Wednesday, June 11, 2008

SURAT UNTUK PAK LAH

kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

SALAHUDDIN KURANG BIJAK

Jumaat 13 Jun ini Salahuddin Ayub arahkan pemuda seluruh negara berkumpul di Masjid Kampung Baru untuk demonstrasi minyak naik. Aku terpikir juga, dalam keadaan orangramai berkira2 nak ke sana ke mari kerana minyak melambung tinggi, boleh lagi si ketua pemuda pas pusat ni ajak semua pemuda ke KL. Kalau yang memang tinggal di KL dan Selangor tu tak apa lah. Ini kalau yang tinggal di Kelantan, Terengganu, Kedah, dan negeri-negeri yang jauh, sudah tentu fikir dua kali sama ada nak sahut atau tidak arahan tu. Pemuda-pemuda Pas yang sudah melalui proses tarbiyah, sudah tentu menjawab 'sami'na wa ato'na' saja. Kalau kita komen, mesti yg 'hardcore' jawab bahawa perintah tu bukannya maksiat, jadi wajib kita taat, walaupun kita rasa tak setuju. Aku hairan la pasal apa Salahudin tak terpikir ke nak arahkan semua pemuda negeri buat demo di negeri masing. Baru lah meriah satu negara! Apa salahnya. Yang KL demo la kat KL. Yang Kelantan demo la di Kelantan. Yang Johor demo lah di Johor. Yang Terengganu pun di Terengganu. Barulah jimat belanja.

Sebenarnya aku timbulkan isu ini bukannya nak ajar pemuda pas ingkar arahan. Tapi takkanlah kerana duit 'sekepeng haram' (langsung) tak da pun terpaksa meminjam kat orang lain untuk pergi ke KL? Maka kalau kira dari sudut itu, majoriti la pemuda pas yang 'sengkek'. Duit makan minum anak bini pun tak tinggal untuk belanja...

Kalau nak ikut hukum, pergi demo tu hanya fardhu kifayah. maknanya ada yg pergi, maka terlepas la dosa ahli pemuda yang tak pergi. Kalau semua tak pergi, semua berdosa. Aie, susah jugak kalau macam tu.

Bayangkan, berapa banyak duit habis untuk berdemo di KL sahaja bagi orang di luar KL? 14 Julai nanti kena pergi lagi. Bila aku merungut pada seorang kenalan, dia kata yang 14 Julai tu anjuran lain, PROTES... Dah PROTES tu siapa yang 'lead?' Tanya aku buat2 tak tau. Katanya Dr Hatta. Kalau Dr Hatta, maknanya pihak sama ja, pembangkang juga. bukan orang lain... Pas juga.

Kalau ramai yang tak hadir demo, nanti rugi politik pula. Seolah2 telan mati mak, luah mati bapak. Maka, pemuda pun berpakat lah duit untuk bayar minyak mahal. Kalau dari K. Terengganu, dulu pergi balik kalau tak ada RM250 untuk minyak dan tol sahaja, minta maaf la. Maka kalau sekarang, tak ada RM350 tak boleh pergi dengan kereta.

Baik naik basikal, jimat belanja....

Tuesday, June 10, 2008

PAK LAH NAK UMUM SESUATU?

Mampat buat program Konvensyen Royalti pada 14 Jun ni di TER Kuala Ibai, Terengganu. Aku sms kawan aku yang kerja TCS(Pegawai Tadbir Negeri Terengganu), ajak dia pergi sekali. Balasnya, "Saya dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Pak Lah akan kembalikan royalti Terengganu dalam tempoh terdekat." Aku pun terfikir sejenak. Ini memang sudah dijangkakan sebab Sabah sudah dapat apa yang mereka mahu. Takkan Terengganu tak boleh kot. Mungkin juga akan diumumkan tarikh yang sama dengan program MAMPAT kerana Pak Lah akan turun ke Terengganu lagi waktu tu.

Rasanya boleh jadi ke? Pak Lah sudah desperate untuk menyelamatkan dirinya seberapa daya yang boleh. Pak Lah sebenarnya sedar bahawa dirinya dibenci orang politik, bahkan rakyat terbanyak. Kalau Malaysia ni macam US, dah lama Pak Lah 'out' tak boleh perintah Malaysia. Kalau Anwar bertanding lawan Pak Lah untuk kerusi Perdana Menteri macam Hillary Clinton dicabar Obama, sudah tentu Anwar dah menang kerusi Perdana Menteri! Tapi apakan daya, kita tinggal dalam negara demokrasi berparlimen, dengan sistem Raja Berperlembagaan.

Berjayakah Pak Lah menyelamatkan dirinya dari tersungkur di medan politik dengan melakukan perubahan yang besar-besar dalam negara?

Kita nantikan episod seterusnya....

Monday, June 9, 2008

CARA ATASI PETROL MAHAL

Ini sesuai untuk orang2 kaya yang nak bergaya tapi masih tak puas hati kat Pak Lah

Yang ni sangat sesuai untuk AJK Pas, penyokong2 kuat. YB2 pun elok pakai masa masuk kampung...

Ha...yang ni sesuai untuk yang sudah berkeluarga. Time hujung minggu kalau nak pergi picnic, bawa yang ni. Kalau nak pergi kerja, pakai yang satu 'seat' sudahlah..


Yang ni untuk yang sukakan kenderaan antik macam mini cooper, volkswagen, dll.

AMACAM? SANGGUP TAK?

Sunday, June 8, 2008

JIKA PAS DAN BN BERGABUNG...

HE,HE.......SAJA LAWAK.

TURUNKAN PAK LAH TAK SELESAI MASALAH

Bila Petrol naik, rakyat jelata marah-marah. Baik Melayu, Cina mahupun India, marahkan Pak Lahj. Ada yang maki hamun. Umno dan BN pun kena marah tapi kebanyakannya marahkan Pak Lah sorang. Ini juga yang dimainkan oleh pembangkang a.k.a. Pakatan Rakyat. Tujuannya satu je iaitu nak jatuhkan Pak Lah. Andaikata Pak Lah letak jawatan (aku tak yakin dia letak), siapakah penggantinya dan apakah harga petrol akan turun? Katakanlah Najib naik jadi PM. Adakah masalah ini akan selesai? Beranikah Najib turunkan harga Petrol? Mungkin dia akan turunkan harga kepada satu angka tetapi tidak mungkin kembali kepada angka asal atas alasan kerajaan terpaksa menanggung beban yang terlalu tinggi.

Aku rasa sampai bila pun masalah tak akan selesai sekiranya kita hanya turunkan pemimpin yang kita benci tanpa jatuhkan sistem yang berjalan dalam negara. Sistem yang dimaksudkan sudah tentulah sistem ekonomi kapitalisme. Itu yang menyebabkan berlakunya penindasan demi penindasan terhadap golongan marhaen, mustad'afiin, lemah, miskin. Sistem itu juga lah yang menyebabkan yang miskin terus miskin, kaya terus kaya.

Masalah di Malaysia bukan masalah petrol naik sahaja. Ingat juga masalah gejala sosial yang meruncing. Seks bebas, dadah, jenayah kecurian, rompakan dan lain-lain. Ini semua tidak dapat diselesaikan dengan turunkan Pak Lah sahaja. Tindakan yang betul ialah turunkan Umno dan BN, kemudian naikkan Pakatan Rakyat, rangka sistem pentadbiran Islam, pengurusan kewangan dan ekonomi secara Islam, sistem keadilan Islam, sistem pendidikan Islam, segalanya berasaskan Islam, walaupun namanya tidak dinisbahkan kepada Islam. Anggaplah ia satu kaedah berhikmah dalam dakwah. Piagam Madinah di zaman nabi sallallahu alaihi wasallam pun tidak guna nama Islam tetapi isi kandungannya sudah tentu menjunjung prinsip-prinsip Islam. Kalau sudah stabil kuasa politik orang Islam dalam negara amnya, dan dalam parlimen khususnya, barulah boleh tukar kepada nama Islam. Contohnya Perlembagaan Persekutuan kepada Perlembagaan Islam Persekutuan. Memang betul nama Islam itu sendiri adalah syiar kepada agama. Tapi strategi juga penting untuk kita terus mengekalkan kuasa politik.

Anwar Ibrahim pun bukannya tak faham semua tu. Dia pun pernah bawa usrah. Pernah bergiat dalam ABIM bersama-sama Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Abu Bakar Chik.

Berbalik isu petrol naik, aku rasa suatu hari nanti kalau Pakatan Rakyat memerintah, hakikat petrol naik tetap akan berlaku kerana ia terikat dengan kenaikan harga minyak dunia. Cuma apa yang pemimpin boleh buat ialah memastikan harganya lebih murah berbanding dengan negara-negara bukan pengeluar minyak. Rasional itu aku rasa rakyat boleh terima. Biarlah harga itu sekurang-kurangnya sama dengan Arab Saudi, kalau tak boleh nak sama dengan Venezuela sekalipun (16 sen seliter!!). Dalam waktu yang sama, pemimpin jangan hidup bermewah dengan jet peribadi, istana situ, istana sini, 'function' juta-juta, perayaan tahunan peringkat kebangsaan yang menelan belanja jutaan ringgit dan sebagainya.

Saturday, June 7, 2008

PETROL DI MALAYSIA MASIH MURAH?

Aku pun hairan apa strategi Pak Lah kali ni menaikkan petrol sehingga 87 sen seliter(1.93 sen jadi 2.70 sen seliter). Semua orang merungut. Dalam pada itu, kerajaan dan pimpinan Be End terus mendakwa bahawa harga petrol di Malaysia masih di tahap yang rendah berbanding negara2 di Asia Tenggara. Mereka membandingkan dengan Thailand, Singapura dan negara2 yang bukan pengeluar minyak.

Di Singapura umpamanya, harga petrol RM 5.20 seliter. Maknanya, bezanya RM2.50 berbanding Malaysia. Tapi walaupun mahal, cuba kita lihat perbandingan pendapatannya pula. Di Malaysia, purata pendapatan rakyat adalah RM 1500 sedangkan di Singapura pula RM7500. Bezanya mencecah 6000 beb...Jadi memang padanlah kalau petrolnya semahal itu. Mereka masih mampu 'survive', tidak sebagaimana rakyat Malaysia yang tak mampu nak teruskan kehidupan walaupun sebelum naik 78 sen sekalipun!

Aku terbaca sinarharian 7 Jun 08 (semalam). Satu artikel menarik dipaparkan berkenaan kenaikan harga minyak. Aku pun tak sangka macam mana artikel sebegitu boleh keluar akhbar sinarharian. Barangkali pihak media pun dah 'fed up' dengan sandiwara kerajaan. Dalam artikel tu, penulis bandingkan harga minyak antara negara-negara pengeluar minyak dunia. Maka pecah lah tembelang kononnya petrol di Malaysia murah dengan pendedahan harga petrol di negara pengeluar yang lain seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Venezuela dan lain-lain. Sila lihat perbezaannya di bawah:Ini bermakna harga petrol di Malaysia adalah tertinggi di kalangan negara pengeluar!!!

Related Posts with Thumbnails