Saturday, April 11, 2009

TOK GURU MENANGIS DENGAR LAGU AMY SEARCH

Pagi ini penulis masuk lewat ke pejabat. Kereta meragam lagi. Terpaksa bawa ke bengkel. sementara tunggu siap, penulis sarapan di sebuah kedai makan berdekatan. kebetulan kedai terebut jual akhbar. Biasanya penulis cari SinarHarian. Tetapi memandangkan sinar sudah habis, penulis capai akhbar Kosmo. Tajuk depan menarik perhatian penulis, "NIK AZIZ MENANGIS DENGAR AMY SEACRH MENYANYI KETUHANAN."

Setelah dibaca, rupanya Tok Guru Nik Aziz menangis ketika menghadiri konsert sempena Majlis Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan. Apabila Amy Search ditanya, beliau menjawab tidak sedar ketika lagu manakah Tok Guru menangis kerana beliau menyampaikan empat buah lagu, antaranya iaitu Mentari Merah di Ufuk Timur, Isabella, dan Saat Yang Ku Idamkan. Penulis boleh agak mungkin Tok Guru tersentuh apabila lagu Mentari Merah di Ufuk Timur dinyanyikan kerana senikatanya menyentuh peristiwa kiamat. Kalau bukan lagu itu, takkan Tok Guru menangis mendengar lagu Isabella kot... Cuma penulis terkilan kenapa tidak diberigarispanduan kepada penyanyi2 yang dijemput agar hanya menyanyikan lagu2 yang tidak bercanggah dengan syarak sahaja? Atau terlepas pandang? Bukankah sebelum ini sudah ada kontroversi Mawi yang mempersembahkan lagu-lagu pop di Kelantan atas jemputan kerajaan negeri? Penulis berharap orang politik sebelah sana tidak main isu ini untuk mengeruhkan suasana tetapi biasanya kalau sudah jadi begini, mereka akan ambil kesempatan untuk buat isu.

Apabila Pas mendakwa memperjuangkan Islam dan cara hidup Islam, sudah tentu ia meliputi semua aspek kehidupan. Maka sudah tentu dalam hiburan pun disediakan alternatif buat masyarakat Islam. Tetapi kalau sama sahaja antara Umno dan Pas, maka apa bezanya? Amy Search yang diberi hidayah oleh Allah untuk beramal dengan Islam perlu dibimbing agar benar2 menjalani hidup sebagai seorang muslim sejati termasuklah dalam bab menyanyi.

Penulis harap sesiapa yang sayangkan Tok Guru dan perjuangan Islam jangan pula ambil hati dan menerima kritikan ini dengan hati penuh terbuka. Penulis yakin semua pendokong perjuangan Islam pun tahu bahawa lagu Isabella bukan lagu ketuhanan tetapi lagu cinta lelaki dan perempuan.

Teringat penulis sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang maksudnya, " Apa yang aku perintahkan dengannya(yang wajib), maka buatlah sedaya upaya kamu. Dan apa yang aku larang(yang haram), jauhilah ia sungguh2." Kata Imam Nawawi, Ulama' menjadikan hadis ini sebagai asas dalam agama dalam bab perintah dan larangan. Ulama' usul fiqh menggariskan satu panduan dalam bab ini dengan mengatakan " Larangan(haram) adalah lebih kuat daripada suruhan (wajib)." Kaitannya dengan isu di atas, rasanya tiada ulama' muktabar yang mengharuskan lagu berunsurkan cinta sesama makhluk tanpa ada ikatan perkahwinan. Setakat yang penulis tahu, lagu Isabella berkisar tentang kisah cinta dua insan lelaki dan gadis yang berlainan dunia sama ada dalam konteks tempat mahu pun bangsa. Kisah cinta sebegini mengasyikkan muda mudi ke arah perlakuan maksiat.

Mungkin ada pembaca yang berfikir, " perkara remeh macam ini pun sibuk nak bicara. Pada penulis, tiada istilah remeh dalam agama. Semuanya penting untuk diperhatikan , dari sekecil2 perkara hingga sebesarnya. Kalau tidak masakan Rasulullah menjadi contoh teladan dalam semua aspek kehidupan sehinggakan kepada berak kencing pun disentuhnya. Yang ada ialah mana yang lebih utama dan mana yang perlu dikemudiankan. Yang haram tetap haram walau sekecil manapun, ia tetap haram melainkan dalam keadaan darurat seperti makan babi ketika tiada makanan lain, atau bertembung dua mudarat, maka dipilih mudarat yang lebih kecil kesannya. Adapun dalam isu lagu di atas, pihak penganjur boleh mengatur agar tiada unsur haram diselitkan dalam majlis tersebut kerana ia dalam bidang kuasa mereka.

Lainlah kalau ada ulama' yang berfatwa harus memperdengarkan lagu cinta bertujuan untuk menarik golongan muda mudi untuk bersama2 dengan jamaah Islam. Kalau begitu, seolah2 sudah tiada cara lain untuk menarik perhatian muda mudi sedangkan hakikatnya, masih ada ruang lain yang boleh digunakan untuk menarik remaja belia untuk mendekati jamaah Islam Pas.

WALLAHU A'LAM.

No comments:

Related Posts with Thumbnails