Aku berpeluang hadir di Demonstrasi membantah PPSMI pada 7 Mac 2009. Aku tidak mahu terlepas peluang untuk bersama-sama dengan tokoh-tokoh Bahasa yang sanggup bersama-sama memimpin rakyat membantah pelaksanaan PPSMI. Antara mereka ialah Dato' Hasan Ahmad, bekas Pengarah DBP, dan Sasterawan Negara A. Samad Said. Kata orang, Nik Sapiah Karim, yang mengarang buku teks Bahasa Melayu itu pun akan hadir, tapi aku tidak melihat kelibat beliau di Masjid Negara.
Aku kagum semangat rakyat Malaysia yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk hadir bersama-sama membantah projek gila kerajaan BN itu. Kelihatan sekumpulan kaum Cina yang membawa kain rentang hitam yang bertulis 'HIDUP BAHASA IBUNDA'. Mereka rupa-rupanya mewakili Malaysian Chinese Assembly, juga menyokong penuh tindakan membantah pelaksanaan PPSMI.
Ada peserta demo yang terlebih semangat, membawa anak-anak bersama mereka walaupun tahu mereka berdepan dengan FRU yang mungkin mengambil tindakan menembak bom asap dan semburan cecair kimia. Rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi kepada ugutan polis terhadap 'pendemonstrasi' . Peristiwa demo semalam tak ubah seperti 'ayam hambat llesung' kata orang tranung iaitu suatu keadaan di mana pendemonstrasi dihalau polis agar bersurai, kemudian mereka lari untuk berlindung dari bom asap dan semburan cecair asid, kemudian mereka sambung demo lagi apabila berpeluang. Yang kena bom asap bukan setakat rakyat biasa, bahkan A. Samad Said diberitakan juga terkena tempias bom asap. Presiden Pas, Ustaz Abu Bakar Chik, Salahuddin Ayub juga terkena, bahkan ramai lagi pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang terkena penangan bom asap PDRM.
Kanak-kanak seawal usia 4 tahun juga turut serta. ada yang 5 hingga 10 tahun. Yang aku amat kagum, mereka tidak menangis walaupun mata kemerahan akibat pedih penangan bom asap.
No comments:
Post a Comment