Wednesday, September 10, 2008

SENJATA BARU PAK LAH

JALAN KE PUTRAJAYA

Jalan untuk Anwar ke Putrajaya semakin jelas. Tetapi sejelas-jelas jalan itu, ia tidaklah semudah yang disangkakan umum. Tarikh keramat 16 September dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia baik lawan mahupun kawan. Bagi rejim Pak Lah, mana mungkin hanya mengambil sikap lihat dan tunggu sahaja seperti sikap yang diambil oleh ramai pemimpin Pas. Sudah tentu Pak Lah and the gang merancang sesuatu untuk menghalang AnWAR ke Putrajaya sebagai PM.

Isu Liwat sudah tidak menjadi. 'Indicator' kepercayaan rakyat terhadap isu liwat telah ditunjukkan di Pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos baru-baru ini. Dalam dunia politik ala machiavelli, kena banyak sediakan rancangan alternatif. Kalau plan A tidak menjadi, teruskan dengan plan b, kalau plan B tidak menjadi, pindah ke plan C. Itu lah dunia politik kotor yang memisahkan agama dengan kehidupan dunia.

Isu hangat sekarang ini antaranya ialah kenyataan Ahmad Ismail, Ketua Umno Bukit Bendera. Ini menyebabkan Koh Tsu Koon melenting dan meminta beliau meminta maaf. Bahkan seluruh Cina Pulau Pinang pun mahu beliau meminta maaf. Tapi kedegilan beliau menyebabkan drama ini semakin popular di kaca tv. Semua mahu tahu apa seterusnya tindakan Pak Lah dan Umno terhadap Ahmad Ismail. Kenyataan beliau yang tidak mahu berganjak dari mempertahankan ucapan ketika kempen pilihanraya P 44 Permatang Pauh tempoh hari kononnya bertujuan untuk menyedarkan Melayu tentang hakikat Cina adalah penumpang di bumi Malaysia nampaknya boleh mengundang sejarah 13 Mei agar berulang. Cina semakin berani menyatakan ketidakpuashatian terhadap tindaktanduk pemimpin Melayu. Tapi persoalannya kenapa sekarang baru timbul sehangat ini? Bukankah Pulau Pinang diperintah Cina Koh Tsu Koon semenjak sekian lama? Adakah Melayu dilayan dengan begitu istimewa di Pulau Pinang sehingga tiada rungutan sebelum yang mampu mencetuskan kelam kabut politik. Adakah Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP sekarang ini terlalu mendiskriminasi bangsa Melayu lebih teruk dari zaman Gerakan ?

Ucapan beliau sebenarnya nak membayangkan bahawa AnWAR tidak akan membela Melayu lagi. Pakatan Rakyat tidak akan mampu membela Melayu di bawah kerajaan yang mengamalkan kesamarataan hak di kalangan bangsa.

SENJATA BARU PAK LAH

Di sebalik isu ini, mungkin Pak Lah sedang melaksanakan plan B nya untuk menyekat kemaraan AnWAR ke Putrajaya sebagai PM seterusnya menggantikan beliau. Isu ini mungkin akan menjadi lebih hangat, dan cukup untuk menjadi alasan bagi Pak Lah isytiharkan 'State of emergency' -darurat. Petunjuk ke arah darurat sedikit demi sedikit terserlah. Berita semalam menayangkan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang bimbangkan konflik kaum akan berlaku. Mana pernah kenyataan Pegawai tertinggi tentera diraja Malaysia keluar tv berkaitan isu politik negara? Ini sudah pelik bin ajaib. Mungkin akan ada peristiwa pembunuhan selepas ini untuk menguatkan alasan itu. Siapa tahu? Patutkah kita ambil sikap 'tunggu dan lihat' sahaja? Agaknya itulah yang terbaik setakat ini...

No comments:

Related Posts with Thumbnails