Monday, July 28, 2008

MUQABALAH

Isu muzakarah/muqabalah sudah masuk 4 bulan dibincangkan. Cuma dihangatkan sungguh2 beberapa minggu ini sahaja. Media Umno BN guna sungguh2 isu ini untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat. Karpal Singh yang berpengalaman dalam dunia politik pun tak reti ' political diversion' yang dimainkan oleh Pak Lah and the Gang rupanya. Letak jawatan aje lah. Jangan rosakkan hubungan baik antara DAP, PKR dan PAS.

Yang lebih mengecewakan ialah apabila ahli dan penyokong PAS sendiri yang menyemarakkan api perpecahan itu. Minggu lepas ada seorang imam telefon aku tanya macamana dengan isu muzakarah? Orang kita banyak bercakap di kedai kopi dan surau-surau katanya. Aku yang baru sahaja dengar ucapan Ustaz Nazaruddin Mat Isa dalam perasmian Muktamar Pemuda Negeri dapatlah gambaran sebenar isu itu. Kata Ustaz Nasa, Sebenarnya Majlis Syura Ulama' sudah lama buat keputusan sebelum berlaku pertemuan pertama lagi, bahawa Presiden , Timbalan Presiden dan Setiausaha PAS Pusat untuk buat eksplorasi dakwah bertujuan menyelamatkan umat di Malaysia. Antara usaha itu ialah bertemu dengan pemimpin Umno. Ustaz Nasa menambah lagi bahawa tujuan ketika pertemuan pertama itu ialah untuk mengelakkan gangguan dari Umno BN dalam menubuhkan kerajaan negeri Selangor. Tambahnya lagi tidak timbul sama sekali isu masuk Umno atau BN.

Sikap ahli

Dalam Pas ada Majlis Syura Ulama'. Badan ini menentukan dasar dan sikap Pas dalam menangani isu2 besar seperti ini. Maka pimpinan tidak boleh buat tindakan yang berkait dengan Parti secara bersendirian. Ini bermakna keputusan bertemu itu dibuat dengan keputusan Majlis Syura. Melainkan kalau pertemuan itu atas dasar pribadi atau pertemuan yang tidak dirancang atau secara kebetulan. Itu tidak diambil kira. Lalu apa hak ahli dan penyokong menghalang pertemuan yang dibenarkan oleh Majlis Syura? Kita ambil mudah dari sudut autoriti nya, maka kita akan mudah juga untuk menerima keputusan itu walaupun ia bercanggah dengan akal kita yang menilai politik semasa. Allah berfirman yang maksudnya, " Maka tanyalah pakar(ulama) kalau kamu tidak mengetahui." Janganlah kita mengkritik sembrono tanpa panduan qur'an dan sunnah yang mulia. Kita tidak sama dengan ulama2 yang ada dalam majlis syura dari sudut ilmunya, amalannya, kecerdikannya.

Haji Hadi sendiri mengakui solat istikharah 3 kali untuk dapatkan petunjuk sama ada muzakarah terus atau tidak. Siapalah kita yg ntah solat istikharah atau tidak. Ntah bismillah atau tidak bila jari menari di papan kekunci komputer.

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails