Sunday, January 31, 2010

ADUKA DISIASAT, BAGAIMANA DENGAN "KAMI NAK DERIS, NATANG!"

Banyaknye blogger yang ulas isu Aduka Taruna ditahan polis, Tiba2 aje Aduka Taruna yang selama ini ramai yang tidak kenal rupa parasnya, tetiba aje jadi macam artis top ten. Perkahwinannya di'blog'kan jadi macam selebriti.



Aku bukannya setuju sangat dengan Aduka ni. Penghinaannya terhadap ulama' dan sahabat nabi sampai tahap boleh merosakkan aqidah sekiranya disahkan tulisan itu darinya. Kalau sabit salahnya di sisi pemerintahan Islam, bukan setakat penjara, bahkan boleh hukum bunuh sekiranya enggan bertaubat. Tapi yang aku peliknya polis Malaysia ni, di waktu penyokong fanatik Deris Jusoh kata ke tuanku 'NATANG', tiada tindakan tegas pun diambil. Cuma sekadar "dalam siasatan" apabila ditanya wartawan.



Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails