Tuesday, October 7, 2008

MAJLIS ULAMA' DALAM UMNO?


ARTIKEL DI BAWAH DIPETIK DARI LAMAN WEB RASMI MUFTI PERLIS.

Umno Perlu Majlis Ulama

“Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu. Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati. Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat. Berikutnya, kembalinya parti tersebut kepada landasan yang betul dapat menyelamat umat Islam yang berada dalamnya.

Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujud sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek. Tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO. Sekaligus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh islami. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta.

Dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur. Namun hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya”.

***************************


Komen:

Aku sedikit terkejut dengan cadangan mufti perlis ni. Ia dibuat di saat orang ramai dah tahu dia nak berhenti akhir oktober ni. Kalau ambil jalan berbaik sangka, anggaplah tegurannya itu sebagai harapan kepada parti yang menerajui BN yang memerintah Malaysia. Tapi tidakkah si asri ni baca sejarah Umno di Malaysia. Tidakkah juga asri sedar bahawa dasar yang diperjuangkan itu tidak selari dengan Islam. Prinsip pun tak betul, macammana nak wujudkan majlis ulama? Lepas ni mesti wartawan berebut nak tanya pemimpin umno terutamanya Pak Lah tentang cadang tu. Tentu ada yang jawab, "kita sudah ada Biro agama dalam Umno..cukup lah tu." atau mungkin juga jawapannya, "Kita akan pertimbangkan."
Tak sedarkah asri selama ni siapa yang benarkan maksiat berleluasa dalam negara? Siapa yang canggah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kalau bukan pemimpin umno sendiri? Tak cukupkah penghinaan terhadap hukum Allah yang termaktub dalam al Qur'an?

ATAU, kalau aku fikir cara orang politik sikit, mungkin juga Asri nak 'offer' dirinya agar dapat tempat dalam Umno, terus pegang Majlis Ulama' . Tapi aku lebih cenderung pendapat pertama. Dia ikhlas menegur pemimpin. Tapi disebabkan dia tak pandai sepakterajang politik, maka kenyataan demi kenyataannya di'politik'kan secara kotor.

Aku tabik keberaniannya menegur dengan telus walaupun ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran 'politik'.

Aku kira selepas ini, beliau akan terus jadi 'pejuang sunnah' sebagaimana yang beliau percaya itulah perjuangannya, dengan acuan yang dia faham, tidak sebagaimana pendokong-pendokong perjuangan PAS di tanahair ini. Tak palah hormatilah cara masing2 beramal untuk Islam. Asal ikhlaskan niat kerana Allah semata2, tidak kerana lainnya. Kadang2 kita tidak sedar ijtihad yang kita buat itu salah. Mudah2an Allah kira Asri di kalangan orang yang layak berijtihad dan mendapat pahala sama ada dua(betul) ataupun satu(salah).

No comments:

Related Posts with Thumbnails