Tuesday, November 25, 2008

PEGAWAI KERAJAAN TERENGGANU AJK UMNO ?

Penulis dihubungi seorang teman beberapa hari lepas. Beliau mengadu mengapa tidak ada orang yang buat pendedahan betapa ada beberapa pegawai tarbir negeri Terengganu yang menjadi Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian. Apabila disebutkan beberapa nama, penulis memang sudah tahu nama-nama tersebut memang sah totok Umno. Antara yang disebut ialah Encik Razif Abdul Majid dan Zahanapi Sagaf. Encik Razif sekarang ini memegang jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut. Beliau anak kepada bekas Adun Jerteh Cikgu Majid. Penglibatan beliau dalam Jawatankuasa Umno Bahagian sudah lama, bahkan sebelum Pas memerintah Terengganu lagi. Beliau mempunyai hubungan baik dengan Idris Jusoh. Zahanapi pula pernah menjadi PA kepada Idris Jusoh sebelum diserap ke Pegawai Tadbir Negeri. Beliau juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut. Seorang lagi yang penulis ingat ialah Afnida Aini Alwi, merupakan anak Dato' Alwi, Ketua Eksekutif Maidam. Beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu. Namanya boleh dilihat di laman Puteri Umno Bahagian KT. Tak tahu lah kot-kot sudah dipadamkan. Penulis dah lama dah tengok senarai tu, tertera nama Afnida Aini Alwi. Itulah kriteria nak jadi Pegawai Tadbir Negeri Terengganu. Kalau tak ahli Jawatankuasa Umno pun, anak ahli jawatankuasa umno pun boleh jadi juga....

Amboi, amboi, amboi....Kalau begini lah cara Umno Be End memerintah Terengganu, jawabnya kerajaan negeri jadi hok anok beranok la....Senang skit nok bahagi harta kekayaan negeri Terengganu. Bukan setakat itu sahaja, bahkan keterlibatan kakitangan kerajaan dalam Jawatankuasa Umno sebenarnya hingga ke semua peringkat. Umno Cawangan pun ada. Ada sahabat penulis yang pernah bertugas di Besut beritahu bahawa ramai di kalangan kakitangan pejabat daerah dan tanah besut merupakan ahli jawatankuasa umno cawangan. ada di antaranya bertugas sebagai pemandu, kerani, tukang sapu, ketua kerani, pegawai petempatan(SO), dan banyak lagi. Ini lah yang buat kerajaan jadi punoh ranoh, tak tentu aroh.

Kakitangan-kakitangan dan pegawai yang dicop 'hijau atau biru muda' akan diambil tindakan sama ada dipetisejukkan atau dihantar jauh dari kampung halaman. Yang tinggal di Besut, hantar ke Kemaman. Begitulah sebaliknya. Yang diberhentikan pun tak kurang juga. Alasan boleh direka....Amalan ini menjadi-jadi sejak Si Derih Penderhaka jadi MB. Tak tau lah sejauh mana ia diteruskan di zaman Mad Said 'kerah keng'. Dengor cerita, bukan setakat orang hijau dan biru muda sahaja yang diambil tindakan, bahkan sama-sama dia pun kena juga sebab tak sebulu dengan Mad Said 'kerah keng'. Maklumlah MB pilihan Sultan la katakan.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails