Sunday, May 9, 2010

MELAYU BANGKIT!!!



Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku lihat satu billboard besar gila... "MELAYU BANGKIT." Begitulah bunyinya. Gambar Mahathir Mohamad terpampang. Warna latarnya biru pekat macam umno. Tengok penganjur mcm takda. Bukan Umno, Bukan Perkasa.Nasib aku kurang baik kerana tak sempat ambik gambar. Rupa2nya ia bilboard program ngo ntah dari mana pada 13 Mei 2010 di Stadium Tertutup Gong Badak.

Aku pun tak tau apa motif program tapi kengkawan boleh pikir sendiri lah. Kalau dah tajuknya "MELAYU BANGKIT", dengan tarikh kebetulan 13 Mei(Peristiwa 13 Mei...), sudah tentu ia ada kaitan dengan semangat perkauman melayu yang bencikan Cina.

Aku kira ini kerja orang gila bangsa. Sengaja mahu tiupkan perkauman di Terengganu yang memang tak ada berlaku peristiwa berdarah 13 Mei macam di KL tu. Apa kejadahnya buat di Terengganu? Dapat buat pula di Stadium milik kerajaan.

Bak kata Nabil Raja Lawak, "LU PIKIRLAH SENDIRI..."

No comments:

Related Posts with Thumbnails