Monday, April 13, 2009

ADUN BN BOIKOT SIDANG DUN?

Hari ini masuk hari kedua Sidang Dun Terengganu. Penganalisis politik Terengganu menjangkakan semalam sebagai hari Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar, tetapi ia tidak berlaku. Akhbar semalam merakamkan kenyataan Rosol Wahid yang mengatakan bahawa tidak akan ada Undi Tidak Percaya. Hari ini, 11 orang Adun tidak hadir di sidang Dun. Tiba-tiba, diberitakan bahawa tiga daripada adun tersebut iaitu Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam. Mereka mendakwa diugut dengan ancaman bunuh oleh Pegawai Kanan Kerajaan Negeri agar tidak buat Undi Tidak Percaya.

Sms ugutan bunuh yang berbunyi, "“baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?” dipercayai datang dari nombor telefon bimbit Setiausaha Sulit Kanan MB, Encik Wan Ahamad Wan Muda. Beliau memang dikenali sebagai orang yang rapat dengan Menteri Besar. Bahkan dalam keadaan tertentu, kuasa beliau seolah-olah lebih tinggi dari Setiausaha Kerajaan sendiri.

Tindakan ketidakhadiran adun BN tersebut dipercayai bertujuan untuk mendesak Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails