Lepas solat Isyak, aku ke rumah salah seorang penduduk kampung yang meminta buat solat hajat ibunya yang sakit tenat. Semalam aku ada mesyuarat. Tapi aku sms akan pergi lewat sebab ada jemputan solat hajat itu. Selepas solat hajat, tetamu menikmati juadah, tuan rumah pula 'on' tv, buka Debat Anwar vs Shabery. Ahli jama'ah surau yg sudah berkira2 mahu keluar awal, tidak jadi turun dari rumah sebab nak menghadap tv. Nasib baiklah ibunya yang uzur sudah ke KL untuk berubat. Kalau tidak, rasa canggung juga menghadap tv selepas solat hajat minta kesihatan untuk yang sakit.
SERANGAN PERIBADIDebat sudah setengah jam berlalu, tapi kami masih sempat menikmati bakinya dengan penuh khusyuk. Aku kira debat kali ini dikendalikan dengan 'agak' baik oleh Datuk Johan Jaafar yang terkenal dengan 'bias'nya mengendalikan debat sebelum ini. Tapi yang dangkalnya ialah hujjah Shabery yang asyik menghentam peribadi Anwar. Aku bukanlah pencinta anwar. bahkan banyak perkara yang aku tak setuju dengan Anwar. Tapi hujah yang diutarakan Shabery semalam cukup membuat aku rasa menyampah sesampah sampahnya. Sepatutnya Shabery patut di'tongsampah'kan oleh Pak Lah selepas kejadian semalam.
Cuba ngkorang bayangkan apa kaitan perjuangan Anwar pada tahun 1974 dahulu dengan perbincangan semalam yang bertajuk, "Hari ini tukar kerajaan, esok turun harga minyak". Anwar bertindak tidak melayan serangan peribadi yang bertubi2 oleh Shabery kerana aku kira Anwar mahu menggunakan masa yang terhad untuk benar2 membongkar keadaan sebenar isu minyak naik. Kalau Anwar mahu, beliau boleh menyerang balik Shabery tetapi beliau tidak melakukannya kerana ia akan menampakkan kebodohan Anwar. Aku teringat waktu belajar politik di pondok dahulu, kata tok guru,
menyerang peribadi adalah ajaran Yahudi laknatullah! Apatah lagi dibuat di hadapan beribu penonton!
ANTARA BELA KERAJAAN DAN BELA RAKYATYang ketara dalam hujah kedua2 pendebat ialah; Anwar konsisten dengan hujahnya untuk menurunkan harga minyak bagi kesejahteraan rakyat. Maknanya
Anwar ingin membela rakyat. Manakala Shabery pula konsisten dalam hujahnya membela tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.Maknanya Shabery ingin membela kepentingan kerajaan. Biar rakyat yang berkorban dan terkorban. Soal inflasi diulang2. Diambil contoh Venezuela yang rendah harga minyaknya hingga ke tahap 10sen seliter (kata Shabery yg baru balik dari Venezuela...isy,isy,), tetap tinggi inflasinya. Begitu juga dengan negara2 pengeluar minyak yang lain. Nampaknya Shabery bermain dengan istilah inflasi untuk mengabui mata rakyat sedangkan hakikatnya, kadar inflasi yang tinggi sebenarnya tidak menggambarkan kos hidup rakyat yang sebenar.
RAKYAT CUKUP MAKANShabery mendakwa walaupun minyak dinaikkan, rakyat Malaysia cukup makan. Aku rasa kalau si miskin yang tak cukup makan tengok tv semalam, mesti dia maki cukup2 si Shabery. Tapi kalau si miskin yang beriman, sudah tentu mengucap panjang dan beristighfar dengan dakwaan itu. Mujurlah kebanyakan si miskin yang tak cukup makan tak ada tv di rumah....Aku harian juga si Shabery ni tak sedar ke tv3 duk asyik tayang program BERSAMAMU. Bukan golongan yang tak cukup makan ke tu? episod makan siput babi, nasi berlaukkan garam, makan ubi kayu, itu semua ditayangkan sebelum kenaikkan minyak. Bagaimana agaknya sekarang? Rasanya makin ramai lah yang bertukar selera dari ikan tenggiri kepada ikan tongkol. Dari ikan tongkol kepada ikan kembung. Dari ikan kembing kepada ikan selayang. Dari ikan selayang kepada ikan bilis. Dari ikan bilis kepada telur. Dari telur kepada tak ada telur...dan seterusnya, seterusnya, seterusnya....
PENGGULUNGANAku sudah jangkakan tujuan SHABERY tayangkan debat ini untuk menunjukkan bahawa kerajaan telus dan terbuka. Beliau gulungkan debat dengan berhujjah bahawa debat tersebut sebagai tanda kerajaan terbuka dan tidak dapat dinikmati keterbukaan itu di zaman Anwar jadi TPM. Sekali lagi beliau serang peribadi. Kali ini di saat Anwar tidak mampu lagi menjawab kerana program berakhir dengan penggulungannya. Bijak, bijak....
Kesimpulan aku ialah debat semalam jelas menunjukkan bahawa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tidak lain tidak bukan hanya untuk melindungi kepentingan kerajaan dan syarikat kerajaan, jauh sekali untuk buat kebajikan untuk rakyat. Shabery mengakuinya. Inilah dunia yang dikongkong dengan idea kapitalisme. Manakala Pakatan Rakyat yang diwakili oleh suara Anwar inginkan kebajikan yang maksimum untuk rakyat.
Fikir-fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment