Khinzir Jantan masuk kampung! Khinzir masuk kampung! Sekumpulan pemuda berbual-bual di kedai kopi di tepi parit Kampung Seberang Baruh.
Kampung Seberang Baruh tidak pernah dikunjungi Pak-pak menteri. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno Pusat. Tapi kali ini ia menjadi bualan di kalangan orang umno cawangan tersebut. Ia adalah benar. KJ datang ke Seberang Baruh!
Ia berlaku Jumaat lalu. Kampung Seberang Baruh dikejutkan dengan kehadiran KJ(bukan Khinzir Jantan), Ahli Parlimen Rembau pada jam 3 petang di Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Baruh. Program yang dihadiri oleh sejumlah 80 penduduk kampung itu turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, saudara Sabri Alwi dan saudara Nasir Ketua Pemuda Umno dun Wakaf Mempelam. Program yang diberinama Cakna Pemuda itu kelihatan tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh kaum wanita serta kanak-kanak yang diumpan dengan sejumlah wang. Seorang kanak-kanak perempuan yang hadir di majlis itu memberitahu bahawa beliau diberi RM50 untuk meramaikan program tersebut.
Persoalan yang timbul ialah kenapa Seberang Baruh dipilih sebagai tempat lawatan? Kampung tersebut terletak dalam dewan undangan negeri Wakaf Mempelam yang terkenal sebagai kubu kuat Pas sejak beberapa penggal. Dun yang tidak pernah kalah dalam Pilihanraya Umum ini dimenangi oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2193 undi. Adakah kerana Ketua Pemuda Wakaf Mempelam mempunyai hubungan akrab dengan Sabri Alwi ? Pilihanraya Umum yang lalu menyaksikan kepincangan berlaku dalam kepimpinan pemuda umno di Seberang Baruh. Ketua Pemudanya tidak dihormati oleh petugas-petugas pemuda parti sehinggakan pemuda mengambil keputusan bertindak sendiri dalam gerakerja pilihanraya. Ada insiden perselisihan dengan pemuda Pas berlaku akibat dari tindakan sendirian beberapa kerat pemuda Umno yang diupah RM 300 oleh seseorang yang tidak didedahkan namanya untuk timbulkan kekecohan di hadapan Markaz Besar Pas dengan membina pintu gerbang di situ.
Dalam ucapan Khairy, beliau menyentuh isu Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mempersoalkan kenapa Anwar berdolak dalih untuk bersumpah (mubahalah) apabila dicadangkan oleh Mufti Perlis, dan dicabar oleh Pemuda Terengganu. Sebelum ini, Pak Lah sendiri apabila ditanya oleh wartawan berkenaan isu Akuan Bersumpah Raja Petra Kamarudin terhadap penglibatan Rosmah isteri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Al tantuya Shaaribuu, beliau enggan memberi apa-apa komen kerana ia boleh dianggap ‘subjudice’, dan boleh dianggap menghina mahkamah. Sepatutnya Khairy sebagai menantu beliau harus peka dengan ucapan-ucapan atau kenyataan media yang dibuat bapa mertuanya. Ucapan Khairy yang menyentuh isu liwat Anwar merupakan satu bentuk ‘contempt of court’ juga. Tetapi disebabkan beliau adalah ‘seseorang’, maka polis tidak berani bertindak.
Hebat sangatkah Seberang Baruh sehingga dikunjungi menantu Perdana Menteri? Mungkin gambar Khairy bersama pemimpin Umno cawangan akan di’frame’
Penulis rasa kalau setakat mahu menyelesaikan kemelut di Seberang Baruh, padanlah setakat Ketua Pemuda Bahagian sahaj yang turun. Atau mungkin juga Ketua Pemuda Bahagian sudah tidak yakin dengan dirinya sendiri sejak digelar penderhaka raja kerana memboikot Datuk Ahmad Said dari dilantik jadi Menteri Besar Terengganu? Lawatan ke Kampung Seberang Baruh akan jadi berbaloi sekiranya Pilihanraya sudah hampir dan lawatan itu mampu menumbangkan Adun Pas MAWE (Mohd Abdul Wahid Endut). Kalau benar begitu, maka Seberang Baruh boleh dikategorikan sebagai hati dun Wakaf Mempelam.
No comments:
Post a Comment