Thursday, July 17, 2008

CERITA HINDUSTAN FREE 24 JAM


Kisah Anwar Ibrahim difitnah dengan tuduhan liwat merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal. Konspirasi politik yang berlaku dalam negara mutakhir persis yang berlaku tahun 1998 pada batang tubuh yang sama, cuma usianya berbeza. Anwar tidak lagi sekuat dahulu jika dilihat fizikalnya, tapi mungkin lebih kuat mental dan rohaninya kerana sudah mempunyai pengalaman diperlakukan sedemikian rupa bahkan lebih teruk. Adakah cerita hindustan yang kita sedang saksikan hari-hari ini akan berterusan tanpa henti walaupun tiketnya tidak dikenakan? Adakah episod mendatang yang lebih suspen dan mengerikan ? Ada konspirasi lainkah akan dipertontonkan kepada penonton yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat baik kecil besar, kaya miskin, India Cina Melayu dan lain-lain?

Dulu watak penjahat utama ialah Tun Mahathir dan Heronya Anwar. Sekarang pula, heronya masih sama, tapi Penjahatnya bertukar ganti kepada Pak Lah dan Najib? Soalnya sekarang, cerita belum lagi tamat, ini baru masuk 'musim kedua' dan kita tidak tahu pengarah mahu buat berapa 'season' lagi, sedangkan Heronya semakin tua dan hayat politik penjahat mungkin akan berakhir tak lama lagi.

Antara pelakon pembantu ...... utama ialah Datuk Bakri Zinin, Ketua Bahagian Jenayah PDRM. Dulu pelakon pembantu penjahat ialah Datuk Rahim Noor. Sekarang wataknya di'mati'kan. Entah berehat di mana agaknya si peninju hebat tu. Dalam banyak-banyak pelakon pembantu penjahat, inilah kali pertama Pengarah cerita memilih pelakon yang segak dan 'handsome'. Kalau beliau berjaya dalam lakonannya, maka beliau akan dianugerahkan dengan peranan yang lebih tinggi iaitu PIG, Police Inspector General(Ketua Polis Negara la tu). Itulah yang berlaku kepada pelakon pembantu kepada pelakon pembantu penjahat terdahulu, Datuk Seri Musa Hasan. Memandangkan Datuk Bakri ditugaskan untuk mengendalikan kes Hero, iaitu Leiwat, maka Datuk Musa Hasan tidak lama lagi akan hilang watak yang beliau pegang sekarang. Itulah hasrat pengarah apabila membiarkan Datuk Seri Musa Hasan disiasat oleh BPR.

Kalau cerita ini menjadi, maka Datuk Bakri Zinin akan menjadi Ketua Polis Negara yang paling 'handsome' dalam sejarah Malaysia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails