Wednesday, February 3, 2010

AIR MANI PADA SAIFUL BUKHARI MILIK ANWAR


Petikan MalaysianInsider.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Feb 3 — Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bermula petang ini dengan pendakwa raya mengetengahkan hujah bahawa ada bukti kukuh menunjukkan kesan sperma ditemui pada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik ketua pembangkang itu.

Dalam kenyataan pembukaan mereka, pendakwa raya memberitahu mahkamah, sampel tisu yang diambil dari bahagian luar dan dalam dubur Saiful, yang diuji memadami satu DNA.

Pendakwa raya berkata pihaknya akan membawa keterangan-keterangan ke mahkamah untuk menunjukkan kesan sperma yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Jabatan Kimia itu adalah milik Anwar.

Malah pendakwa raya juga akan bergantung pada keterangan langsung Saiful.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Saiful, bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Anwar berulang kali menafikan tuduhan itu dengan mendakwa ia konspirasi serupa yang dilaluinya 12 tahun lalu.

Saiful akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes ini.

Pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah.

...................................................................................................................................................................

Komen aku, Samalah macam kes yang dulu. Lepas bawa bukti2 yg direka2, maka Anwar akan disabitkan kesalahan. Kemudian disumbat semula ke dalam penjara. Masyarakat awam akan berbelah bahagi antara percayakan Anwar atau tidak.

Kita tunggu dan lihat siapa yang kena!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails