Monday, April 12, 2010

APCO EJEN FREEMASON


Isu terhangat sekarang ialah APCO dalam Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan senarai negara yang menjadi pelanggan APCO. Daripada 29 negara, hanya tiga negara umat Islam menjadi pelanggan APCO iaitu Dubai(Emirate Arab Bersatu),Indonesia dan Malaysia. Cuba kita renungkan betapa 'bodohnya' pemimpin negara kerana melantik APCO sebagai konsultan imej sedangkan secara jelas syarikat tersebut merupakan milik Yahudi yang juga berkhidmat sebagai konsultan Tel Aviv!

Pengasasnya Margery Kraus, merupakan Yahudi Amerika Syarikat lepasan Universiti Amerika dalam bidang Sains Politik dan Undang-Undang Awam.

* Americas
* Chicago
* Latin America
* New York
* Ottawa
* Raleigh-Durham
* Sacramento
* Seattle
* Washington, D.C.
*

* Asia
* Bangkok
* Beijing
* Guangzhou
* Hanoi
* Ho Chi Minh City
* Hong Kong
* Jakarta
* Kuala Lumpur
* Mumbai
* New Delhi
* Shanghai
* Singapore
*

* Europe, Middle East & Africa
* Berlin
* Bonn
* Brussels
* Dubai
* Johannesburg
* London
* Moscow
* Paris
* Rome
* Tel Aviv
* Warsaw
*
Inilah merupakan salah satu usaha terancang Yahudi melalui 'secret society'nya Freemason dan Illuminati mempengaruhi dan mengawal dunia termasuk negara Islam.

Sunday, April 11, 2010

Catatan Isnin

ROKOK 24 HALAL!!

Kerajaan mengeluarkan arahan baru terhadap pengeluar rokok 'cigarretes'. Pek yang mengandungi 14 batang rokok sudah menjadi HARAM. Ini bermakna mana-mana kedai, restoran atau premis yang menjual rokok pek 14 batang, boleh diambil tindakan. Ni seolah-olah fatwa baru dikeluarkan. Rokok 14 batang hukumnya HARAM dibeli. Rokok kurang atau lebih daripada jumlah itu HALAL dibeli.

Pelakon Bollywood akan datang ke Terengganu

Diceriterakan oleh media bahawa Terengganu akan dikunjungi pelakon Bollywood untuk 'shooting' filem baru mereka. Antara yang disebut ialah Rani Mukherjee dan Shah Rukh Khan. Nampaknya Terengganu mahu mengikut jejak langkah Melaka agaknya. Apabila ditimbulkan oleh Adun PAS dalam Sidang Dun baru2 ini, Ahmad Said jawab, mereka datang nak 'shooting', bukannya nak Karaoke. Apa ke jadahnya jawapan itu? Shooting lebih halal dari karaoke ke? Lepas ni, jangan pula ada anugerah Dato' macam Melaka buat. Buat malu anak cucu kita aja.

Pulau Redang Akan Jadi Pulau Elit

Kata memanda Menteri Besar Terengganu, Kerajaan akan bina hotel lima bintang ke atas sahaja di Pulau Redang. Hotel-hotel bawah lima bintang tidak akan dibenarkan beroperasi untuk menjaga imej Pulau Eksklusif itu. Ni tak da kerja lain. Mesti nak balas budi @ tunai janji kepada kroni yang bantu dalam pilihanraya lepas. Kata slogan , "Rakyat didahulukan.." Kepala hotak kau!! Sudah tentulah pengusaha-pengusaha kecil yang ada sekarang akan hilang punca pendapatan mereka. Lain kali, buatlah slogan, "KRONI DIDAHULUKAN, RASUAH DIUTAMAKAN."

Friday, April 2, 2010

88 BILION DALAM AKAUN!!!


Siapa yang tak mahu kaya? semua orang yang normal mahukan kekayaan. Bayangkan kalau anda dapat 88 bilion tanpa perlu lakukan apa. Ia tiba-tiba sahaja wujud dalam akauan bank anda. Apa yang akan anda buat?



Perkara ini berlaku kepada seorang pekedai barang kemas dari Florida iaitu Paul Fisher.

Apabila Paul Fisher menyemak akaun banknya Jumaat malam, beliau mendapati ada kejutan yang menggembirakan. Baki akaunnya tiba-tiba tercatat USD88,888,888,88.88. Satu angka bertuah, hampir mencecah USD89 Bilion.

Berita buruknya, ia sebenarnya hanyalah kesilapan teknikal oleh Suntrust Bank, yang kemudiannya cepat2 membetulkan masalah itu. Ia mungkin berlaku kepada akaun-akaun lain.

Sebelum masalah itu dibaiki, Mr Ficher mempunyai satu idea. Beliau meminta pihak bank memindahkan baki akaun ke satu akaun pelaburan sehinggalah ia dituntut semula dan dermakan jumlah bunga (interest) kepada badan kebajikan. Jumlah total bunga adalah lebih daripada $7.3 JUTA kalau benar-benar terjadi.

Pihak bank kata "tak boleh".



Wang tersebut telah ditarikbalik dari akuannya menjelang pagi Sabtu.



"Dah hilang, saya kembali miskin." kata Mr Fisher. " Tapi saya sempat jadi billionaire selama 5 jam."

Wednesday, March 24, 2010

Sunday, March 21, 2010

PEMIMPIN DAPAT BALAK, RAKYAT DAPAT HABUK






albaqir: PEMIMPIN DAPAT BALAK, RAKYAT DAPAT HABUK: Menteri Besar Terengganu, DATO’ AHMAD SAID agihkan 1,000 ekar Kawasan Balak setiap seorang kepada Dato’ Rosli Mat Hassan, Dato’ Abdul Rahman Bakar dan YM Tengku Putera Tengku Awang. Untuk jaga hati Istana, DAS berikan kpd Tengku ADIK (YAM Syed Ahmad Saifudin Syed Muhammad) 500 ekar. DAS mula gawat krn ‘tayar spare’ bertaraf Menteri itu sedang ready disiapkan oleh Pusat utk ganti ‘tayar sekarang’
Sun Mar 21, 2010 7:11 pm

Penulis merasa agak terkejut dengan pendedahan berani albaqir di sini (shoutbox), salah seorang member Tranungkite.net yang online petang ini(21 Mac 2010). Biasanya kalau orang politik tak berani mendedahkan isu-isu yang membabitkan istana. Alasan mereka, "takut terpijak wayar..". Ini sikap 'double standard' yang berlaku dalam dunia politik tanahair,. Dalam senarai
pemimpin dapat balak yang ditulis oleh albaqir, terpampang nama Geng Ahmad Said iaitu Dato' Rosli Mat Hassan, Dato' Abdul Rahman Bakar, dan YM Tengku Putera Tengku Awang. Yang lebih menariknya, beliau menyenaraikan nama YAM Syed Ahmad Saifudin Syed Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tengku Adik yang mendapat 500 ekar balak. Sejauh mana kebenarannya, tanyalah sendiri kepada yang mendedahkannya. Ini merupakan 'kebijaksanaan politik ' Ahmad Said apabila membina 'talian hayat' yang kukuh dengan Istana untuk memastikan beliau terus menjadi MB.

Yang lebih bijaknya, Dato' Ahmad Said beri 1000 ekar balak kepada 3 orang ahli politik kroninya tapi hanya 500 ekar kepada Tengku Adik. Barangkali Tengku Adik tidak mengetahui keluasan yang diberikan kepada orang lain, lalu merasa sangat bertuah kerana dapat 500 ekar.

Bukan orang politik dan Istana sahaja yang dapat habuan. Pegawai kerajaan apa kurangnya. Lihat si Mokhtar Nong bekas SUK Terengganu. Bukankah beliau dianugerahkan dengan balak bernilai RM6 JUTA?Bukan setakat itu, beliau juga mendapat gratuiti perkhidmatan sebanyak RM800K. Semuanya didedahkan di sini.

Nampaknya Ahmad Said terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk kekalkan kedudukannya sebagai MB. Apa lagi yang masih menjadi rahsia, kita pun tak tahu. Mungkin akan didedahkan lagi pada masa akan datang.

Apa yang rakyat dapat? Kurma dan air zam zam di bulan Ramadhan sudah cukup menjadi pengubat hati dan bukti betapa baiknya Ahmad Said dengan slogan, " Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran."

Monday, March 1, 2010

PILIHANRAYA UMUM KE 13 LEBIH AWAL?

Penulis dapat maklumat bahawa PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu seawal-awalnya Mac 2011. Ini berdasarkan kepada 'iddah' PRU 13 selama 3 tahun penuh. PRU 12 yang lalu berlaku pada Mac 2008. Penulis diberitahu oleh rakan2 dalam PAS bahawa PAS Pusat mula buat countdown yang akan berakhir pada 11 September 2011.

PERSEMPADAN SEMULA

Kalau nak pakai teori PRU 13 akan diadakan sebaik sahaja selepas persempadan semula diluluskan, maka kena ambil kira tempoh 8 tahun yang ditetapkan. Seingat penulis, tahun terakhir persempadan semula ialah pada 2003. Ini bermakna memang munasabah PRU13 dijangka pada tahun 2011.

Adapun tempoh maksimum bagi kerajaan buat PRU13 ialah tahun 2013. Kerajaan akan menjadi tidak sah sekiranya PRU tidak dibuat selepas 2013.

Jadi, untuk lebih 'ihtiyat', maka adalah lebih baik disasarkan ia berlaku Mac 2011. Kempen daftar pengundi dan keahlian parti-parti pakatan rakyat harus digiatkan untuk ke arah itu. Serangan-serangan mesti diatur dan dilancarkan. Papan Skor sepatutnya sudah dinaikkan. Elakkan kita menari mengikut gendang musuh. Fokuskan kerja. Jauhi percanggahan dan perbezaan yang meluaskan jurang antara parti pakatan. Lupakan sengketa. Jauhi menyerang sesama sendiri. Tumpukan muncung pistol dan senapang ke arah musuh yang Satu(Malaysia) iaitu UMNO Barisan Nasional.

Saturday, February 20, 2010

MB TERENGGANU:NAJIB AKAN JUMPA SULTAN MIZAN


Ada sumber yang rapat dengan seorang Datuk yang baik dengan YDPA Sultan Mizan memberitahu bahawa Najib akan menghadap baginda tuanku dalam masa yang terdekat untuk memohon agar Menteri Besar Terengganu ditukar. Hishamuddin Tun Hussein sudah tidak tahan lagi dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno Terengganu. Ahmad Said yang menyedari perkara itu sudah tentu akan memikirkan cara terbaik untuk selamatkan kariernya. Kelebihannya ialah Sultan Mizan sangat bencikan Idris Jusoh dan 'team'nya.

Menurut sumber itu lagi, Sultan Mizan sudah bersedia untuk mengarahkan Najib agar benar-benar kembalikan Royalti minyak kepada Terengganu. Katanya Sultan Mizan sangat marah apabila mengetahui bahawa Najib hanya mempermainkannya apabila berjanji untuk mengembalikan royalti pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu tahun lepas tetapi ternyata ia hanyalah janji kosong musim pilihanraya. Najib bukan sahaja membohongi rakyat Terengganu , bahkan turut membohongi DYMM YDPA Sultan Mizan.

Menurut sumber itu lagi, Sultan sangat berharap rakyat Terengganu melalui NGO2 tertentu terus memperjuangkan isu royalti minyak sehingga ia benar-benar dikembalikan, bukan lagi retorik politik Umno.
Related Posts with Thumbnails