Sunday, February 15, 2009

KRISIS PERAK: RAKYAT VS SULTAN

BANGI – Following the collapse of the Pakatan Rakyat government in Perak, survey reveals that 74% of Perak voters feel that the state assembly should be dissolved to pave way for elections.

The survey also found that 76% of voters felt that “the people, through elections” should decide on forming government.

A further 62% of respondents felt that the role of the palace in this case “does not reflect the will of the people of Perak”.
.......................................................

Berita di atas penulis petik dari Laman Web Merdeka Centre. Bunyinya dalam Bahasa Melayu lebih kurang begini:

"Ekoran kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kajian mendedahkan bahawa 74% pengundi Perak merasakan bahawa Dewan Undangan Negeri patut dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya.

Kajian itu juga mendapati 76% pengundi merasakan bahawa rakyat berhak membuat keputusan untuk membentuk kerajaan melalui pilihanraya.

62& responden berpendapat peranan istana dalam isu ini tidak mencerminkan kehendak rakyat Perak. "

..................................

Apa yang berlaku di Perak amat memeranjatkan pengamat politik tanahair. Memang ada yang membandingkan isu Perak dengan Terengganu yang membabitkan perlantikan Ahmad Said sebagai MB. Bezanya, keputusan Sultan Terengganu menggambarkan kehendak majoriti rakyat Terengganu. Adapun keputusan Sultan Perak, tidak mencerminkan kehendak rakyat. Rakyat naik berang, sehinggakan YAB Nizar dituduh 'menderhaka'oleh Umno. Padahal yang sebenarnya berlaku ialah proses komunikasi mengikut protokol dan bahasa istana apabila Nizar memohon membincangkan isu itu dengan menggunakan istilah 'MOHON MENDERHAKA'. Kalau bahasa rakyat, kita panggil 'TIDAK BERSETUJU'. Adakah tindakan tidak bersetuju itu boleh dianggap menderhaka? Besarkah dosa Nizar di mata agama apabila mohon derhaka dari Sultan Azlan Shah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara itu?. Ukuran politik Umno BN ialah menyanggah keputusan Sultan dianggap menderhaka secara totok(total) sedangkan Islam mengajar kita berkata benar di hadapan sultan yang zalim. Penulis tidak mahu menyentuh isu peruntukan undang-undang negeri Perak mahupun Perlembagaan sebab kedua-dua belah pihak memang ada hujah masing-masing sebagaimana yang diperuntukkan.

Sultan pula harus ingat zaman kini bukan lagi seperti kesultanan dahulu kala yang boleh memerintahkan mana-mana rakyat yang 'menderhaka' untuk ditangkap yang dihukum pancung! Bahkan silap2 haribulan, Sultan boleh dihadapkan ke Mahkamah Khas sekiranya berlaku perkara-perkara tertentu. Imuniti Raja-raja telah dihakis ketika Tun Mahathir memerintah lagi. Pindaan terhadap Perlembagaan dibuat sehingga membolehkan seorang raja dihadapkan ke mahkamah khas sekiranya baginda melakukan jenayah atau kesalahan-kesalahan tertentu. Perlembagan Persekutuan sendiri pun mencatatkan bahawa Sultan hendaklah menunjukkan sikap 'TIDAK BERPIHAK'.

Apa yang berlaku sekarang ialah rakyat menunjukkan kemarahan kerana sultan seolah-olah menunjukkan sikap berpihak kepada Umno Barisan Nasional. Rakyat mungkin boleh menerima sekiranya Sultan bertindak membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihanraya. Itu baru tindakan seorang Raja berperlembagaan! Biar rakyat buat keputusan dalam negara demokrasi berparlimen ini sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional berada di hati mereka.

Persoalannya, adakah rakyat mahu memilih mereka lagi? Ini yang menyebabkan Najib bertindak untuk menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan cara begitu, dan tidak melalui pilihanraya. Beliau sudah menghidu kekalahan teruk yang bakal dihadapi sekiranya dun dibubar, dan pilihanraya kecil seluruh Perak dijalankan.

Memang benar ada rasionalnya Sultan bertindak sedemikian. Isu pemberian tanah kepada Cina dengan tempoh maksimum 999 tahun(selagi ada bulan bintang?)sangat-sangat membimbangkan pihak istana yang menjadi benteng dan lambang ketuanan Melayu. Bayangkan tanah mana lagi yang akan dilupuskan(meminjam istilah Kanun Tanah Negara yang bermaksud= diluluskan )kepada kaum Cina Perak selepas ini. Tuduhan UMNO BN yang mendakwa Nizar hanyalah boneka mungkin juga ada sedikit sebanyak kebenarannya. Kita lihat dewan undangan negeri yag terdiri daripada 16 kerusi DAP sudah cukup menggambarkan bahawa memang keputusan dalam banyak isu boleh dipengaruhi oleh exco-exco DAP. Mereka boleh 'pre council' terlebih dahulu untuk menentukan keputusan apa yang akan dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ada juga yang mengaitkan pemberian tanah tersebut melibatkan satu kawasan penduduk yang didiami oleh bekas-bekas Cina Komunis Malaya!

Mungkin Pas terpaksa mengkaji semula untung rugi perjuangan Islam apabila memberi restu pembentukan kerajaan negeri Perak dengan dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, YAB Ir Nizar Jamaluddin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails