, "kita sudah ada Biro agama dalam Umno..cukup lah tu." atau mungkin juga jawapannya, "Kita akan pertimbangkan."
Tak sedarkah asri selama ni siapa yang benarkan maksiat berleluasa dalam negara? Siapa yang canggah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kalau bukan pemimpin umno sendiri? Tak cukupkah penghinaan terhadap hukum Allah yang termaktub dalam al Qur'an?ATAU, kalau aku fikir cara orang politik sikit, mungkin juga Asri nak 'offer' dirinya agar dapat tempat dalam Umno, terus pegang Majlis Ulama' . Tapi aku lebih cenderung pendapat pertama. Dia ikhlas menegur pemimpin. Tapi disebabkan dia tak pandai sepakterajang politik, maka kenyataan demi kenyataannya di'politik'kan secara kotor.
Aku tabik keberaniannya menegur dengan telus walaupun ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran 'politik'.
Aku kira selepas ini, beliau akan terus jadi 'pejuang sunnah' sebagaimana yang beliau percaya itulah perjuangannya, dengan acuan yang dia faham, tidak sebagaimana pendokong-pendokong perjuangan PAS di tanahair ini. Tak palah hormatilah cara masing2 beramal untuk Islam. Asal ikhlaskan niat kerana Allah semata2, tidak kerana lainnya. Kadang2 kita tidak sedar ijtihad yang kita buat itu salah. Mudah2an Allah kira Asri di kalangan orang yang layak berijtihad dan mendapat pahala sama ada dua(betul) ataupun satu(salah).
PEMUDA TERENGGANU TAK PROAKTIF
“Kenapa daie pemuda tak pergi kepada Mat Rempit dan Penagih” - wakil Perantau Kelantan |
|
|
|
Ditulis oleh SM Noor | |
Tuesday, 07 October 2008 | |
melaksanakan program-program mendekati golongan ‘terpinggir’ dari kalangan remaja dan belia.
Mengulas saranan dan cadangan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata Pemuda Terengganu menjadi benteng barisan hadapan mempertahankan PAS dan kepimpinannya di negeri ini.
Menurutnya, tindakan agresif PemudaTerengganu mempertahankan maruah dan harta rakyat sehingga ada yang ditahan dan ditangkap polis.
“Kita (Pemuda) mempertahankan PAS. Kita menjadi benteng yang paling ke depan sekali sehingga ada pemuda kita yang ditahan dan ditangkap polis,”terang beliau
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mendedahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu
************************************
Komen:
Barangkali wan hafiz ta perasan adanya ARC (Alternative Riding Club) yang diwujudkan dalam Dewan PEMUDA utk menarik sokongan golongan mat motor, mat rempit, di samping mengisi aktiviti berfaedah utk mereka.
Tapi aku tak nafikan memang pemuda Terengganu lembab sikit berbanding pemuda negeri lain seperti wilayah. Kalau isu nasional ke, tempatan ke, pemuda lambat bertindak. bak kata orang, "TIDAK PROAKTIF". Kenyataan Akhbar lambat keluar. Laporan polis pun lambat. kadang tu tak buat pun.... Ada beberapa isu, PKR lebih terkedepan. Kalau ada anak buah tanya, pasal apa tak buat repot polis? pasal apa tak buat kenyataan akhbar? ada aja yang dijawabnya.
BANGKITLAH OII.....
|
Tuesday, September 23, 2008
POLITIK DI BULAN RAMADHAN
Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, seharusnya kita rebut untuk dapat ganjaran pahala berlipatkaliganda dengan buat amalan2 sunat yang pelbagai. Dari membaca l Qur'an, sedekah, zikir, solat sunat, hinggalah aktiviti2 kemasyarakatan. Tapi yang berlaku dalam dunia politik ialah sama sahaja baik di bulan lain mahupun dalam Ramadhan. Betapa banyak pembohongan demi pembohongan dibuat, kemudian didedahkan. Bayangkan kalau dihimpun pembohongan2 itu, betapa banyak dosa kita sudah lakukan. Bukan setakat orang yang buat pembohongan/fitnah sahaja yang berdosa, bahkan orang yang mendengar, membaca berita fitnah dan mempercayainya pun satu dosa juga. Dosa bulan puasa ni berkali ganda besar tau. Macam kalau buat baik, berkali ganda dapat pahala...
Dalam bulan puasa ni, bukan sahaja bohong betul kena tinggal, bahkan bohong sunat, harus pun digalakkan tinggal.
Jom kita habiskan baki2 hari terakhir Ramadhan 1429 ni dengan lebih banyak amalan dibuat. Tinggal sekejap Pak Syeikh Anwar, Pak Lah dan lain2 isu politik. Tapi yang memang kerja dia berpolitik, maka teruskan berpolitik dengan meninggalkan tipuhelah politik yang HARUS sekalipun. sama ada buat kenyataan sejujurnya, ataupun tak payah buat kenyataan langsung lagi baik. Kata Nabi yang maksudnya, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, Katakanlah yang baik2, atau DIAM sahaja. "
WASSALAAAAM...
Thursday, September 18, 2008
MANA ROYALTI MINYAK ?
Apa ceritanya kali ini? Menurut SInarHarian, mereka berempat yang terdiri dari Penasihat(Husin Ismail), Pengerusi(Fauzi Abu Samah), Timbalan (Tengku Ahmad Tengku Husin) dan Exconya (Salmi Ibrahim).
Semalam diorang buat kenyataan akhbar berkenaan tujuan menghadap YDPA, iaitu untuk menyerahkan Resolusi Kovensyen Royalti Petroleum beberapa bulan yang lepas. Pada hari konvensyen di mana dihadiri juga oleh Tun Salleh Abbas(bekas hakim negara), TanSri Tengku Razaleigh Hamzah(Bekas Pengerusi Petronas), dan beberapa ahli akademik, Perdana Menteri PaK Lah membuat pengumuman pengembalian wang royalti kepada kerajaan Terengganu. Hasrat Mampat untuk menyerahkan resolusi konvensyen ditangguhkan akibat pengumuman PM tersebut.
Tetapi kali ini mampat muncul lagi kerana ada ura2 mengatakan royalti minyak tidak akan dapat sebagaimana dijanjikan pada september ini. Hari ini sudah 18 september. Kata nak bagi awal september. Pak Lah memang tak boleh dipercayai. Samalah macam berita hari ini. Kata nak buat peralihan kuasa pada 2010. tup, tup, nak percepatkan pula. dah la tu, siap tukar kementerian dengan najib lagi. Dia ambil Pertahanan, najib ambil kewangan. Kononnya nak 'test' prestasi najib sebelum peralihan dibuat. banyak cantik muka ngko .........
Dengar kabornya wang royalti sebenarnya sudah habis licin dikikis. siap negatif lagi! Patutlah tak dapat. Padan muka ngko Mad Said. Dalam mukasurat yang sama, Ahmad Said buat kenyataan, "ORANG LAIN JANGAN NAK TUNJUK HERO". Banyak la ngko punya hero. Sebab ngko tak pandai jadi hero la, mampat muncul jadi hero rakyat Terengganu. Harapkan ngko, hampeh! Bak kata pepatah, "Harapkan pagar, pagar dah nak runtuh.."
Tuesday, September 16, 2008
ANWAR AKAN BERTEMU PAK LAH
Ternyata selepas lebih dari setengah jam disoal wartawan, DSAI tidak berani mendedahkan nama2 MP yang bakal lompat atas alasan agar BN tidak ambil tindakan awal terhadap mereka untuk menggagalkan usaha tukar kerajaan. Jangankan nama MP, bilangan MP pun beliau tak berani isytihar. Cuma jawabnya "cukup untuk menubuhkan kerajaan baru".
Kata DSAI, surat telah dihantar semalam kepada Pak Lah untuk buat pertemuan bagi membincangkan peralihan kerajaan dalam keadaan aman, dan tiada huru hara. Setiap wakil dari Parti komponen Pakatan Rakyat dilantik untuk bertemu dengan Pak Lah. Aku semakin nampak betulnya pandangan Cikgu Pa dalam hal ini. Dari sudut teknikalnya, hampir mustahil hari ini kerajaan bertukar kerana kabinet tidak bersidang. Bermakna tiada undi tidak percaya boleh berlaku hari ini.
Pak Lah sekarang semakin tersepit. Tiada sokongan dari pemimpin Umno dan BN. Najib sentiasa 'play safe'. Muhyiddin telah buat kenyataan yang tak disangka Pak Lah iaitu minta Pak Lah pertimbangkan untuk percepatkan pelan peralihan kuasa. Najib hanya jawab serahkan kepada akar umbi(nak minta pak lah letak jawatan segera la tu). Rakyat semakin marah kerana ISA digunakan untuk menangkap orang politik seperti Teresa Kok. Zaid Ibrahim sudah letak jawatan kerana tidak bersetuju ISA digunakan terhadap rakyat yang bukan pengganas mengancam keselamatan negara. Syed Hamid Albar pula punyalah tak cerdik buat alasan nak jaga keselamatan nyawa wartawan sin chew jit poh apabila polis menahan beliau di bawah ISA. Tak masuk akal langsung. Koh Tsu Koon mengatakan bahawa beliau hubungi Pak Lah untuk merayu agar wartawan tersebut dibebaskan segera. Pada aku, ia lebih dari 'merayu'. Mungkin juga Gerakan mengugut untuk keluar BN kalau Pak Lah masih berdegil.
Tapi adakah tindakan menggunakan ISA itu tindakan Pak Lah? Aku rasa Pak Lah disabotaj dalam keadaan beliau mengumumkan hendak melaksanakan reformasi undang2 dalam negara. Bagaimana mungkin seorang PM yang sedang memulihkan imejnya mahu merosakkan rancangan pemulihan imejnya dengan menggunakan ISA? Kesilapan dan kelemahan Pak Lah ialah beliau tidak mampu nak menguasai tindakan kementerian yang sebegitu penting(KDN) untuk memulihkan populariti BN. Jadi, tindakan menggunakan ISA mungkin tindakan Syed Hamid Albar tanpa restu Pak Lah, ataupun ianya konspirasi antara Najib dan Syed Hamid sendiri.