Monday, June 30, 2008

KERAJAAN UMNO BN ROBOH KEDAI

Aku malas nak ulas. Ngkorang tengok dan buat ulasan sendiri aje la...

DEMO JADI KONSERT?


Demo PROTES pada 6 Julai ini dijangka akan jadi Konsert nyanyian. Pagi ini ada sms berbunyi, " BOIKOT DEMO PROTES. " Semalam pula, aku terima sms, sila lawati blog "Ust Nasarudin Tontowi".

Belum pun aku 'surf' blog ust nasarudin pagi ni, tiba2 masuk sms baru suruh boikot demo Protes. Apa dah jadi? Orang Pas boikot program yang orang Pas 'lead'. Takkan sesama mereka tak bincang?

Setelah aku teliti isi kandungan isu dalam blog ustaz Nasarudin, barulah aku faham... Rupa-rupanya demonstrasi yang dijangka akan dihadiri 1 juta rakyat Malaysia ni, akan dihidangkan dengan konsert hiburan, nyanyian!!! Aik, apa dah jadi? Baru je selesai isu Mas Idayu dan Ella di Selangor, timbul isu baru pula. Kalau macam ni, macam Pakatan Rakyat mahu bina kerajaan pusat yang stabil?

Ngkorang tengok sendirilah poster promosinya. Aku sendiri pun tak berapa kenal dengan kumpulan muzik yang akan persembahkan lagu-lagu 'protes' mereka malam itu. Tapi lepas cari dalam internet, oooo...patutlah ustaz Nasa tontowi marah sangat. Dengan rambut yang panjang, lagu reggae, terpengaruh dengan bob marley, sudah tentu Ustaz Nasa dan rakan-rakan seperjuangan dalam Pas tak sanggup angguk kepala di Padang Timur depan Amcorp Mall. Agaknya macam mana respon ustaz Nasa kalau kumpulan nasyid semata-mata yang menghiburkan orang ramai hari tu? Dalam tulisannya, aku kira pembaca jelas bahawa Ustaz Nasa menegaskan bahawa orang ramai yang datang nanti mahu berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak naik, bukannya mahu berkonsert, walaupun tidak dinafikan ia mungkin mampu menjadi daya tarikan kepada orang muda yang memang saban hari dihidangkan dengan hiburan lagu-lagu di corong-corong radio.

Aku rasa Ustaz Nasa patut seimbangkan antara idealisme perjuangannya dengan realiti masyarakat yang ada. Mana-mana perkara yang boleh ditolakansurkan di zaman terlalu 'terbuka' ini, selagimana tidak melanggar prinsip asas atau usul, selagimana perkara itu ada khilaf ulama' muktabar, maka 'go on' ajalah. Aku sebenarnya tengah dengar lagu Republic of Brickfields. Rupa-rupanya lagu-lagunya ada juga menyentuh isu-isu masyarakat. Cuma penampilan mereka itu yang tak munasabah dengan pemuda-pemuda Pas. Rambut mereka panjang seakan-akan puak-puak death metal, black metal. Rupa-rupanya bukan pun....

Kumpulan Carburetor Dung pula merupakan kumpulan Punk Rock yang lahir tahun 1991. Kalau kita tengok sejarah punk rock, maka kita akan faham bahawa kelahiran mereka berpunca dari kezaliman pemerintah terhadap rakyat. Ini jelas kerana lirik-lirik lagu mereka adalah anti kerajaan dan politik zalim. Satu lagi kumpulan punk rock yang akan buat persembahan ialah DUM DUM TAK & THE PIPS.

Kalau kita cari titik persamaan, maka aku simpulkan bahawa mereka bencikan kerajaan kerana kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan. Kalau dengan DAP yang ulama' Umno kata Kafir Harbi itupun Pas boleh bertahalluf siyasi, maka apa salahnya atas dasar persamaan menentang kerajaan yang zalim, mereka berganding bahu untuk menggembleng tenaga rakyat untuk berhimpun dengan cara itu? Bukannya sepanjang program kita berkonsert. Ada ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagaimana tertera di Poster. Kalau harapkan Pas, mampukah pemudanya tarik beratus ribu muda mudi yang sebelum ini tidak kenal soal sepak terajang politik tanahair untuk hadir demo 1 juta itu?

Kalau tanya aku sekali lagi, maka aku kata lebih baik kerah muda mudi pergi konsert Protes daripada pergi Konsert Artis wanita yang dedahkan aurat di Karnival Terengganu Pantai Batu Buruk, ataupun Konsert Mas Idayu @ Ella(kalaulah betul-betul jadi tempoh hari).

Sunday, June 29, 2008

Kenapa Mengikut Kassim Ahmad?

Kassim Ahmad boleh dijumpai di, www.kassimahmad.blogspot.com/ Buku Hadith re evaluation boleh didapati di http://www.quran.org/library/articles/ahmad0.htm. Ada beberapa web yang menyebarkan pandangan Kassim, menyokong, dan membincangkan pendapat beliau. Banyak dalam bahasa Inggeris. Antaranya www.bakrimusa.com/

Buku baru Kassim Ahmad "MENCARI JALAN PULANG: DARI SOSIALIS KEPADA ISLAM" diwarwarkan sebagai masterpiece seorang genius, tokoh akademik dan ahli falsafah tersohor.

Kassim memang sudah terkenal sebagai tokoh yang menolak hadith. Fatwa demi fatwa telah dikeluarkan berkenaan bukunya Hadith: Satu Penilaian Semula. Ada juga buku dan laman web yang menjawab kecelaruan fikiran beliau. Tapi beliau tidak berhenti. Tidak bertaubat. Bahkan terus dihanyutkan dalam kesesatan dengan merasa beliaulah yang berada pada jalan yang lurus. Ramai sekali penyokong beliau, jika kita tidak menyebutkannya sebagai murid beliau. Antara buah tangan beliau ialah penubuhan Jemaah Al-Quran Malaysia dan Sisters in Islam.

Persoalannya ialah kenapa ramai golongan profesional cenderung untuk mengikut fahaman beliau. Antara sebabnya;

Pertama, kerana beliau adalah seorang ahli falsafah yang diwarwarkan sebagai golongan yang mencari kebenaran. Golongan pencari kebenaran mutlak tidak mahu terikat dengan sebarang halangan-halangan tradisi. Dalam kes ini tidak mahu terikat dengan kaedah usul feqh, usul tafsir, usul hadith, bahasa Arab dan pelbagai cabang ilmu persediaan (ilmu alat) untuk membolehkan seseorang itu menceduk permata-permata indah daripada al-Quran secara langsung (Direct). Fahamannya membolehkan golongan ini membuat hukum dan kesimpulan daripada al-Quran daripada aqal dan logik mereka semata-mata tanpa sebarang penelitian halus secara 'tradisi'. Tapisan mereka dibuat berdasarkan logik, matematik, sejarah, pandangan tokoh-tokoh falsafah pilihan mereka dan pengalaman hidup mereka sendiri. Jadi ia adalah jalan pintas untuk memberikan pandangan dalam semua isu sejagat berasaskan al-Quran menurut pandangan mereka.

Kedua, fahaman ini hanya mementingkan aspek logik, pemikiran dan kesediaan untuk berbahas. Ia adalah makanan aqal semata-mata. Al-Quran itu sama ada mengenai sejarah ataupun prinsip universal. Adat dan hukum di dalamnya ditakwilkan kepada prinsip sejarah dan prinsip kaedah universal. Sejarah ialah sejarah bangsa Arab dan universal itu bermaksud bersesuaian dengan suasana semasa yang sentiasa berubah-ubah. Jadi daripada aspek amalan dan praktikal, fahaman ini tidak ada mementingkan tradisi tertentu seperti solat, zakat, haji, pakaian dan hukum-hukum fiqh berasaskan hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Ia hanya mementingkan benar atau salah mengikut prinsip fahaman mereka. Jadi tidak ada sebarang tanggungjawab untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan hati dan perasaan. Amalan-amalan wajib dan sunat tidak menambahkan iman, bahkan ia hanya adat dan tradisi. Jadi tak perlu beramal.

Ketiga, fahaman ini merasakan bahawa para ulama' Islam dalam semua bidang tafsir, hadith, fiqh dan lain-lain tidak menggunakan aqal dan logik dalam kaedah ilmiyyah mereka. Ini tidak boleh diterima sama sekali oleh fahaman ini. Ia langsung tidak boleh diterima oleh manusia zaman moden. Mereka juga malu mereka dikaitkan dengan agama yang tidak menggunakan logik dalam memberikan pandangan tentang kehidupan dan prinsip universal.

Keempat, mereka telah menyuarakan banyak pandangan dalam bidang mereka seperti sejarah, falsafah, bahasa, budaya, psikologi dan lain-lain, tetapi tidak boleh memberi pandangan muktamad tentang al-Quran dan agama Islam secara terperinci, kecuali telah menguasai ilmu-ilmu alat dan perbahasan ulama' silam dan kontemporari. Ini tidak adil. Pandangan mereka diterima secara muktamad dalam pelbagai bidang tapi pandangan mereka mengenai agama Islam, agama mereka sendiri perlu ditapis dan diperhalusi oleh pelbagai kaedah yang akhirnya mereka sifatkan sebagai 'tradisi'.

Kelima, mereka sangat hairan dengan kedudukan ulama' hadith yang sangat tinggi kedudukan mereka dalam keilmuan Islam 'tradisi'. Pada pandangan mereka, ulama' hadith hanya sebagai pencerita seperti pencerita kisah sejarah. Pandangan dan cerita mereka kadang-kadang ada tokok tambah, kadang-kadang diselang selikan dengan pandangan peribadai ulama' tersebut dan persekitaran hidupnya. Walaupun kebanyakan mereka mementingkan aspek sejarah dan falsafah sejarah, mereka gagal menghayati bahawa usaha-usaha ulama' hadith adalah untuk menjamin kesahihan sumber berita, agar susur galur berita dibawa adalah tidak dapat diragui (mutawatir) atau mempunyai keesahan yang tinggi (aahad). Seringkali hadith yang diklasifikasikan sebagai Aahad dianggap sebagai palsu pada fahaman mereka. Kehalusan dan keteletian ulama' hadith dalam menerima dan merekodkan hadith juga dianggap sebagai 'tradisi' yang lapuk dan tidak perlu. Mereka menolak hadith kerana sumbernya (ulama' hadith) mereka ragui. Jika mereka terima hadith pun ia hanyalah sebagai rekod sejarah dan diterima jika ia sesuai dengan prinsip 'universal'. Walaupun begitu, kata-kata dan pandangan ahli falsafah daripada zaman kuno sehinggalah zaman kontemporari, Islam dan bukan Islam adalah hujjah yang kuat dalam membentuk pandangan mereka.

Dengan itu, kita dapati golongan ini merasakan bahawa mereka berada pada kelas tersendiri yang lebih tinggi daripada ummat Islam dan ulama' Islam yang lain kerana mereka menggunakan kurniaan aqal yang diberi oleh Allah secara lebih efektif, intensif dan boleh diterima ramai golongan intelektual bukan Islam. Mereka menganggap mereka berada dikemuncak keilmuan kerana boleh menganalisis prinsip al-Quran dengan pelbagai pandangan ahli alsafah barat dan timur.

Begitulah tahap kesesatan mereka. Sesat tetapi merasakan mereka berada di kemuncak keilmuan dan anugerah.

Persoalan adakah mereka mempunyai perasaan harap dan takut kepada Allah, tidak ada disebutkan dalam tulisan mereka. Apa pandangan mereka tentang perkara-perkara ghaib seperti azab kubur, akhirat, syafaat, titian sirat tidak disebut juga dalam tulisan mereka. Bagaimanakah agaknya mereka hendak memahami perkara-perkara tersebut tanpa penjelasan ulama' hadith. Adakah mereka mempunyai perasaan kasih kepada Allah, sukar ditafsirkan. Adakah mereka kasihkan kepada Rasulullah? Ya, tetapi hanya sebagai manusia genius pada zamannya. Bukan sebagai nabi akhir zaman yang membawa syariat yang sesuai untuk setiap tempat dan masa. Persoalan yang mereka bincangkan sebenarnya kehidupan manusia di dunia mengikut prinsip universal yang kononnya diambil daripada al-Quran mengikut tafsiran mereka.

Hakikatnya mereka hanyalah golongan yang arif tentang 'prinsip universal' mengikut kacamata mereka semata-mata yang dinisbahkan kepada al-Quran. Walhal pandangan mereka sama sahaja dengan manusia yang lain, boleh dibincangkan, diterima dan ditolak. Apa yang nampak sesuai pada hari ini, mungkin tidak sesuai untuk hari esok. Mereka adalah begitu naif tentang mengenal dan beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kiamat dan kepada qada' dan qadar.

Walaupun mereka menolak hadith secara besar-besaran dan menganggap ulama'-ulama' hadith sebagai tidak adil dan tidak wajar dipercayai perkhabaran mereka bahkan sehingga menolak sebahagian besar hukum-hukum Islam, mereka tetap mahu dipanggil dan diiktiraf sebagai orang Islam, bernikah kahwin dan dikebumikan sebagai orang Islam. Bila ditanya bagaimana kamu hendak solat jika tidak berpegang kepada hadith? Mereka menjawab solat sudah ada dalam syariat nabi-nabi yang lain, tidak perlu kepada hadith untuk menerangkan al-Quran. Soalan kita pula, siapa pula yang menaqalkan bentuk solat ummat nabi sebelum nabi Muhammad SAW sehingga kamu percayai perkhabaran mereka itu?

Mereka tidak faham banyak berzikir seperti subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar akan mendekatkan seseorang dengan keredhaan Allah. Membaca al-Quran dalam bahasa arab sekalipun tidak faham atau tergagap-gagap akan menerima pahala daripada Allah. Mereka tidak memahami hikmat disyariatkan sekalian ibadat untuk manusia. Mereka hanya mahu mengenyangkan akal pemikiran mereka sehingga melupakan keperluan roh, jasad dan batas pemikiran mereka.

Lebih daripada itu, mereka tidak dapat memahami bahawa syariat Nabi Muhammad SAW adalah syariat yang terbaik untuk manusia akhir zaman. Syariat ini ada perkara-perkara tetap tidak boleh diubah dan ada perkara yang boleh berubah. Peranan aqal dalam menentukan perlaksanaan syariat adalah begitu besar dan luas, ia boleh dilihat daripada perkembangan dan perbahasan fiqh yang sangat luas. Walaupun aqal itu adalah kurniaan Allah yang sangat besar kepada manusia, aqal manusia antara satu sama lain adalah sangat relatif. Lalu Allah mengutuskan rasul dan diberikan kepadanya al-Quran, agar manusia dapat melaksanakan syariat dengan aqal yang diberikan kepada mereka menurut panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap cabang kehidupan.


Akhirnya, tidak ada guna kita diiktiraf diseluruh dunia sebagai genius, ahli falsafah tersohor, budayawan dan cendikiawan tetapi menolak dan terus menolak untuk menerima panduan daripada Allah dan RasulNya SAW. Jika begitu, hakikatnya kita tidak menerima hidayah, dan orang yang tidak menerima hidayah adalah orang-orang yang disesatkan oleh syaithan yang direjam.







Saturday, June 28, 2008

KASSIM AHMAD KEMBALI!!!

Beberapa hari lepas, aku ke kedai buku. Biasanya aku akan ke bahagian 'AGAMA'. Tetapi kali ni Tuhan takdirkan aku berhenti di bahagian lain, yang memuatkan buku-buku motivasi dan autobiografi penulis.

Aku tertarik dengan satu buku baru, tajuknya "MENCARI JALAN PULANG: DARI SOSIALIS KEPADA ISLAM", karangan Kasim Ahmad yang pernah kontroversi dengan bukunya yang bertajuk "HADIS:SATU PENILAIAN SEMULA". Aku terpanggil untuk membelek helaian demi helaian, bagi mencari sesuatu yang memang aku jangkakan.

Di mukasurat 54, Kasim Ahmad menulis,

"Pada prinsipnya, ajaran Qur'an mempunyai 2 dimensi : dimensi sejarah dan dimensi universal. Nabi Muhammad melaksanakan ajaran-ajaran ini dalam sebuah masyarakat konkrit Arab dalam abad ketujuh dengan sifat-sifat sebuah masyarakat suku dengan adat resam budaya yang khusus. Jadi, sebahagian dari peraturan yang disebut dalam Qur'an (hukum potong tangan bagi pencuri, hukum sebat bagi penzina dan lain-lain yang sepertinya) mengendalikan keadaan masyarakat Arab ketika itu. Peraturan-peraturan ini tidak seharusnya dianggap mutlak dan tetap dan tidak boleh diubah-ubah, kerana tiap-tiap peraturan ini, Tuhan menetapkan prinsip-prinsipnya seperti persamaan antara lelaki dan wanita, persamaan antara manusia, dan hukuman adil dan ihsan bagi penjenayah. Dengan menggabungkan perspektif sejarah dan universal, barulah kita boleh memahami ajaran Qur'an dengan tepat. "

Tulisan beliau ini mengundang kontroversi kerana membawa maksud penolakan terhadap sesuainya hukum Allah yang telah termaktub dalam Al Qur'an. Semua ulama' sepakat bahawa ayat-ayat muhkamat seperti hukum potong tangan bagi pencuri dan sebat bagi penzina merupakan hukum yang qat'ie (tetap) dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Bahkan sesiapa yang mempertikaikannya akan membawa kepada hukum murtad!!!, wal iazubillah. Apabila beliau menyebut
Peraturan-peraturan ini tidak seharusnya dianggap mutlak dan tetap dan tidak boleh diubah-ubah, maka secara mafhum mukhalafah nya, ia membawa makna peraturan atau hukum dalam Qur'an itu boleh diubah-ubah!!! Cari lah di mana-mana kitab muktabar, maka kita akan jumpa kesepakatan atau ijmak ulama' bahawa hukum hudud dan qisas merupakan hukum yang tidak boleh dipinda-pinda lagi kerana ia sebagai lambang manifestasi Maha Adil Allah dan Maha Mengetahui serta Maha Bijaksana Allah subhanahu wa ta'ala. Apabila orang seperti Kasim Ahmad ini mempertikaikan relevensi peraturan-peraturan itu, maka ia solah-olah mendakwa lebih mengetahui dan lebih bijaksana daripada Allah azza wajalla!!!.

Tulisan-tulisan beliau sentiasa mengundang kontroversi kerana ia berkait dengan aqidah umat Islam. Buku beliau Hadis : Satu Penilaian Semula yang diwartakan HARAM oleh kerajaan memang sudah tidak boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh tanahair melainkan kedai buku tersebut memang sengaja menyembunyikannya daqri pihak berkuasa. Sepatutnya kerajaan bukan sahaja bertindak terhadap bukunya sahaja, bahkan atas batang tubuhnya juga. Orang seperti ini sepatutnya disumbat dalam ISA kerana memberi ancaman besar kepada aqidah umat Islam di Malaysia. Tetapi realitinya tidak begitu, bahkan beliau bebas menulis di mana-mana termasuk dalam Akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Buku MENCARI JALAN PULANG ini merupakan buku terbaru beliau yang dicetak pada Februari 2008. Ini bermakna kemungkinan besar pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam belum lagi menyedari kewujudannya di pasaran buku. Yang menarik juga ialah kata pengantarnya ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang masih aktif menulis dan bersuara di mana-mana.

Aku bimbang jikalau buku ini tidak diHARAMkan dan diambil tindakan perampasan oleh pihak berwajib, maka ramai lagilah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan SESAT lagi MENYESATKAN orang lain lantaran kefahaman mereka terhadap Islam yang sebenar tidak betul. Mereka akan condong kepada pemikiran ANTI HADIS Kasim Ahmad yang kononnya berpegang kepada ajaran Al Qur'an sebenar tetapi hakikatnya KAFIR kerana menolak HADIS secara total!!!

Lebih memeningkan kalau dijenguk pada mukasurat 137, Kasim Ahmad mendakwa;

"Mengikut Qur'an juga, manusia akan menhukum dirinya sendiri. Konsep hukuman Tuhan itu hanya satu metafora bagi undang-undang alamiah atau undang-undang ilahiah.Syurga dan Neraka ialah keadaan, bukan tempat, dan keadaan ini terdapat dalam kehidupan manusia kini di dunia ini. Dunia akhirat ialah dunia yang datang kemudian yang merupakan hasil usaha manusia kini."

Apa hak dan kelayakan Kasim Ahmad dari sudut kesarjanaan Ilmu Islam untuk mengkhayalkan dan menyimpulkan bahawa hukuman Tuhan itu hanya metafora(simbolik), bukannya benar-benar akan berlaku di Alam Akhirat kelak? Beliau mengangkat dirinya seolah-olah seorang Mujtahid Mutlak dalam bidang Aqidah padahal pandangan itu sudah dikira terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kesepakatan ulama' . Kita umat Islam wajib percaya bahawa Syurga Neraka adalah benar-benar wujud bahkan sudah tersedia ada sekarang ini tetapi sudah tentu bukan di dunia fana' ini!!! Beliau juga menolak pendapat bahawa Syurga Neraka merupakan tempat balasan. Beliau percaya bahawa Syurga Neraka merupakan keadaan semata-mata.

Justeru, aku minta pihak berwajib ambil tindakan segera bagi menyekat buku perosak aqidah itu dari merebak ke serata bumi Malaysia. Tak lupa juga TANGKAP KASIM AHMAD dan SUMBAT DI ISA bagi membuktikan kerajaan prihatin terhadap aqidah umat Islam.

CIKGU PA JADI BLOGGER


Pagi ni, aku cari tajuk baru untuk hasilkan tulisan baru. Dalam2 duk cri, rakan sepejabat tunjukkan blog baru dunia politik di alam cyber. Tajuk blog tu padapendapatsaya.blogspot.com. Bila aku teliti, aku sangsi betul ke dia ni dah berblogging. Aku selidik lagi, rupa2nya siasahdaily pun sudah promote blog milik PESURUHJAYA PAS TERENGGANU iaitu Dato' Mustafa Ali.

Pada awalnya aku ingat ini merupakan blog palsu yg disandarkan atas nama Cikgu Pa(panggilan Dato' Mustafa Ali di kalangan ahli Pas), untuk memalsukan juga kenyataan-kenyataan politik beliau di alam cyber. Tapi selepas baca berita siasahdaily, aku yakin ia memang milik Cikgu Pa. Cuma yang aku musykil ialah Cikgu Pa memang terkenal dengan tidak arif cara penggunaan alat penyampai maklumat moden ini. Bukan setakat internet, bahkan penggunaan 'handphone' pun banyak fungsi yang beliau tidak tahu. Aku masih ingat kengkawan aku yang dedahkan bahawa Cikgu Pa tidak tahu nak bersms. Tapi aku pernah ditunjukkan oleh seorang sahabat, sms dari Cikgu Pa ketika jemput kenduri kahwin untuk anak perempuannya baru-baru ini. Ini menafikan dakwaan Cikgu Pa tidak tahu penggunaan alat telekomunikasi canggih zaman kini.

Blog baru Cikgu Pa sudah pasti akan jadi sasaran aku untuk memahami sikap politik beliau dalam menangani banyak isu semasa baik tempatan mahupun nasional.

SELAMAT BER'BLOG' BUAT CIKGU PA...

Tuesday, June 24, 2008

IMBUHAN OLIMPIK

Aku gerammmm betul la dengan kerajaan ni. Dalam keadaan rakyat marah kenaikan petrol, dia boleh lagi 'offer' insentif melangit biru kepada atlet-atlet yang bakal bertarung di Sukan Olimpik. Ngkorang lihat lah angka di bawah yang aku jumpa dalam tranungkite:

Kenaikan Imbuhan Olimpik

Individu
Emas: RM1 Juta (USD160,000)
Perak: RM300,000 (USD80,000)
Gangsa: RM100,000 (USD40,000)

Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang

Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu

Bayaran pencen

Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000

Siap ada pencen lagi tu. Tapi aku heran lah pasal apa diorang tak takut kerajaan Be End jatuh dengan buat semua perkara tak masuk akal ni? Ni mesti diorang dah ada kajian sikap rakyat Malaysia. Barangkali rata-rata rakyat Malaysia ni bengap sangat sampai tak kisah kalau anak tak dapat makan dengan sempurna. Tak apa lah kalau daripada naik kereta, tukar kepada naik motor ke tempat kerja. Yang naik motor, tukar kepada naik basikal.

Kita ada peluang ubah kerajaan, taknak diubahnya. Agaknya yang ahli umno tu semuanya dapat diskaun/subsidi minyak kot. ataupun apabila pergi stesen minyak, mereka tunjukkan kad JKKK @ ahli umno untuk isi minyak kurang dari RM2.70 seliter.

UMNO BN DULU , KINI DAN SELAMANYA BANGANG!!!!

Seloka Rakyat - versi Utara.

Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini......
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki

Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat......
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita......
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya

Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....

Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali

Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah

Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput kerbau pendek dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat

Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...


Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

*surat ni dijana oleh komputer cap kambing gurun, tiada tanda tangan diperlukan.
Related Posts with Thumbnails