Monday, July 21, 2008

MERCEDES @ PERDANA V6 ?


Pagi ini aku dengar IKIM dalam perjalanan ke pejabat, bincang pasal Mercedes untuk exco kerajaan negeri Terengganu. Tak sangka isu 14 buah mercedes yang baru dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu jadi isu nasional. Kata juruhebah, isu itu akan dibawa ke kabinet. Maklumlah , dalam suasana orang gerammm dan protes kenaikan harga minyak, tiba-tiba kerajaan negeri 'hadiahkan' mercedes sebagai ganti Perdana V6 yang baru beberapa tahun pakai.

Ada yang pro dan ada yang kontra. Yang setuju dengan pembelian itu berkata biarlah kerajaan nak pakai mercedes sebab dah lama tunggu royalti baru dapat. Ada juga mengaitkan dengan zaman nabi yang pakai kuda terbaik. betulkah kalau kita 'qiyas'kan begitu? Ini kena tanya mufti dan ulama'-ulama'.

Akhbar sinar harian semalam merekodkan jawapan SUK Dato' Mokhtar Nong yang berkata bahawa peruntukan sebanyak 3.43 juta yang digunakan buka dari hasil royalti yang dikembalikan. Kalau begitu, lagi lah tak patut sebab dalam keadaan kerajaan negeri tidak cukup duit pun boleh lulus juga? Antara alasan lain, beliau mendakwa kos penyelenggaraan Perdana v6 sangat tinggi dengan mengambil contoh Perdana yang digunakan exco yang bernama Toh Chin Yaw, terpaksa dibaiki 2 kali dengan kos sebanyak RM 50K. Aku rasa macam kes terpencil aje. Kalau betul lah penggunaan Perdana V6 telan kos banyak, bagilah semua contoh perdana yang bermasalah. Biar nampak bahawa memang tak patut kerajaan guna V6. Kalau setakat sebuah dua, maka rasanya itu bukan alasan yang cerdik.

Perdana V6 ini setahu aku exco pakai di awal zaman rejim Syeikh Idris Al Hadhari al Besuti. Waktu tu, tak kurang juga orang memuji kerana berjimatnya kerajaan kerana pakai Perdana V6. Ha, sekarang ni baru tahu bahawa tak ekonomik pakai Perdana v6. Sepatutnya mercedes dibeli waktu zaman Syeikh Idris, bukannya sekarang. Aku setuju bila Dato' Mokhtar kata kos tinggi pakai Perdana v6. Tapi yang tak betul ialah dibelinya waktu sekarang. 'Setting' masa tak kena, menyebabkan rakyat melenting. Mana tidaknya, harga sebuah mercedes E200 Kompressor mencecah RM240K, sedangkan Perdana V6 baru RM 101,485.05. Rakyat pula ada yang tukar daripada mercedes, jadi proton. ada daripada kereta , jadi motor.

Nampaknya Mad Said dah tunjuk perangainya yang sebenar=suka bermewah. Apa salahnya, kalau kerajaan beli kenderaan yang setanding dengan mercedes, tapi lebih murah. Mungkin Toyota Camry kot. Ataupun MPV. boleh muat barang sumbangan untuk rakyat. Lagi mesra rakyat. Ajak orang kampung tumpang sekali pun boleh...
Yang sebetulnya, aku lebih setuju kalau pakai aje Perdana V6 tu sehingga ekonomi pulih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails