KUALA LUMPUR 15 Julai – Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu harga minyak akan tetap diadakan seperti yang dijadualkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di rumahnya di Segambut pada pukul 9.40 pagi ini mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun debat tersebut kata beliau, dipendekkan daripada satu setengah jam kepada 50 minit.
``Lokasi dan lain-lain perkara tentang debat adalah seperti dijadualkan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pagi ini. – Utusan.
.....................................................
Aku macam tak percaya debat terus. Apa sebenarnya muslihat Shabery Chik? Kalau Pak Lah tak izin ,takkan boleh lepas siaran ni. Ni mesti ada apa2. Atau memang Shabery nak tunjuk ketelusan dan kebebasan media yang sebenar? Atau juga perancangan Shabery Chik dan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Umno BN melalui media perdana? Mungkin juga lepas debat ni, Shabery Chik nak keluar Umno. Bukankah ada khabar angin mengatakan ada MP dari Terengganu yang akan keluar parti? Tengku Putera sudah nafikan. Shabery dalam satu kenyataan media mengatakan bahawa nasibnya akan diserahkan kepada bosnya Pak Lah sekiranya beliau tidak dapat yakinkan rakyat melalui debat malam ni. Begitu sekali pertaruhannya. Nampaknya Shabery memang nekad kali ini.
Mungkin juga Shabery dan Musa Hasan buat perancangan lain untuk gagalkan debat agar nampak bukan Shabery yang dayus, tetapi akibat penyokong DSAI yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kekecohan.Kalau kita kaji tajuknya pula, "Hari ini tukar kerajaan, esok turun harga minyak." Seolah-olah Shabery nak perangkap Anwar dengan hujah bahawa mustahil boleh turunkan harga minyak serta merta keesokan hari selepas PR memerintah. Mesti ada prosedur tertentu yang kena ikut untuk turunkan minyak. Pejabat pun belum masuk lagi, bagaimana nak buat arahan turunkan minyak. Lantik Perdana Menteri secara rasmi pun belum lagi, bagaimana nak turunkan harga minyak. Agaknya itu lah yang berlegar di benak Shabery kot.
Apa2 pun, kita pakat tengok malam ni apa yang bakal berlaku.
No comments:
Post a Comment