Tuesday, September 16, 2008

ANWAR AKAN BERTEMU PAK LAH

Hari ni aku sengaja tunggu PC DSAI untuk isytiharkan siapa yang akan lompat dan bila akan bertukar kerajaan walaupun aku sendiri tak yakin nama2 mp akan didedahkan, dan juga tak yakin kerajaan akan bertukar hari ini.

Ternyata selepas lebih dari setengah jam disoal wartawan, DSAI tidak berani mendedahkan nama2 MP yang bakal lompat atas alasan agar BN tidak ambil tindakan awal terhadap mereka untuk menggagalkan usaha tukar kerajaan. Jangankan nama MP, bilangan MP pun beliau tak berani isytihar. Cuma jawabnya "cukup untuk menubuhkan kerajaan baru".

Kata DSAI, surat telah dihantar semalam kepada Pak Lah untuk buat pertemuan bagi membincangkan peralihan kerajaan dalam keadaan aman, dan tiada huru hara. Setiap wakil dari Parti komponen Pakatan Rakyat dilantik untuk bertemu dengan Pak Lah. Aku semakin nampak betulnya pandangan Cikgu Pa dalam hal ini. Dari sudut teknikalnya, hampir mustahil hari ini kerajaan bertukar kerana kabinet tidak bersidang. Bermakna tiada undi tidak percaya boleh berlaku hari ini.

Pak Lah sekarang semakin tersepit. Tiada sokongan dari pemimpin Umno dan BN. Najib sentiasa 'play safe'. Muhyiddin telah buat kenyataan yang tak disangka Pak Lah iaitu minta Pak Lah pertimbangkan untuk percepatkan pelan peralihan kuasa. Najib hanya jawab serahkan kepada akar umbi(nak minta pak lah letak jawatan segera la tu). Rakyat semakin marah kerana ISA digunakan untuk menangkap orang politik seperti Teresa Kok. Zaid Ibrahim sudah letak jawatan kerana tidak bersetuju ISA digunakan terhadap rakyat yang bukan pengganas mengancam keselamatan negara. Syed Hamid Albar pula punyalah tak cerdik buat alasan nak jaga keselamatan nyawa wartawan sin chew jit poh apabila polis menahan beliau di bawah ISA. Tak masuk akal langsung. Koh Tsu Koon mengatakan bahawa beliau hubungi Pak Lah untuk merayu agar wartawan tersebut dibebaskan segera. Pada aku, ia lebih dari 'merayu'. Mungkin juga Gerakan mengugut untuk keluar BN kalau Pak Lah masih berdegil.

Tapi adakah tindakan menggunakan ISA itu tindakan Pak Lah? Aku rasa Pak Lah disabotaj dalam keadaan beliau mengumumkan hendak melaksanakan reformasi undang2 dalam negara. Bagaimana mungkin seorang PM yang sedang memulihkan imejnya mahu merosakkan rancangan pemulihan imejnya dengan menggunakan ISA? Kesilapan dan kelemahan Pak Lah ialah beliau tidak mampu nak menguasai tindakan kementerian yang sebegitu penting(KDN) untuk memulihkan populariti BN. Jadi, tindakan menggunakan ISA mungkin tindakan Syed Hamid Albar tanpa restu Pak Lah, ataupun ianya konspirasi antara Najib dan Syed Hamid sendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails