“Kenapa daie pemuda tak pergi kepada Mat Rempit dan Penagih” - wakil Perantau Kelantan
Ditulis oleh SM Noor
Tuesday, 07 October 2008
Kuala Terengganu - Seorang wakil Perantau yang berucap dalam sesi dialog Ijtima’ Idul Fitri baru-baru ini berkata beliau tidak nampak Pemuda PAS Terengganu
melaksanakan program-program mendekati golongan ‘terpinggir’ dari kalangan remaja dan belia.
”Saya tak nak cakap pasal Petua, untuk pemuda, saya tengok dekat Kelantan ada Markaz Siswazah Kelantan (MSK), tetapi dekat Terengganu saya sendiri tak tahu, apa ada ke untuk pelajar-pelajar negeri Terengganu yang ada di luar,
”Kenapa daie (pemuda PAS Terengganu) tidak pergi kepada golongan-golongan yang kita anggap ‘tidak berguna’ seperti Mat Rempit dan penagih dadah, kenapa tak pergi,”tanya Wan Hafiz yang mewakili Perantau dari negeri Kelantan.
Beliau juga mengambil contoh tindakan negeri Kelantan menyajikan bentuk-bentuk hiburan bagi menarik golongan muda yang beliau dakwa tidak di lakukan oleh Pemuda PAS di Terengganu.
”Yang lain lagi, program-progam untuk pemuda seperti hiburan, kat Kelantan Dato’ Husam Musa dia buat, seperti contoh tengok bola piala dunia misalnya,”jelas beliau
Beliau turut menyarankan pemuda PAS Terengganu membuat perubahan sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda PAS Pusat dan berharap supaya golongan muda diberikan ruang yang luas bagi menyiapkan diri menjadi pelapis-pelapis pimpinan masa akan datang.
Mengulas saranan dan cadangan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata Pemuda Terengganu menjadi benteng barisan hadapan mempertahankan PAS dan kepimpinannya di negeri ini.
Menurutnya, tindakan agresif PemudaTerengganu mempertahankan maruah dan harta rakyat sehingga ada yang ditahan dan ditangkap polis.
“Kita (Pemuda) mempertahankan PAS. Kita menjadi benteng yang paling ke depan sekali sehingga ada pemuda kita yang ditahan dan ditangkap polis,”terang beliau
Katanya, PAS Terengganu menghadapi pelbagai karenah dan mehnah politik yang menekan terutama di sekitar tahun 2004 hingga 2008.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mendedahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu cuba menutup kelemahannya dengan menyekat saluran ceramah PAS kepada rakyat.
“Tahun 2004 hingga 2008, Terengganu tidak dibenar mengadakan ceramah secara bebas.Saluran maklumat secara demokrasi kepada rakyat cuba ditutup.
“Kita (Pemuda) berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan gas-gas pemedih mata merata-rata di tempat ceramah,” ujarnya.
Menyentuh tentang kegiatan masyarakat pemuda, Azman berkata pemuda ‘tidak pilih bulu’ dan berhubung dengan semua pihak diperingkat Bandar, kampong dan tidak ketinggalan golongan ‘Mat Rempit’
”Untuk maklumat, kami turun sehingga ke Stadium, untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terutama kepada golongan pemuda tentang masalah yang kita hadapi di Terengganu. ”bukan masalah keruntuhan moral sahaja, kami bagi risalah, antaranya tentang gejala murtad, berpuluh-puluh orang yang bercita-cita dan ada kearah nak (menjadi) murtad, ”Kita ada perjumpaan dengan mereka pada tiap-tiap bulan memberi ‘taujihat’ dan bantuan kewangan,”jelasnya.
************************************
Komen:
Barangkali wan hafiz ta perasan adanya ARC (Alternative Riding Club) yang diwujudkan dalam Dewan PEMUDA utk menarik sokongan golongan mat motor, mat rempit, di samping mengisi aktiviti berfaedah utk mereka.
Tapi aku tak nafikan memang pemuda Terengganu lembab sikit berbanding pemuda negeri lain seperti wilayah. Kalau isu nasional ke, tempatan ke, pemuda lambat bertindak. bak kata orang, "TIDAK PROAKTIF". Kenyataan Akhbar lambat keluar. Laporan polis pun lambat. kadang tu tak buat pun.... Ada beberapa isu, PKR lebih terkedepan. Kalau ada anak buah tanya, pasal apa tak buat repot polis? pasal apa tak buat kenyataan akhbar? ada aja yang dijawabnya.
It's just another ordinary political blog. A good blogger has his/her own source n informer. I've my own 2, but locally. We'll c whether u can get a different kind of info here. Or a different point of view, or a second opinion on political issues.
There is no such permanent friend or enemy in politics. Your true enemy lies within yourself!!!
No comments:
Post a Comment