Monday, February 16, 2009

SERANGAN MORAL DAN POLITIK MALAYSIA

Ellizabeth Wong baru sahaja meletak jawatan sebagai exco dan Adun akibat isu penyebaran gambar bogelnya oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Beliau yang menjadi exco Kerajaan Selangor, setelah memenangi kerusi dun Bukit Lanjan. Nampaknya satu lagi Bukit akan jadi mangsa percaturan politik tanahair. Sebelum ini, sudah dua bukit diisytiharkan kosong ekoran kematian Adun Bukit Gantang, dan perletakan jawatan Adun Bukit Selambau. Isu Bukit Selambau dan Bukit Lanjan berkait dengan isu moral. Penulis merasakan banyak lagi adun yang bakal meletakkan jawatan selepas ini akibat kerakusan nafsu Umno Barisan Nasional yang berikrar mahu merampas kembali negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Serangan peribadi yang melibatkan isu moral merupakan ajaran Yahudi dalam berpolitik. Itulah yang digunakan Yahudi untuk menjatuhkan sesiapa yang mereka kehendaki. Bill Clinton jatuh akibat si Yahudi Monica Lewinski. Pernah Ayatollah Khomeini dituduh terlibat dengan skandal seks bertujuan untuk menjatuhkannya tapi tidak berjaya. Sebelum ini, sudah ada pemimpin pembangkang tanahair yang dikaitkan dengan skandal demi untuk mencapai cita-cita politik ala machaivelli ini. Mat Sabu pernah dikaitkan dengan kes tangkap basah tetapi gagal disabitkan kesalahan itu. selepas itu, tiada lagi pimpinan Pas yang dikaitkan. Mungkin mereka sentiasa cuba mencari salah itu tetapi masih gagal. Yang biasa dijumpai ialah pada batang tubuh ahli politik DAP dan PKR.

Keadaan sekarang tidak akan terhenti dengan 3 bukit ini sahaja. Umno dan BN akan sentiasa mencari-cari peluang untuk kaitkan salahlaku rasuah, penyelewengan atau seks yang membabitkan adun atau ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang sedia ada. Kalau tidak ada salahlaku baru, mereka akan korek sejarah lama peribadi setiap adun mahupun exco untuk buat serangan lagi, dan lagi, dan lagi...

Cuma yang menarik ialah semua yang berlaku membabitkan adun PKR dan DAP. Setakat ini, tiada adun PAS yang berjaya di'skandal'kan atau dijatuhkan. Pernah mereka cuba rosakkan nama Dr Halimah Ali dengan isu tangkap khalwat tetapi tidak berjaya kerana perkara itu fitnah terang-terangan. Itulah kekuatan yang ada pada pemimpin-pemimpin Pas. Pas tidak akan memilih orang yang bankrap Akhlak sebagai pemimpin sama ada untuk rakyat mahu pun parti. Pas sedaya upaya mendidik pemimpin dan ahlinya menjadi manusia berakhlak dan tahan godaan. Rasuah seks yang dikaitkan dengan ahli Majlis Daerah Perak Tengah(yang juga anggota PKR), sehinggakan tertuduh menganggap habuan seks itu sebagai sedekah menampakkan ketiadaan dayatahan melawan godaan.

Seingat penulis, paling teruk pun, isu peribadi yang memang benar-benar berlaku kepada pemimpin Pas ialah isu kahwin dua. Itupun mahu digunakan oleh Umno BN untuk menjatuhkan Pas. Penulis harap ahli-ahli politik pakatan pembangkang yang sentiasa terdedah kepada bahaya skandal sebegini, ikutlah apa yang diajar oleh Islam, iaitu kahwin. Yang belum kahwin seperti Ellizabeth patut kahwin. Yang gatal mata tengok perempuan lain walaupun dah ada bini, kahwin satu lagi. selesai cerita. Yang bukan Islam, rasa gatal nak simpan perempuan, masuklah Islam. boleh kahwin sampai empat.

p/s: Harap-harap calon Bukit LANJAN yang baru tidak dikaitkan dengan berteLANJANg lagi. Takut2 ada orang ingat kena badi Ellizabeth.

No comments:

Related Posts with Thumbnails