Perhimpunan membantah kenaikan harga minyak anjuran protes tukar tempat lagi. Sebelum ini, Jawatankuasa Protes mengumumkan bahawa lokasi perhimpunan ialah di KLCC. Kemudian ditukar ke Padang Timur, depan Amcorp Mall Petaling Jaya. Baru semalam, tukar ke Stadium MPPJ Kelana Jaya pula. Seorang kawan 'call' aku bagitau Jawatankuasa Geramm umumkan pertukaran tempat program dalam TV. Aku pun tertanya-tanya, program ini anjuran Protes yang dipengerusikan oleh Dr Hatta Ramli atau Geramm yang dipimpin oleh Shamsul Iskandar MOhd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR? Adakah berlaku pergeseran di kalangan pimpinan antara parti berkenaan lokasi program. Aku rasa masalah sebenar ialah ketidakberkesanan Dr Hatta dalam memimpin jawatankuasa. Sebelum ini, apabila berlaku pertambahan acara dalam program iaitu melibatkan Konsert dari Amy Search,Kumpulan Punk-punk rock dan reggae (underground) dan lain-lain, Dr Hatta ketika ditanya oleh pemuda, beliau mendakwa bahawa tidak tahu menahu tentang konsert itu.
Sudah lah tarikh pun TIGA kali bertukar, tempat pun TIGA kali bertukar. Macamana nak capai satu juta apabila program buat di Stadium? Aku bukan tak tahu motif bertukar tempat itu sebenarnya untuk keselamatan peserta dan juga survival Pakatan Rakyat itu sendiri kerana ada kebarangkalian berlaku kekecohan besar berdasarkan kepada persiapan polis dan juga tentera. Tapi takkan lah pimpinan pendek akal sangat sampai tak boleh nak buat keputusan yang lebih awal.
Sekarang ini sudah ramai penyokong dan ahli parti yang merungut masalah hari bekerja(di Pantai Timur), tiada demo seperti BERSIH, tiada sebaran tentatif program, tiada agihan baju merah ke negeri-negeri seperti BERSIH, dan seribu satu macam ketidakpuashatian. Lagi teruk, aku dapat maklumat , pimpinan tertinggi parti komponan pakatan rakyat sendiri pun ramai yang malas nak pergi. Kalau lah begitu keadaannya, orang jauh di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis ni, tak pergi pun tak apa sebab tak berbaloi.
LEBIH BAIK BATAL AJE DEMO PROTES. Macam mana nak tukar kerajaan kalau macam ni. Jangankan tukar kerajaan, desak kerajaan turunkan harga minyak pun tak bersungguh.
DEMO LO NI TOK SRUPO MULO........................
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
13 hours ago
No comments:
Post a Comment