Wednesday, May 12, 2010

MELAYU BANGKIT MAKAN DIRI

Razali Idris telah buat 'damage' yg sangat besar kepada Umno Terengganu apabila isu PROGRAM MELAYU BANGKIT 'ditangguhkan' kerana bantahan dari parti-parti pembangkang dan parti komponen BN sendiri.

Penulis rasa Umno Terengganu sudah mengambil kira faktor kemarahan parti komponen terhadap mereka tetapi oleh kerana faktor negeri Terengganu sendiri yang lebih 90% melayu, maka mereka rasa ia mungkin dapat diredakan. Lain lah kalau buat di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan mana-mana negeri yang ramai Cina. Telahan mereka meleset dan isu ini memakan diri Razali dan Umno Terengganu. Siapa yang patut disalahkan? Razali kah, Ahmad Said kah, atau Hishamuddin sendiri?

SALAH SIAPA?

Razali merupakan Timbalan Ketua Umno Marang. Beliau ada sejarah bertanding Parlimen Marang melawan Presiden PAS. Program ini tak dapat tidak orang sudah cium baunya datang dari Umno Terengganu walaupun dinafikan oleh Hishamuddin sendiri. Hishamuddin sebagai Pengerusi Umno Terengganu dilihat sangat tidak cerdik apabila membiarkan sahaja program ini nak diteruskan sehinggalah banyak bantahan diterima, baru 'last minute' 'tangguh'. Kenapa tidak cerdik? Sebab beliau merupakan Menteri Dalam Negeri yang tugasnya jaga keamanan negara. Sepatutnya Menteri dalam negeri menyekat usaha mana-mana pihak yang cuba mewujudkan kebencian antara kaum. Ahmad Said pula mungkin juga ada saham salahnya apabila membiarkan seorang Pegawai Tadbir Negeri yang ditugaskan menjaga Institut Integriti Negeri Terengganu iaitu Arpin Deraman membenarkan badan kerajaan itu ditunggang oleh NGO Perkauman GERTAK! Beliau sepatutnya dapat antisipasi kejadian sebegini dan mengarahkan agar SUK Terengganu arah Arpin tarik diri dari menganjurkan program yang mencalar integriti Institut Integriti itu sendiri. Kalau penulis jadi Arpin Deraman, semalam dah letak jawatan. Kalau penulis jadi SUK, panggil Jawatankuasa Tatatertib & Disiplin Kakitangan untuk ambil tindakan. Kalau tak nakl bincang dalam JK Tatatertib pun, tukar Arpin ke JBA, duduk diam-diam situ.

Razali Idris kini tempat tudingan jari orang politik Umno dan pembangkang. Tak kiralah iade Melayu Bangkit tu datang dari siapa pun hatta Tun Mahathir sendiri. Hang dah anjur, hang tanggunglah risiko cemuhan.

KENYATAAN BERCANGGAH

Satu lagi yang jadi kebodohan pihak penganjur ialah kenyataan media yang saling bercanggah. Razali Idris sebelum program menyatakan bahawa memang mereka sengaja pilih 13 Mei untuk mengenang peristiwa itu. Jadi memang jelas niatnya untuk bangkitkan semangat bencikan kaum cina. Adapun kenyataan dari Pengarah IINT pula, Arpin kata kita buat program untuk beri kesedaran kepada Melayu tentang MEB, halatuju negara dan sebagainya.

Selepas dibatalkan, percanggahan berlaku lagi apabila Razali Idris kata program ditangguhkan ke tarikh yang bakan diberitahu kemudian sedangkan Arpin kata dibatalkan kerana bantahan banyak pihak. Kita pun faham Razali jawab secara politik, manakala seorang pegawai kerajaan seperti Arpin menjawab dengan lurus bendul, tapi nampak sangatlah keBODOHan mereka kerana tak selaraskan jawapan. Bukankah program itu program bersama.

KERETA KERA JAAN HILANG LAGI!

SETIU hanya di Sinar Harian RABU - Kakitangan Pejabat Renjer Hutan Jabatan Perhutanan Chalok di sini, gempar selepas mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik jabatan itu lesap dilarikan penjenayah, awal pagi tadi. (gambar hiasan) Pengarah Jabatan Perhut...anan Terengganu, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud mengesahkan menerima laporan berkata, sebelum kejadian kenderaan itu diletakkan di tempat meletak kenderaan selepas kakitangannya selesai membuat tugasan di kawasan pembalakan.
....................
Cuai sungguh drebar2 kerajaan.selalu hilang kenderaan. Dulu perdana v6 2 biji. lepas tu bulldozer. 2,3 hari baru ni Perdana Pegawai Polis. Siap pencuri buat nganjing lagi, "MAAF, TERSILAP AMBIL".

Tukor aje lah kerajaan.

Tuesday, May 11, 2010

KLINIK UMNO


Ni dia antara bukti Umno bela Melayu. Ini proses Umnosisasi, bukan tempat Imunisasi..

Monday, May 10, 2010

PERTARUHAN BOLA=JUDI



Awang Adek ni dah tak gheti nak beza antara halal haram dalam permainan. dia ingat kalau sebut pertaruhan, maka perjudian tidak timbul...Gila apa.. Orang Umno Kelantan khususnya patut sedar kejahatan Umno terhadap agamanya. Inikah yang dipanggil pembela agama dan bangsa? Ni puak yang merosakkan agama dan bangsa. Biar bangsa melayu jadi bangsat kerana judi! Biar bangsa melayu jadi fasiq kerana dosa pertaruhan bola.

Kalau di Hulu Selangor mereka kutuk Zaid kaki arak, kaki judi, sekarang nak jawab apa kpd rakyat? Ni kerja orang gila!!!

Sunday, May 9, 2010

MELAYU BANGKIT!!!



Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku lihat satu billboard besar gila... "MELAYU BANGKIT." Begitulah bunyinya. Gambar Mahathir Mohamad terpampang. Warna latarnya biru pekat macam umno. Tengok penganjur mcm takda. Bukan Umno, Bukan Perkasa.Nasib aku kurang baik kerana tak sempat ambik gambar. Rupa2nya ia bilboard program ngo ntah dari mana pada 13 Mei 2010 di Stadium Tertutup Gong Badak.

Aku pun tak tau apa motif program tapi kengkawan boleh pikir sendiri lah. Kalau dah tajuknya "MELAYU BANGKIT", dengan tarikh kebetulan 13 Mei(Peristiwa 13 Mei...), sudah tentu ia ada kaitan dengan semangat perkauman melayu yang bencikan Cina.

Aku kira ini kerja orang gila bangsa. Sengaja mahu tiupkan perkauman di Terengganu yang memang tak ada berlaku peristiwa berdarah 13 Mei macam di KL tu. Apa kejadahnya buat di Terengganu? Dapat buat pula di Stadium milik kerajaan.

Bak kata Nabil Raja Lawak, "LU PIKIRLAH SENDIRI..."

Monday, May 3, 2010

Lagi Bukti Freemason di Malaysia

Lagi video bukti hiburan tanahair jadi alat freemason!!!

Malaysia Diserapi Pengaruh Freemason

Dunia sudah tua, nyanyuk dan menuju ke penghujung hayatnya. Sudah banyak tanda-tandanya. Antara yang dipesan Nabi ialah minta berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal. Dajjal akan muncul diakhir zaman menyesatkan manusia. Manusia sekarang pun sudah semacam bersedia menerima Dajjal sebagai 'penyelamat' mereka. Perjuangan Dajjal akan didokong oleh pengikut2nya yang setia iaitu anggota Freemason seluruh dunia. Freemason yang diasas Yahudi Sekular inilah yang menyesatkan manusia dengan memisahkan agama dari politik, ekonomi, pendidikan, hiburan dan segala aspek kehidupan.

Freemason bergerak dengan simbol2 nya dimerata2 tempat di pelusuk dunia. Di Malaysia, ia berada di mana2. Terpulang kepada pembaca ingin mempercayainya atau tidak. Piramid antara simbolnya.

Untuk lebih jelas, sila teliti video ini:

Related Posts with Thumbnails