Monday, October 13, 2008

Meramal Kesan Daripada Isu Sub Prima Amerika

Saya nak bincangkan pasal kesan daripada isu sub prima di Amerika ni, kemelesatan ekonomi sedikit sebanyak akan merebak ke Malaysia. Ini beberapa perkara yang boleh kita renungkan.
1. Masalah ini dibahaskan oleh ramai pengkaji sebagai kemelesetan yang sangat hebat sejak daripada the great recession 1930. Pihak kerajaan daripada pelbagai negara selain Amerika pun telah mengambil pelbagai langkah segera bagi mencegah kemelesatan tersebut merebak, mengecilkan impak, memendekkan jangka masa ketidak-tentuan melampau dalam ekonomi pasaran dan sebagainya.
2. Masalah ini bukan masalah kecil, walaupun setiap hari kerajaan mengatakan Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kuat, tidak bergantung kepada Amerika. Hakikatnya Amerika adalah individual trading partner terbesar Malaysia. Kalau rakyat Amerika dah kena buang kerja, tak ada duit lebih... Macam mana nak beli barangan yang kita eksport. Mata KLCI dah mengecil begitu cepat daripada 1300 mata kepada 900 mata.
3. Dalam kemelesetan ekonomi beberapa sektor akan terjejas terutamanya yang melibatkan barangan mewah. Antaranya automotif, pelancongan & perhotelan, perkilangan dan hartanah.
4. Dalam keadaan ekonomi meleset, bank akan meningkatkan kadar faedah untuk menggalakkan orang ramai menyimpan dan pelaburan dalam equity akan memberikan kadar keuntungan negatif atau lebih rendah daripada FD. Kalu nak beli saham blue chip dan amanah saham, masa ekonomi jatuh paling sesuai beli. Jika kita dah ada pelaburan, masa ekonomi jatuh ni masa paling tak sesuai jual (kita kena sabar sampai ekonomi pulih, baru dapat pulangan yang berganda).
5. Jadi bagi yang nak memulakan perniagaan, masa yang paling tak sesuai untuk membuat pelaburan dengan membina sesebuah perniagaan berbentuk barangan dan perkhidmatan mewah ialah pada masa ekonomi meleset. Kecuali perniagaan berkaitan keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan seumpamanya.
6. Saya rasa kerja yang paling selamat semasa ekonomi meleset ialah kerja kerajaan. Fasal kerajaan tidak akan memberhentikan pekerja secara besar-besaran. Pekerja swasta pula kena fikirkan fasal alternatif, gaji kurang, bonus tiada, tak ada OT, elaun dipotong dan lain-lain. Jika kesan kemelesetan tidak dikawal dengan bijak terutamanya oleh pihak kerajaan, ini akan membahayakan keselamatan pekerjaan ramai pihak.
7. Jadi kalau siapa ada banyak duit cash, masa ekonomi meleset dia paling untung sebab ramai orang nak lelong tanah, rumah, kereta dan lain-lain pada masa tersebut sebab nak bayar hutang dan mengelakkan bankrupsi. Bisnes kereta terpakai akan melambung. Mungkin kita boleh dapat kereta yang bijak-bijak dengan harga yang rendah jika kita ada cash yang banyak. Lim Goh Tong bina hotel First World masa kegawatan ekonomi, sebab dia banyak cash, tenaga kera jadi murah, barangan pun tidak pada harga premium.
8. YB Nor Mohamed mengatakan ekonomi dunia perlu kepada alternatif daripada dasar ekonomi kapitalis. Katanya lagi, Malaysia telah mengamalkan sebahagian ekonomi dan perbankan Islam ang memungkinkan ia selamat daripada kejatuhan ekonomi kapitalis. Pandangan saya, peratus perbankan Islam berbanding konvensional adalah sangat kecil tetapi ia sekali lagi membuka mata ramai pihak tentang perbankan Islam. Kita yakin jika politik Islam dipraktikkan secara lebih luas dan komprehensif, ia juga akan membuka mata ramai pihak tentang keindahan dan kesesuaian konsep politik Islam, sama seperti bidang ekonomi ini.
9. Dulu semasa krisis 1997, Bank Islam untung ketika bank konvensional lain rugi. Tapi bila ekonomi baik, bank Islam rugi pasal masalah tidak amanah dan ketidak jujuran eksekutif. Baru-baru ini, Bank rakyat pula berkata ia tidak akan terkena kesan berat kejatuhan ekonomi kerana ia menjalankan perbankan berteraskan Islam sepenuhnya.
10. Jika duit pak arab di bank eropah sempat disematkan dan dipindahkan ke Malaysia, Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang tidak diduga kerana menggantikan peranan Amerika menjaga duit pak arab. Tetapi sudahkah komuniti perniagaan Malaysia bersedia untuk menggerakkan pelaburan bernilai ratusan bilion USD itu? Maklumlah, pak arab pun nak tengok kadar keuntungan jugak! Kerajaan pula kena cepat-cepat sediakan instrumen dan prasarana untuk menerima pelaburan yang sebesar itu sebab sudah ada beberapa negara Arab yang menyatakan hasrat tersebut.
11. Jika negara Islam cepat bertindak, kemelesetan ekonomi mungkin akan terhad di Amerika dan Eropah dan negara-negara Islam akan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi luar biasa kerana perdagangan sesama negara Islam akan menjadi sangat menguntungkan kerana ada pihak ada duit dan ada pihak ada produk dan perkhidmatan yang memerlukan pasaran.

No comments:

Related Posts with Thumbnails