Jangan marah....Nanti lekas tue....
Wednesday, March 24, 2010
Sunday, March 21, 2010
PEMIMPIN DAPAT BALAK, RAKYAT DAPAT HABUK
| albaqir: PEMIMPIN DAPAT BALAK, RAKYAT DAPAT HABUK: Menteri Besar Terengganu, DATO’ AHMAD SAID agihkan 1,000 ekar Kawasan Balak setiap seorang kepada Dato’ Rosli Mat Hassan, Dato’ Abdul Rahman Bakar dan YM Tengku Putera Tengku Awang. Untuk jaga hati Istana, DAS berikan kpd Tengku ADIK (YAM Syed Ahmad Saifudin Syed Muhammad) 500 ekar. DAS mula gawat krn ‘tayar spare’ bertaraf Menteri itu sedang ready disiapkan oleh Pusat utk ganti ‘tayar sekarang’ Sun Mar 21, 2010 7:11 pm Penulis merasa agak terkejut dengan pendedahan berani albaqir di sini (shoutbox), salah seorang member Tranungkite.net yang online petang ini(21 Mac 2010). Biasanya kalau orang politik tak berani mendedahkan isu-isu yang membabitkan istana. Alasan mereka, "takut terpijak wayar..". Ini sikap 'double standard' yang berlaku dalam dunia politik tanahair,. Dalam senarai pemimpin dapat balak yang ditulis oleh albaqir, terpampang nama Geng Ahmad Said iaitu Dato' Rosli Mat Hassan, Dato' Abdul Rahman Bakar, dan YM Tengku Putera Tengku Awang. Yang lebih menariknya, beliau menyenaraikan nama YAM Syed Ahmad Saifudin Syed Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tengku Adik yang mendapat 500 ekar balak. Sejauh mana kebenarannya, tanyalah sendiri kepada yang mendedahkannya. Ini merupakan 'kebijaksanaan politik ' Ahmad Said apabila membina 'talian hayat' yang kukuh dengan Istana untuk memastikan beliau terus menjadi MB. Yang lebih bijaknya, Dato' Ahmad Said beri 1000 ekar balak kepada 3 orang ahli politik kroninya tapi hanya 500 ekar kepada Tengku Adik. Barangkali Tengku Adik tidak mengetahui keluasan yang diberikan kepada orang lain, lalu merasa sangat bertuah kerana dapat 500 ekar. Bukan orang politik dan Istana sahaja yang dapat habuan. Pegawai kerajaan apa kurangnya. Lihat si Mokhtar Nong bekas SUK Terengganu. Bukankah beliau dianugerahkan dengan balak bernilai RM6 JUTA?Bukan setakat itu, beliau juga mendapat gratuiti perkhidmatan sebanyak RM800K. Semuanya didedahkan di sini. Nampaknya Ahmad Said terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk kekalkan kedudukannya sebagai MB. Apa lagi yang masih menjadi rahsia, kita pun tak tahu. Mungkin akan didedahkan lagi pada masa akan datang. Apa yang rakyat dapat? Kurma dan air zam zam di bulan Ramadhan sudah cukup menjadi pengubat hati dan bukti betapa baiknya Ahmad Said dengan slogan, " Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran." |
Monday, March 1, 2010
PILIHANRAYA UMUM KE 13 LEBIH AWAL?
PERSEMPADAN SEMULA
Kalau nak pakai teori PRU 13 akan diadakan sebaik sahaja selepas persempadan semula diluluskan, maka kena ambil kira tempoh 8 tahun yang ditetapkan. Seingat penulis, tahun terakhir persempadan semula ialah pada 2003. Ini bermakna memang munasabah PRU13 dijangka pada tahun 2011.
Adapun tempoh maksimum bagi kerajaan buat PRU13 ialah tahun 2013. Kerajaan akan menjadi tidak sah sekiranya PRU tidak dibuat selepas 2013.
Jadi, untuk lebih 'ihtiyat', maka adalah lebih baik disasarkan ia berlaku Mac 2011. Kempen daftar pengundi dan keahlian parti-parti pakatan rakyat harus digiatkan untuk ke arah itu. Serangan-serangan mesti diatur dan dilancarkan. Papan Skor sepatutnya sudah dinaikkan. Elakkan kita menari mengikut gendang musuh. Fokuskan kerja. Jauhi percanggahan dan perbezaan yang meluaskan jurang antara parti pakatan. Lupakan sengketa. Jauhi menyerang sesama sendiri. Tumpukan muncung pistol dan senapang ke arah musuh yang Satu(Malaysia) iaitu UMNO Barisan Nasional.
Saturday, February 20, 2010
MB TERENGGANU:NAJIB AKAN JUMPA SULTAN MIZAN

Menurut sumber itu lagi, Sultan sangat berharap rakyat Terengganu melalui NGO2 tertentu terus memperjuangkan isu royalti minyak sehingga ia benar-benar dikembalikan, bukan lagi retorik politik Umno.
Monday, February 15, 2010
UMNO JUARA (PITIH) RAKYAT

UMNO TERENGGANU sekarang tengah gila mengidam jadi juara (songlap pitih) rakyat. Kempen Juara (songlap pitih) rakyat dilihat di mana-mana khususnya di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu(BAWASIR). 13 Februari baru-baru ni Ahmad Said bersama-sama Muhyiddin Yasin berkempen Umno juara (songlap pitih) rakyat dalam Majlis Penyampaian Hadiah Saguhati yang berupa wang tunai bernilai RM160 kepada pelajar cemerlang Terengganu. Seorang pelajar yang menerima saguhati tersebut memberitahu bahawa Ahmad Said dan Muhyiddin Yasin asyik berkempen agar sokong Umno BN dalam pilihanraya akan datang. Ahmad Said didakwa berkempen terang-terangan apabila dikatakan menyatakan rasa terkilan dengan penduduk Kuala Terengganu yang menolak Umno Barisan Nasional yang ternyata memberikan kesenangan kepada rakyat.
Inilah 'JUARA RAKYAT' yang HAPRAK! Dia guna duit rakyat untuk agihkan sedikit saguhati(berbanding berjuta ringgit projek yang dikurniakan kepada kroni) buat pelajar dengan tujuan ibubapa termakan pujukan rayu untuk sokong Umno, sedangkan program dianjurkan oleh badan kerajaan.
Yang lagi pelik, majlis itu juga dihadiri oleh Dato' Wan Farid
yang kalah PRK Kuala Terengganu tahun lepas. Memang muka tak malu. Takdak maruah. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Program Kerajaan yang sepatutnya tiada kaitan dengan politik kotor Umno tiba-tiba jadi medan kempen politik kotor, jijik, hancing, busuk, hanyir dll. Apa jawatan Wan Farid dalam kerajaan yang melayakkan dia hadir di pentas program? Orang Umno jawablah sendiri...Ni lah muka tak malu sampai bila-bila.DULU KINI SELAMANYA UMNO PEMBOHONG, PENGKHIANAT BANGSA!!!
Wednesday, February 3, 2010
AIR MANI PADA SAIFUL BUKHARI MILIK ANWAR

Petikan MalaysianInsider.
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, Feb 3 — Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bermula petang ini dengan pendakwa raya mengetengahkan hujah bahawa ada bukti kukuh menunjukkan kesan sperma ditemui pada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik ketua pembangkang itu.
Dalam kenyataan pembukaan mereka, pendakwa raya memberitahu mahkamah, sampel tisu yang diambil dari bahagian luar dan dalam dubur Saiful, yang diuji memadami satu DNA.
Pendakwa raya berkata pihaknya akan membawa keterangan-keterangan ke mahkamah untuk menunjukkan kesan sperma yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Jabatan Kimia itu adalah milik Anwar.
Malah pendakwa raya juga akan bergantung pada keterangan langsung Saiful.
Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Saiful, bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.
Anwar berulang kali menafikan tuduhan itu dengan mendakwa ia konspirasi serupa yang dilaluinya 12 tahun lalu.
Saiful akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes ini.
Pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah.
...................................................................................................................................................................
Komen aku, Samalah macam kes yang dulu. Lepas bawa bukti2 yg direka2, maka Anwar akan disabitkan kesalahan. Kemudian disumbat semula ke dalam penjara. Masyarakat awam akan berbelah bahagi antara percayakan Anwar atau tidak.
Kita tunggu dan lihat siapa yang kena!!!
Sunday, January 31, 2010
ADUKA DISIASAT, BAGAIMANA DENGAN "KAMI NAK DERIS, NATANG!"
Aku bukannya setuju sangat dengan Aduka ni. Penghinaannya terhadap ulama' dan sahabat nabi sampai tahap boleh merosakkan aqidah sekiranya disahkan tulisan itu darinya. Kalau sabit salahnya di sisi pemerintahan Islam, bukan setakat penjara, bahkan boleh hukum bunuh sekiranya enggan bertaubat. Tapi yang aku peliknya polis Malaysia ni, di waktu penyokong fanatik Deris Jusoh kata ke tuanku 'NATANG', tiada tindakan tegas pun diambil. Cuma sekadar "dalam siasatan" apabila ditanya wartawan.
Wallahu a'lam.

